Transkrip (kualitatif)
Kebanyakan pelajar, yang sempat saya temui, telah menggunakan instrumen
seperti temubual, pemerhatian, rekod anekdot, nota lapangan dan jurnal reflektif untuk
mendapatkan maklumat / data dalam kajian tindakan yang dilakukan dengan tujuan
untuk mendapatkan pandangan murid (responden) tentang aplikasi kaedah serta teknik
pengajaran mereka (apakah bentuk inovasi pdp yang boleh dan sesuai atau terbaik
untuk dilaksanakan dan bagaimana melaksanakannya). Sekiranya pemerhatian
berstruktur sepenuhnya (tersedia jawapan atau pengkaji hanya mahu melihat
kekerapan sesuatu tingkahlaku) dilakukan, maka analisis menggunakan statistik
numerikal adalah relevan. Tetapi sekiranya data direkodkan dalam bentuk teks atau
transkrip, maka analisis menggunakan statistik numerikal menjadi tidak tepat.
Sebagai panduan ringkas, diperjelaskan di sini, prosedur melakukan analisis data
kualitatif (seperti data dalam bentuk teks).
Pendekatan deduktif: melibatkan penggunaan struktur atau kerangka yang telah
ditentukan lebih awal untuk menganalisis data. Contohnya pengkaji ingin meneroka
pandangan atau perasaan murid (responden) tentang alasan tidak dapat mengikuti
pelajaran atau tidak aktif dalam pembelajaran, maka temubual dilakukan untuk
meneroka alasan atau sebab-sebabnya. Pengkaji boleh mengesan kategori (jenis /
tema) alasan tersebut (kualitatif) dan kekerapan setiap alasan yang diberikan
(kuantitatif). Pengkaji boleh saja memilih hanya jenis atau kategori alasan sahaja tanpa
mengambil kira kekerapan setiap alasan (khususnya apabila bilangan responden
adalah terlalu kecil iaitu antara 2 hingga 6 orang).
Pendekatan induktif: proses menganalisis data tidak melibatkan struktur / kerangka /
teori yang ditetapkan lebih awal. Pendekatan ini lebih komprehensif dan paling kerap
digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Terdapat banyak kaedah untuk
mengaplikasi pendekatan induktif dan yang paling lazim ialah dengan menggunakan
kaedah analisis kandungan berdasarkan tema (thematic content analysis)
Transkrip temubual, nota lapangan dan pemerhatian menyediakan data diskrptif tetapi
bukan penjelasan atau interpretasi. Pengkaji sendiri yang akan meneroka dan membuat
interpretasi data.
Peringkat 1: Kenal pasti tema atau kategori (idea, konsep, terminologi, kata kunci) yang
boleh diperolehi daripada teks / transkrip. Proses mengenalpasti ini dikenai
sebagai pengekodan terbuka (open coding). Tujuan mengenalpasti tema atau kategori
ini adalah untuk memilih perkataan atau frasa yang relevan dan diperlukan. Langkah
seterusnya ialah mengumpulkan perkataan dan frasa dalam tema atau kategori tadi di
atas kertas kosong (data display) dalam bentuk jadual atau peta minda dan mula
memotong maklumat berulang. Proses ini dikenali sebagai proses pengurangan
data(data reduction).
Peringkat 2: Kategori yang terhasil akan disemak semula untuk memastikan tidak
terdapat kategori yang sama (tetapi menggunakan perkataan yang lain seperti
seronok dan gembira). Seronok dan gembira boleh dimasukkan dalam satu kategori
perasaan dengan sub kategori positif dan negatif (untuk perasaan bosan, tidak
seronok dan sebagainya). Proses mengaitkan antara kategori dan sub-kategori ini
dinamakan axial coding.
Peringkat
3: Data
yang
terpapar (displayed
data)
seterusnya
dibuat interpretasi berdasarkan kepada ilmu pengetahuan (asas teori) dan
pengalaman. Sebaiknya, pengkaji melibatkan pihak ketiga (third party) seperti rakan
sejawat (untuk peer
review)
atau rakan
kritikal untuk
mengesahkannya
(memastikan rigour dan trustworthy yang lebih tinggi).
Peringkat 4: Mula menulis (menghurai atau merumus) dapatan kajian untuk menjawab
soalan kajian. Sebaiknya dikaitkan dengan dapatan kajian awal (jika ada).
Peringkat
3
dan
4
dinamakan
proses menghasilkan
pengesahan (conclusion drawing and verification)
rumusan
dan