Anda di halaman 1dari 2

Kekuatan dan Kelemahan Taksonomi Bloom Versi Baru.

Taksonomi Bloom versi baru


mempunyai beberapa kekuatan. Ia memperbaiki beberapa kelemahan dalam
Taksonomi Bloom versi lama. Antaranya ialah Taksonomi Bloom versi baru
membezakan antara "tahu tentang sesuatu (knowing what), isi dari pemikirannya
itu sendiri, dan "tahu tentang bagaimana melakukannya" (knowing how),
sebagaimana prosedur yang digunakan dalam menyelesaikan masalah. Menurut
taksonomi tersebut dimensi pengetahuan adalah "tahu tentang sesuatu", yang
memiliki empat kategori, iaitu: faktual, konseptual, prosedural dan metakognitif.
Pengetahuan yang bersifat faktual melibatkan bahagian-bahagian terkecil yang
terpisah-pisah dari informasi, sebagaimana definisi kosakata dan pengetahuan
tentang hal-hal khusus yang terperinci. Pengetahuan yang bersifat konseptual pula
terdiri dari berbagai sistem informasi, seperti bermacam-macam klasifikasi dan
kategori. Pengetahuan yang bersifat prosedural pula termasuk algoritma, heuristics
atau aturan baku, teknik dan metode, sebagaimana pengetahuan tentang
bagaimana kita harus menggunakan berbagai prosedur tersebut. Pengetahuan yang
bersifat metakognitif pula menggerakkan kepada pengetahuan atas proses-proses
berfikir dan informasi tentang bagaimana memanipulasi proses-proses tersebut
secara efektif. Dalam Taksonom Bloom versi baru, Dimensi Proses Kognitif yang
telah diperbaiki daripada Taksonomi Bloom versi lama mempunyai enam proses
iaitu dari yang paling sederhana hingga yang paling rumit iaitu Mengingat,
Memahami, Menerapkan, Menganalisis, Mengevaluasi dan Menciptakan. Proses
mengingat (remembering) adalah mengingati kembali (recall) informasi yang sesuai
dari ingatan jangka panjang. Proses memahami (understanding) pula adalah
kemampuan untuk memahami secara mendalam dari bahan pendidikan, seperti
bahan bacaan dan penjelasan guru. Kecekapan turunan (subskill) dari proses ini
melibatkan kemahiran memahami, mencontohkan, membuat klasfikasi, meringkas,
menyimpulkan, membandingkan, dan menjelaskan. Proses ketiga iaitu menerapkan
(applying), melibatkan kepada penggunaan sebuah prosedur yang telah dipelajari
baik dalam situasi yang telah dikenal mahupun pada situasi yang baru. Proses
berikutnya adalah menganalisis (analyzing), terdiri dari memecah pengetahuan
menjadi bahagian-bahagian kecil dan memikirkan bagaimana bahagian-bahagian
tersebut berhubungan dengan struktur keseluruhan. Menciptakan ialah proses yang
tidak terdapat dalam Taksonomi Bloom versi lama. Proses ini adalah komponen
tertinggi dalam Taksonomi Bloom versi baru ini. Kecekapan ini melibatkan usaha
untuk meletakkan berbagai perkara secara bersama untuk menghasilkan suatu
pengetahuan baru. Sesuai dengan taksonomi ini, setiap tingkat dari pengetahuan
dapat berhubungan dengan setiap tingkat dari proses kognitif sehingga seorang
pelajar dapat mengingat pengetahuan yang bersifat faktual atau prosedural,
memahami pengetahuan yang bersifat konseptual atau metakognitif, atau
menganalisis pengetahuan metakognitif atau faktual. Kesimpulannya, jelas di sini
bahawa Taksonomi Bloom versi baru wujud kerana keinginan untuk memperbaiki
beberapa kelemahan yang terdapat dalam Taksonomi Bloom versi lama. Tiada
kelemahan yang dapat dilihat dalam Taksonomi Bloom versi baru ini untuk dikritik
berbanding dengan Taksonomi Bloom versi lama kerana kewujudannya juga adalah

kerana ingin memperbaiki kelemahan dalam Taksonomi Bloom versi lama.


Taksonomi Bloom versi baru tersebut wujud sejajar dengan transformasi yang
berlaku dalam pendidikan abad ke-21 ini