Anda di halaman 1dari 1

HOTEL BURJ DUBAI BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA

Dengan ketinggian 512.1 meter, Burj Dubai mengatasi rekod 508 meter milik
bangunan Taiwan,Taipei101.Rekod itu diatasi hanya selepas 141 tingkat Burj Dubai
disiapkan dan meskipun ketinggian dirancang Emaar Properties dan syarikat arkitek,
Skidmore Owings & Merrill masih menjadi rahsia, bangunan 160 tingkat itu mungkin
mencecah ketinggian melebihi 700 meter apabila siap pada 2009.Ia juga bukan saja
memegang rekod ketinggian bangunan, tapi juga semua empat kriteria yang
ditetapkan Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH).
Burj Dubai yang menelan belanja RM4.76 bilion ini adalah pusat kawasan
komersial dan kediaman seluas 200 hektar yang dibangunkan Emaar dan dijangka
menelan belanja RM68 bilion.Kompleks ini akan memiliki pusat beli-belah terbesar
dunia, seluas 1.15 juta meter persegi, lagun binaan dan beberapa bangunan tinggi
lain..
Menara ini akan memiliki 56 lif yang bergerak 1.75 hingga 10 meter sesaat dan lif
pemerhatian dua tingkat yang mampu membawa 42 orang pada satu masa.Dengan
asas seluas 7,432 meter persegi dan 50 meter dalam yang kalis air dan karat dan
rekaan struktur bangunan yang unik, Burj Dubai mampu menahan tiupan angin
kencang dan gerakan tanah

Anda mungkin juga menyukai