Anda di halaman 1dari 2

KPLI

Ilmu Pendidikan PN2151P


Students Answer
1. (a)

Lampiran 4

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berhasrat melahirkan


insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
Huraikan empat aktiviti berserta contoh yang sesuai yang
dapat dilaksanakan oleh guru bagi merealisasikan hasrat FPK
seperti yang dinyatakan di atas.

(b)

Seorang murid anda menghadapi tekanan emosi dalam


keluarganya. Huraikan empat cara bagaimana anda dapat
membantu murid tersebut menangani masalahnya agar
perkembangan emosinya tidak terjejas.

Students Answer:
Answer for 1(a)
Satu aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah mengadakan lawatan sambil
belajar. Contohnya, guru boleh membawa muridnya ke Melaka untuk belajar tentang
sejarah Melaka. Oleh kerana murid dapat melihat tempat bersejarah dengan mata
sendiri, mereka boleh lebih menghayati den mengingat sejarah Melaka.
Satu aktiviti lain yang boleh dikendalikan ialah guru boleh mengamalkan pengajaran
yang berpusatkan murid. Pengajaran sedemikian akan melibatkan murid memberi
pendapat dan mengambil peranan yang aktif dalam pelajaran. Ini dapat membina
keyakinan murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Selain itu, seorang guru juga boleh menerapkan nilai merentasi kurikulum.
Contohnya, bila seorang guru mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, ia boleh
memilih petikan yang dapat membantu menerapkan nilai seperti kasih sayang.
Begitu juga semasa aktiviti dijalankan dalam pengajaran, seorang guru boleh
dengan sengaja menerapkan nilai seperti kerjasama. Dengan itu, hasrat FPK untuk
melahirkan insan yang seimbang dapat terdcapai.
Untuk memastikan bahawa hasrat FPK tercapai seorang guru juga seharusnya tidak
berat sebelah terhadap mana-mana pelajar. Ia harus melayan semua muridnya
dengan adil. Dengan itu semua murid akan mendapat peluang yang sama untuk
belajar.

Answer for 1(b)

Bagi murid yang menghadapi masalah emosi, saya boleh memberi bimbingan
peribadi dan kaunseling. Saya boleh membantu murid tersebut memahami masalah
yang dihadapinya dan apakah langkah-langkah yang boleh dibuat olehnya untuk
menyelesaikan masalahnya.
Bagi murid yang bermasalah emosi, saya juga boleh melibatkan murid tersebut
dalam aktiviti-aktiviti sekolah khususnya yang dapat membina semangat dan
keyakinannya. Aktiviti sedemikian juga akan menambah interaksinya dengan murid
lain. Bila murid tersebut berinteraksi, beliau terpaksa belajar untuk kerjasama dan
memahami orang lain. Dengan itu peluang untuk memperkembangkan emosinya
akan lebih tinggi.
Bagi murid yang bermasalah emosi, saya juga boleh cuba memenuhi keperluan
psikologinya seperti keperluan untuk disayangi. Saya boleh memberi perhatian
kepada pelajarannya dan membantunya untuk mengatasi sebarang kesukaran
pelajarannya. Saya juga perlu berperihatin tentang perasaannya dan sentiasa
menanya akan kebajikannya.
Bagi murid yang bermasalah emosi, saya juga boleh menjadi model kepada murid
tersebut. Bila keadaan mengizinkan saya boleh menunjukkannya sikap tabah saya
dalam menghadapi sebarang masalah. Melalui perlakuan saya, saya dapat
menunjukkan kepadanya bahawa walau apa pun masalah yang kita hadapi, kita
tetap akan dapat mengharunginya jika kita cekal dan berfikiran optimis. Dengan itu
adalah diharapkan bahawa murid tersebut akan dapat menangani masalah
emosinya.

Anda mungkin juga menyukai