Anda di halaman 1dari 10

Perbezaan Antara Psikoterapi, Kaunseling dan Bimbingan

Dalam kehidupan masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan orang


Melayu, konsep bekerjasama, tolong menolong, bergotong-royong sudah
menjadi budaya sejak zaman dahulu lagi. Konsep aktiviti yang berbentuk
musyawarah atau perundingan dengan pihak-pihak lain untuk menyelesaikan
masalah atau mencapai persetujuan bukanlah sesuatu yang asing dalam
kehidupan masyarakat dahulu. Malah masyarakat Melayu terutamanya lebih
cenderung untuk menyelesaikan masalah melalui majlis tersebut secara
perbincangan, bertukar-tukar pendapat dalam membuat keputusan atau
mencapai matlamat. Dalam majlis ini orang yang bertanggungjawab dalam
mengendalikan permasalahan masyarakat biasanya terdiri daripada para imam,
ketua kampung ataupun mereka yang disegani masyarakat seperti guru agama,
guru sekolah dan sebagainya.
Pada masa kini perhubungan menolong telah mendapat tempat di hati
masyarakat. Masyarakat kini semakin bijak dalam memperoleh perkhidmatan
menolong melalui individu-individu yang terlatih dalam bidang psikologi dan
kaunseling. Namun begitu, masyarakat umum belum lagi dapat membezakan
antara perkhidmatan psikoterapi, kaunseling dan bimbingan. Secara umumnya,
masyarakat mengetahui bahawa kaunseling adalah nasihat, manakala nasihat
dan bimbingan juga adalah kaunseling. Walaupun nampak secara praktisnya
adalah sama dari aspek menolong tetapi ketiga-tiga aspek ini mempunyai
perbezaan yang agak ketara kepada pengamal perhubungan menolong ini.
Perhubungan menolong kini dibantu oleh pelbagai teori, kemahiran dan teknik
yang menjadikan bidang itu suatu bidang yang profesional.
Dalam memahami istilah dan konsep ketiga-tiga aspek ini beberapa sumber
rujukan perlulah dilihat dalam usaha untuk memperjelaskan lagi kefahaman
dalam membezakan ketiga-tiga aspek perhubungan menolong ini.

Psikoterapi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, psikoterapi membawa maksud
rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah
psikologi. Menurut Kamus Yahoo: Education, psikoterapi adalah The treatment
of mental and emotional disorders through the use of psychological techniques
designed to encourage communication of conflicts and insight into problems,
with the goal being relief of symptoms, changes in behavior leading to improved
social and vocational functioning, and personality growth.
Mahmood Nazar Mohamed (2001), menyatakan kaedah terapi jiwa atau
lebih dikenali dengan nama psikoterapi membawa erti rawatan kecelaruan jiwa
dan tingkah laku menggunakan kaedah psikologi. Altrocchi (1980) dalam Ab Alim
Abdul Rahim (1994) menyatakan psikoterapi merupakan proses seseorang atau
beberapa orang profesional kesihatan mental membantu seseorang atau lebih
individu yang mengalami kesukaran psikologi dalam hidupnya.
Kaunseling
Pepinsky & Pepinsky dalam Sapora Sipon et al (2003) menyatakan
kaunseling adalah satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang
kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan
tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunya sehinggalah resolusi yang
diambilnya memuaskan kehendaknya. Beliau juga menekankan agar sesi
kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit, tidak dilihat dan tidak
didengari oleh orang lain.
Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) kaunseling
membawa maksud sebagai satu perhubungan interpersonal yang digunakan
oleh kaunselor membantu individu secara keseluruhan untuk menyesuaikan diri

dengan

lebih

berkesan

terhadap

dirinya

sendiri

dan

juga

terhadap

persekitarannya.
Rickey & Therese (1995) menjelaskan definisi kaunseling sebagai a
profesional relationship between a trained counselor and a client. This
relationship is usually person-to-person, although it may sometimes involve more
than two people. It is designed to help clients to understand and clarify their
views of their lifespan, and to learn to reach their self-determined goals through
meaningful, well-informed choices and through resolution of problems of an
emotional or interpersonal nature
Shertzer dan Stone (1974) dalam Abdul Ghani Sulaiman (2003)
menegaskan bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan
individu ini memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan
pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia
dapat menentukan tindakan yang wajar diambilnya untuk masa depannya.

Bimbingan
Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan
merupakan bantuan yang diberikan kepada individu yang bertujuan untuk
mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan juga terhadap sesuatu di
persekitarannya. Begitu juga antara terma kaunseling dan bimbingan juga sering
digandingkan bersama apabila menyentuh isu-isu yang berkaitan seperti
menurut Failor dalam Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996)
bimbingan dan kaunseling itu merupakan khidmat membantu individu dalam
proses pemahaman diri dan penerimaan dirinya, memahami dirinya dari segi
ekonomi buat masa kini dan perencanaan masa depannya, serta menyesuaikan
pula kedua-dua pembolehubah pemilihannya itu mengikut kepuasan dan
keberkesanan dirinya.

PERBEZAAN ANTARA PSIKOTERAPI, KAUNSELING DAN BIMBINGAN


Rickey (1995) menyatakan satu masalah yang sering dihadapi oleh
pengamal kaunseling iaitu

dalam membezakan antara

kaunseling

dan

psikoterapi. Beliau menegaskan usaha dalam membezakan kedua-dua aspek ini


belum dijumpai yang mendapat kelulusan secara universal. Sesetengah
pengamal

berpendapat

bahawa

adalah

tidak

perlu

dibezakan

kerana

penggunaan terma ini boleh digunakan secara sinonimnya. Ini adalah kerana
kaunselor-kaunselor yang terlatih juga biasanya dilatih sebagai psikoterapi.
Walau bagaimanapun, menurut Rickey (1995), perbezaan antara
psikoterapi dan kaunseling yang dibuat adalah samar dan tidak jelas. Cottone
dalam Rickey (1995) membezakan kedua-dua faktor ini dari aspek sejarah, jenis
klien, seting tempat, perbezaan matlamat dan keseriusan yang dihadapi oleh
klien. Perbezaan ini kelihatan samar kerana program-program di hospital juga
menyediakan perkhidmatan kaunseling seperti juga terapi di mana individuindividu yang terlatih dalam bidang kaunseling juga diambil bekerja dalam seting
psikologi

dan

psikiatri.

Dalam

perkhidmatan

seperti

perkhidmatan

kaunseling.

kata

prikoterapis
Walau

lain

dan

kaunselor

juga

menyediakan

psikoterapis

juga

menyediakan

dalam

menyediakan

bagaimanapun

perkhidmatan yang sama, kaunseling dan psikoterapi adalah berbeza.

Kaedah Amalan
Dari

segi

perlaksanaannya,

Mahmood

Nazar

Mohamed

(2001)

menjelaskan bidang psikoterapi menggunakan teknik yang dikenali sebagai


hipnoterapi bagi tujuan membantu pesakit mengenali dan memahami masalah
yang menyebabkan kecelaruan jiwa yang sedang mereka alami seperti yang

dicadangkan oleh Klienhauz (1985) iaitu hipnoterapi ialah sejenis alat yang boleh
menolong psikoterapis. Harper dan Parloff dalam Ab Alim Abd Rahim (1994)
menyatakan sekarang terdapat lebih kurang 130 pendekatan psikoterapi yang
berbeza-beza di antara satu sama lain. Kesemua pendekatan mempunyai
kriteria sebagai asas proses psikoterapi. Terdapat empat kriteria iaitu diterima,
meluaskan konsep kendiri, mempelajari tingkah laku yang baru dan mengalami
perasaan.
Mahmood Nazar Mohamed (2001), pakar psikiatri sering menggunakan
dadah dan ubat-ubatan untuk merawat dan meredakan penyakit mental di
samping menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut dengan menggunakan
kaedah psikoterapi. Ab Alim Abd Rahim (1994) proses psikoterapi melibatkan
beberapa perkara penting dengan menggunakan model pendekatan iaitu
Psikoanalisis,

Tingkah

Laku,

Kemanusiaan,

Kewujudan

dan

Antara

Perseorangan. Psikoterapi melibatkan seorang atau lebih ahli terapi juga


melibatkan seorang atau lebih yang ditolong. Kaedah psikoterapi yang
digunakan merupakan kaedah psikologi bagi membantu mengatasi tingkah laku
bilazim dan jarang digunakan untuk masalah harian.
Kaunseling pula mempunyai beberapa jenis pendekatan iaitu pendekatan
krisis, pemulihan, pencegahan dan perkembangan. Kaunseling juga melihat dan
menitikberatkan kepada bidang psikososial, kognitif, afektif, fizikal, seksual,
vokasional dan kerjaya. Dalam menjalankan sesi kaunseling terdapat juga
beberapa proses, teknik dan kemahiran yang digunakan berdasarkan kepada
teori-teori yang diperkenalkan oleh pelopor-pelopor barat. Antara teori-teori yang
digunakan dalam kaunseling adalah teori Psikoanalitik, teori Gestalt, teori Realiti,
teori Adler dan lain-lain lagi.
Dalam sesi kaunseling terdapat beberapa proses iaitu satu urutan
peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa dan berkembang dari satu
peringkat ke satu peringkat sehingga mencapai matlamat kaunseling itu sendiri.

Abdul Ghani Sulaiman (2003) kaunseling merupakan proses berkongsi daripada


segi intelek dan emosi di antara kaunselor dan klien. Aspek kemahiran juga amat
dipentingkkan dalam menjalankan sesi kaunseling. Untuk menjayakan proses
kaunseling kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran kaunseling
yang dikendalikan. Sapora Sipon et al (2003) kemahiran-kemahiran yang perlu
dikuasai oleh kaunselor adalah seperti kemahiran menyoal, kemahiran
berkomunikasi,

kemahiran

melakukan

dorongan

minima,

kemahiran

memparafrasa, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran membina hubungan,


kemahiran

meneroka,

kemahiran

berempati,

kemahiran

menghadapi

kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling.


Rickey

(1995)

terma

bimbingan

masih

digunakan

kepada

asas

perkhidmatan menolong yang terhad walaupun ia memberi fokus seakan sama


dengan kaunseling. Berdasarkan kepada konsep yang digunakan dalam
pelbagai aktiviti, bimbingan adalah ke arah mendidik terutamanya kepada pelajar
terutama dalam memilih kerjaya. Bimbingan juga merupakan satu elemen
daripada aktiviti kaunseling dalam membantu individu seperti kaunseling
kelompok, konsultasi dengan pihak pentadbir dan guru dan juga kaunseling
keluarga.

Profesional yang terlibat


Mahmood Nazar (2001), pakar psikoterapi mempunyai Ijazah Kedoktoran
(ph.D.) dalam bidang psikologi. Tumpuan mereka ialah pesakit yang menghadapi
masalah jiwa yang serius dan juga yang tidak begitu serius. Mereka
menggunakan kaedah percakapan (verbal) dalam mengendalikan rawatan sakit
jiwa atau kecelaruan tingkah laku. Manakala kaunselor pula menurut Brems
(2001) adalah seorang yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang
kaunseling.

Matlamat
Rickey (1995) menyatakan dalam konteks yang kontinum matlamat
psikoterapi adalah lebih kepada melibatkan keseluruhan perubahan ke atas
struktur peribadi klien, manakala matlamat kaunseling adalah tepat dan terbatas,
lebih terarah kepada perkembangan, lebih berkaitan dengan situasi segera dan
lebih mengutamakan dalam membantu individu agar berfungsi dan menjalankan
peranan dengan sebaiknya.
Byrne dalam Sapora Sipon et al (2003) menyatakan matlamat kaunseling
bagi kaunselor adalah untuk menggunakan kemahiran teknikalnya dengan
berasaskan

penghargaan

terhadap

individu,

tanpa

mengira

pendidikan,

kecerdasan, warna kulit atau latar belakang individu tersebut. Untuk membantu
pihak yang dikaunsel mencapai kesedaran tentang dirinya serta mengekalkan
kesedaran tersebut supaya dia menjadi orang yang bertanggung jawab terhadap
dirinya dan ini dapat meningkatkan perhatian terhadap kesejahteraan orang lain,
dan membantu pihak yang dikaunsel menggunakan dengan sepenuhnya potensi
dirinya yang selaras dengan cara hidupnya dan batas etika masyarakatnya.

Klien dan Tempat


Rickey (1995) menyatakan dari aspek profesional berhubung dengan klien
pula adalah psikoterapis berhubung dengan klien yang neurotik atau psikotik
manakala kaunselor berhubung dengan individu yang normal. Seting tempat juga
berbeza kerana psikoterapis lebih tepat berada di hospital manakala kaunselor
bekerja dalam seting pendidikan dan organisasi-organisasi lain.
Perbezaan dan persamaan antara psikoterapi, kaunseling dan bimbingan.

Aspek
perbezaan dan
persamaan

Psikoterapi

Kaunseling

Bimbingan

Jenis pekerjaan

Psikoterapis,
Terapis,
Seorang
yang
profesional dan terlatih
dalam bidang berkenaan

Kaunselor, seorang
yang profesional dan
terlatih dalam bidang
berkenaan

Sesiapa sahaja tidak


kira individu (guru,
pentadbir dsb), tidak
profesional

Kaedah
menolong

Merawat
pesakit
menggunakan kaedah
psikologi
disamping
ubat-ubatan, klien yang
menghadapi
masalah
yang
serius,
berlandaskan
etika,
mempunyai proses, teori
sebagai garis panduan
pelaksanaan,
menggunakan
kemahiran-kemahiran
kaunseling

Menolong
klien
mengenal diri, klien
yang normal dan
tidak
memerlukan
ubat-ubatan,
berlandaskan etika,
mempunyai proses,
teori sebagai garis
panduan
perlaksanaan,
menggunakan
kemahirankemahiran
kaunseling

Memberi bimbingan,
tunjuk ajar, tiada
syarat etika, tidak
melalui proses, tiada
teori
khusus,
menggunakan
kemahirankemahiran
kaunseling

KESIMPULAN
Berdasarkan penjelasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa dalam
perhubungan menolong bolehlah diklasifikasi sebagai perbezaan perhubungan
menolong yang profesional dan perhubungan menolong bukan profesional.

Psikoterapi dan kaunseling merupakan perhubungan menolong yang profesional


kerana ia melibatkan proses-proses, teknik-teknik berasaskan teori-teori yang
dijalankan oleh seorang yang profesional seperti psikoterapis dan kaunselor. Ia
juga dikatakan profesional kerana mempunyai etika-etika yang perlu dipatuhi dan
dijalankan

dalam

sesuatu

seting

yang

dibenarkan

sahaja. Manakala

perhubungan menolong dalam bimbingan tergolong dalam bukan profesional


kerana ia tidak melibatkan proses dan pengendalinya juga tidak memerlukan
seorang yang profesioal.
Psikoterapi dan kaunseling dapatlah dibezakan melalui intervensi yang
dijalankan iaitu psikoterapi dijalankan kepada klien yang mempunyai masalah
kejiwaan yang lebih serius berbanding kaunseling yang dijalankan kepada klien
yang normal. Secara keseluruhannya adalah menjadi kesukaran dalam
membezakan antara psikoterapi dan kaunseling kerana dalam kebanyakan
bahan rujukan didapati perkataan psikoterapi biasanya digandingkan dengan
kaunseling dan terma bimbingan juga digandingkan bersama dengan kaunseling.
Ini membawa maksud bahawa ketiga-tiga elemen ini saling berkait dan sukar
untuk dibezakan hanya dari aspek-aspek tertentu sahaja. Melalui pengertian ini
bolehlah disimpulkan bahawa dalam psikoterapi terdapat elemen kaunseling dan
bimbingan, dalam kaunseling terdapat elemen bimbingan tetapi dalam bimbingan
tiada elemen psikoterapi dan kaunseling.Walau bagaimana sekalipun, dalam
usaha untuk membezakan ketiga-tiga aspek ini iaitu psikoterapi, kaunseling dan
bimbingan terdapat juga suatu persamaan iaitu dari aspek kemahiran yang
digunakan dalam perhubungan menolong ini. Elemen-elemen kemahiran seperti
empati, membina perhubungan, kemahiran menyoal, kemahiran mendengar,
kemahiran interpersonal, kemahiran membuat refleksi, kemahiran meneroka,
kemahiran merumus dan sebagainya amat membantu dalam ketiga-tiga
perhubungan menolong ini. Dengan menggunakan kemahiran-kemahiran
tersebut dapat mengoptimakan keberkesanan dalam menjalankan ketiga-tiga
perhubungan menolong ini.

http://mazitakaunselor.blogspot.com/2013/03/perbezaan-antara-psikoterapikaunseling.html

Anda mungkin juga menyukai