Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

ABXS1103
PENGHANTAR SAINS SOSIAL

PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT DI MALAYSIA SELEPAS ZAMAN


PEJAJAHAN KUASA BARAT
MUHAMMAD YUNUS BIN ABDULLAH
1161719001
T 1161719
0195709679
arsnel_1306@yahoo.com.my

Tutors
ZAWAWI BIN MOKHTAR
KEDAH LEARNING CENTRE

JANUARY 2012 Semester

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Alhamdulillah bersyukur kehadrat
Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayahnya dapat saya melaksanakan tugasan yang telah
diamanahkan kepada saya dengan tekun dan sabar.
Tanpa tunjuk ajar daripada semua yang terlibat maka susah dan sukar untuk saya
melaksanakan penulisan akademik ini dengan jayanya. Dikesempatan ini juga saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat-sahabat, ayahanda dan bonda serta
keluarga yang dikasihi kerana memberi galakan dan dorongan kepada saya dalam
menyiapkan penulisan akademik yang diamanahkan.
Tujuan saya menghasilkan penulisan akademik yang tidak seberapa ini kerana ingin
berkongsi maklumat serta informasi yang berkaitan dengan tajuk yang ingin saya sampaikan.
Semoga tuan berpuas hati dengan hasil kerja ini. Akhir kata, saya mendoakan agar tuan
sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat disamping melaksanakan tugas-tugas
seharian.
Sekian Terima Kasih.

ISI KANDUNGAN

M/S

1.0

PENDAHULUAN

2.0

SEJARAH REVOLUSI EROPAH

3.0

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA
PERUBAHAN SOSIAL DI MALAYSIA.

4.0

KESAN PERUBAHAN SOSIAL SELEPAS PENJAJAHAN

11

5.0

KESIMPULAN

14

6.0

RUJUKAN

16

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan sejarah Malaysia telah memperlihatkan proses pembentukan masyarakat yang


ada pada hari ini. Hal ini disebabkan pelbagai perubahan yang di alami dalam kehidupan
mereka. Perubahan ini dinamakan perubahan sosial. Perubahan sosial membawa maksud
perubahan yang berlaku terhadap masyarakat dari kehidupan seharian ke satu kehidupan yang
lain. Perubahan-perubahan ini dapat dilihat dari segi pengaruhnya secara meluas mahupun
yang terbatas, Selain itu, ada perubahan secara lambat dan ada pula perubahan yang berjalan
secara cepat. Apabila mereka melakukan sesuatu perbandingan ke atas sesuatu masyarakat,
mereka akan dapat menilai perubahan telah pun berlaku iaitu perubahan dalam cara berfikir,
interaksi sesama warga menjadi semakin rasional, manakala perubahan dalam sikap dan
perubahan ekonomi pula menjadi semakin berkembang.
Dari beberapa pendapat ahli ilmu sosial yang dikutip, terdapat banyak faktor yang
telah mempengaruhi perubahan sosial. Perubahan ini juga dikenali sebagai revolusi. Revolusi
ataupun perubahan yang berlaku akan mengambil masa yang lama dan ia akan meninggalkan
kesan yang mendalam kepada pelbagai bidang seperti ekonomi, politik dan sosial. Wilbert
E.Moore (1986) menyatakan bahawa perubahan sosial dapat dilihat di mana-mana kawasan
yang diduduki manusia, selain itu beliau ada menyatakan perubahan yang paling jelas dilihat
adalah yang berkaitan dengan peredaran kehidupan manusia. Maka dengan itu, perubahan
sosial mempunyai kaitan dengan perkara-perkara yang kompleks.
Selain itu, revolusi bermaksud perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan
menyeluruh yang berlaku dalam bidang politik, sosial ataupun ekonomi. Sesuatu revolusi
yang berlaku itu boleh memakan masa yang agak panjang dan akan meninggalkan kesan
kepada bidang lain serta kehidupan manusia. Sebagai contoh, sistem pemerintah yang
bertukar daripada sistem kolonia kepada pemerintahan peribumi. Britain merupakan Negara
pertama di dunia yang mengalami revolusi perindustrian ; (Nik Hassan Sulaiman bin Nik
Abdul Rahman et al : 2002:226)

2.0 SEJARAH REVOLUSI DI EROPAH


4

Masyarakat Eropah telah mengalami perubahan sosial yang dipengaruhi oleh beberapa faktor
iaitu revolusi pertanian, revolusi industri dan revolusi francis. Revolusi ini menyebabkan
negara-negara Eropah mengalami pelbagai perubahan yang meninggalkan kesan terhadap
masyarakatnya. Faktor-faktor revolusi ini juga telah mempengaruhi kemajuan di negaranegara di Eropah.
Revolusi pertama ialah revolusi pertanian. Revolusi pertanian bermula pada akhir
abad ke-17 dan awal abad ke-18. Revolusi ini telah memperlihatkan aktiviti pertanian yang
telah menjadi satu kegiatan ekonomi yang paling utama dan memainkan peranan yang
penting di Eropah. Sejak bermulanya kegiatan bercucuk tanam, menternak, dan wujudnya
perkampungan, manusia mula membuat

pelbagai inovasi untuk membolehkan mereka

menguasai alam sekeliling mereka. Hasilnya tercetuslah revolusi ini, manusia tidak lagi
berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Masyarakat Eropah
ketika itu juga telah menjalankan aktiviti ekonomi seperti menternak binatang dan bercucuk
tanam bagi memenuhi keperluan seharian mereka. Revolusi pertanian ini telah menjadi asas
kepada berlakunya revolusi perindustrian dan perubahan sosial dalam masyarakat Eropah
pada ketika itu.
Revolusi perindustrian berlaku pada pertengahan kedua abad ke-18, revolusi
perindustrian telah bermula di England pada tahun 1760 sehingga tahun 1850. Revolusi
industri berlaku selepas timbulnya kesedaran dan pemikiran terhadap kepentingan industri
kepada masyarakat dan pembangunan tamadun dunia. Revolusi industri telah bermula semasa
penggunaan mesin fabrik yang telah menghasilkan benang kain daripada kapas yang menjadi
permintaan yang sangat luas di benua tersebut. Ia adalah perubahan pesat dalam kaedah
pengeluaran barang selain dari pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan
daripada menggunakan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia: (Garraty dan
Gay,:1981:822). Antara kesan-kesan yang dapat dilihat hasil daripada munculnya revolusi
industri ini ialah, munculnya industri secara besar-besaran, peningkatan mutu hidup
masyarakat dan manusia telah menciptakan pelbagai barangan bagi memenuhi keperluan dan
permintaan masyarakat dunia.
Revolusi Francis pula bermula pada tahun 1789 sehingga tahun 1799. Revolusi
Francis merupakan satu sejarah yang penting kepada masyarakat Eropah kerana ia dianggap
sebagai garis pemisah di antara peraturan lama dengan peraturan baru. Revolusi Francis
berlaku melalui peristiwa sistem masyarakat yang lama yang di beri nama feudalism dan
5

telah diganti dengan sistem masyarakat terbuka. Sistem feudalisme telah memperlihatkan
kedudukan seseorang itu berdasarkan hak, kuasa, dan keistimewaan yang diwarisi dari nenek
moyang mereka. Sistem masyarakat terbuka pula memperlihatkan kekuatan seseorang
individu hanya berdasarkan bakat dan kemampuan yang ada pada diri sendiri.
Salah satu faktor pencetus berlakunya Revolusi francis ialah golongan intelektual
yang berperanan dalam menyebarkan idea-idea baru yang banyak mempengaruhi masyarakat
pada waktu tesebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain yang membawa
berlakunya revolusi francis seperti rakyat mengalami penindasan daripada pemerintah kerana
rakyat kurang kesedaran tentang hak-hak mereka dan pengaruh agama yang mana mereka
menghendaki rakyat mesti taat dan patuh kepada pemerintahnya disebabkan pengaruh gereja
yang terlalu kuat.
Hal ini menyebabkan Negara Eropah telah mengalami suatu perubahan sosial yang
sangat besar dan mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat Eropah dan
masyarakat dunia. Namun begitu terdapat beberapa tokoh yang telah mempelopori idea baru
yang banyak menyedarkan rakyat dan menyebarkan idea-idea baru antara ialah Descartes
(1596-1650) dan Charles De Secondat Mostesquieu (1689-1755). Mereka telah memberi
kesedaran kepada rakyat ekoran daripada tidak puas hati terhadap pemerintah ataupun
golongan raja yang menindas rakyat pada ketika itu. Hal ini menyebabkan negara Eropah
telah mengalami suatu perubahan sosial yang sangat besar maknanya kepada masyarakat
Eropah dan kepada masyarakat dunia umumnya.

3.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERUBAHAN SOSIAL DI MALAYSIA.


6

Perubahan sosial di Malaysia telah berlaku apabila kuasa-kuasa barat menjajah Tanah
Melayu. Kedatangan kuasa-kuasa barat ke Kepulauan Melayu adalah disebabkan oleh faktorfaktor peluasan kuasa dan keperluan bahan mentah untuk industri yang sedang rancak
membangun di wilayah barat pada waktu tersebut. Namun begitu kedatangan penjajah ini
telah menyebabkan pelbagai bentuk perubahan sosial yang berlaku di Tanah Melayu.
Terdapat beberapa faktor utama berlakunya perubahan sosial di Malaysia. Antaranya ialah,
kedatangan imigran, dasar politik, perkembangan sektor ekonomi tradisional dan moden dan
perkembangan pendidikan.
3.1 Kemasukan Imigran
Kedatangan kuasa-kuasa barat ke Tanah Melayu telah membawa suatu perubahan besar iaitu
mereka telah memperkenalkan dasar ekonomi yang berbentuk bebas. Keadaan ini telah
menyebabkan kemasukan imigran untuk menjadi buruh dalam sektor ekonomi yang
berkembang dengan pesat seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport ke
barat. Kehadiran mereka mewujudkan interaksi dan asimilasi dalam masyarakat Melayu.
Terdapat 3 imigran yang datang ke Tanah Melayu iaitu imigran Cina, India, dan Indonesia.
Proses imigrasi yang pertama berlaku di Tanah Melayu ialah penghijrahan penduduk dari
Indonesia ke Tanah Melayu. Namun pengkajian tentang penghijrahan ini kurang diambil
perhatian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. (Ishak, 2005). Kehadiran mereka ke Tanah Melayu
kerana ingin menjalani kehidupan yang lebih terjamin. Hal ini kerana Tanah Melayu
merupakan sebuah kawasan yang aman dan damai di bawah pemerintahan kerajaan yang
berwibawa.
Kemasukan buruh Cina adalah untuk bekerja di lombong dan mereka telah di bawa
masuk oleh pemodal Cina. Kehadiaran buruh Cina disebabkan rentetan daripada dasar British
iaitu sistem ekonomi bebas menyebabkan lebih ramai imigran Cina dibawa masuk. Faktor
yang menyebabkan lebih ramai imigran Cina datang ke Tanah Melayu adalah undang-undang
dan peraturan imigrasi yang di buat oleh British. Selain itu, kemasukan imigran Cina juga
disebabkan oleh kemiskinan dan penderitaan hidup yang dihadapi oleh mereka di Negara
asal. Pemberontakan mula berlaku pada tahun 1857 iaitu pemberontakan Taiping di kawasan
tengah dan kawasan selatan Negara China. Kesan daripada pemberontakan ini telah
menyebabkan mereka terpaksa berpindah dari kawasan tersebut untuk meneruskan kehidupan
mereka, malahan faktor ini juga yang menyebabkan mereka berpindah ke Tanah Melayu.

Kemasukan buruh India pula adalah untuk menampung buruh ladang milik pemodal
Eropah. Kemasukan buruh India adalah berdasarkan sistem Kangani kerana kaedah ini dilihat
lebih murah dan bebas daripada kawalan kerajaan. Selain itu, buruh India dibawa masuk
melalui undang-undang, malahan pinjaman dan subsidi juga turut diberikan sebagai tambang.
Kemasukan buruh India digunakan untuk mengimbangi buruh Cina selain menjadi pekerja di
ladang-ladang kopi di Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemasukan buruh India semakin
meningkat apabila sektor penanaman getah diperkenalkan secara besar-besaran oleh syarikat
Eropah terutamanya di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Perkara ini telah
mendorong berlakunya perubahan kependudukan di Malaysia kerana orang India telah
bekerja di ladang manakala orang Cina pula telah menjadi pelombong.
3.2 Dasar Politik
Amalan sistem pentadbiran yang bercorak feudal iaitu masyarakat Melayu yang berajakan
sultan dan menghormati kepimpinan ketua seperti penghulu telah mendorong British untuk
berbaik dengan sultan dan ketua orang Melayu. Campur tangan British dalam sistem
pemerintahan masyarakat Melayu telah memperkenalkan sistem residen bagi menjamin
kepentingan mereka di tanah Melayu tanpa mengabaikan kuasa sultan yang masih berperanan
dalam soal agama islam dan adat istiadat Melayu. Rentetan ini, kuasa sultan dan penghulu
yang dikekalkan menyebabkan masyarakat Melayu di kawasan pedalaman khususnya tidak
merasai kedatangan British di Tanah Melayu. Ini kerana British telah meneruskan dasar
berbaik-baik dengan raja-raja Melayu dan campur tangan yang minimum dengan kaum petani
Melayu. Kesannya masyarakat melayu kekal menjadi masyarakat tani dan tinggal di
kampung kerana dasar berbaik-baik pihak British ini. Masyarakat Cina yang datang ke Tanah
Melayu ditadbir oleh ketua yang dikenali sebagai kapitan. Kapitan bertanggungjawab
menjaga kepentingan masyarakat Cina yang terdiri daripada pelbagai suku yang
menggunakan dialek yang berbeza seperti Haka, Hokkien, Hainan dan sebagainya.
Penggunaan dialek yang berbeza dan tidak fasih berbahasa melayu menyukarkan proses
intergrasi kaum antara orang Cina dengan masyarakat sekelilingnya. Keadaan bertambah
parah apabila golongan Cina yang berlainan suku membentuk kongsi gelap seperti Ghee Hin
yang memberi kesan kepada dasar kependudukan kerana kongsi gelap sering bertelagah
antara satu sama lain. Permasalah ini memerlukan tindakan kapitan yang bertanggugjawab
menjaga keselamatan dan peluang ekonomi buruh cina berdasarkan undang-undang dan
peraturan imigrasi Tanah Melayu serta dasar penghijrahan British Liberal. Keadaan yang

setabil di bawah kekuasaan kapitan mendorong kemasukan lebih ramai buruh cina yang
mengubah dasar kependudukan di Tanah Melayu pada ketika itu.
Kemasukan buruh India adalah disebabkan oleh perkembangan sektor perladangan
dan keperluan pemodal Eropah terhadap buruh ini untuk bekerja di ladang gambir, tebu, kopi
dan teh. Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu dengan pelbagai kaedah seperti
sistem kontrak dengan bantuan British, telah mendatangkan pelbagai kesan. Corak politik
yang diperkenalkan menyebabkan buruh India yang semakin ramai telah mendiami kawasan
ladang. Manakala, kaum Cina pula telah menguasai kawasan lombong dan masyarakat
Melayu kekal menjalankan aktiviti pertanian.
3.3 Perkembangan Sektor Ekonomi Tradisional Dan Moden
Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat di Tanah Melayu mengamalkan ekonomi tradisi
demi menampung keperluan hidup mereka. Masyarakat pada ketika itu lebih tertumpu di
kawasan pedalaman untuk menjalankan ekonomi yang bersifat sara diri iaitu bercucuk tanam
dan penternakan. Hal ini merupakan satu kegiatan sara diri yang menandakan bermulanya
kehidupan yang saling berhubung dan bergantung antara satu sama lain. Mereka hidup dalam
keadaan yang cukup sederhana. Apabila kedatangan kuasa-kuasa barat ke Tanah Melayu,
mereka telah memperkenalkan sistem ekonomi dualisma iaitu kegiatan ekonomi yang
dibahagikan kepada 2 sistem iaitu sistem ekonomi komersial dan ekonomi sara diri. Bentuk
sistem ekonomi komersial adalah seperti mengutip cukai daripada rakyat dan memaksa
rakyat mendapatkan duit secara tunai. Manakala ekonomi sara diri pula seperti bercucuk
tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan demi menampung keperluan harian
keluarga.
Dasar yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris adalah kerana mereka bimbang jika
orang Melayu didedahkan kepada ekonomi wang, maka mereka berkemungkinan besar akan
meninggalkan aktiviti sara diri iaitu penanaman padi dan penternakkan yang merupakan
sumber makanan utama masyarakat peribumi di Tanah Melayu. Hal ini kerana untuk
mengekalkan bekalan makanan mencukupi, pihak Inggeris mesti mengekalkan peribumi lokal
dengan kegiatan pertanian sara diri. Perkembangan sektor ekonomi di Tanah Melayu sekitar
abad ke-19 begitu pesat terutamanya pengenalan kepada kegiatan ekonomi perlombongan
khususnya bijih timah dan penanaman getah.

3.4 Perkembangan Pendidikan


Pendidikan merupakan keperluan asas dalam pembentukan perpaduan masyarakat di Tanah
Melayu. Sebelum kedatangan penjajah sistem pendidikan di Tanah Melayu amat tersendiri
dan unik. Hal ini kerana setiap etnik memiliki institusi pendidikan yang tersendiri, seperti
pendidikan agama yang merupakan pendidikan wajib khas kepada kanak-kanak. Ia bermula
dengan pendidikan tidak formal iaitu surau, masjid dan rumah guru. Pendidikan pada ketika
itu mula berkembang kepada pembentukan sistem pondok. Sistem pondok merupakan sistem
pendidikan yang tertua di Tanah Melayu. Sistem ini telah mengalami perubahan dan
pembaharuan iaitu dengan lahirnya sistem Madrasah atau Maahad bagi membentuk sistem
pendidikan yang lebih sistematik. Sistem pendidikan ini berjalan lancar sehinggalah
kedatangan penjajah.
Apabila kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Tanah Melayu, sistem pendidikan yang di
gunakan selama ini mengalami perubahan. Sekolah Melayu yang ditubuhkan oleh British
adalah untuk memberi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Penubuhan sekolah ini
telah bermula pada tahun 1821 apabila Penang Free School membuka cawangannya di
Glugor dan diikuti dengan penubuhan sekolah Melayu di Teluk Belanga (1855) dan di
Kampung Gelam (1856). Kedatangan kuasa-kuasa barat bukan sahaja ingin menguasai
bahan-bahan mentah, bahkan turut mengubah pemikiran masyarakat pribumi dengan
pendidikan sekular. Tujuan penjajah memberikan pendidikan skular adalah untuk
memisahkan pendidikan agama yang sekian lama digunakan di Tanah Melayu. Dasar
pendidikan Inggeris sebelum berlakunya perang di sifatkan sebagai dualistik kerana
mengutamakan pendidikan Inggeris kepada golongan elit. Masyarakat umum hanya diberikan
pendidikan vernacular kerana dianggap sesuai bagi mereka. Sistem pendidikan ini telah
menyebabkan kewujudan jurang perbezaan yang ketara di dalam masyarakat umum dan
masyarakat tradisi di Tanah Melayu. Malahan sistem pendidikan ini
bersesuaian dengan kepentingan British.

4.0 KESAN PERUBAHAN SOSIAL SELEPAS PENJAJAHAN

10

didapati amat

Penjajahan yang berlaku di Tanah Melayu telah membawa pelbagai impak ke atas
pembentukan Tanah Melayu, sistem yang diperkenalkan oleh pihak penjajah telah membawa
kesan berlakunya pelbagai perubahan sosial di negara Malaysia. Namun, kesan-kesan ini
memberi impak yang besar terhadap negara samada dari segi positif mahupun dan negatif
kepada negara Malaysia. Kesan positif yang diperolehi oleh negara sememangnya membawa
keuntungan kepada Malaysia, namun kesan negatif yang ada telah mendatangkan pelbagai
pelbagai masalah-masalah sosial. Terdapat beberapa kesan perubahan sosial yang berlaku ke
atas masyarakat di negara Malaysia. Antaranya termasuklah dari segi pentadbiran, ekonomi,
pembentukan masyarakat serta perkembangan pendidikan.
4.1 Struktur Pentadbiran
Sebelum tahun 1874, negeri-negeri Melayu telah mengamalkan sistem beraja di mana raja
merupakan ketua dan mempunyai kuasa ke atas negerinya. Raja dibantu pula oleh barisan
pembesar daerah. Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem
Residen (1874) dan negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896). Struktur pemerintahan di Tanah
Melayu telah mengalami perubahan dari pemerintahan yang berbentuk sistem feudal iaitu
pemerintahan raja berkuasa mutlak bertukar kepada sistem pemerintahan berbentuk
perlembagaan. Hasil daripada penjajahan tersebut, penjajah juga telah memperkenalkan
bentuk pentadbiran yang berbentuk demokrasi berpelembagaan. Rakyat mempunyai kuasa
untuk menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin negara ini. Namun, sistem
pemerintahan beraja masih dikekalkan, namun kuasanya hanya dihadkan kepada perkaraperkara tertentu sahaja seperti raja-raja Melayu mesti mengikut nasihat Residen Jeneral
dalam semua perkara yang menyentuh adat istiadat dan agama Islam. Walaupun ketua negara
dipegang oleh Yang Dipertuan Agong, namun kuasa pemerintahannya terhad. Hal ini kerana
kuasa kepimpinan iaitu Perdana Menteri pula yang telah memainkan peranan utama dalam
sistem pemerintahan negara di Malaysia.
Kuasa rakyat di sini bukan bermaksud kuasa rakyat yang berbangsa Melayu sahaja,
bahkan rakyat yang berbangsa Cina dan India turut mempunyai kuasa kesan daripada
penjajahan Inggeris. Hal ini telah menyebabkan kuasa pemerintahan negara terpaksa dikongsi
bersama-sama dengan kaum-kaum lain yang telah menjadi warganegara tetap di Malaysia.
Malaysia mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama
yang berbeza. Namun kehidupan masyarakat Malaysia tetap aman dan damai kerana mereka
11

mempunyai sifat toleransi diantara satu sama lain walaupun mereka berlainan agama dan
bangsa. Walaubagaimanapun sistem politik di negara Malaysia berteraskan kepada sistem
politik perkauman. Hal ini boleh dibuktikan dengan lahirnya parti-parti politik yang
berbentuk perkauman seperti UMNO, MCA, MIC, DAP dan lain-lain lagi. Sistem politik ini
hanya dapat dikawal sekiranya mempunyai pemimpin yang memiliki karisma serta
personaliti yang tinggi serta mampu memandang ke hadapan.
4.2 Pertumbuhan ekonomi
Negara Malaysia merupakan antara negara yang membangun maju pada hari ini. Hal ini
menyebabkan banyak pembangunan yang telah dibina dan telah mendapat pengiktirafan
daripada pelbagai pihak. Semasa penjajahan kuasa-kuasa barat, penjajah telah menggalakkan
perkembangan masyarakat secara plural melalui dasar Pecah Dan Perintah. Kuasa-kuasa
barat telah menyebabkan kemasukan tenaga buruh dari negara China dan India demi
kepentingan ekonomi penjajah itu sendiri terutamanya dalam sektor perlombongan,
perladangan dan perdagangan. Hal ini telah menjadikan pertambahan penduduk dan
peningkatan kegiatan ekonomi, malahan secara tidak langsung telah menyebabkan
pertambahan bilangan pembinaan bandar, jalan-jalan, landasan keretapi. Pembahagian
kelompok kaum mengikut ekonomi turut berlaku contohnya seperti buruh Cina menjadi
perlombong manakala orang India pula bekerja di ladang. Keadaan ini telah menyebabkan
wujudnya jurang antara kaum.
Disamping itu, sektor industri juga merupakan antara faktor perkembangan ekonomi
di Malaysia. Sektor industri di Malaysia telah berkembang dengan pesat dan mewujudkan
pelbagai jenis industri pengeluaran seperti industri berat, industri ringan dan industri
sederhana. Peningkatan sektor ekonomi yang berbentuk industri juga telah memberi peluang
kepada masyarakat peribumi pelbagai peluang pekerjaan kepada mereka. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan kemiskinan dan pengangguran yang boleh menyebabkan
pelbagai masalah kelak.
4.3 Terbentuknya masyarakat majmuk
Dengan kemasukan imigran di Malaysia, masyarakat majmuk mula terbentuk dan telah
didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Dengan adanya
kepelbagaian kaum dan etnik, hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan pelbagai
12

budaya, bahasa, agama dan adat resam sesuatu kaum. Penduduk asal Tanah Melayu adalah
orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah dikenali sebagai kaum orang
asli di beberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak
pula penduduk asalnya adalah seperti kaum Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Melanau dan
pelbagai suku minoriti yang lain. Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari ini pula
seperti kaum Cina, India, Serani, Siam, Bugis, Jawa, dan sebagainya. Golongan ini
merupakan golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara
tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka.
Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh kemasukan imigranimigran dari negara China dan negara India semasa kedatangan penjajah ke Tanah Melayu.
Imigran ini dapat dilihat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun 1989 yang
menunjukkan perbezaan yang ketara dalam pertambahan penduduk. Masyarakat pribumi
meningkat sebanyak 34.9%, Cina pula naik sebanyak 83.4% manakala India pula meningkat
sehingga mencecah 188.8%. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu telah membentuk satu
masyarakat majmuk serta organisasi sosial dan budaya yang berbeza antara satu sama lain
dari pelbagai aspek.
4.4 Perkembangan pendidikan
Bidang pendidikan menyebabkan perubahan sosial yang wujud kepada masyarakat dan
memberi impak positif kepada kemajuan negara ini. Dengan pendidikan yang berkualiti, ia
dapat membina modal insan yang mencorakkan kehidupan masyarakat yang lebih sempurna.
Selepas kedatangan penjajah, ia telah membawa satu perubahan besar kepada bidang
pendidikan. Perkembangan pendidikan semakin berkembang pesat sehingga ke hari ini dan ia
telah melahirkan graduan-graduan yang merupakan nadi utama dalam perkembangan negara.
Kesedaran terhadap ilmu pengetahuan telah menusuk ke dalam masyarakat bagi mengubah
kehidupan mereka kepada yang lebih sempurna. Hal ini menyebabkan terbinanya sekolahsekolah yang merupakan elemen terpenting bagi sesebuah negara dalam menuju kearah
pembangunan masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sistem prasekolah bukan
sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat, bahkan ia juga merupakan
saluran untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat berkenaan dengan kepentingan
penerapan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan.
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, agama, dan adat resam. Justeru,
perubahan dalam bidang pendidikan ini telah membawa kepada satu bentuk perubahan sosial
13

yang menjadikan masyarakat di Malaysia berilmu dan menjadikan negara ini sebuah negara
yang mempunyai masyarakat yang bukan sahaja bijak malah memiliki budi pekerti yang
baik.
5.0 KESIMPULAN
Sudah terang lagi bersuluh, perubahan sosial yang berlaku dalam Malaysia sememangnya
banyak dipengaruhi oleh kesan penjajahan barat. Pelbagai kesan samaada positif mahupun
negatif telah memberi impak yang besar kepada masyarakat dan ekonomi negara ini.
Walaubagaimanapun, perubahan sosial yang berlaku telah menjadikan Malaysia antara salah
sebuah negara termaju di dunia. Kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh masyarakat dalam
menangani perubahan sosial ini telah membawa suatu perubahan yang memberi impak positif
yang besar kepada negara. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dasar luar negara kita yang
sentiasa bertujuan mengutamakan kepentingan negara.
Justeru, menjadi suatu kelebihan kepada negara yang telah dijajah oleh kuasa-kuasa
besar dunia bagi membentuk satu transformasi positif dalam sesebuah negara merangkumi
aspek politik, ekonomi dan sosial. Berbeza dengan negara-negara sedang membangun yang
lain, perubahan terhadap kehidupan mereka tidak kelihatan sama sekali kerana tiada
berlakunya faktor-faktor yang menolak mereka dalam melakukan transformasi seperti yang
berlaku di Malaysia. Perubahan sosial kesan dari penjajahan yang berlaku di Malaysia telah
memberi impak yang berguna kepada negara agar lebih berusaha dalam mengubah kehidupan
yang berbentuk tradisional kepada kehidupan yang lebih moden. Perubahan sosial ini penting
untuk menjana kemajuan negara dan masyarakat khususnya.
Walaubagaimanapun, pelbagai transformasi berbentuk negatif juga turut kelihatan
hasil penjajahan kuasa barat. Pihak penjajah telah mewujudkan jurang perkauman antara
sesebuah masyarakat dalam negara kita. Hal ini terbukti apabila kaum yang berbangsa
Melayu hanya berkerja sebagai petani sahaja, kaum Cina pula menjadi perlombong manakala
kaum India pula hanya bekerja di ladang sahaja. Jika hal ini terus berlarutan, ia mampu
melumpuhkan ekonomi sesebuah kaum yang terlibat kerana mereka hanya tertumpu kepada
satu jenis sumber pendapatan sahaja. Malahan, kelahiran masyarakat yang berbilangan kaum
telah mewujudkan pelbagai idealogi politik yang berbeza-beza. Kewujudan pelbagai idealogi
politik yang telah berlaku ini sememangnya mampu menyebabkan sesebuah negara itu
14

berpecah-belah . Namun begitu, dengan adanya pemimpin yang mempunyai karisma yang
tinggi mampu menangani masalah ini dengan bijak. Hal ini terbukti pada masa kini,
walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, bahkan berbeza dari
pelbagai aspek terutamanya agama, adat, budaya serta fahaman politik, Malaysia tetap
menjadi sebuah negara yang aman dan maju serta bebas daripada peperangan. Malahan,
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum serta sentiasa bersatu-padu dalam membangunkan negara. Kesimpulanya, walaupun
terdapat pelbagai impak negatif hasil penjajahan kuasa barat ini, namun ia juga turut memberi
impak positif kepada negara sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada hari
ini.
(3462 patah perkataan)

RUJUKAN
15

[1] Azmah Abdul Manaaf, (2001), Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
[2] Cowan C.D. (1970), Tanah Melayu Kurun Kesembilan Belas: Asal Usul Penguasaan
Politik British, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
[3] E. Moore Wilbert (1986). Perubahan Sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Malaysia
[4] M. Charles (2000). Understanding The Industrial Revolution. Routladge Taylor &
Francis Group
[5] Sufean Hussin, (1996), Pendidikan Di Malaysia: Sejarah System dan Falsafah, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
[6] Sarjit Singh, (2006), Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala Lumpur, Oxford Fajar

[7] Ishak Bin Saat (2005) Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Karisma Publication Sdn.
Bhd. Shah Alam, Selangor. Malaysia
[8] Ismail Bin Yusof (2008). Pengenalan Sains Sosial. Universiti Utara Malaysia Sintok,
Kedah Malaysia

16