Anda di halaman 1dari 14

Metafizik di sebalik tarikh lahir

Lets get down to business and Hit It!


STEP 1
For example my birthday is 26/06/1987. So put it this way:
Please have calculator with you its faster.

Macam mana nak kira?senang saja:Ianya tiada no 10.hanya no 1-9 sahaja.


Contoh :Kalau dapat hasil 13 selepas ditambah dua no itu,kecilkan lagi,maka
hasilnya 4.
Ikut cara kira step 1-12 :

1. 2 + 6= 8
2. 0 + 6 =6
3. 1 + 9 = sepatutnya 10 tapi kita akan kecilkan no itu (1 + 0 =1)4. 8 + 7 =
sepatutnya 15 tapi kita akan kecilkan no itu ( 1 + 5 = 6)
5. 8 + 6 = 5
6. 1 + 6 = 7
7. 5 + 7 = 3
outside triangle :
8. 6 = 4 (hasil tambah 8+5) + 2 (hasil tambah 6+5)
9. 3= 8 (hasil tambah 1+7) + 4 (hasil tambah 7+6)
10. 1= Hasil tambah 7+3 menyerong ke bawah
11. 8 = Hasil tambah 5+3 menyerong ke bawah
12. 9 = Hasil tambah 1+8 no luar kiri dan kanan segi tiga bahagian bawah.

STEP 2
Determine your chassis number. My chassis number (in yellow box) is 8-6-3 which i call
my code number.
No 3 yang berada di tengah itu merupakan no asas utama saya,manakala no 8 dan no
6 adalah no rangakaian.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1


Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi
daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi,
berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam
dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan
perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang
tinggi.
Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan
dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1
berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan
kepekaan.
Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima
pandangan atau komen daripada orang lain.
Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri
berbanding bekerja di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene
Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang
menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan.
Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik
hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain.
Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi
tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk
menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi
sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap
sebagai seorang sahabat atau saudara.
Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara
(kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang
sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang
lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk
melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat
tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil).
Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri

sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga
boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanakkanak pintar Malaysia).
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3 (* SAYA!)
Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang
idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri.
Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik.
Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah
sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan
terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).
Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh
jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil
mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan
bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa
bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati
orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.
Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano
Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan
memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan
biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai
dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan
orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari
kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.
Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak
puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara
remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami
masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex
Ferguson dan Margaret Thatcher.
Individu Dengan Kod Asas 5
Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka
mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma.
Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus
terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai
kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak
suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang
sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara
yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan
sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah

bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan


satu-satu kerja.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney
Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud.
Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6
merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya
memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor
kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang
sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan
kekayaan.
Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang
pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6
akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga
sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya.
Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.
Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan
mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan
kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata
orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orangorang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan
ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk
menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari
(pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan
bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert
Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).
Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila
mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak
akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangatsangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan
cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik
perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan
perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka
mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.
Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak
tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas.
Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya
dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau
persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama.
Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri
sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan.

Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet.
Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard
(pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.
Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8
Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan
individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam,
konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang
yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan
mempermain-mainkan orang lain.
Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang
dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya
berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri.
Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak
berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor
kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan
Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).
Individu dengan Kod Asas 9
Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat
beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive
dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan
untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur.
Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat
tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap
persekitaran.
Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap
emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian
berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga
menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar
difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala
tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran
yang sukar.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis
Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.
NOMBOR-NOMBOR CIRCULAR :
The next section is hardcore! You have 16 circular box right? ALL 16 number
inside the circular box can be used for combination of the number below. For
example nombor saya td ialah 1,1,2,3,3,4,4,5,6,6,6,7,8,8,8,9. So, jom
kita tengok maksud dan ciri-ciri nya.
1 2 3 @ 1 2 bermaksud :

Ada kekuatan/bakat/anugerah suara

Boleh bercakap dengan lancar dan pantas

Kadangkala bercakap kosong

Kadangkala tidak boleh mengawal mulut atau terlepas cakap/kurang


pandai bergurau

Boleh berhujah/berdebat

Boleh menjadi guru, pensyarah, ahli politik, sales person.

Bakat dalam menulis, melukis (untuk orang kurang upaya)

426@24

Boleh jadi penceramah/pandai berceramah.

Boleh berkongsi ilmu dengan sesiapa saja.

Boleh menjadi seorang motivator/presenter.

279

Ada daya penarik semula jadi.

Mempunyai karekter pelaris. (macam susuk gitu) haha!

Individu tersebut tidak semestinya kacak/cantik

Pandai memujuk orang

Mudah meyakinkan orang

Ayat power (bodek)

Mudah tarik ramai kawan yakni ramai org suka nak kawan dengan dia.

Ada kawan tapi tak ramai. (prob)

Ditakuti mempunyai hubungan sulit dengan orang lain. (prob)

843

Baik

Sentiasa ada idea baru

Selalu mencari kejayaan dan peluang.

Mempunyai bakat dalam penulisan/asyik bagi proposal.

Pandai membuat perancangan

Buruk

Mudah berasa bosan dengan satu-satu perkara

Terlalu suka berangan-angan

Susah untuk berjaya jika tidak fokus dalam melakukan sesuatu


perkara

Suka bertukar-tukar syarikat (bagi usahawan)

573

Baik

Mudah bergaul dengan orang atasan atau VIP.

Boleh jadi VIP/Saudara kepada VIP

Orang atasan mudah percaya percakapannya

Buruk

Akan ada orang yang tak puas hati dengan anda

Senang disabotaj (tikam belakang)

Mudah difitnah

Duit selalu habis sebab selalu belanja orang atasan.

Mudah dihentam dan menghentam orang (kelantangan bercakap)

911

Baik

Lebih suka berdikari dalam melakukan sesuatu

Suka bekerja sendiri dan sukar bekerjasama dengan orang lain

Susah ada rakan kongsi kerana mudah bertentangan pendapat

Suka buat keputusan sendiri

Boleh menjadi orang tengah (consultant/negotiation)

Mudah berjaya atas usaha sendiri/Tak mudah give up.

Buruk

Akan ada rasa tidak puas hati kepada anda dan akan dikhianati

Tidak boleh bersendirian (mudah kesunyian gitu)

Keras kepala

Senang dikhianati orang lain

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6 @ 6161

Baik

Pandai simpan maklumat/pandai berahsia

Akan berfikir dulu sebelum bercakap

Tapi bila dah bercakap, tak berhenti-henti pulak bercakap. adeh

Suka berfikir secara mendalam/Suka berfikiran jauh

Buruk

Tidak suka berkongsi masalah

Mudah berasa kecewa

Mudah dilanda tekanan emosi

Mudah Risau

Mudah buruk sangka

Ditakuti terkena penyakit mental

Senang kena migrain

456

Baik

Anda boleh dilatih dan sesuai menjadi akauntan

Boleh menjadi business owner, usahawan, akauntan.huhu ;p

Buruk

AWAS! Mudah terlibat dalam penyelewengan dan rasuah

999@955@959

Baik

Berpotensi berjaya dalam semua bidang

Banyak peluang dalam hidup

Buruk

Boleh mengubah diri menjadi seorang yang tamak

Sunyi dan suka tinggal di kawasan yang banyak


pokok/berhutan/tempat tinggal kawasan bukit.

855 @ 8 8 8

Baik

Seorang yang hyperaktif

Berpontensi untuk menjadi seseorang yang memiliki pengaruh dan


kuasa

Buruk

Panas Baran

Mudah berasa resah dan gelisah (perlu belajar bertenang)

333 @ 335

Seorang pendendam ;(

Kurang sabar

sentiasa rasa resah gelisah

Keinginan sangat tinggi/nafsu kuat

459

Baik

Mempunyai deria ke 6 yang kuat

Mudah dapat ilham/firasat

Dapat mengetahui sesuatu lebih awal dari orang lain.

Pandai mendapatkan sesuatu

Buruk

Pandai menipu/muslihat

Pandai merancang strategi

67

Senang kasihankan orang lain.

Mudah belanja untuk orang lain (sebab tu sengkek)

156

Lebih sesuai kerja di luar (outstation) / senang buat duit dengan


mengembara. yea betul!

189

Suka melancong dan juga suka melencong.haha;D

Kena elajar hadapi tekanan kerana mudah rasa tertekan

Suka bergerak yakni tak boleh duk diam kat sesuatu tempat.

83

Baik

Suka aktiviti luar rumah

Seorang yang aktif

Buruk

Mudah bosan

Tidak suka duduk diam di dalam rumah tanpa kerja

336

Seorang yang luar biasa yakni :

Duit senang masuk, senang keluar

Anda aktif/senang untuk menarik duit. (money magnet)

966

Anda seorang yang boleh berniaga dan senang mendapat keuntungan.

71

Anda mudah ditipu oleh orang

Mudah percaya dekat orang.

933

Anda mempunyai bisnes tetapi prestasi tidak konsisten. Macam


sekejap naik sekejap turun. Sekejap untung dan sekejap rugi.

Kejayaan tak kekal lama.

Untuk mengelakkan perkara ini terus menghantui, ada 2 cara iaitu

1. Tenaga anda sangat bagus, maksimum, tapi tak bertahan lama. so,
setiap 3 bulan anda kena pergi bercuti untuk dapatkan balik
keseimbangan anda. Environment spt Air Terjun, laut, hutan (berkelah
di hutan. Paling kurang 3 hari anda kena cuti dan tak boleh bawak hp
dan komputer. Wahh, macam bawak diri terus kan. hehehe
944

Boleh duduk bahagian operation/management

Sangat bagus dalam bidang penyelidikan.

Orang yang mempunyai high taste.

555
Ada 2 kategori :
1. Senang menjadi orang yang berpengaruh dan berpangkat.
2. Tidak mempunyai pendidikan yang bagus :

Suka memberontak/agresif/tegas

Rasa rendah diri

786

Sangat bertanggungjawab

boleh menjadi ketua/pengurus/boleh menerima tekanan

orang yang motivated by material.

Seorang yang boleh membantu masalah orang lain.

So,kesimpulan nya saya sudah tahu apa potensi saya.saya memang sesuai dalam bidang
perniagaan,tidak kira jenis apa perniagaan pun kalau saya buat betul-betul saya boleh
berjaya.Saya perlu kan rehat seperti bercuti setiap 3 bulan sekali kerana energy sy kena recharge.
(macam bateri)Cuma kadang-kadang ada orang jeles dengan kejayaan saya dan akan tikam
belakang,Namun saya tak kisah semua itu sebab saya sudah tahu potensi diri saya!! Marilah
berbisnes;)

Anda mungkin juga menyukai