Anda di halaman 1dari 7

1

TAKLIMAT DAN MESYUARAT BINA INSAN GURU (BIG)

Taklimat BIG Fasa 6 telah diadakan pada 24 Januari 2015 di Dewan


Aminuddin Baki oleh Unit Kokurikulum Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun
bermula jam 8.00 pagi. Sesi taklimat ini melibatkan semua pelajar PPG kohort satu.
Melalui taklimat ini, para pelajar PPG telah mendapat penerangan mengenai
pelaksanaan BIG Fasa 6. Menerusi Fasa ini, para pelajar PPG dikehendaki
melaksanakan satu program iaitu program Lawatan Penanda Aras dan
Bengkel Guru Inovatif di sekolah yang dipilih yang mempunyai guru
cemerlang, untuk fasa yang keenam ini. Ahli jawatankuasa menetapkan
program ini diadakan di Sekolah Kebangsan Permatang Janggus, Penaga,
Pulau Pinang. Melalui program Bina Insan Guru ini, kumpulan kami telah
mendapat pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk diaplikasikan
dalam profesion perguruan dan juga dalam pembelajaran di sekolah.
Mesyuarat kali pertama telah diadakan setelah selesai taklimat tersebut. Kami telah
memilih Sekolah Kebangsaan SK Permatang Janggus, Penaga Pulau Pinang telah
terpilih sebagai lokasi program BIG Fasa 6. Tarikh yang dicadangkan adalah pada
10 Februari 2015. Perlantikan ahli jawatankuasa telah dibuat pada mesyuarat kali
pertama ini. Pn Nor Eini bt Mohamad Zaid telah dipilih sebagai pengerusi program
pada kali ini. Alhamdulillah, hasil daripada mesyuarat ini, semuanya berjalan dengan
lancar.

Suasana semasa
Taklimat
BIG dan

mesyuarat pertama BIG Fasa 6 2015

LAPORAN SEMASA PROGRAM


Pada 10 Februari 2015 bermula jam 8.00 pagi, bermula peserta program
sampai. Semua peserta dijamu dengan hidangan yang amat istimewa.

Bengkel Ciri-ciri Guru Inovatif


Setelah selesai slot 1, sesi berikutnya adalah bengkel dan penerangan
mengenai ciri-ciri guru inovatif. Encik Nazri bin Hasan menjelaskan tentang
definisi inovasi iaitu sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh
mempertingkatkan sesuatu amalan (Glosari Teknologi Pendidikan 1995).

Beliau juga menyatakan bahawa inovasi juga merupakan penghasilan


baru berbentuk maujud dan berkesan berdasarkan proses penyusunan
semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada terjelma sebagai unik,
memudahkan dan bernilai.Seterusnya Encik Nazri juga menerangkan tentang
penghasilan idea inovatif.

Encik Nazri juga menyatakan tentang pelbagai pertandingan guru inovatif


yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setiap tahun yang
mana boleh disertai oleh guru.

Seterusnya Encik Nazri menunjukkan penglibatan inovatif yang telah


beliau sertai di peringkat negeri, Kebangsaan dan juga luar negara. Antara
penglibatan beliau adalah sebagai ketua panel bagi penulisan Modul
Progresif Sains tahun 2013, memberi ceramah Astronomi (sekolah-sekolah
sekitar Pulau Pinang, Labuan, Kuala Lumpur, Kedah ( Pulau Langkawi) dan
Perak, dan beliau juga mencadangkan pengubahsuaian silibus Sains tahun 4
dengan menggugurkan Pluto dari silibus tahun 4 (PPK @ BPK) melalui JPN,
Pulau Pinang.Pada tahun 2012 beliau terlibat dalam Lesson Study dengan
mengadakan satu amalan pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru
Sains yang masih baru yang terdiri daripada 30 orang semuanya. Beliau
menggunakan Kaedah Konstruktivisme dalam pengajaran tersebut dan satu
Mikro Teaching telah dijalankan dengan menggunakan tajuk Sistem Solar
Tahun 4.

Jemputan ke Hari Astronomi Anjuran Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana

Lesson Study dengan menggunakan kaedah Konstruktivisme yang sedang


dijalankan bersama-sama murid Tahun 4 dengan tajuk Sistem Solar

Lawatan Penanda Aras


(pengajaran dan pembelajaran ke bilik sains)
Apabila selesai slot bengkel ciri-ciri guru cemerlang dan guru inovatif, peserta
BIG bergerak ke bilik sains SK Permatang Janggus untuk mengadakan lawatan
penanda aras. Lawatan ini bertujuan untuk menimba pengalaman bagaimana
perjalanan pengajaran guru cemerlang iaitu En ZAinol. Disamping itu juga En Nazri
b Hasan memberi sedikit maklumat tentang bahan inovasi yang dihasilkan olehnya.
Peserta tekun mendengar penerangan En Nazri b Hasan dengan penuh minat.
Peserta BIG berkesempatan bertanya permasalahan pembelajaran dalam mata
pelajaran sains. Peserta BIG mendapat banyak maklumat yang diperolehi hasil dari
lawatan tersebut.

Disamping itu juga En Nazri b Hasan memberi sedikit maklumat tentang


bahan inovasi yang dihasilkan olehnya. Peserta tekun mendengar penerangan En
Nazri b Hasan dengan penuh minat. Peserta BIG berkesempatan bertanya
permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran sains. Peserta BIG mendapat
banyak maklumat yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai