Anda di halaman 1dari 7

BELIA vs PERNIAGAAN ONLINE

Revolusi teknologi komunikasi telah mencetuskan era maklumat yang akan membawa
perubahan secara menyeluruh dan dramatik kepada belia. Dengan teknologi maklumat, belia
berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan dan menjana pendapatan sekaligus merubah
tatacara dunia dalam konsep global. Melalui internet atau lebih dikenali sebagai e-dagang
atau perdangangan elektronik, pada masa kini telah menjadi seperti trend. Ramai belia
menjadikan internet sebagai saluran untuk memulakan perniagaan pada kos pada kadar
yang minimum. Rangkaian sosial seperti Myspace dan Facebook dijadikan sebagai
percubaan bagi yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian ini. Mereka tidak
memerlukan modal yang besar untuk menyewa kedai, membeli kelengkapan dan
sebagainya. Para belia hanya perlu memiliki sebuah komputer dan kebolehan sebagai asset
utama untuk memulakan perniagaan.

Jika dilihat dalam aspek kehidupan sekarang, semua orang mahu menjalankan rutin dan
aktiviti dengan cepat dan cekap. Oleh itu, perniagaan melalui internet merupakan salah satu
caranya. Ini kerana perniagaan ini tidak memerlukan peniaga berjumpa dengan pelanggan
secara face-to-face untuk melakukan perniagaan. Menjimatkan masa bukan? pencemaran
juga boleh dielakkan. Segala urusan dilakukan dengan menggunakan rangkaian internet
sahaja. Malah, urusan pemindahan wang juga boleh dilakukan dengan hanya satu klik
sahaja. Tidak perlu beratur. Sudah mudah, efisien pula. Ini adalah satu peluang keemasan
bagi para belia merebut peluang melalui teknologi komunikasi yang disediakan.

Kekuatan Dan Kunci Kejayaan Melalui Perniagaan Online

Terdapat pelbagai kekuatan dan kunci kejayaan dalam perniagaaan online. Antaranya
adalah ia membolehkan penjual produk memperdagangkan produk mereka secara cepat
dan mudah disamping dapat memasuki pasaran global. Ini kerana internet berupaya
mencapai khalayak pengguna yang lebih besar iaitu lebih daripada 60 juta dalam masa yang
singkat. Contohnya dengan menggunakan bisnes online banyak syarikat kecil dapat
memasuki pasaran yang luas serta dapat menjana keuntungan syarikat.

Selain itu pengeluar produk juga akan mendapat keuntungan yang lebih optimum kerana
mendapat sasaran pasaran yang lebih luas. Keuntungan optimum dapat dicapai dengan
tidak menggunakan perkhidmtan orang tengah dalam urus niaga barang dan perkhidmatan.
Dari aspek lain pula pengguna juga akan mendapat keuntungan kerana pembelian terus
kepada pengguna dapat mengelakkan pembayaran komisen kepada orang tengah. Oleh itu
laman web ini penting dalam menghubungkan antara pembeli dan pengeluar.

Walaupun terdapat pelbagai kekuatan atau kelebihan bisnes online, sebenarnya kunci utama
kejayaan seorang usahawan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan secara online
adalah daya usaha mereka dalam memastikan output yang ditawarkan adalah berkualiti.
Selain itu menjalankan bisnes secara online juga memerlukan peniaga sentiasa melihat
perkembangan laman web mereka supaya segala pembelian daripada pelanggan dapat
dihantar secepat mungkin. Kepuasan pelanggan akan membuatkan pelanggan setia
terhadap produk atau perkhimatan yang ditawarkan.

Cabaran Yang Perlu Dihadapi Dalam Perniagaan Online

Walaupun perniagaan online dikatakan mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan


perniagaan tradisional dan mungkin menggantikan perniagaan tradisional pada masa
hadapan, ia masih mempunyai banyak kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh
seseorang yang menjalankan perniagaan online. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Harmony Hollow Software pada tahun 2006, kekangan utama online business ialah
rintangan kepada teknologi baru, kekurangan pelanggan potensi, kesukaran perlaksanaan,
masalah sekuriti, kekurangan kemahiran teknologi dan masalah kos.

Daripada faktor-faktor tersebut, dapat pula dibahagikan kepada kekangan dari segi teknologi
dan bukan teknologi. Dari segi teknologi, Software Development Tools masih lagi dalam
peringkat perkembangan. Hal ini bermaksud teknologi berkembang dari semasa ke semasa
dan seseorang yang terlibat dalam online business perlu sentiasa mengikuti perkembangan
yang berlaku dan melakukan pembaharuan selaras dengan perkembangan tersebut. Kedua,
internet accessibility masih lagi mahal dan tidak mudah. Hal ini menyebabkan sesiapa yang
ingin menjalankan online business menghadapi masalah dari segi kos.

Kebanyakan masalah atau kekangan dalam online business datang dari kekangan bukan
teknologi. Pertama, dari segi keyakinan dan kepercayaan para pengguna terhadap online
business. Ada sesetengah pelanggan yang kurang berkeyakinan tentang transaksi yang
dijalankan tanpa kertas dan tanpa bersemuka dengan penjual. Selain itu, sesetengah
pelanggan lebih suka menjalankan aktiviti pembelian di kedai biasa di mana mereka boleh
merasai dan menyentuh produk-produk yang ingin dibeli daripada online business yang
produk-produk hanya dipersembahkan dalam bentuk gambar dan visual sahaja. Kekangan
ini menjadikan online business masih kurang popular dan sukar dilaksanakan, terutamanya
di negara-negara yang kurang maju di mana rakyatnya masih kekurangan pengetahuan
tentang teknologi. Masalah ini banyak membawa kepada kegagalan perlaksanaan online
business.

Kegagalan yang dihadapi oleh banyak dot-coms seperti webvan.com, boo.com dan lain-lain
lagi patut dijadikan pengajaran kepada para peniaga online. Kebanyakan penubuhan online
business menghadapi masalah kesukaran untuk mendapat modal disebabkan para pelabur
mempunyai sikap was-was terhadap kegagalan tersebut. Isu penipuan, sekuriti, keselamatan
dan kerahsiaan juga menjadi isu-isu yang diambil berat oleh para pelanggan yang terlibat
dalam online business. Oleh itu, isu-isu tersebut juga menjadi cabaran kepada sesiapa yang
ingin menubuhkan online business, terutamanya masalah hackers, virus, penyalahgunaan
maklumat peribadi pelanggan yang menjadi isu-isu utama dalam bidang teknologi sejak
kebelakangan ini. Hal ini akan mengurangkan keyakinan mereka terhadap online business
jika tidak ditangani dengan baik.

Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 90 peratus termasuk para belia terkandas dalam
perniagaan melalui internet. Ini berlaku kerana para belia menyangkakan bahawa
perniagaan ini mudah dijalankan dan tidak memerlukan perancangan perniagaan dengan
teliti mahupun pengalaman dalam bidang perniagaan. Hal ini menyebabkan kebanyakan
perniagaan talian ini tidak mampu bertahan lebih lama. Selain itu, penipuan juga mudah
berlaku. Hal ini kerana belia tidak tahu dengan siapa mereka berurusniaga. Malah, mereka
juga cepat percaya dengan pelanggan-pelanggan mereka yang tidak diketahui latar
belakangnya. Seterusnya, hal ini akan mengundang kerugian kepada mereka dan mungkin
terpaksa menggulung tikar. Justeru itu, para belia haruslah berhati-hati dalam perniagaan

menerusi internet dan juga haruslah berfikir panjang sebelum memulakan sesuatu
perniagaan.

Faktor Seseorang Berjaya Dalam Perniagaan Online

Menurut buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan tinjauan
yang dijalankan keatas beribu jutawan berkemahiran menjual produk dan idea sendiri.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan belia datangnya dari bidang
perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual
produk dan idea mereka. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan
online bukanlah mudah. mereka memerlukan kredibiliti tersendiri seperti :

Cekap dalam pengurusan :


Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang
lain. Usahawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain.
Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.

Mempunyai semangat persaingan yang tinggi :


Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing sama ada dalam perniagaan atau
dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah
persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada
pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi :


Pepatah berbunyi "Leaders are readers", mereka yang memimpin selalunya banyak
membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan
memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain :

Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja
lebih keras berbanding orang lain.

Berdisiplin :
Menjadi ketua perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan.
Sebagai contoh, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab
kepada sesiapa pun. Dirinya adalah ketua kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin,
pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering
mengaitkan menjadi usahawan boleh banyak berehat dan bersantai. Pastinya dengan lebih
banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka
disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

Jujur dengan semua orang :


Jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

Usahawan Belia Yang Berjaya Dalam Perniagaan Online

Irfan Khairi antara contoh belia yang berjaya mencapai status jutawan internet pada usia 25
tahun. Beliau mula menjalankan perniagaan melalui internet sejak tahun pertama menjadi
penuntut di Birmingham University. Menurut beliau, pada tahun pertama, tiada keuntungan
dapat dijana kerana pada masa itu, ilmu tentang perniagaan online terlalu cetek. Oleh itu,
beliau mula menghadiri kursus dan membuat rujukan melalui bacaan bagi memahirkan diri
dalam internet. Masuk tahun kedua, perniagaan beliau mula membawa pulangan. Pada
ketika itu, beliau menawarkan khidmat grafik seperti mereka bentuk kulit buku, poster dan
kain rentang. Pada tahun keempat menjalankan perniagaan melalui internet, beliau tidak
menyedari dirinya bergelar jutawan apabila berjaya mengumpul lebih RM 1 juta. Kalau
orang fikir dalam masa empat tahun saya mendapat RM 1 juta itu senang, sebenarnya
sangkaan itu salah. Dari jam 9 pagi hingga 5 petang saya bekerja makan gaji. Selepas
pulang pada kerja , saya menguruskan perniagaan internet hingga jam 2 atau 3 pagi.
Semuanya memerlukan pengorbanan. Saya sentiasa membawa Komputer riba ke manamana dan cari hotel yang ada akses internet kalau pergi melancong. Perniagaan ini boleh
dijalankan di mana- mana, sekalipun ketika melancong, katanya.

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003.
perniagaan internet memberikan beliau 90% rezeki tanpa perlu bersemuka dengan para
pelanggan. Inilah salah satu kelebihan perniagaan internet, katanya. Setelah berkecimpung
di dalam bidang perniagaan internet menerusi penjualan e-book secara sepenuh masa
selama hampir empat tahun, beliau memanjangkan langkah perjuangannya dengan
berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran bersama rakyat Malaysia yang berminat dan
serius untuk membina perniagaan Internet mereka sendiri atau sekurang-kurangnya
menjana pendapatan tambahan melalui internet.

Hasil perbincangan ahli kumpulan, kami menyimpulkan bahawa jika suatu ketika dahulu,
sukar bagi belia menjadi usahawan dengan titik peluh dan kepintaran sendiri, kecuali mereka
yang mewarisi kekayaan keluarga. Namun berbeza dengan hari ini, sesiapa juga mampu
menjadi usahawan tanpa mengira usia asalkan ada kemahuan untuk meneroka potensi diri.
Namun, kepada belia-belia yang ingin terlibat dalam online business dinasihatkan
mengambil pengajaran daripada isu-isu kegagalan dot-coms dan mengambil kira kekangan
dan cabaran yang akan dihadapi sebelum menubuhkan sesebuah online business.
Janganlah dikaburi dengan contoh-contoh online business yang berjaya dan keuntungan
sehingga melaksanakan online business tanpa rancangan yang baik.

Bagaimanapun, kejayaan-kejayaan yang dinikmati oleh usahawan-usahawan internet hari ini


haruslah dijadikan pemangkin kepada semangat untuk terus berusaha mencapai impian
yang dihajati. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Perniagaan
online bukan satu situasi mudah iaitu peluang untuk buat duit tanpa memahami liku-liku
bidang tersebut dan tanpa persiapan dan persediaan yang mantap dan menyeluruh. Ini
merupakan cabaran utama kepada usahawan iaitu mengenal pasti peluang yang ada.
Peluang mestilah selari dengan kemampuan diri. Iaitu kemampuan untuk mengendalikan
perniagaan secara berterusan dan berkekalan dalam sektor yang diceburi. Antara ciri-ciri
yang menentukan kemampuan seseorang usahawan adalah keilmuan, kemahiran, minat,
sumber kewangan, tenaga, teknologi dan peralatan. Peluang tidak boleh disamakan dengan
tabiat suka mengikut.

http://en.wikipedia.org/wiki/Marshall_McLuhan#The_global_village
http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896.
http://jomseminar-perniagaan-internet-boleh.blogspot.com/2009/12/online-bachelordegree.html

Anda mungkin juga menyukai