Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1: Projek Penyiasatan (Individu)

Bincangkan tentang kejayaan-kejayaan negara dalam bidang pendidikan di dalam dan di


luar negara bermula abad ke- 21.
1.0 Kejayaan Malaysia Dalam Bidang Pendidikan
1.1 Pengenalan
Perkembangan dalam dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini saya kira boleh dijadikan
sebagai jambatan terbaik dalam menjana generasi yang mampu meletakkan pendidikan
negara sebagai teras asas kemajuan negara. Hal ini merujuk kepada kapasiti-kapasiti yang
terdapat dalam sistem pendidikan yang membolehkan penekanan diberikan secara
berterusan bermula daripada pendidikan rendah sehingga pendidikan tinggi dalam proses
menjana generasi berpendidikan yang diinginkan. Hari ini, warganegara Malaysia saya kira
perlu berbangga dengan pendidikan di Malaysia yang bertaraf dunia. Namun, dalam
mengimpikan sistem pendidikan yang mulus dan cerlang, kita perlu melihat keadaan yang
sebenar bermulanya sistem pendidikan di Malaysia. Bagaimana perkembangan pendidikan
di Malaysia bermula dan adakah hala tuju pendidikan di Malaysia menunjukkan keadaan
yang positif? Umum mengetahui bahawa sistem pendidikan di Malaysia sudah bermula
dengan kewujudan sistem pendidikan yang tidak formal sebelum kedatangan British di Tanah
Melayu. Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia diteruskan lagi dengan kedatangan
British sebagai kuasa Imprealisme yang memperkenalkan sistem pendidikan yang lebih
sistematik dan berformal. Setelah Malaysia bebas daripada belenggu penjajahan barat pada
31 Ogos 1957, sistem pendidikan di Malaysia semakin berkembang untuk melahirkan
bangsa yang berpengetahuan tinggi. Bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia,
pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan, antaranya memperkenalkan pelbagai dasar
pendidikan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan negara dalam bidang ini
menerusi modal insan-modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan sedia ada.
1.2 Kejayaan Malaysia Dalam Bidang Pendidikan - Konteks Dalam Negara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh para
guru dan pentadbir sekolah menerusi pelaksanaan dan pengamalan pelbagai dasar-dasar
pendidikan yang bermatlamat untuk mencungkil potensi murid secara keseluruhan, selari
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti berikut :
"Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab,

berketrampilan

dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran


keluarga, masyarakat dan negara."
Kita tidak dapat menafikan kejayaan Malaysia dalam bidang pendidikan menerusi konteks
dalam negara. Hal ini kerana terdapat bukti nyata yang boleh kita saksikan. Oleh kerana
kejayaan Malaysia dalam bidang pendidikan sinonim dengan penglibatan murid di luar
negara, maka untuk menjawab soalan kejayaan dalam konteks pendidikan dalam negara ini,
saya akan lebih menyentuh mengenai penubuhan program, dasar dan tidak ketinggalan
rancangan yang digubal oleh kementerian bermatlamat untuk membantu mencapai hasrat
utama FPK. Saya kira hal ini wajar dipotretkan sebagai kejayaan kerana pengaruh
pelaksanaannya yang positif terhadap perkembangan murid. Demi membuktikan bahawa hal
ini bukan sekadar sebagai halwa telinga, beberapa bukti yang nyata akan saya sertakan.
Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Program Tranformasi Kerajaan (GTP)
yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009, terbukti
menghasilkan kejayaan yang pantas dan besar dalam masa tiga tahun pelaksanaannya.
Program Transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui pendekatan NKRA
memberikan impak yang positif terhadap jutaan rakyat merentasi kumpulan dan golongan
masyarakat Malaysia. NKRA adalah bermaksud National Key Result Area ataupun Bidang
Berhasilan Utama Negara. NKRA mempunyai enam bidang yang ditentukan oleh kerajaan,
dan bidang yang ke-3 iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Dan
Berkemampuan telah memberikan banyak faedah kepada anak-anak Malaysia, murid-murid
terutamanya. Saya gemar untuk memberi penekanan kepada Sub-NKRA iaitu Sekolah
Berprestasi Tinggi kerana di sini kita dapat melihat dengan jelas faedah pelaksanaan NKRA
ini kepada murid-murid terutamanya.
Pertama, Sub-NKRA telah mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik serta
meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi
dan akauntabiliti, sekaligus membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan
masing-masing iaitu pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan. Kedua,
Sub-NKRA bermatlamat untuk menghasilkan murid yang cemerlang yang boleh menjadi
personaliti unggul dalam semua bidang. Sub-NKRA juga bermatlamat untuk merapatkan
jurang antara sekolah-sekolah di dalam negara. Bagi sekolah yang dinobat sebagai sekolah
sekolah Kluster Kecemerlangan atau Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), sekolah-sekolah ini
boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan
kecemerlangan yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah
tersebut sekaligus merapatkan jurang antara sekolah berprestasi tinggi dan berprestasi

rendah. Berdasarkan Sub-NKRA iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi di atas, pelaksanaannya


pasti akan memberikan impak yang cukup besar kepada sistem pendidikan negara dan
kesan positif akan disalurkan kepada murid-murid sekolah. Saya kira penubuhan Program
Tranformasi Kerajaan (GTP) adalah satu kejayaan yang besar terhadap pendidikan dalam
negara demi melahirkan modal insan yang cemerlang dan minda kelas pertama.
Kementerian juga memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah
(PPPS) dan merupakan suatu usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi bagi
mencabar, memotivasi dan membantu semua sekolah di Malaysia dalam meningkatkan
prestasi murid dan menjadikan semua sekolah cemerlang, dengan memberi fokus kepada
sekolah-sekolah yang paling memerlukan perhatian. Teras kepada program ini ialah sistem
pengumpulan data berpusat dan toolkit yang membantu Guru Besar untuk dengan mudah
mengakses dan menjejaki maklumat prestasi sekolah dan merancang kaedah-kaedah bagi
meningkatkan prestasi masing-masing. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk
meningkatkan pencapaian murid-murid. Hal ini kerana setiap kanak-kanak mampu berjaya.
Kegagalan akademik adalah kumulatif, oleh itu lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk
memastikan setiap kanak-kanak diberikan peluang yang saksama untuk berjaya.
Pelaksanaan program ini nyata memberikan peluang yang sama rata kepada murid-murid
yang secara lahirnya mempunyai kebolehan yang berbeza-beza.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang merupakan satu bentuk
perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan
bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011
selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Penubuhan
KSSR adalah sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada
bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk
memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR mampu
mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru
akan dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan PdP ini.
Enam aspek yang terkandung di dalam KSSR iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap Dan
Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Fizikal Dan Etestika, dan Literasi Sains Dan
Teknologi amat menepati hasrat FPK seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

1.3 Kejayaan Malaysia Dalam Bidang Pendidikan - Konteks Luar Negara


Setengah abad mengecap kemerdekaan tidak bermaksud negara Malaysia tidak boleh
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Kejayaan
negara Malaysia di luar negara dalam bidang pendidikan membuktikan bahawa kita mampu
bersaing diperingkat antarabangsa, bukan sekadar jaguh ditempat sendiri. Saya gemar
untuk memberikan bukti yang jelas lagi nyata, dan sudah pastinya berdasarkan kepada
kejayaan-kejayaan yang benar-benar berlaku kepada anak-anak watan Malaysia dalam skop
pendidikan.
Pada 5-9 November 2009, pasukan robotik Sekolah Menengah Kebangsaan
Methodist (MES) 35900 Tanjong Malim telah berjaya mencipta rekod di persada dunia, yakni
pasukan MES menjuarai pertandingan World Robotic Olympiad 2009 yang telah berlangsung
di Pohang, Korea Selatan. Pasukan Malaysia iaitu sebanyak enam pasukan yang terdiri
daripada 18 orang murid dan enam orang guru pengiring dalam usaha menggalas misi dan
visi cabaran pertandingan robotik sedunia telah berjaya merangkul kemenangan dalam
kategori terbuka sekolah rendah dan kategori terbuka sekolah menengah tinggi. Pada tahuntahun yang seterusnya, Malaysia berjaya mengekalkan kejuaraan dalam arena robotik ini.
Pada tahun 2011, pasukan negara telah berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan
ini yang berlangsung di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu. Seterusnya pada tahun 2012,
pasukan Malaysia mencatatkan kejayaan membanggakan apabila muncul sebagai juara
keseluruhan Olimpiad Robotik Dunia (WRO ) ke-8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen
Sunway Pyramid. Seterusnya pada tahun 2013 dalam pertandingan yang sama, pasukan
negara sekali lagi mengekalkan kejuaraan apabila berjaya merangkul pingat emas dalam
kejohanan tersebut yang berlangsung di Jakarta. Kejayaan ini bukti nyata negara Malaysia
berjaya mendidik warganya untuk mampu bersaing secara sihat bersama negara-negara
yang lain. Kejayaan ini saya kira bermula daripada sistem pendidikan negara yang baik dan
sentiasa diperbaharui untuk disesuaikan dengan standard antarabangsa.
Tidak cukup dalam arena robotik, anak-anak watan Malaysia juga menempah
nama di peringkat antara bangsa dalam beberapa pertandingan yang cukup ternama.
Antaranya ialah Yeoh Zi Song dari SJKC Chong Teik, telah berjaya meraih pingat emas dan
markah penuh semasa menyertai pertandingan 16th Primary Mathematics World Contest
(PMWC), yang diadakan pada tahun 2013 dan berlangsung di Hong Kong. Manakala Nur
Liyana Johari yang berusia 17 tahun, telah menerima Intel ISEF 2013 Special Awards
Organizations berjumlah USD5000 daripada semasa 64th INTEL International Science and
Engineering Fair (INTEL ISEF) yang berlangsung di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat.
Beliau mendapat anugerah ini kerana beliau telah melakukan satu penyelidikan mengenai

proses untuk menukar kelapa sawit kepada minyak dengan penggunaan catalyst dalam
membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti minyak bio yang dihasilkan. Kejayaannya ini
merupakan kebanggaan negara kerana beliau merupakan pelajar pertama negara melakar
kejayaan ini di Amerika Syarikat. Manakala kejayaan-kejayaan yang lain pula ialah
melibatkan Sekolah Menengah Sains Selangor yang telah memperolehi Anugerah Emas
dalam European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT) 2013 yang diadakan
di Lasi, Romania. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor pula telah memenangi Anugerah
Best International Team Award Pertandingan National Final F1 di United Kingdom dan
Anugerah Emas dalam Asia Pasific Conference of Young Scientists yang diadakan di
Palembang, Indonesia pada tahun 2013. Disamping itu, Sekolah Menengah Sains Tuanku
Syed Putra turut melakar nama dan telah memenangi tempat kedua anugerah khas United
Airlines Foundation sempena Intel International Science and Engineering Fair 2013 di
Arizona, Amerika Syarikat. Kejayaan yang nyata cukup gah ini tidak lain, membuktikan
negara Malaysia mampu dan boleh melahirkan modal insan bertaraf dunia dan tidak sekadar
boleh-boleh sahaja.
Bukan setakat kejayaan dalam diri murid dapat kita saksikan, bahkan kejayaan
guru yang mendidik mereka juga menjadi saksi nyata bahawa negara kita sememangnya
mempunyai pendidik atau pendakwah ilmu yang cukup baik dan hebat. Sekolah Menengah
Sains Kepala Batas telah meraih banyak kejayaan dalam Pertandingan Rekacipta di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini termasuk Pertandingan Inovasi Sains SBP
Kelapa Sawit anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan The Second APEC Conference
for the Gifted In Science di Korea. Kejayaan-kejayaan ini sebenarnya ialah berpunca
daripada kesungguhan seorang guru iaitu Cikgu Harris Ganae bin Nanar. Beliau merupakan
guru cemrlang yang telah berjaya memenangi Pingat Emas bagi kategori Modul Pengajaran
Terbaik dalam pertandingan ASEAN Camp for Gifted In Science pada tahun 2011. Benarlah
kata pepatah, dimana akan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasa ini sangat
sesuai dalam memberi gambaran akan kejayaan anak-anak Malaysia di dalam dan luar
negara, yang berpucuk pangkal dari didikan insan kental bergelar guru.
Ada pihak menyatakan bahawa sistem pendidikan kita setakat melahirkan muridmurid cemerlang dalam bidang akademik semata-mata. Nah, saya nyatakan bukti nyata
bahawa sistem pendidikan kita bukan berpaksikan akademik semata-mata tetapi juga
seimbang,

selari

dengan

hasrat

Falsafah

Pendidikan

Negara

(FPN)

iaitu

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Bukti yang boleh saya berikan adalah sangat tegap dan konkrit. Contoh dalam
kejohanan badminton Sekolah-Sekolah Asia, pasukan Malaysia telah muncul sebagai juara

di rantau Asia. Manakala semasa kejohanan bolasepak Sekolah-Sekolah Asia Bawah 15


Tahun, kontinjen negara telah diumumkan sebagai naib johan. Selain itu, atlet dari Sekolah
Sukan Bukit Jalil, telah merangkul pingat emas dalam kejohanan Skuasy Remaja Terbuka
British pada tahun 2012. Begitu juga dengan atlet murid sukan renang dan menembak yang
telah menyinar dalam Australian Youth Olympic Festival dengan meraih pingat emas. Dalam
Sukan SEA ke-27 di Naypyidaw, Myanmar pula, atlet-atlet pelapis negara menunjukkan
perkembangan yang membanggakan. Sukan SEA ini merupakan medan terbaik untuk
mendedahkan para atlet muda kepada persaingan di peringkat antarabangsa. Para atlet
pelapis di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) telah berjaya menyumbang 9 emas, 4
perak dan 12 gangsa. Ini merupakan prestasi pelapis yang terbaik dalam sejarah
penglibatan Malaysia dalam Sukan SEA. Kejayaan-kejayaan ini merupakan hasil kerja keras
pelbagai pihak. Tanpa kesungguhan guru, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis
Sukan Negara (MSN) dan organisasi-organisasi lain sudah tentu kejayaan-kejayaan seperti
ini tidak mampu dihasilkan.
Walau bagaimanapun, sudah semestinya kejayaan-kejayaan yang dinyatakan di
atas dan pelbagai lagi kejayaan-kejayaan lain yang tidak dinyatakan di sini, bermula dengan
dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan negara. Usaha gigih
kerajaan menerusi Inisiatif Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan
telah berjaya mempertingkatkan pencapaian murid kepada akses pendidikan sejak
dilancarkan pada tahun 2011. Inisiatif NKRA di peringkat sekolah rendah telah membuktikan
bahawa program LINUS (Literasi dan Numerasi) kepada kanak-kanak Darjah 2 menunjukkan
peningkatan yang besar, iaitu 97.5 peratus kadar literasi dan 98.6 peratus kadar numerasi.
Bagi kanak-kanak yang berada di tahun 1 bagi kohort ke-2, kadar literasi ialah 91 peratus
manakala kadar numerasi ialah 95.4 peratus. Pengukuran kadar literasi dan numerasi ini
dapat membantu usaha mengesani murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran
pada peringkat awal dan pada tahun 2011 misalnya, sejumlah 3,916 murid lemah dalam
Tahun 2 dapat ditangani dengan berkesan. Selain itu, NKRA dalam bidang pendidikan juga
mengukir kejayaan dimana, bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertambah dan
bilangan Guru Besar yang mendapat insentif di luar jangka. Disamping itu, pelaksanaan
Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang telah berjaya menurunkan bilangan sekolah
dalam Band 6 dan Band 7.