Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN

SAMBUTAN HARI
RAYA DAN HARI
JADI 2014

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA & HARI JADI PPKI


SK KUKUSAN TAWAU 2014
1.0 Pendahuluan
Sambutan hari raya yang telah dijalankan merupakan masa dan waktu yang
boleh memberi peluang kepada semua untuk meraikan kedatangan bulan Syawal,
setelah menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.Program ini juga
merupakan satu usaha guru-guru pendidikan khas untuk meraikan sambutan hari
jadi murid-murid pendidikan khas yang mana merupakan agenda tahunan kelas
pendidikan khas. Program in melibatkan semua murid khas, semua guru Pendidikan
khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Pelaksanaan program ini juga adalah selaras dengan Program Pembangunan
Guru Baharu ( PPGB ) yang bertujuan untuk melahirkan guru berkualiti dan relevan
dengan keperluan pendidikan kini dan akan datang. Menurut Huling-Austin (1990),
PPGB merupakan planned programmes intended to provide some systematic and
sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least one school year .
BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan
yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan
profesionalisme GB bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan.
Natijahnya, PPGB merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan
yang dapat membantu Guru Baharu membuat penyesuaian antara ilmu dan
kemahiran yang sedia adadengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan
pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah serta dalam
pengurusan aktiviti lainnya.

2.0 Rasional
2.1 Memberi peluang kepada murid-murid tentang konsep umur dan angka.
2.2 Melatih murid-murid dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan
tingkahlaku.
2.3 murid dapat menghargai kepelbagaian budaya.
2.4 memberi kegembiraan kepada murid-murid.
2.5 mensyukuri nikmat umur yang Allah berikan.
2.6 Mengeratkan hubungan dan kemesraan antara guru, murid, dan PPM.
2.7 Menormalisasikan Murid-murid PPKI.
2.8 Memberi peluang kepada guru novis mengurus dan mengelolakan program
sambutan raya dan hari jadi PPKI.

2.9 Memenuhi keperluan PPGB.

3.0 Objektif
Program ini bertujuan untuk :3.1 Mempelajari dan menguasai kemahiran yang membolehkan murid
merancang dan mengurus kehidupan sendiri.
3.2 Meningkatkan keyakinan murid-murid PPKI bersosial dengan masyarakat.
3.3 Memberi penghargaan kepada murid-murid PPKI.
3.4 Membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan mengenal emosi
semasa berinteraksi dengan masyarakat.
3.5 Guru baharu dapat mengaplikasikan ilmu pengurusan dan pentadbiran ke
dalam pengelolaan Program Sambutan Hari Raya dan Hari Jadi ini serta dapat
melanjutkannya sepenjang perkhidmatan di sekolah.
3.6 Guru baharu dapat mengurus dan mengelola program ini mengikut standard
pencapaian yang diinginkan.
3.7 Guru baharu dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan berinteraksi
dengan pelbagai pihak menggunakan kesantunan bahasa yang tinggi dalam
pelbagai situasi dan keadaan bagi menjayakan program ini.
3.8 Guru baharu dapat mengasah bakat kepimpinan, memupuk semangat,
kerjasama, toleransi dan kesukanan serta dapat mendisiplinkan diri sepanjang
mengelola program ini.

4.0 Butiran Program


4.1Nama program : Majlis Sambutan Hari Raya & Hari Jadi PPKI Sk Kukusan
4.2 Tarikh : 14 Ogos 2014 ( Selasa )
4.3 Tempat : Dewan Sk. Kukusan
4.4 Sasaran : -Murid-murid pendidikan khas
Staf PPKI SK Kukusan Tawau
4.5 Anjuran : PPKI Sk. Kukusan
5.0 Ahli Jawatankuasa Program
Penasihat
Pen. Penasihat

: En. Abd Mustapa Bin Massa ( GB )


: Pn. Hjh. Sabturiah Isdup ( PK 1)

Pn. Hasmiyani Emma ( PK HEM )


Pn. Hjh. Bunga Senne ( PK KOKUM )
Pn. Khasmawati Binti Lahuri ( PK PK )
: En. Mahjaini Bin Mohammad Abas
: Cik. Istiqomah Muhammad Chaerun
: Pn. Hazmiza Zamri
: Cik. Hanisah Rozlee
: Pn. Nurul hidayah Bte Rahim
: Pn. Maliana Lapaleka

Penyelaras Program
Setiausaha
Bendahari
Hadiah
Makanan
Aktiviti
Jurukamera/ Dokumentasi
Juruacara
Peralatan
Kebersihan / Keselamatan
Bacaan Doa
Hiasan Pentas

: En. Mustamin Latipa


: Pn. Noraishah
: Semua guru dan PPM
: Bahagian Pembersih Sekolah/ Semua guru dan
PPM
: En.Mustamin Latipa
: Semua guru dan PPM

5.1 Perincian tugas


AJK
Setiausaha

Perincian Tugas
- menyediakan semula kertas kerja yang telah dimurnikan.
Menyediakan surat pemberitahuan / jemputan kepada
pihak sekolah
( GB/PK ) dan ibu bapa/penjaga.

Bendahari

Jurukamera/
Dokumentasi

Peralatan

Kebersihan

Hadiah

Juruacara
Hiasan Pentas

Makanan
Aktiviti

menyediakan laporan kewangan sebelum dan selepas


program.
mengambil
gambar/video
sepanjang
program
berlangsung. Membuat editing dan menyerahkan hasilnya
dalam bentuk laporan bergambar.
menyediakan peralatan yang diperlukan sepanjang
program berlangsung.
memastikan tempat yang digunakan berada dalam
keadaan bersih selepas program berlangsung
menyediakan dan membeli hadiah serta cenderahati
selepas dan sebelum program.
mengacarakan majlis sepanjang majlis berlangsung.
menghias pentas dan dewan dimana program tersebut
berlangsung.
Menguruskan makanan untuk semua yang terlibat dalam
program yang dijalankan.
Merancang dan mengendalikan aktiviti sepanjang
program berlangsung.

5.2 Tentatif Program


-

Tarikh
Lokasi

Masa
7.00-7.30 pagi
7.30-8.00 pagi
8.00-8.10 pagi
8.10-8.25 pagi

8.25-8.40 pagi

8.40-9.15 pagi

9.15-9.45 pagi
murid

: 12 Ogos 2014
: Dewan, SK.Kukusan
Aktiviti
Ketibaan tetamu
Ketibaan guru besar
Bacaan doa oleh En. Mustamin Latipa
Ucapan Penolong Kanan PPKI
Sk. Kukusan Tawau
Pn. Khasmawati bint Lahuri
Ucapan guru besar SK Kukusan
En. Abd. Mustapa Bin Massa
Perasmian ;
- Upacara pemakaian topi &
- pemotongan kek
-Penyampaian hadiah kepada semua
& Guru-guru serta PPM
-Penyerahan duit raya kepada semua

murid
9.45-10.20 pagi
10.20-11.15 pagi
Aktiviti
Meniup dan
memecahkan belon
menjaringkan bola ke
sasaran
imbangan bola
menggunakan talam
pelastik

Persembahan murid PPKI


Aktiviti Sukaneka
Alatan
-belon
-bola
-gelung rotan
- bola angin
- raket

11.15-12.00 T.Hari
12.00 T.Hari

Jamuan
Majlis bersurai

Anggaran Kos Belanjawan


Bil Bahan

Kuantiti

Harga/Jumlah(RM)

Catatan

1.

Hadiah bagi setiap


murid:
i. Murid PPKI
Hadiah Sukaneka

2.

Belon

3.

Kek

4.

Beg plastik (Jajan)

5.

Jajan:
-Keropok
-Gula-gula
-Air kotak
-Agar-agar

33

RM 10.00 X 33 org
= RM 330.00

33

Rm 8 x 33
= Rm 264

Dana daripada
sumbangan
Kebajikan
murid.

2 bungkus

RM 8.00 X 2 bgks
= RM 16.00

Dana daripada
sumbangan
kebajikan
murid.

1 biji

RM 100.00 X 1 biji
= RM 100.00

Dana daripada
sumbangan
kebajikan
murid.

1 bungkus

RM 10.00 X 1 bgks
= RM 10.00

Dana daripada
sumbangan
kebajikan
murid.

RM 8.00 X 2 pek
= RM 16.00
RM 8.00 X 2 pek
= RM 16.00
RM 25.00 X 3 kotak
= RM 75.00
RM 10.00 X 3 pek
=RM 30.00

Dana daripada
sumbangan
kebajikan
murid.

2 Pek
2 Pek
3 Kotak
3 Pek

RM 137
6.

Air Mineral

7.

Pembalut hamper

8.

Makanan :

2 kotak

15 meter

RM 9.00 X 2 kotak
= RM 18.00

Dana daripada
sumbangan
kebajikan
murid.

RM 1.00 X 15 M
= RM 15.00

Dana daripada
sumbangan
kebajikan
murid.

Sumbangan

-Guru & Staff

Bufet

RM20.00 X 10 org
=RM 200.00

-Murid PPKI

Tapau

RM 5.00 X 33 org
= RM 165.00

Banner

1 unit

RM 60.00 X 1 unit
=RM 60.00

10

Perbelanjaan luar
jangka

RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 1151.00

daripada guruguru dan staf


PPKI
Dana daripada
sumbangan
kebajikan
murid.

Dana
sumbangan
kebajikan
murid

Sumbangan
1. Badan Kebajikan PPKI
2. Guru-guru SK Kukusan Tawau

Penutup
Semoga program yang dirancang ini mendapat kerjasama daripada semua
pihak termasuk sekolah dan ibubapa. Diharapkan murid-murid dapat termotivasi dan
mendapat input yang positif untuk diaplikasi dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini
kerana, kemenjadian murid itu sangat penting bagi memanusiakan manusia yang
boleh hidup berdikari serta dapat memberi sumbangan kepada orang lain.
Selain itu, program ini juga menjadi satu wadah bagi guru GB untuk
meningkatkan kemahiran yang pelbagai. Saya percaya guru yang berkualiti akan
menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin utama kecemerlangan
murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan program
penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan. Dengan cara ini,
profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika
guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Contohnya melalui
pengendalian program yang dijalankan ini. Akhir sekali, harapan saya juga melalui
program ini hubungan baik diantara guru-guru, murid-murid, PPM dan ibu bapa akan
dapat dieratkan lagi.

Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

_____________________
Istiqomah Muhammad Chaerun
Massa
Setiausaha Program
Tawau

_____________________
En.Abd Mustapa Bin

Disemak oleh;
______________________
Pn. Khasmawati Binti Lahuri
PK PPKI SK Kukusan

Guru Besar SK Kukusan

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai