Anda di halaman 1dari 2

Pemenang pingat Olimpik akui gunakan dadah

AFP | Kemas kini: Mac 19, 2013


(Diterbitkan pada: Mac 19, 2013 08:21 MYT)

email comments
Pemenang pingat Olimpik akui gunakan dadah
COPENHAGEN: Penunggang basikal profesional Denmark Rolf Soerensen
semalam mengaku menyalahgunakan dadah terlarang jenis

EPO dan kortison

sekitar tahun 1990-an. Pengakuan tersebut menamatkan kemarau penafian beliau


sejak setahun yang lalu.

"Saya pernah menjadi pengguna EPO dari masa ke semasa," kata Soerensen, 47.

"Saya telah menggunakan kortison dalam beberapa acara. Tiada alasan lain untuk
apa yang saya lakukan selain untuk setanding dengan pelumba lain," katanya.

Soerensen pernah memenangi dua peringkat Tour de France pada tahun 1994 dan
1996 dan beliau bagaimanapun enggan untuk mengenal pasti pelumba lain yang
menggunakan dadah untuk meningkatkan prestasi.

"Saya tak mahu libatkan yang lain dan tiada sebarang tuduhan terhadap mereka. Ini
bukan cara saya," tambah Soerensen.

"Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah bukan saya seorang sahaja
yang melakukannya."

Soerensen merupakan pelumba profesional dari tahun 1986 hingga 2002 dan
memenangi perlumbaan Liege-Bastogne-Liege pada tahun 1993 dan Tour of
Flanders pada tahun 1997.

Beliau memenangi pingat perak dalam perlumbaan jalan raya pada Sukan Olimpik
tahun 1996, tahun pertamapelumba profesional dibenarkan untuk bersaing.

Beliau juga hampir memenangi gelaran juara keseluruhan Piala Dunia dua kali
dengan berkedudukan kedua keseluruhan pada tahun 1997 dan ketiga dalam
kedua-dua acara pada 1989 dan 1991.

Pada bulan Januari, pelumba Amerika Syarikat Lance Armstrong, 41, mengaku
bahawa dia menggunakan dadah peningkat prestasi semasa kemenangan di Tour
de France 1999-2005.

Skandal yang menggemparkan dunia lumba basikal.

Read more at: http://www.astroawani.com/berita-sukan/pemenang-pingat-olimpikakui-gunakan-dadah-10260?cp

Anda mungkin juga menyukai