Anda di halaman 1dari 2

Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak

diketahui ramai:
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina
yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan
untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh
dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali
tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu
terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah
kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam
Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam
Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
9. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan
aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di
Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
10. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang
ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang
paling dirahmati.
11. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan
terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
12. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara
semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut
lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
13. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam.
Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah

di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab
itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
14. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya.
Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan
melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad
jumlahnya.
15. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu
roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang
dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti
dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar
dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
16. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk
melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya
adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya
hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.