Anda di halaman 1dari 12

Kepentingan Bimbingan Kerjaya untuk pelajar

Dengan adanya bimbingan kerjaya pada peringkat awal dalam


pembelajaran di sekolah, seseorang pelajar akan dapat mencapai manfaat
berikut.

Pertama : Mengukuhkan motivasi pembelajaran


Bila pelajar mempunyai impian untuk menjadi seorang yang berjaya
dalam dunia kerjaya, ia akan mendorong pelajar mengejar kecemerlangan
akademik dengan lebih bersungguh-sungguh. Ini kerana dia nampak
kaitan kerjaya dengan kehidupan dalam dunia nyata. Pelajar akan sedar
pentingnya dia membina pencapaian akademik demi bersiap sedia
dengan persaingan dunia kerja yang semakin mencabar akibat dari
ledakan ilmu seluruh dunia.

Kedua : Mengukuhkan sikap diri


Setiap kerjaya memerlukan kualiti sikap yang unik. Jika seseorang pelajar
sedar dengan impian kerjaya, dia akan berusaha untuk membentuk sikap
yang sejajar dengan keperluan impian berkenaan. Proses perubahan sikap
mengambil masa yang agak panjang. Jika pelajar hanya sedar dengan
keperluan tersebut waktu tamat pengajian, proses penyesuaian sikap diri
tidak dapat berjalan dengan sempurna. Dengan erti kata lain, pelajar
mungkin tidak bersedia untuk kerja berkenaan.

Ketiga : Meluaskan skop pembelajaran


Budaya belajar yang hanya menjurus pada sukatan kursus adalah suatu
penghalang kemajuan akademik negara. Bila pelajar mempunyai impian

kerjaya yang jelas, dia akan membaca bahan rujukan tambahan biarpun
ia tidak berkait dengan tajuk peperiksaan. Ini akan membolehkan pelajar
bersiap sedia dengan kerjaya masa depannya pada usia yang muda.

Keempat : Menghadapi cabaran kerjaya


Setiap kerjaya mempunyai cabaran dan masalah yang tersendiri. Ada
kerjaya yang memerlukan kekuatan fizikal, kerja mengikut shift atau
berhadapan dengan risiko tertentu. Bila pelajar telah memahaminya ,
maka cabaran sedemikian tidak akan mengugat penyertaannya dalam
kerjaya , sebaliknya menjadi suatu motivasi untuk menghadapi cabaran
dengan tabah.

Kelima : Belajar dari insan berjaya


Kejayaan orang lain akan menjadi cermin dalam kerjaya seseorang. Jika
seseorang pelajar mempunyai suatu pedoman atau bimbingan dari orangorang yang telah mencapai kejayaan yang tinggi dalam sesuatu bidang,
sudah pasti dia akan membina dorongan untuk menghidupkan
kecemerlangan yang seiras , malah lebih baik dari apa yang telah dicapai
oleh orang lain. Untuk tujuan ini, adalah dicadangkan kita mengendalikan
dialog dengan penceramah jemputan dari sesuatu bidang professional.

Kisah hidup insan berjaya


Berikut ini dibentangkan beberapa kisah hidup kecemerlangan insan
kerana mereka berjaya membentuk impian pada usia yang kecil. Proses

asuhan awal dalam sesuatu bidang kerjaya memberi suatu landasan


hidup yang jauh lebih cemerlang dari orang lain.

Tiger Wood berjaya menunjukkan kehebatan dalam bidang golf pada


usia beliau hanya dua tahun. Beliau sering bermain golf dengan bapanya
di perkarangan rumah. Beliau dipelawa untuk membuat persembahan di
depan kaca program TV The Mike Douglas Show

David Beckham menyertai pertandingan bola sepak pada usia 8 tahun


dan ditolak dari pasukan kerana usianya yang terlalu muda. Beliau
berjaya menjalankan latihan sepenuh masa di Kelab Manchester United
pada usia 14 tahun.

Thomas Edison telah memulakan kehidupan sebagai seorang saintis


dengan memulakan makmal sains di rumahnya pada usia sepuluh tahun.
Beliau banyak menjalankan ujikaji dan bertanya berbagai soalan yang
pelik.

Datuk Siti Norhaliza telah mula menyertai bapa saudaranya untuk


membuat persembahan nyanyian pada usia 5 tahun di majlis keramaian
seperti perkahwinan dan mengambil bahagian dalam berbagai
pertandingan menyanyi

Wright Brother, pencipta kapalterbang telah mula membina impian


untuk terbang ke bulan bersama seekor burung besar sejak usianya
belasan tahun. Impian beliau menjadi kenyataan bila dia berjaya mencipta
kapalterbang dengan formula aerodinamik.

Neil Amstrong mempunyai impian untuk sampai ke bulan sejak waktu


dia masih berusia lapan tahun. Waktu dia menikmati keindahan malam
bersama keluarga, dia meluahkan hajatnya hendak sampai ke bulan.
Beliau mula mengambil kursus penerbangan pada usia 14 tahun di
sebuah kelab Penerbangan dan mendapat lesen juruterbang pada usia 16
tahun.

Dato Tony Fernandes mula membina impian untuk membina


penerbangan murah dalam usianya 12 tahun. Pada ketika itu, ibunya
menghantarnya ke Epsom College di London. Beliau tidak diberi peluang
balik ke Malaysia kerana kos tambang yang mahal. Tony bertahan dengan
corak makanan mushy peas dan ikan soggy sepanjang musim panas.

Christiano Ronaldo memulakan permainan bola sepak pada usia 3


tahun dan mula menyertai pasukan Amateur bersama bapanya di bandar
Andorinha pada usianya hanya lapan tahun. Pada usia sepuluh tahun,
populariti beliau di Portugal semakin memuncak dan menandatangani
kontrak dengan Maritimo National Team.

Bill Gates menunjukkan minatnya yang mendalam dalam bidang IT


walaupun ibu bapanya mahukan dia berjaya dalam perundangan. Beliau
menemui business partnernya Paul Allen pada usia belasan tahun di
sebuah kolej Seattle Lackside kerana mereka mempunyai minat yang
sama dalam bidang sains komputer.

Mark Zuckerberc , pengasas facebook telah menonjolkan bakat dan


minatnya untuk merangka perisian lembut komputer sejak waktu dia
belajar di sekolah menengah. Beliay menjadi jutawan dalam bidang IT
pada usia 26 tahun.

Persiapan kerjaya seawal yang boleh dalam hidup


Sejarah dunia membuktikan ramai juara dan jutawan telah mula
meneroka sesuatu bidang sejak mereka berada di bangku sekolah. Jelas
sekali, kejayaan bukan suatu kejadian yang mengejut. Ia adalah suatu
proses usaha yang berterusan untuk membina kejayaan. Ia juga suatu
komitmen yang memerlukan minat yang mendalam.
Bila pelajar dapat mengenal minat mereka dalam waktu persekolahan,
mereka akan merasa erti pembelajaran yang tinggi. Sekolah bukan lagi
suatu proses yang membosankan. Sebaliknya, mereka akan merasa
nikmat pembelajaran dan kepuasan mengejar ilmu.

Kesimpulan
Usaha untuk mencungkil bakat pelajar bermula dari impian. Tanpa impian,
pelajar tidak tahu apa yang perlu mereka terokai. Untuk tujuan ini,
Mutiara Kerjaya memberi pendedahan kepada pelajar mencari bakat dan
mengukuh cita-cita mereka. Usaha ini adalah langkah pertama untuk
membina jiwa pembelajaran yang holistic dan melepaskan mentaliti
belajar untuk lulus peperiksaan semata-mata.

Pentingnya Program Penetapan Matlamat Untuk Pelajar Sekolah


Penetapan matlamat hidup adalah teras bimbingan kerjaya di sekolah.
Soalnya, mengapa kita perlu mempunyai matlamat ?

Sebelum kita menaiki bas , kita perlu tahu destinasi yang hendak

kita tuju.

Sebelum kita menulis karangan, kita sudah tahu tajuk karangan.

Sebelum kita masuk universiti , kita mesti tahu fakulti yang kita

minati.

Sebelum kita masuk ke dunia kerja, kita hendaklah tahu cita-cita

kita.

Tanpa matlamat jelas, hidup pelajar akan terumbang-ambing bagaikan


perahu sesat di tengah lautan yang bergelora.
Tanpa matlamat jelas, seseorang akan mudah terjebak dengan
berbagai matlamat yang tidak sejajar dengan citarasanya.

Cabaran orang yang tiada matlamat hidup


Persaoalan ini menjawab kemusykilan ribuan pelajar yang terjebak
dengan masalah buta hidup kerana tidak mempunyai impian yang
nyata. Mereka pergi ke sekolah dengan empat sebab utama yang
menunjukkan mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas:
1. Usia saya sudah masuk usia persekolahan, itulah sebab
saya mahu pergi sekolah
2. Adik beradik saya pergi ke sekolah, saya ikut sahaja
3. Ibu bapa mahu saya belajar, itulah sebabnya saya pergi
sekolah
4. Yang menyedihkan, ada anak menyatakan, ibu bapa hantar
mereka ke sekolah sebab mereka tiada masa nak jaga
anak di rumah. Sekolah menjadi suatu Pusat Jagaan Anak

Bila pemikiran anak telah dicemari oleh erti persekolan yang tidak
berwawasan, sekadar untuk menghabiskan waktu remaja dan masuk ke
dunia kerja, maka lahirlah generasi yang mudah terjebak dengan
berbagai masalah sosial.

Walaupun tajuk impian dan cita-cita bukannya suatu yang baru di


kalangan pelajar sekolah, tetapi hakikat menunjukkan bahawa ramai
pelajar masih tidak jelas dengan cita-cita mereka. Saya masih ingat saat
saya di sekolah rendah, tajuk karangan yang lumrah diberi kepada pelajar
ialah cita-cita saya. Ramai pelajar hanya sekadar menulis apa yang
mereka nampak atau ketahui seperti menjadi cikgu , doktor, polis ,
attendan pakir dan sebagainya.

Kita sedia maklum, dunia sekarang memberi skop pilihan kerjaya yang
semakin luas , lebih dari apa yang pelajar nampak atau kenali. Jika para
pendidik gagal membentangkan pilihan harapan yang mereka impiankan
secara terbuka, maka pelajar akan terbawa oleh budaya kerja Asal ada
kerja, ambil sahaja. Tetapi, bila mereka beransur dwasa, mereka barulah
sedar tentang peluang kerjaya yang terbaik untuk dirinya. Sudah pasti,
waktu itu mereka akan berkata mengapa tidak saya mengenali dari awal
lagi. Maklumlah , Tak kenal maka tak cinta. Siri Penghaytan Mutiara
Kerjaya meluaskan pilihan kerjaya yang bakal diterokai agar mereka tidak
menyesal kemudian.
Keberkesanan Siri Penghayatan Mutiara Kerjaya
Siri penghayatan tersebut ibarat menemukan pelajar dengan para
professional yang berjaya dalam sesuatu bidang kerjaya. Corak penulisan
kreatif yang mengadunkan kisah benar orang-orang yang berjaya dalam
bidang kerjaya membolehkan pelajar merasai kerja seolah-olah dirinya

sedang melakukan kerjaya tersebut. Proses penulisan sedemikian juga


dikenalil Experiential writing. Pelajar akan melakunkan kerjaya pilihan
mereka dengan membayangkan setiap episod yang mereka alami. Setiap
episod yang diukirkan dalam proses penghayatan membawa bersama
pembelajaran multi deria yang meliputi tiga deria utama iaitu

Pertama : Deria Penglihatan buku lakaran penuh berwarna yang

menggambarkan kisah kerjaya dengan gambar dan lukisan

Kedua : Deria Pendengaran Rakaman suara yang mengadunkan

suara latar yang bersesuaian dengan sesuatu tugasan kerjaya

Ketiga: Deria Kinestatik Pelajar akan bayangkan dirinya melakukan

sesuatu dalam minda seperti dirinya berlakun dalam kerjaya tersebut


Proses pembelajaran yang bersifat holistik di atas menjadi lebih seronok
bila mereka dapat menghayati musik latar yang melenakan. Keseluruhan
proses pembelajaran sedemikian memenuhi citarasa Pembelajaran Aktif
dan memberi impak yang amat nyata terhadap objektif pembelajaran
kerjaya.

Dua prinsip Pembelajaran Mutiara Kerjaya


Untuk mendapat kesan yang paling optima dari siri penghayatan Mutiara
Kerjaya , seseorang pelajar perlu menggunakan dua prinsip pembelajaran
berikut :

Pertama, mengulangi sekurang-kurang 21 kali sehingga jiwa pelajar

disebati dengan faktor kecemerlangan yang boleh dikecapi dalam kerjaya


tersebut. Ini bermaksud , seseorang akan menghidupkan citarasa tersebut
sebagai suatu proses automatik tanpa perlu diingatkan lagi.

Kedua , membuat tanggapan bahawa apa yang dibayangkan adalah

sesuatu yang benar untuk dirinya. Minda kita akan membuat tanggapan
palsu ini sehingga suatu ketika, ia menjadi suatu yang benar dalam hidup
kita. Proses sedemikian akan mengukuhkan kemahuan diri dan bila
kemahuan sudah menjadi kuat, pelajar akan mengenal cara untuk
mencapainya.
Pelajar yang dapat menghidupkan kedua-dua prinsip pembelajaran di atas
akan berkeupayaan membina kuasa Biogenik dalam hidupnya. Ini
bermaksud sesuatu yang dia hajatkan akan akhirnya menjadi kenyataan.
Ini bermaksud, kuasa luar biasa seperti ini membentuk suatu semangat
kemahuan yang tinggi dan mendorong seseorang mencari jalan untuk
mencapai cita-citanya.

Tiga proses menukar aspirasi menjadi kenyataan


Sesuatu yang kita dihajatkan perlu mempunyai medium untuk ia bertukar
menjadi reality. Contohnya, seseorang putus cinta dan mahu mendapat
kekasih baru perlulah membuat rancangan sosial serta bersemuka
dengan gadis-gadis. Tanpa rancangan, seseorang mungkin berdiam diri
dan hanya menunggu harapan jatuh dari langit. Dalam kamus kejayaan,
sesuatu yang dikecapi tanpa usaha tidak dikenali sebagai kejayaan,
sebaliknya ia dikenali sebagai Durian runtuh . Anda mungkin dapat
nikmat sedemikian , anda juga mungkin tidak dapat. Seseorang yang
menerima pilihan ini sebagai landasan hidup akan duduk diam-diam
harap jadi kaya, dan kita namakannya sebagai Sindrom Malas .
Sebaliknya, seseorang yang mempunyai perancangan akan merangka siri
tindakan yang praktikal demi untuk menyempurnakan impian mereka.
Mereka akan mencari mengatur masa, menghubungi orang tertentu,
mendapatkan ilmu tertentu, menjalankan ujikaji tertentu dan melepaskan
sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan.
Proses sedemikian memberi suatu jaminan yang tinggi untuk
mencapai harapannya. Jika perancangan dihalusi dengan lebih terperinci
dan sahih, kejayaannya untuk mencapai impiannya boleh dikatakan 100%

Dalam usaha untuk menukar impian menjadi kenyataan, disenaraikan tiga


proses susulan yang perlu disempurnakan oleh seseorang :
Proses pertama : Memantapkan kemahuan diri
Seseorang hendaklah mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang
i hajatkan dengan cara pengukuhan imaginasi minda. Proses ini dicapai
dengan menghayati CD bimbingan kerjaya secara berulangan.
Proses Kedua : Merangka Pelan tindakan
Seseorang hendaklah menyempurnakan sistem perancangan berdasarkan
prinsip SMART. Dirinya hendaklah mengetahui jurang yang memisahkan
dirinya dengan impian tersebut serta penyelesaian. Dirinya juga perlu
mengetahui jadual masa tindakan dan hasil yang dijangka secara
berperingkat.
Proses Ketiga : Olahan psikologi peribadi
Seseorang hendaklah melepaskan semua emosi negatif yang menjajah
mindanya. Emosi sedemikian adalah hasil dari pengalaman lalu atau
tanggapan palsu yang dibentuk oleh persekitarannya. Tanpa pelepasan
minda negative, eseorang akan terus terperangkap dengan corak minda
yang bersifat perosak dan bakal membantutkan semua rancangan
hidupnya.
Proses keempat

Ketiga-tiga proses diatas adalah suatu pendekatan yang diamalkan oleh


juara yang berjaya mencipta sejarah luar biasa dalam hidupnya.
Walaupun demikina, proses ketiga adalah suatu komplemen yang khusus
untuk orang-orang yang mempunyai sikap dan keperibadian yang tidak
bersesuaian dengan perjuangan impiannya. Tetapi, jika seseorang tidak

mempunyai blok minda yang nyata, maka proses pertama dan kedua
sudah memadai untuk menjayakan impiannya.

Matlamat hidup dan transformasi diri


Kita sering mendengar rungutan orang lain , Saya telah bekerja dengan
rajin, mengapa nasib hidup saya malang Saya sudah buat yang terbaik ,
tetapi masih ada masalah wang? Saya sudah baca berbagai buku
motivasi dan menghadiri seminar minda orang kaya, mengapa masih
hidup susah?
Jelas sekali, orang-orang yang gagal mentransformasikan dirinya
cenderung menyalahkan orang lain tentang kelemahan diri sendiri.
Sebaliknya, mereka gagal mengenal erti transformasi dari perspektif diri
sendiri. Mereka tidak nampak sebenarnya mereka masih belum buat apa
yang sepatutnya untuk mendekatkan diri mereka dengan matlamat hidup.
Mereka juga mempunyai kekurangan sikap dan corak pemikiran negatif
yang membantutkan rancangan mereka. Ada juga yang hanya melakar
rancangan dalam minda tanpa menulis dengan terperinci. Ramai juga
yang masih terbelenggu dengan berbagai masalah , baik kewangan,
kesihatan, keluarga dan sebagainya sehingga hajat yang mereka idamidamkan terus tergendala. Semua penghalang transformasi ini adalah
kerana dirinya belum mengenali diri sendiri
Sistem kejayaan Biogenik Minda mengaplikasikan kesemua program
transformasi yang membolehkan diri anda mencapai impian anda. Bila
anda telah menguasai sistem ini, ia akan terus beroperasi 24 jam setiap
hari dalam seumur hidup anda.
Kesimpulan
Jelas sekali, proses pembangunan sikap yang disepadukan dengan sistem
perancangan dan alihan PEP yang positif dapat membantu seseorang
mencapai matlamat hidupnya dengan lebih yakin dan mantap.

Keseluruhan proses di atas memenuhi falsafah motivasi yang berbungi,


Apa sahaja yang minda anda dapat bayangkan, anda boleh
mencapainya. , satu lagi pepatah motivasi yang juga membawa mesej
yang sama mengatakan Apa sahaja yang anda bayangkan dengan jelas,
kemahuan yang berkobar-kobar, percaya dengan ikhlas dan bertindak
dengan penuh bersungguh-sungguh akan akhirnya menjadi suatu
kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai