Anda di halaman 1dari 28

Kokurikulum dan Rekreasi

| 76

UNIT PELAJARAN 5
PERMAINAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menyenaraikan jenis- jenis permainan murid berkeperluan khas mengikut kategori
kecacatan.
2. Mengenalpasti peraturan permainan murid berkeperluan khas mengikut kategori
kecacatan.

PENGENALAN
Permainan merupakan aktiviti yang boleh di kategorikan sebagai sejenis riadah. Pada peringkat
pendidikan di sekolah, ko-kurikulum merupakan satu subjek yang melibatkan semua murid.
Setiap murid di sekolah wajib mengambil subjek ko-kurikulum yang melibatkan unit beruniform,
kelab, sukan dan permainan. Secara tidak langsung penglibatan murid dalam permainan adalah
secara meluas sama ada di sekolah, mahu pun di luar waktu pembelajaran. Penglibatan murid
pelbagai upaya dalam permainan juga dapat dilihat di kawasan rekreasi dan sekolah.
Permainan merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan semasa lapang secara berseorangan,
di dalam kelompok atau berkumpulan. Permainan adalah aktviti yang boleh di lakukan bagi
mendatangkan rasa gembira, seronok atau menghilangkan tekanan. Menurut Kamus Dewan
Edisi Ke-4, permainan adalah sesuatu digunakan untuk bermain, mainan, perihal bermain.
Menurut istilah pula, permainan boleh dianggap aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal, atau
minda yang boleh mengasyikkan atau mendatangkan keseronokan kepada pelakunya. Menurut
Joan Freeman dan Utami Munandar dalam Andang Ismail, 2009: 27, beliau mendefinisikan
permainan sebagai suatu aktiviti yang membantu kanak-kanak mencapai perkembangan yang
baik dalam aspek fizikal, intelektual, sosial, moral, dan emosi.
Proses perkembangan seorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh aktiviti atau
permainan yang di mainkan semasa kecil. Hal ini berdasarkan Teori Konstruktivisme yang di
ketengahkan oleh Sigmund Freud, di dalam teori perkembangan kanak-kanak. Permainan
adalah sebahagian dari kehidupan kanak-kanak dan permainan merupakan bahagian integrasi
dari proses pembentukan keperibadian anak. Menurut Andang Ismail (2009), permainan
terbahagi kepada dua iaitu permainan sebagai satu aktiviti mendatangkan keseronokan dan
kegembiraan tetapi tidak menilai pemenang atau yang kalah. Manakala satu lagi permainan
boleh didefinisikan sebagai aktiviti permainan yang membuat penilaian mengikut peraturan
yang telah ditetapkan bagi mendapat pemenang. Konsep bermain ini bergantung kepada jenis
permaianan yang ingin dilakukan.
Secara amnya, permainan untuk murid berkeperluan khas boleh di lakukan di dalam
atau di luar bilik darjah bergantung kepada jenis permainan yang di mainkan. Guru berperanan
merancang dan melaksanakan permainan yang bersesuaian sama ada di dalam atau pun di
luar bilik darjah. Permainan perlu dirancang mengikut kategori, kemampuan dan keupayaan
murid. Hal ini penting bagi memastikan semua murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam
permainan yang dilaksanakan.

Kokurikulum dan Rekreasi

| 77

Setiap aktiviti permainan yang dilakukan seharusnya mempunyai nilai murni yang dapat
diterapkan kepada murid. Selain itu, melalui aktiviti permainan, pelbagai kemahiran dapat
diterapkan kepada murid seperti kemahiran komunikasi, kemahiran psikomotor, dan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Kepelbagaian kemahiran dapat ditingkatkan melalui aktiviti
permainan. Permainan melalui pembelajaran juga sesuai meningkatkan kemahiran mengingat
dan menghafal murid.

KATEGORI PERMAINAN
Terdapat pelbagai jenis permainan yang dapat di lakukan di dalam dan luar bilik darjah.
Permainan dapat dikategorikan kepada lima iaitu permainan indoor, permainan outdoor,
permainan interaktif, permainan lasak atau ekstrem dan permainan bahasa dan mobil.

a. Permainan indoor
Permainan indoor melibatkan aktiviti yang di lakukan di dalam rumah, dewan, gimnasium atau
bangunan yang bertutup. Pelbagai aktiviti permainan yang boleh di jalankan oleh guru bagi
merangsang perkembangan psikomotor murid. Hal ini bergantung kepada fokus dan matlamat
guru tersebut,
permainan seperti ping pong, hoki dewan, renang, dan futsal dapat
meningkatkan kemahiran motor kasar murid. Bagi meningkatkan kemahiran motor halus murid
permainan seperti congkak, catur, dam, dan batu seremban dapat dimainkan. Permainan ini
perlu di ubah suai atau di mainkan bersesuaian dengan kemampuan seseorang murid.

b. Permainan outdoor
Permainan outdoor pula, bertentangan dengan permainan indoor. Permainan outdoor di
mainkan di kawasan lapang dan terbuka. Antara permainan outdoor yang boleh di mainkan
termasuk bola sepak, acara olahraga, hoki padang, dan pelbagai lagi aktiviti seperti sukaneka
yang membantu perkembangan murid. Kemahiran psikomotor murid dapat ditingkatkan dan
dikembangkan denagn aktiviti permainan di luar billik darjah seperti ini. Penglibatan murid
secara menyeluruh turut meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan sosial di antara murid
dan guru.

c. Permainan interaktif
Permainan interaktif boleh didefinisikan sebagai permainan yang melibatkan interaksi media
secara aktif. Murid dapat mengawal apa yang di lihat dan di dengar melalui permainan interaktif
ini. Permainan interaktif ini termasuklah permainan video, permainan komputer, dan permainan
yang melibatkan grafik atau animasi. Permainan seperti ini bukan sahaja menarik, malah
memerlukan perhatian dan pengamatan murid untuk bermain. Permainan interaktif yang diolah
mengikut keperluan pembelajaran akan merangsang minat murid khas untuk belajar sesuatu
subjek.

d. Permainan lasak atau ekstrem


Permainan lasak atau ekstrem ini lebih tertumpu kepada aktiviti atau permainan di luar bilik
darjah atau di kawasan tapak permainan yang telah dikhususkan seperti trek, laluan
berhalangan, sungai atau gunung. Kawasan tapak permainan ini merangkumi tempat
semulajadi dan kawasan yang di bina bagi aktiviti tersebut. Permainan lasak adalah permainan

Kokurikulum dan Rekreasi

| 78

yang mencabar kemampuan fizikal dan ketahanan mental seseorang individu. Antara
permainan ekstrem yang di pertandingkan di Malaysia termasuk X-Games, skateboard, basikal
lasak, mendaki gunung dan perahu naga. Terdapat juga permainan ini di wakili oleh murid
pendidikan khas. Permainan pada dasarnya tidak meletakkan halangan atau sempadan di
antara murid normal dan murid khas.

e. Permainan bahasa dan mobil.


Mobil membawa maksud pergerakan atau sesuatu yang boleh bergerak. Manakala permainan
bahasa boleh didefinisikan sebagai permainan yang melibatkan penggunaan bahasa, kosa kata
dan perkaitan dengan bahasa. Permainan mobil dan bahasa ini sesuai di jalankan di dalam bilik
darjah bagi menarik minat murid mempelajari bahasa. Melalui permainan ini, murid khas dapat
meningkatkan kemahiran berbahasa seperti menyebut, bertutur, dan membaca. Permainan
mobil dan bahasa ini termasuk permainan seperti teka silang kata, jigsaw puzzle, pertandingan
pidato, scrabble, dan pelbagai lagi permainan yang meningkatkan kemahiran berbahasa
seseorang.

PERBEZAAN ANTARA SUKAN, PERMAINAN DAN OLAHRAGA


1) Sukan
Aktiviti riadah
Menjadi sumber pendapatan
Latihan kemahiran tertentu
2) Permainan
Satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa
lapang ataupun bersenam
Tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan
3) Olahraga
Acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan
JENIS-JENIS PERMAINAN DAN KATEGORI
Berikut merupakan senarai permainan yang telah disuaikan untuk murid-murid berkeperluan
khas secara am seperti murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, dan masalah
penglihatan:
Masalah murid
Jenis permainan
Bermasalah pembelajaran, pendengaran dan Olahraga
penglihatan
Tenpin Bowling
Bermasalah pembelajaran dan pendengaran

Futsal
Bola Jaring
Pentanque

Bermasalah pembelajaran

Renang

Kokurikulum dan Rekreasi

Bermasalah penglihatan

| 79

Goalball
Catur
Tendem
Bolasepak

Bermasalah pendengaran

JENIS MODIFIKASI PERMAINAN UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS


Terdapat beberapa jenis modifikasi yang boleh dilakukan dalam permainan untuk murid
berkeperluan khas. Antaranya:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Jumlah pemain dalam kumpulan beregu


Peralatan yang digunakan seperti ukuran, berat, bahan, dan bentuk peralatan
permainan
Tempoh masa permainan
Cara memperoleh skor atau nilai
Peraturan dalam permainan
Keluasan kawasan atau tempat permainan
Keluasan jaring, tinggi jaring atau rintangan
Kedudukan pemain

STRATEGI UNTUK MEMODIFIKASI PERMAINAN


Strategi

Huraian
skor

Dalam sesuatu permainan skor yang


diperolehi daripada permainan adalah
sangat penting kerana skor ini
menunjukkan
tahap
keupayaan
mereka serta hasil daripada kerja keras
mereka dalam sesuatu permaianan
Skor
ini
dapat
menilai
tahap
pencapaian mereka
Dengan memudahkan perolehan skor
dapat membantu murid berkeperluan
khas dalam menggalakkan mereka
mempraktikkan teknik permainan yang
betul dan juga sebagai peneguhan
yang positif untuk mereka
Skor
yang
sukar
diperolehi
menyebabkan mereka mudah bosan

b) Memperlahankan pergerakan bola atau


objek lain yang bergerak digunakan
dalam permainan

Apaila bermain sesuatu permainan


yang
memerlukan
murid
menggerakkan bola untuk sampai
kepada rakan lain, perlahankan

a) Memudahkan
permainan

perolehan

Kokurikulum dan Rekreasi

| 80

pergerakan bola seterusnya skor


diperolehi di samping memanjangkan
tempoh masa permainan untuk murid
membawa bola kepada rakan yang lain
Dalam keadaan yang tergesa-gesa
menyebabkan murid tidak dapat
melakukan pergerakan bola kerana
bimbang masa yang diperuntukkan
tidak mencukupi
Keadaan ini menyebabkan murid
mudah putus asa dan tidak dapat
merasa nikmat permainan tersebut

c) Memberi peluang untuk mereka


mempraktikkan teknik permainan yang
telah diajar dengan betul

Untuk memastikan murid dapat


mempraktikkan teknik permainan yang
betul, perkara pertama yang guru perlu
lakukan adalah mengecilkan jumlah
pemain dalam suatu kumpulan
Dengan ini, setiap murid berpeluang
melakukan teknik permainan yang
telah
diajar
dan
berpeluang
menunjukkan
kemahiran
masingmasing

a. Bincangkan bagaimanakah memodifikasi permainan bola sepak bagi


kategori bermasalah penglihatan
b. Sebagai guru pendidikan khas bagaimanakan anda merancang
permainan futsal bagi kategori bermasalah pendengaran.

CIRI-CIRI PEMILIHAN PERMAINAN


Dalam pemilihan permainan untuk murid berkeperluan khas, terdapat beberapa ciri-ciri
pemilihan permainan yang perlu dititikberatkan untuk memastikan kelancaran dalam proses
permainan. Hal ini penting untuk memastikan murid berasa seronok seterusnya merangsang
deria serta kognitif mereka. Oleh yang demikian, ciri-ciri pemilihan permainan adalah penting
untuk mencapai objektif tersebut. Antara ciri-ciri pemilihan permainan yang perlu dipilih oleh
guru untuk melaksanakan sesuatu permainan yang efektif adalah seperti berikut:

Kokurikulum dan Rekreasi

Ciri-ciri pemilihan
Aktiviti yang mudah

Tiada paksaan

| 81

Huraian
Aktiviti permainan yang mudah membantu
murid yang memahami serta mengikuti
sesuatu permainan tanpa berasa rendah diri
kerana tidak mampu melakukan arahan yang
diberikan oleh guru.

Dalam menghasilkan sesuatu permainan


efektif untuk murid berkeperluan khas,
permainan yang ingin dilakukan bukanlah atas
dasar paksaan. Sekiranya murid tidak
menunjukkan minat dalam sesuatu permainan
guru tidak memaksa mereka melakukannya
kerana dengan paksaan sesuatu permainan
menjadi suatu beban kepada murid tersebut.
Peralatan tidak mudah pecah dan merbahaya Pemilihan alatan permainan juga adalah
kepada murid
penting untuk menjamin keselamatan murid
berkeperluan khas semasa bermain. Alatan
yang mudah pecah dan merbahaya boleh
mengakibatkan luka, kecacatan, dan yang
paling berbahaya adalah boleh membawa
maut. Sebagai contoh, murid diberi lidi yang
tajam.
Merangsang deria
Pemilihan permainan perlulah sesuatu yang
boleh merangsang deria murid berkeperluan
khas. Kebiasaannya murid ini mengalami
masalah deria contoh, murid autisme yang
mengalami masalah eye-contact. Guru perlu
memilih
sesuatu
permainan
yang
membolehkan murid autisme ini memberi
respon terhadap arahan yang diberikan.
Umur
Permainan yang dipilih perlulah bersesuaian
dengan umur murid tersebut serta umur
kognitif
mereka.
Kebanyakan
murid
berkeperluan khas mempunyai umur kognitif
yang berbeza dengan umur fizikal. Oleh yang
demikian, guru perlu peka terhadap tahap
kognitif murid berkeperluan khas ini dalam
merancang permainan yang ingin dilakukan.
Perkembangan otak
Perkembangan otak murid berkeperluan khas
boleh dijana melalui permainan. Oleh itu, guru
perlu memilih permainan yang boleh
mengembangkan pemikiran mereka seperti
permainan yang menguji minda atau
merangsang otak mereka untuk berfikir
menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari
bukti sesuatu kejadian yang berlaku.
Minta pendapat
Guru perlu meminta pendapat murid
berkeperluan khas untuk melaksanakan
sesuatu permainan seperti meminta murid

Kokurikulum dan Rekreasi

Sesuai dengan masalah

| 82

tersebut sendiri memilih permainan yang ingin


mereka main. Hal ini demikian kerana dapat
memberi peluang kepada murid berkeperluan
khas membuat keputusan untuk diri mereka
sendiri. Disamping itu juga, dapat membantu
mereka untuk membuat keputusan yang baik
dengan memilih permainan yang bersesuaian
dengan tahap mereka dan berasa mereka
juga berpeluang untuk menyuarakan sesuatu
hasrat.
Pemilihan permainan mengikut masalah yang
dihadapi oleh murid adalah sangat penting.
Sebagai contoh, murid yang mengalami
masalah
ADHD
memerlukan
sesuatu
permainan yang aktif kerana mereka mudah
bosan dengan aktiviti yang lebih memerlukan
mereka duduk di suatu tempat sahaja. Hal ini
demikian kerana masalah yang mereka hadapi
menjadikan mereka sukar untuk memulakan
permainan yang bebas bersama rakan-rakan
yang lain dan memahami peraturan-peraturan
permainan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan permainan untuk murid berkeperluan khas ini menjadi
efektif kerana dapat merangsang kognitif, sosial, dan emosi mereka, strategi yang baik boleh
dilaksanakan dengan menggalakkan pembelajaran secara koperatif iaitu bekerja dengan rakan
sebagai satu kumpulan, mengelakkan kanak-kanak ini dengan kanak-kanak lain yang kurang
bermotivasi, membentuk persahabatan malalui sisitem buddy (berpasangan), dan
menggunakan sokongan rakan sebaya berbanding orang dewasa.

KEPENTINGAN PERMAINAN
Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai sebarang kegiatan yang memberikan
kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan
itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.
Permainan murid-murid berkeperluan khas amat penting dan perlu ditekan dalam pendidikan
Jasmani di sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaupun objektif jangka pendek
permainan murid-murid adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi melalui permainan
murid-murid ini dapat memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan
kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid. Menerusi permainan kanak-kanak, muridmurid berkeperluan khas dapat membina sifat yang positif dan meningkatkan pergaulan sosial.
Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh
siat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenalpasti bakat dan
kebolehan murid tersebut. Kepentingan permainan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek.
Antaranya ialah:

a.Aspek kemahiran motor


Melalui bermain, murid-murid banyak menggunakan pergerakan anggotan badan seperti kaki,
tangan dan kepala dan juga memerlukan tenaga untuk menggerakkannya. Secara tidak

Kokurikulum dan Rekreasi

| 83

langsung, muri-murid dapat meningkatkan kemahiran motor mereka. Contohnya permainan


yang melibatkan kemahiran berlari atau melompat. Selain itu, dapat membangunkan kemahiran
pengawalan bola. Contohnya, mengawal bola daripada terjatuh. Melalui bermain juga dapat
meningkatkan kecergasan fizikal dan sentiasa aktif melakukan sesuatu aktiviti. Dengan bermain
terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan
mengimbang tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem
pernafasan dan sistem saraf.

b.Pembangunan kognitif
Permainan membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan
juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Bermain juga boleh menyebabkan seseorang itu
berdisiplin seperti mematuhi arahan ketua atau orang lain yang mengetuai sesuatu permainan.
Apabila murid-murid bermain dalam satu kumpulan, secara tidak langsung mereka mematuhi
arahan dan peraturan yang ditetapkan tanpa membantah. Murid-murid juga dapat
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. Hal ini menyebabkan mereka berasa
semangat untuk melakukan sesuatu aktiviti. Apabila bermain, wujudnya interaksi sesama
mereka sama ada interaksi satu hala, dua hala atau lebih dalam kumpulan mereka. Kesannya,
menggalakkan perkembangan bahasa mereka seperti menambah dan membaiki penggunaan
perbendaharaan kata mereka. Mereka juga dapat berkomunikasi dengan baik. Banyak
pengetahuan diperolehi oleh kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah
amat berkesan dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat merasa
bosan. Bermain boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan cuba menyelesaikan
masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif.

c.Pembangunan afektif-sosial
Seperti kita ketahui, semua orang berbeza dari segi jantina, agama, kepercayaan, latar
belakang, pendidikan, kehidupan budaya dan cara pergaulan mereka. Apabila duduk dalam
satu kumpulan, murid-murid dapat mempelajari cara hidup mereka dan cuba memahami
budaya mereka. Secara tidak langsung, wujud satu perasaan atau sikap yang positif seperti
penghargaan kendiri yang mana murid-murid menerima kehadiran seseorang dalam hidup
mereka. Murid-murid juga dapat mewujudkan semangat kesukanan yang baik dalam diri
masing-masing. Semangat kesukanan ini amat penting kerana dengan adanya semangat ini,
kita tidak berasa keseorangan dan sentiasa mendapat sokongan dan bimbingan dari rakan
yang lain secara berterusan di samping mereka bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Mereka juga saling mempercayai antara satu sama lain dan menghormati sesama mereka. Hal
ini akan mewujudkan suasana yang aman dan damai tanpa ada perselisihan faham. Melalui
bermain, kanak-kanak mempelajari peranan orang dewasa. Semasa bermain dengan kanakkanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin.
Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak. Selain
itu, mereka dapat memahami peranan jantina. Kanak-kanak dapat membezakan jenis
permainan yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Dengan
bermain kanak-kanak akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana
semasa bermain kanak-kanak meluahkan perasaan kecewa atau marah. Disamping itu bermain
juga dapat memenuhi tujuan-tujuan tertentu. Melalui perhubungan dengan rakan sebaya,
kanak-kanak akan belajar berdikari, bekerjasama, sifat jujur dan saling maaf memaafkan.
Semasa bermain kanak-kanak belajar apa yang benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan.
Perkembangan moral terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah

Kokurikulum dan Rekreasi

| 84

dalam tingkah laku mereka. Perkembangan komunikasi juga dapat ditingkatkan. Kanak-kanak
dapat belajar cara berhubung dengan orang lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak
ansur.

KATEGORI MURID BEKEPERLUAN KHAS DAN PERMAINAN


Murid yang berkerperluan khas merupakan murid dalam kelompok pelbagai upaya kerana
mereka mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal.
Menurut Salamanca Education Act, 1992, murid bekeperluan khas perlu diberikan peluang yang
sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus
pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif
yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian
pelajar yang normal.
Murid berkeperluan khas ini terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Pelajar berkeperluan khas yang
mendapat pendidikan di Malaysia adalah mereka yang bermasalah sindrom down, autisme
ringan, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) terencat akal ringan dan masalah
pembelajaran spesifik seperti disleksia dan lain-lain.Secara amnya, terdapat beberapa kategori
yang digariskan di dalam Akta Pendidikan 1996 bagi membolehkan seseorang mengikuti
pelajaran di sekolah iaitu:Jika dia mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada
bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan,
pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.
Akta
Pendidikan 1996. Terdapat 13 kategori yang disenaraikan oleh Individual With Disabilities
Education Act (IDEA), 1990. IDEA merupakan akta yang dikeluarkan bagi menyatakan
keperluan pendidikan kepada semua murid khas di seluruh dunia iaitu Masalah pendengaran,
ADHD, Serebral palsi, Pintar cerdas, Sindrom down, Disleksia, Autisme ,Masalah
pembelajaran/ lembam dan Terencat Akal

MASALAH PENDENGARAN
Kehilangan deria pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Hal
ini secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca, perkembangan
tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas bagi kanak-kanak
yang menjadi pekak pada usia yang muda iaitu sebelum 3 tahun. Walau bagaimanapun,
sekiranya kanak-kanak ini berada di sekolah, murid ini seharusnya menerima pendidikan seiring
dengan kemampuannya. Guru memainkan peranan penting bagi menggalakkan kemahiran
berbahasa murid ini dapat ditingkatkan.
Melalui permainan bahasa seperti pidato
menggunakan kod tangan, murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa sedia ada pada
murid tersebut. Selain itu, pidato juga meningkatkan kemahiran kosa kata, kemahiran
berkomunikasi, ketrampilan dan keyakinan diri murid. Permainan bahasa lain juga boleh di
mainkan oleh murid bermasalah pendengaran seperti teka silang kata dan puzzle. Guru harus
menyesuaikan permainan dengan kemahiran dan kebolehan murid bagi menarik minat murid
bermain permainan yang disediakan. Teka silang kata yang disediakan seharusnya sesuai
dengan kemahiran sedia ada murid, mengandungi topik pembelajaran yang ingin di sampaikan
oleh guru sekiranya permainan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.Bahan yang
diperlukan bagi melaksanakan permainan ini adalah soalan teka silang kata dan puzzle yang
disediakan oleh guru. Selain itu, dari aspek perlaksanaan guru bertindak sebagai juri

Kokurikulum dan Rekreasi

| 85

muktamad. Manakala murid perlu menyiapkan teka silang kata yang disediakan dalam masa
yang ditetapkan.
Murid bermasalah pendengaran juga sesuai bermain sukaneka yang kurang
menggunakan komunikasi verbal dan arahan yang terlalu panjang. Hal ini perlu di disedari oleh
guru kerana penggunaan komunikasi verbal dan arahan yang terlalu panjang tidak dapat di
terima dan di faham oleh murid. Perkara seperti ini membawa kepada murid hilang minat dan
tumpuan terhadap sukaneka yang dijalankan. Sukaneka yang sesuai di mainkan adalah seperti
straw dan getah. Permainan ini melibatkan ramai murid dan di dalam kelompok yang besar. Alat
permainan yang diperlukan adalah gelang getah dan straw yang mencukupi. Peraturan yang
boleh dibuat adalah berdasarkan keperluan dan kesesuain. Permainan juga mampu menarik
minat murid untuk belajar di samping merangsang perkembangan fizikal dan kognitif mereka.

ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER (ADHD)


Ibu bapa boleh membuat pendekatan seperti terapi tingkah laku-kognitif, dan komunikasi sosial
bersama anak mereka bagi mengurangkan risiko gangguan ADHD yang dialami oleh anak
mereka. Guru juga memainkan peranan dalam mendidik dan melatih mereka agar memberi
tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti yang dilakukan. Tidak dinafikan,
pelbagai aktiviti sukan di sertai oleh mereka pada peringkat antarabangsa. Guru turut
berperanan merangsang kebolehan yang dimiliki oleh murid. Pendekatan latihan kemahiran
sosial dan komunikasi melalui permainan mampu membantu murid yang mengalami gangguan
ADHD ini. Antara aktiviti permainan yang sesuai dimainkan oleh murid bermasalah ADHD
adalah sukaneka yang menarik perhatian dan tumpuan mereka. Sukaneka yang di rancang
seperti musical chair, adalah sesuai kerana permainan ini melibatkan murid yang ramai di
dalam kelompok yang besar. Alat atau bahan yang di perlukan adalah radio atau pemain muzik
dan kerusi yang mencukupi. Cara bermain pula adalah mengikut peraturan yang telah di
tetapkan iaitu, muzik dipasang, murid akan berjalan mengelilingi kerusi. Apabila muzik
dihentikan murid perlu duduk di atas kerusi. Bilangan kerusi akan dikurangkan dari masa ke
masa. Murid yang keluar dan tidak mendapat kerusi perlu berada di kawasan sekitar dan
menari mengikut rentak lagu yang di pasang. Hal ini bagi mengelakkan murid berlari atau
merasa bosan. Pelajar yang terakhir dan masih duduk di atas kerusi selepas lagu di hentikan
dianggap pemenang.
Selain itu, permainan dancing stick juga sesuai dimainan oleh murid yang mengalami
masalah ADHD kerana permainan ini memerlukan tumpuan yang tinggi. Permainan ini
melibatkan ramai pelajar. Alat permainan yang diperlukan bagi permainan ini adalah stick kayu,
tidak tajam dan mempunyai permukaan yang rata. Perkara ini penting kerana pemilihan kayu
yang bersesuaian perlu untuk murid bekeperluan khas, tambahan kepada mereka yang
bermasalah ADHD. Kecederaan mungkin berlaku sekiranya stick yang digunakan tajam. Selain
itu, alat pemain muzik seperti kaset atau radio diperlukan. Peraturan bagi permainan dancing
stick adalah fleksibel dan mengikut kreativiti guru memberi arahan kepada murid. Guru perlu
membuat satu lukisan bulatan besar dan menandakan tempat bagi setiap murid dengan kapur
tulis. Setiap murid di beri satu stick kayu, dan pesanan agar murid tidak mencederakan rakan.
Muzik dimainkan, murid membuat gaya bebas tanpa mengganggu rakan lain menggunakan
stick dan berada di kawasan sendiri. Apabila muzik dihentikan, murid perlu Freeze. Guru akan
memberi arahan, gaya yang perlu ditunjukkan oleh murid. Sekiranya gagal, murid akan di
denda tetapi mereka tidak di benarkan keluar meninggalkan bulatan. Ganjaran di berikan
kepada murid yang menunjukkan gaya yang menarik dan kreatif. Permainan ini adalah
merangsang kemahiran kreativiti murid dan memberi peluang mereka bermain dengan

Kokurikulum dan Rekreasi

| 86

peraturan serta tidak mengganggu rakan lain. Guru seharusnya bijak dalam merangka
permainan kepada murid terutama bagi murid bermasalah ADHD, kehilangna perhatian dan
tumpuan yang sekejap akan menyebabkan gangguan kepada murid di bilik darjah.

MASALAH PENGLIHATAN
Murid-murid yang mempunyai masalah dalam penglihatan tidak bermakna mereka tidak dapat
melakukan aktiviti sama seperti murid-murid normal. Dalam hal ini, peranan yang dimainkan
oleh guru amatlah penting bagi menyesuaikan aktiviti terutamanya aktiviti permainan supaya
bersesuaian dengan murid-murid ini. Antara permainan yang boleh dijalankan bersama muridmurid bermasalah penglihatan adalah seperti goalball, catur, dam, ping pong dan bola sepak.

Jenis Permainan

1) Bola Sepak

2) Ping Pong

peralatan

-bola, plastik dan loceng

Kemahiran

-mengikut arahan yang


diberikan oleh guru

-bola ping pong, net dan


gelanggang ping pong
mengikut arahan yang
diberikan oleh guru

Peraturan

-mengawal koordinasi tubuh


- melatih kemahiran motor
kasar dan halus murid
terutama tangan
-melatih deria pendengaran

-mengawal koordinasi tubuh


dan tangan
- melatih kemahiran motor
kasar dan halus murid
terutama tangan untuk melatih
proses menulis

Cara Bermain

Cara Bermain

-murid dibahagikan kepada


beberapa kumpulan kecil
yang terdiri daripada lima
hingga enam orang.

-kaedah bermain masih lagi


mempunyai persamaan
dengan kaedah bermain
murid-murid normal

-permainan dijalankan seperti


permainan bola sepak yang
biasa tetapi saiz padang
dikecilkan supaya
bersesuaian dengan tahap
murid.

-perbezaan hanya pada cara


net digantung

-bola juga diubahsuai dengan


memasukkan loceng
kedalamnya untuk
memudahkan murid
mendengar arah pergerakkan
bola

-net digantung atas sedikit


dari lantai pentas ping pong
iaitu supaya ada ruang
diantara net dengan lantai
pentas ping pong.
-hal ini kerana bagi permainan
ping pong murid-murid
bermasalah penglihatan
mempunyai sedikit kelainan

Kokurikulum dan Rekreasi

-selain memasukkan loceng,


bola tersebut juga boleh
dibalut dengan plastik
semuanya bergantung kepada
keselesaan murid
-permainan dijalankan seperti
biasa

| 87

-bola tidak akan melepasi net


sebaliknya bola akan
melepasi ruang di antara net
dan lantai pentas ping pong
iaitu ruang di tengahnya
-bola ping pong dimasukan
dengan loceng
Permainan dijalankan seperti
biasa

SEREBRAL PALSI
Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami masalah serebral palsi mengakibatkan mereka
bermasalah untuk melakukan pergerakan otot-otot seperti menegakkan badan. Hal ini demikian
kerana mereka mempunyai kerosakkan pada kawasan motor dalam otak. Kebolehan
pergerakan yang terhad boleh dipertingkatkan melalui aktiviti permainan yang melibatkan
gerakan.
Jenis Permainan

Kemahiran Lokomotor

Peralatan

Kemahiran

Peraturan

Balancing Sticks

Kad gambar kemahiran lokomotor


Muzik

o
o

Stick imbangan
Pen penanda

Mengikut arahan yang


diberikan oleh guru
Mengawal koordinasi
mata-tangan

Hoping,
Skipping,
Jumping,
Galloping,
Walking,
Running,
Leaping,
Sliding

Cara bermain:
i.
ii.

iii.

Murid ditunjukkan kad gambar


lokomotor
Guru melakukan demonstrasi
untuk setiap kemahiran dan
disuaikan dengan kad lokomotor
Permainan dimulakan dengan
muzik
yang
membangkit
semangat murid

Cara bermain:
i.

ii.
iii.

Guru melukis petak


kawasan untuk setiap
murid
Murid diberikan stik
plastik setiap satu
Guru
membuat
demonstrasi
mengimbangkan stik di

Kokurikulum dan Rekreasi

iv.

Murid
diminta
melakukan
pergerakan
bebas
bersama
dengan muzik yang dipilih
Guru menunjukkan kad lokomotor
dan murid dikehendaki meniru
aksi atau setiap kemahiran yang
ditunjukkan
dengan
betul
bersama muzik
Apabila muzik dihentikan, murid
dikehendaki menghentikan setiap
pergerakan mereka (freeze)
Apabila muzik dipasang semula,
murid
kembali
melakukan
pergerakan yang diarahkan oleh
guru berpandukan kad gambar
lokomotor

v.

vi.

vii.

tapak
tangan,
bahagian
belakang
tapak tangan, atas
kepala, kaki, dan lutut
Guru memberi peluang
kepada murid untuk
melakukan
setiap
kemahiran imbangan
tanpa keluar daripada
kawasan yang ditanda

iv.

Variasi:

Variasi:

Memilih lagu panaskan badan


Membebaskan pergerakan murid
di sekeliling bulatan yang ditanda
Pemilihan lagu yang pelbagai
Menggunakan sebagai aktiviti
kecergasan

Adaptasi:

Menggunakan
guru
atau
pembantu untuk menggerakkan
murid yang menggunakan kerusi
roda
Melaksanakan kemahiran dengan
murid untuk memberi motivasi
kepada mereka atau model
kemahiran pilihan

| 88

Menunjukkan
kemahiran
Bagi arahan
menunjukkan
kemahiran

setiap
tanpa

Adaptasi:

Guru pembantu
Bagi arahan secara
personal

Kokurikulum dan Rekreasi

| 89

PINTAR CERDAS
Konsep pintar cerdas, berbakat, dan kreatif tidak terhad hanya pada kemampuan intelektual
yang tinggi sahaja. Tetapi juga terdiri daripada kreativiti, kemampuan dalam bidang akademik
tertentu, kemampuan dalam visual atau seni persembahan dan kemahiran sosial. Jenis
permainan yang sesuai untuk kategori ini seperti jadual di bawah;
1) Kemahiran Kognitif (Fungsi Eksekutif)

Komponen (Fungsi Eksekutif)

Cara bermain:
i.

Guru menunjukkan kepada


murid Rajah 1
Guru
memberi
soalan
mengenai rajah tersebut:

ii.

Berapa jumlah Diamonds yang


diperlukan untuk mengimbangi set
bawah?
iii.

Murid diberi 1 minit untuk


menyediakan jawapan setiap
seorang
berdasarkan
pemerhatian mereka

Jawapan: 4 Diamonds
Cara Penyelesaian:
-

Pertama menambah bilangan


clubs di dua-dua

skala pertama (5).


Rajah 1

Kemudian mengira berapa


banyak clubs
dalam skala bawah (5).

Melakukan
perkara
yang
sama dengan spades
yang membawa anda 5 dan 5.

Huraian:
Komponen yang terlibat dalam permainan ini
adalah Fungsi Eksekutif iaitu salah satu kebolehan
kognitif yang terdapat pada kanak-kanak pintar
cerdas. Fungsi Eksekutif melibatkan tiga peringkat

Kokurikulum dan Rekreasi

| 90

iaitu:
i.

Menyelesaikan masalah:
-

Terdapat 4 diamonds di keduadua skala yang seimbang atas.

Oleh itu,ia perlu mengambil 4 di


amonds
untuk mengimbangi
skala ketiga sejak semua
ukuran yang lain adalah sama

Mentakrifkan masalah dengan cara yang betul


untuk menghasilkan penyelesaian dan memilih salah
satu cara yang betul.

ii.

Membuat keputusan:

Keupayaan untuk membuat keputusan yang


berdasarkan penyelesaian masalah, maklumat yang
tidak lengkap, dan emosi.
iii.

Memori bekerja:

Keupayaan untuk memegang dan memanipulasi


maklumat secara "on-line" dalam masa sebenar.

Puppets

Komponen bahasa

Cara bermain:
i.

ii.
iii.
iv.

v.

Murid dikehendaki berada di


dalam satu separa bulatan
dengan menghadap kepada
guru
Guru mengagihkan puppets
kepada setiap murid
Guru
memulakan
cerita
bersama puppets
Seterusnya, murid mengambil
giliran bercerita menggunakan
puppets
yang
diberikan
menggunakan dialog dan jalan
cerita tersendiri
Murid seterusnya mengambil

Kokurikulum dan Rekreasi

vi.

| 91

giliran yang berikutnya dengan


menyambung cerita tersebut
dengan dialog sendiri
Guru akan mengambil giliran
untuk
menghabiskan
jalan
cerita tersebut selepas semua
murid mengambil giliran msingmasing.

Peralatan:
i.
ii.

i.

ii.
iii.

Puppets
Pen penanda
Adaptasi:
Kanak-kanak dapat menghayati
perasaan dan pemikiran antara
diri sendiri dan puppets
Mengembangkan dialog dan
perbualan
Mencari
alternatif
bagi
tingkahlaku mengambil giliran

SINDROM DOWN
Sindrom down merupakan kecelaruan genetik yang paling dikenali yang menyebabkan
kerencatan akal pada kanak-kanak. Puncanya adalah jelas, iaitu individu down sydrome
mempunyai lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 dan dikenali juga sebagi
Trisomi 21. Mempunyai ciri-ciri fizikal seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah
yang tebal dan panjang dan jari tangan yang pendek. Semasa bayi kanak-kanak ini mempunyai
otot yang lemah (hypotomia) dan terkelepai (floopy/ kendur/lembik), dan tindak balas adalah
lemah berbanding kanak-kanak yang lain. Permainan kanak-kanak syndrom down ini lebih
berfokus terhadap pergerakan tubuh badan dan kepekaan telinga untuk mendengar arahan
yang diberikan. Aktiviti ini melibatkan kesedaran tubuh badan seseorang kanak-kanak. Seperti
peka dengan tindakan anggota badan apabila mendengar suara. Selain itu, permainan ini
mementingkan kemahiran auditori di mana seseorang itu perlu peka dan mendengar teliti
arahan yang diberi.
Dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak pula, Piaget pernah menyatakan bahawa
bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia terbukti mempunyai
perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya.
Contoh permainan yang sesuai untuk perkembangan kognitif kanak-kanak syndrom down ini
ialah sentuhan.
Cara bermain:
Seorang dipilh menjadi ketua
Pemain-pemain lain duduk bersila dalam bentuk bulatan.
Ketua berdiri di luar bulatan pada masa memberi arahan.

Kokurikulum dan Rekreasi

| 92

Pemain yang menjadi ketua akan menggunakan nama sendiri pada masa memberi
arahan seperti:
Ali kata, sentuh mata
Pemain-pemain dalam bulatan mengikut arahan Ali, dengan menyentuh mata
dengan dua belah tangan.
Semua sentuhan mesti dilakukan dengan kedua-dua belah tangan.
Pemain-pemain mengikut giliran untuk menjadi ketua dan memberi arahan.

Contoh: senarai bahagian tubuh badan termasuk:


Kepala, rambut, mata, telinga, hidung, mulut, bibir, dagu, dada, belakang, perut, leher,
lengan, tangan. Jari, ibu jari, kaku, dan lutut. Apabila murid-murid telah mempelajari
senarai tubuh badan pertama, senarai berikut boleh dikenali.
Lidah, gigi, pinggang, paha, betis, pergelangan tangan, bulu mata, tapak tangan, tapak
kaki dan tumit

DISLEKSIA
Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila &
Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang
tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang
bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.
Terdapat beberapa permainan yang dianggap sesuai dijalankan kepada kanak-kanak atau
murid-murid yang mengalami masalah disleksia. Antaranya adalah seperti permainan
berasaskan tanah liat, lompat gelung rotan, birthday wish, permainan berasaskan nombor dan
huruf, tennis, blok-blok kayu, puzzle dan seumpamanya. Permainan yang biasa dimainkan oleh
murid-murid normal juga akan bersesuaian dengan murid-murid berkerluan khas ini sekiranya
bentuk permainan tersebut diubah agar bersesuaian dengan keperluan mereka.
Jenis
Permainan
Peralatan

Kemahiran

1) Permainan
Berasaskan Tanah
Liat
-Tanah liat

-Mengikut arahan
yang diberikan oleh
guru
-Mengawal koordinasi
mata-tangan
- melatih kemahiran
motor kasar dan halus
murid terutama
tangan untuk melatih
proses menulis

2) Permainan Huruf
Dan Nombor

3) Lompat Gelung
Rotan

- pensel atau pen

-Gelung rotan

-kad nombor/huruf
- kemahiran
mengingat nombor

-kemahiran kognitif

- mengimbangi daya
mengingati huruf
dengan perkataan
- melatih murid untuk
mengingati bentuk
huruf
Menggalakkan daya
ingatan murid

-kemahiran
membilang sambil
melompat
-melatih murid
mengawal
keseimbangan tubuh

Kokurikulum dan Rekreasi

Peraturan

| 93

Cara Bermain
-guru mengedarkan
tanah liat kepada
murid-murid.
Selepas itu, guru
memberikan tema
kepada murid seperti
tema binatang
- guru meminta murid
menghasilkan objek
dengan
menggunakan tanah
liat mengikut tema
yang diberi
Variasi
-murid bebas untuk
menghasilkan objek
bedasarkan tema
- Adaptasi:
-guru membantu
murid mengenal pasti
bentuk sebenar objek
yang akan dihasilkan
-Melaksanakan
kemahiran dengan
murid untuk memberi
motivasi kepada
mereka atau model
kemahiran pilihan

AUTISME
Individu autisme mempunyai kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal
ataupun dalam seni muzik, rote memory dan lain-lain. Ini merupakan definisi menurut
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Kokurikulum dan Rekreasi

| 94

Pemilihan harus dilakukan bagi memastikan permainan yang sesuai dan bermakna kepada kanak-kanak yang mengalami Autisme.

Kokurikulum dan Rekreasi

| 95

PERMAINAN OUTDOOR
Mestilah mudah dan sesuai untuk kanak-kanak autisme mengikutnya
Perlukan penyeliaan yang sepenuhnya untuk menjamin keselamatan kanak-kanak
autisme.
Contoh aktiviti: baseball, golf, skipping, melambung bola/belon air, membina istana pasir
serta bermain di kolam renang.
Contoh aktiviti
Perkhemahan

Lawatan

Huraian
Pastikan kanak-kanak Autisme selesa dengan
lokasi dan keadaan tapak perkhemahan
tersebut
Contoh lokasi yang ideal: pantai
Bawa kanak-kanak Autisme ini ke taman
rekreasi, muzium atau parti di rumah rakanrakannya
Dapat meraih pengalaman pembelajaran yang
baik

Permainan yang sesuai


1. Melalui Terowong

Cara bermain:
1. Dua garisan berjarak 5 meter dilukis di kawasan permainan
2. Pemain-pemain berdiri dalam bentuk barisan mengikut pasukan masing-masing di
antara kedua-dua garisan itu
3. Pemain pertama yang berdiri di depan barisan memegang sebiji bola dengan kakinya
dikangkangkan
4. Pemain-pemain di belakangnya dalam barisan juga berdiri dengan kaki dikangkangkan
5. Bola akan dihantar melalui kaki yang dikangkangkan ke tangan pemain belakang
6. Pemain yang menerima bola, akan menghantar bola melalui kakinya yang dikangkang
ke tangan pemain di belakang
7. Apabila pemain di hujung barisan menerima bola, pemain itu berlari dengan bola ke
depan barisan

Kokurikulum dan Rekreasi

| 96

8. Bola dihantar dengan cara yang sama ke belakang barisan


9. Permainan tamat apabila pemain pertama berada di depan barisan

2. Menangkap ekor naga

Cara bermain
1. Setiap pasukan mengandungi tiga pemain
2. Setiap pasukan berbaris berselerak dikawasan permainan
3. Pemain di depan (A) adalah kepala naga
4. Pemain di tengah (B) adalah badan naga
5. Pemain di hujung (C) menyingsing sehelai selendang/riben yang panjang di belakang
pinggangnya. Pemain ini menjadi adalah ekor naga.
6. Setiap pasukan (naga) cuba menangkap ekor (selendang) naga yang lain
7. Naga yang kehilangan ekor masih boleh terus bermain
8. Tujuan permainan adalah untuk mendapatkan ekor terbanyak
9. Naga yang menang adalah pasukan yang mendapat ekor terbanyak

Kokurikulum dan Rekreasi

| 97

LEMBAM (slow learner)


Kanak-kanak lembam atau slow learner didefinisikan sebagai salah satu atau lebih kecelaruan
pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan pemahaman atau penggunaan
bahasa (penulisan atau bacaan) yang boleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir,
bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Namun begitu, permasalahan ini bukanlah
berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah
mental (Hallahan dan Kaufman, 2006).
Pemilihan permainan bagi kanak-kanak lembam
@ Permainan yang dipilih haruslah mudah dan tidak menggunakan arahan yang
panjang dan sukar
@ Dapat meningkatkan tumpuan kanak-kanak ini dalam sesuatu perkara khusus
seperti mendengar atau melihat
@ Dapat meningkatkan kemahiran kognitif sama ada dari segi bahasa dan juga
matematik
@ Permainan yang dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka dengan lebih efektif.
Contoh: permainan yang dilakukan secara berkumpulan
Permainan yang sesuai
1. All-fours Cirlce Maths

Kokurikulum dan Rekreasi

| 98

Cara bermain:
1. Bentukkan 5-10 orang dalam satu kumpulan
2. Semua akan terbaring di lantai dalam bulatan (kepala menghadap ke dalam)
3. Mulakan permainan dengan memberikan nombor kepada setiap ahli kumpulan
4. Guru akan menyatakan satu masalah matematik
a. (cth: 2+2= __ )
b. (cth:5-3= ___ )
5. Pelajar yang memegang/ditetapkan nombor yang berkenaan (sama dengan jawapan
kepada soalan) akan bangun kemudian melompat atau berlari mengelilingi rakanrakannya yang lain dan kembali ke tempat asal.

Kokurikulum dan Rekreasi

2. Motokar

Cara bermain
1. Pemain-pemain berdiri dalam bentuk bulatan
2. Pemain-pemain diberi satu nombor, misalnya 1 hingga 4, untuk bulatan yang
mengandungi lapan pemain

| 99

Kokurikulum dan Rekreasi

| 100

3. Ini bermakna setiap bulatan mengandungi dua pemain yang mempunyai nombor yang
sama
4. Setiap nombor doberi nama sejenis kereta:
a. No. 1: Proton
b. No. 2: Mazda
c. No. 3: Ford
d. No. 4: Honda
5. Guru melaungkan satu nama kereta, misalnya Honda
6. Semua pemain yang dinamakan Honda berlari di dalam dan di luar di antara pemain
bulatan hingga balik ke tempat asalnya.
7. Kereta yang balik dahulu ke tempatnya mendapat satu mata
8. Permainan diteruskan sehingga mendapat pemenang daripada setiap bulatan

3. Warna

Kokurikulum dan Rekreasi

| 101

Cara bermain
1. Pemain-pemain duduk bersila dalam bentuk bulatan
2. Setiap pemain diberi sekeping kad warna atau kad berbentuk tertentu
3. Guru melaungkan satu jenis warna atausatu jenis bentuk
4. Pemain-pemain yang mempunyai jenis kad yang dinyatakan, berdiri dan bergerak
(mengikut kemahiran lokomotor yang telah ditetapkan) satu pusingan keliling bulatan
dan balik ke tempat asal.
5. Permain yang cepat balik ke tempat asal dianggap menang

TERENCAT AKAL
Terencat akal adalah jenis kecacatan yang paling biasa terdapat di kalangan kanak-kanak
berkeperluan khas. Terencat akal ialah kanak-kanak yang mengalami keadaan perkembangan
minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam
fungsi intelek dan sosial. Biasanya turut mengalami masalah pembelajaran disebabkan tahap
mental yang rendah dan kurang ataupun tiada keupayaan dalam mengurus aktiviti seharian.
Permainan Yang Sesuai Dengan Kanak-Kanak Terencat Akal
Pergerakan Haiwan merupakan permainan yang senang dilakukan dan seronok melakukan.
Kanak-kanak terencat akal sesuai dengan permainan seperti ini kerana permainan ini
mementingkan kemahiran lokomotor, kesedaran tubuh badan, komponen kekuatan,

Kokurikulum dan Rekreasi

| 102

ketangkasan, imbangan, kordinasi bahagian badan tertentu, integrasi penglihatan (visual),


oditori dan psikomotor. (Helen Ten Hong Beng)
Permainan ini hanya menggunakan beberapa keping kad gambar binatang sahaja.
Tidak memerlukan bahan dan alat yang banyak. Permainan ini boleh melibatkan semua murid
kelas.

Cara bermain
Pemain-pemain berselerak di kawasan permainan.
Sekeping kad gambar binatang ditunjukkan kepada pemain, misalnya gambar
katak.
Pemain-pemain bergerak seperti katak di kawasan permainan.
Kad gambar binatang kedua ditunjukkan, misalnya gambar kucing.
Permainan diteruskan dengan pemain-pemain melakukan gerakan tertentu
mengikut gambar itu.
Variasi
1. Beberapa keping kad gambar binatang diletakkanberjarak di atas lantai.
2. Pemain-pemain bebas bergerak.
3. Apabila bermain menjumpai kad gambar tersebut, mereka mesti melakukan gerakan
binatang itu sehingga mereka menjumpai kad gambar lain.
4. Kemudian, mereka mesti menukar gerakan tadi dan melakukan gerakan binatang
daripada kad gambar kedua.
5. Permainan diteruskan dengan pemain-pemain menukar gerakan setiap kali mereka
menemui kad gambar binatang baru.

Bincangkan keperluan permainan dalam meningkatkan perkembangan


kognitif,sosial dan emosi kanak-kanak berkeperluan khas.

RUMUSAN

Aktiviti permainan dapat meningkatkan keupayaan kognitif,emosi dan social kanakkanak berkeprluan khas.
Permainan yang berbeza mengikut kategori memudahkan guru menyusun aktiviti dan
strategi pengajaran.
Permainan mampu mengubah tingkahlaku kanak-kanak berkepeluan khas.
Langkah-langkah melaksanakan permainan harus memikirkan spek keselamatan dan
kemudahan peralatan.
Pengubahsuaian cara dan pertaturan permainan diperlukan dalam mengendalikan
permainan murid berkeperluan khas.
Memahami jenis permainan yang mampu dilaksanakan oleh kanak-kanak berkeperluan
khas akan membolehkan meningkatkan keyakinan dan keupayaan murid.

Kokurikulum dan Rekreasi

| 103

RUJUKAN
Georg Torkidsen (2007). Leisure and Management. Routledge London and new york
Kathy pond, 2005. Water recreation and disease: plausibility of associated
infections : Acute Effects, Sequelae and Mortality,
Lisa Rappaport Morris & Linda Schulzs (1989). Creative Play Activities for Children with
Disabilities: A resource book for teacher and parent. United State: Library of
Congress Cataloging-in Publication Data
Roger & Kimberley Woodson (1995). The Parents Guide to Campaign with Children.
United State: Library of Congress Cataloging-in Publication Data.
Bullock, C. C. & Mahon, M. J. (1997). Introduction to recreation services for people with
disabilities: A person-centered approach. Champaign, IL : Sagamore Publishing.
Daly, J. (2000). Recreation and Sport Planning and Design. United States: Human Kinetics.
Kathleen A. Cordes & Hilmi M. Ibrahim (1999). Application In Recreation & Leisure For Today
and The Future. United States: McGraw- Hill.
Kraus, R. (1998). Recreation and leisure in modern society, 5th ed. Temple university: Jones
and
Bartlett Publishers.
Schwarzenegger, A., Chrisman, M. & Coleman, R. (2005). The Health and Social Benefit of
Recreation: An Element of The California Outdoor Recreation Planning Programe.
California: California State Parks.
Smissen, B. V. D. (2005). Recreation and Parks The Profession: A comprehensive resource for
students and professionals. United States: Human Kinetics.
Smith W. R. et al (2011). Inclusive And Special Recreation, Opportunities for Persons with
Disabilities: Champaign, IL : Sagamore Publishing.

Anda mungkin juga menyukai