Anda di halaman 1dari 6

Pegertian Hari Kiamat Dari al-Qur'an

25 JAMADILAKHIR 1433

Ada 2 jenis kiamat iaitu :

kiamat kecil

kiamat besar

Kiamat Kecil
Apabila manusia menghadapi sakaratulmaut, ia adalah saat kiamat bagi manusia itu.
Dunia hidupnya telah berakhir dan dia akan memasuki alam yang baru.
Kiamat Besar
Kiamat besar adalah apabila keseluruh isi alam semesta ini menghadapi kehancuran
total. Bumi dan langit akan musnah dan akan digantikan dengan alam yang baru.
Kedua-dua kiamat menandakan tertutupnya pintu taubat dan buku catatan manusia.
Pengertian kiamat mengikut al-Qur'an
Mempercayai kedatangan Hari Kiamat adalah salah satu dari dari Rukun Iman.
Seorang Islam yang tidak mempercayai tentang Hari Kiamat akan tertolak imannya
dan terkeluar dari Islam.
Hari Kiamat adalah perkara yang belum terjadi dan tidak dapat dibayangkan oleh
manusia bagaimana keadaannya apabila ianya terjadi kelak. Oleh itu ALLAH dengan
sifat Yang Maha Penyayang, memberikan gambaran tentang kejadian hari itu melalui
firman-firman-NYA di dalam al-Qur'an supaya manusia bersedia menghadapinya.
Al-Qur'an menerangkan bagaimana keadaan bumi, langit dan lautan ketika kiamat
berlaku. Bumi akan bergoncang dengan goncangan yang hebat dan dasyat yang belum
pernah dirasai manusia. Gunung-ganang digambarkan berterbangan kerana tercabut
dari paksinya. Air lautan melimpah-ruah menenggelami daratan. Lahar panas dari
perut bumi akan mendidihkan air lautan hingga menjadi kering. Awan hitam menutupi
bumi sehingga tiada lagi sinar matahari. Bulan, bintang dan segala cakarawala akan
1

berguguran kerana laluan orbit yang mereka lalui tidak lagi berfungsi sehingga
berlakulah pertembungan yang dasyat di angkasa.
Al-Qur'an menerangkan keadaan manusia yang kebingungan dan ketakutan yang tidak
terperi beserta jerit-pekik yang mengegarkan telinga. Kiamat akan berlaku dengan
secepat kilat sehingga manusia tidak sempat lari dan mencari perlindungan. Mereka
akan lari dari suami atau isteri mereka, dari anak-anak mereka, dari kaum keluarga
tersayang mereka dan sahabat-handai kerana hendak menyelamatkan diri sendiri.
Al-Qur'an menerangkan bahawa ketika kiamat berlaku, segala binatang buas akan
berkumpul ertinya mereka tidak lagi menjadi buas dan liar kerana ketakutan yang
amat sangat. Binatang ternak yang berharga akan terbiar kerana tuan-tuan mereka
tidak lagi menghiraukan ternakan itu.
Bayangan Hari Kiamat dari al-Qur'an menggambarkan suasana yang sangat dasyat
dan hebat. Kerana kehebatan keadaan hari itu, al-Qur'an menamakan Hari Kiamat
dengan beberapa nama yang melambangkan keadaan dan suasana hari tersebut.
Contohnya :

Yaumul Zalzalah ertinya Hari Kegoncangan

Yaumul Ghasiah ertinya Hari Pengsan

Yaumul Sokhoh ertinya Hari Yang Memekakkan Telinga

Yaumul Laayam liku ba'dhukum li ba'dhi ertinya Hari yang lari seorang dari
yang lain.

Yaumul So'ikah ertinya Hari Yang Riuh

Yaumul Rajifah ertinya Hari Gempa Yang Besar


2

Yaumul Tommah ertinya Hari Yang Sukar

Yaumul Talaq ertinay Hari Manusia bercerai dari keluarganya.

AYAT-AYAT AL-QUR'AN YANG MENCERITAKAN TENTANG SUASANA


KIAMAT

Surah 22 al-Hajj ayat 1-2


Maksudnya:
"Wahai sekelian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu; sesungguhnya
kegoncangan kiamat itu adalah sesuatu yang besar. Pada hari yang akan
kamu lihat kegoncangan itu, menjadikan tidak peduli perempuan yang
sedang menyusukan anak yang sedang disusukan; dan akan menggugurkan tiap-tiap yang mempunyai kandungan akan kandungannya; dan akan
engkau lihat manusia-manusia itu dalam keadaan masuk, padahal bukanlah mereka mabuk melainkan siksaan ALLAH yang sangat keras."
Surah 56 al-Waqi'ah (Peristiwa Yang Terjadi) ayat 1 - 6
Maksudnya;
"Apabila telah terjadi peristiwa besar itu. Tidaklah dari terjadinya itu dapat
didustakan. Direndahkannya; ditinggikannya. Apabila bumi digoncangkan
dengan sebenar goncangan. Dan gunung-gunung dihancurkan sebenarbenar hancur. Maka jadilah ia debu yang bertaburan."
Surah 69 al-Haqqah ( Hari Kiamat) ayat 13 - 17
Maksudnya;
"Maka apabila sangka-kala telah ditiup kelak sekali tiup. Lalu diangkatlah
bumi dan gunung-gunung lalu dihempaskan sekali hempas. Maka pada
hari itu terjadilah Hari Kiamat itu. Dan terbelahlah langit; maka jadilah dia
di hari itu lemah sekali. Dan Malaikat-Malaikat berada di penjuru-penjuru
dan di atas mereka; dan di hari itu 'Arasy Tuhan engkau akan dipikul oleh
delapan Malaikat."
3

Surah 75 al-Qiamah ayat 1-13


Maksudnya;
"AKU bersumpah dengan Hari Kiamat. Dan AKU pun bersumpah dengan
jiwa yang menyesal. Apakah mengira manusia bahawa tidak akan KAMI
kumpulkan tulang-belulangnya? Bahkan KAMI Maha Kuasa atas menyusun
sempurna ujung-ujung jarinya. Bahkan inginlah manusia berbuat durkaha
di hadapan-NYA. Dia (manusia) bertanya; bilakah Hari Kiamat itu? Maka
apabila mata telah terbelalak. Dan telah pudar cahaya bulan. Dan telah
dikumpulkan matahari dan bulan. Berkata manusia pada hari itu; ke mana
tempat lari? Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung. Hanya
kepada Tuhan engkaulah di hari itu tempat kembali yang kukuh. Maka akan
diberi khabar kepada manusia di hari itu apa yang telah dikerjakannya
terlebih dahulu dan apa pula yang dilalaikannya."
Surah 78 an-Naba' (Berita) ayat 17 - 20
Maksudnya;
"Sesungguhnya hari pemutusan itu, adalah satu masa yang ditentukan.
Hari ditiup sangka-kala, lalu kamu datang berbondong-bondong. Dan
telah dibuka langit seperti pintu-pintu. Dan gunung-gunung telah digerakkan seperti fatamorgana."
Surah 80 'Abasa (Bermasan Muka) ayat 33 - 42
Maksudnya;
"Maka apabila datang suara yang dasyat. Hari di mana seorang itu
lari dari saudaranya. Dan (dari) ibunya dan bapanya. Dan (dari) isterinya dan anak-anaknya. Bagi setiap seorang dari mereka pada hari
itu, ada urusan yang cukup menyibukkan. Beberapa muka pada hari
itu berseri-seri. Ketawa, gembira. Dan beberapa muka pada hari
itu penuh berdebu. Ditutup oleh warna hitam. Mereka itu ialah
orang-orang yang kafir, yang jahat."
Surah 81 at-Takwir (Menggulung) ayat 1 - 6
Maksudnya;
"Apabila matahari digulung. Dan apabila bintang-bintang berjatuhan.
Dan apabila gunung-gunung berterbangan. Dan apabila unta-unta
4

yang bunting ditinggalkan (dibiarkan). Dan apabila binatang liar dikumpulkan. Dan apabila lauatan menggelegak panas. "
Surah 81 at-Takwir ayat 11
Maksudnya;
"Dan apabila langit dikupas."
Surah 82 Infitar (Terbelah) ayat 1-5
Maksudnya;
"Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berserak.
Dan apabila lautan melimpah-ruah. Dan apabila kubur-kubur dibongkar.
(Ketika tersebut) setiap jiwa tahu apa yang telah didahulukan dan apa
yang dikemudiankan."
Surah 84 al-Insyiqaq (Kehancuran) ayat 1 - 5
Maksudnya;
"Apabila langit terbelah. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah
semestinya dia patuh. Dan apabila bumi diratakan. Dan membuang
apa yang ada di dalamnya dan dia (bumi) menjadi kosong. Serta
mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya dia patuh."
Surah 99 al-Zalzalah (Kegoncangan) ayat 1-6
Maksudnya;
"Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang dasyat. Dan bumi itu
mengeluarkan bebanannya (isinya). Dan berkatalah manusia; mengapa
bumi (sebegini)? Pada hari itu (bumi) menceritakan khabar beritanya.
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu
manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) ama-amal mereka."
Surah 101 al-Qariah (Yang Menggemparkan) ayat 1 - 5
Maksudnya;
"Hari yang menggemparkan. Apakah dia hari yang menggemparkan? Dan
adakah engkau mengetahui apakah itu hari yang menggemparkan? Hari
yang manusia menjadi seperti kelakatu yang bertebaran. Dan gununggunung menjadi seperti bulu yang berterbangan."
5

Anda mungkin juga menyukai