Anda di halaman 1dari 2

1.

PENDAHULUAN

Budi bahasa dan kesantunan bahasa telah lama diamalkan sejak zaman dahulu
sehingga sekarang untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup. Malaysia
merupakan sebuah negara yang unik kerana terdapat masyarakat yang berbilang kaum
seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Ini telah menunjukkan kaum Malaysia
mempunyai pelbagai budaya, adat resam dan agama masing-masing. Penghayatan
budi bahasa dan kesantunan bahasa yang wujud dalam masyarakat telah terkandung
dalam setiap ajaran yang wujud di dunia. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai budaya dan agama telah memberi pelbagai pangajaran terhadap moral, akhlak
dan kemanusiaan. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilainilai murni dapat melahirkan satu bangsa Malaysia yang budiman dan bertatasusila.
Sekiranya budi bahasa, kesantunan bahasa serta nilai-nilai murni dalam masyarakat
selalu dihayati satu persatu maka masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Oleh itu,
amalan budi bahasa adalah sangat penting terhadap sesebuah negara.
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan
tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata
mulia,dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan
baik terhadap orang lain. Namun begitu, senario hari ini masyarakat Malaysia telah
mengabaikan amalan budi bahasa dan kesantunan bahasa. Masyarakat kini lebih
cenderung kepada bersikap kasar, meninggikan suara semasa bercakap dan tidak lagi
mementingkan tatasusila dan beradab. Contohnya, masyarakat hari ini tidak lagi suka
memberi salam dan ada juga yang tidak suka senyum apabila bertegur-sapa, tidak
menjaga kebersihan tandas awam, tidak menepati masa, suka bercakap perkataan yang
kasar, serta juga kurang bertolak ansur di jalan raya. Hal-hal ini telah menunjukkan
amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin merosot.
Budi bahasa dan kesantunan bahasa tidak harus dilupakan oleh masyarakat.
Masyarakat sekarang sepatutnya ingat-mengingatkan amalan murni, kesantunan
bahasa dan budi bahasa yang sudah hilang itu serta memahami tentang budi bahasa,
kesantunan bahasa serta kepentingan mengamalkannya. Jika amalan budi bahasa dan
kesantunan bahasa ini diterapkan dalam kehidupan dengan sepenuhnya akan
melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai identiti positif berfikiran luas,

terbuka serta bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri malahan terhadap
keluarga, rakan, jiran, pemimpin, guru serta persekitaran.