Anda di halaman 1dari 2

P ANDUAN M E NCE G AH

PENYAKIT TANGAN,KAKI DAN


MULUT

SAYANGILAH ANAK ANDA !


MARI BERSAMA MENCEGAH
GAH
P
PE
EN
NY
YA
AK
KIITT TTA
AN
NG
GA
AN
N,, K
KA
AK
KII &
&M
MU
ULLU
UTT

Diubahsuai Dan Diterbit Semula Oleh


Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
http://www.sarawak.health.gov.my
10000 / Mac 2006

PANDUAN UNTUK IBU BAPA DAN PENJAGA

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut disebabkan


oleh virus dari kumpulan enterovirus yang
biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah
umur 10 tahun.

Jangkitan berlaku akibat kurang kebersihan diri


atau terdedah kepada virus di tempat dan
persekitaran yang sesak.

Penyakit ini menjangkiti seseorang melalui


sentuhan terus dengan orang yang telah
dijangkiti ; najis, air liur dan lelehan dari
kerongkong dan mulut mereka.

Kebanyakan kes tidak memudaratkan. Tetapi


segelintir
pesakit,
penyakit
ini
boleh
merosakkan sistem jantung dan saraf.

Untuk mengelak jangkitan daripada terus


menular, semua ahli keluarga dikehendaki
mengamalkan amalan kebersihan diri.

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT


z
z
z
z

z
z

Ruam dan lepuh di tangan, kaki dan


kawasan punggung.
Ulser dalam mulut dan kerongkong
Demam
Muntah
Sakit kepala
Hilang selera makan

LANGKAH PENCEGAHAN
z

Basuh tangan dengan sabun dan air


bersih sebelum menyediakan makanan,
selepas ke tandas, selepas menukar
lampin dan membersihkan najis anak.
Tutup mulut dan hidung ketika bersin
dan batuk.
Elakkan berkongsi keperluan peribadi
seperti berus gigi, sapu tangan, tuala,
selimut, cawan/gelas, garpu dan sudu.

Apabila sampai ke rumah, mandi dan tukar


pakaian sebelum menyentuh atau bermain
dengan anak-anak.

Bersihkan peralatan yang telah terdedah


dengan air liur kanak-kanak seperti alat
permainan, permukaan meja, kerusi dan
lantai.

Elakkan membawa kanak-kanak ke tempat


awam yang sesak seperti pusat membelibelah, pawagam, kolam renang, pasar dan
stesen bas.

Jika Anak Anda Menunjukkan Tanda-Tanda Dan


Gejala Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut :

Bawa Anak Anda Berjumpa Doktor Dengan


Segera!

Jangan hantar anak ke pusat jagaan kanakkanak atau tadika, tabika dan taska.

Bersihkan lelehan dari mulut dan hidung


menggunakan tisu.

Anda mungkin juga menyukai