Anda di halaman 1dari 10

TAUBAT MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

July 19, 2013


Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman
(Teks disalin dari rakaman Forum Bertaubatlah Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah, 26.05.2013)

PENGERTIAN TAUBAT
Taubat atau dalam Bahasa Arabnya juga ( taubah) berasal dari perkataan ( tawaba) yang dari
segi bahasa bermaksud kembali. Seseorang itu dikatakan ( taaba telah bertaubat) sekiranya dia
telah kembali dari melakukan dosa atau telah meninggalkan dosa itu.
Adapun dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksudnya dia telah
kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah untuk dia mentaati Allah. Jadi jelas kaitan
di antara maksud taubat menurut bahasa dan juga istilah Syaraknya.
PERINTAH BERTAUBAT
Adapun tentang bagaimana perintah Syarak kepada kita sebagai manusia untuk bertaubat, hal ini
memang jelas dan banyak disebutkan dalam nas-nas Al-Quran dan juga Sunnah. Antaranya firman
AllahSubhanahu wa Taala,


Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kamu
berjaya.(Surah Al-Nur, 24: 31)
Dalam Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Taala berfirman,

Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah
kamu berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa.
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Zumar: 53)
Dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang melampaui batas ke atas
diri mereka; melampaui batas iaitu dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat.
Juga firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-135,


Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka
sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan
siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam
perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu). (Surah Ali
Imran: 135)
Jika dalam ayat sebelum ini Allah memilih perkataan mereka yang melampaui batas, dalam ayat ini
pula Allah mengatakan mereka yang telah menzalimi diri mereka. Mungkin kita tidak perasan;
apakah maksud orang yang menzalimi diri mereka? Orang yang menzalimi diri mereka adalah orang
yang melakukan dosa dan maksiat. Bagaimana dia menzalimi dirinya?
Dia menzalimi diri sendiri kadangkala tanpa kita sangka. Barangkali ketika melakukan perbuatan
maksiat itu dia bersuka ria dan berseronok dengannya. Tetapi realitinya dia menzalimi diri sendiri
kerana perbuatan itu menambahkan dosanya dan paling tidaknya di Akhirat nanti dia mendapat
balasan buruk iaitu Api Neraka. Perbuatannya akhirnya membawa mudarat dan binasa kepada
dirinya. Itu yang dimaksudkan menzalimi diri.
Tiga ayat ini sudah memadai di mana faedah yang dapat diambil dari ketiga-tiga ayat ini cukup
banyak. Antara faedah yang dapat kita sebutkan;
1. Kewajipan taubat. Seperti mana firman Allah,
( dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah). Sepertimana sedia maklum, para Ulama menjelaskan bahawa sekiranya ada perintah
dari Syarak sama ada dari Al-Quran atau Hadis, bererti hukumnya adalah wajib. Jadi apabila Allah
mengatakan bertaubatlah kamu sekalian, itu merupakan satu perintah dan perintah membawa makna
wajib. Maka hukum bertaubat adalah wajib.
2. Taubat menjadi kunci kejayaan. Seperti mana Allah berfirman ( semoga kamu berjaya).
Jadi sesiapa yang ingin tahu apa kunci kejayaan untuk hidupnya di dunia apatah lagi di Akhirat,
jawapannya antara lain adalah dengan bertaubat.
3. Jangan berputus harapan dari rahmat Allah walau sebanyak dan sebesar mana pun dosa yang
pernah dilakukan. Walau apapun maksiat yang kita lakukan, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesarbesarnya, baik perkara-perkara maksiat, bidaah, khurafat yang mungkin selama ini kita amalkan dan
kita percaya, jangan berputus harapan bahawa pintu taubat terus terbuka.
Bahkan walaupun perkara-perkara kufur atau syirik sekalipun, misalnya orang kafir yang menyembah
selain Allah, mensyirikkan Allah, tentu sahaja dia juga boleh bertaubat. Ini kerana Allah berfirman,
( Sesungguhnya Allah mengampunkan kesemua jenis dosa-dosa). Tidak ada dosa

yang dikecualikan dari pengampunan Allah. Jadi janganlah berputus harapan dari mendapat
keampunan daripada Allah Subhanahu wa Taala.
4. Sifat orang beriman adalah sentiasa mengawasi dirinya, memerhatikan tindak tanduknya, atau
secara ringkasnya sentiasa bermuhasabah. Firman Allah, maksudnya: Dan mereka yang apabila
melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, mereka ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah
maknanya sentiasa muhasabah.
Dia tidak sibuk tentang orang lain, dia lebih pentingkan dirinya kerana dia bertanggungjawab ke atas
dirinya dulu sebelum orang lain. Dia sentiasa muhasabah kerana dia mengetahui, yakin dan percaya
bahawa sehebat mana pun dirinya pasti dia ada kesalahan dan kesilapan seperti mana disebut dalam
hadis Nabisallallahu alaihi wasallam,

Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah
orang-orang yang bertaubat. (Hasan. Riwayat Ahmad)
Ini adalah sifat orang yang beriman kerana orang yang sesat lagi menyimpang sifatnya terbalik sama
sekali. Kita perhatikan apa sifat orang menyimpang, semoga kita tidak tergolong dalam orang yang
mempunyai sifat ini. Firman Allah dalam Surah Al-Kahf ayat ke-103 hingga 104,

Mahukah kalian kami ceritakan tentang mereka yang telah rugi di dalam amal perbuatan mereka?
Iaitu mereka yang telah sesat lagi menyimpang dalam usaha mereka semasa hidup mereka di dunia
sedang mereka menyangka apa yang mereka lakukan itu adalah baik. (Surah Al-Kahfi. 18: 103-104)
Ini sifat orang-orang sesat. Adakah orang sesat lagi menyimpang mengaku bahawa mereka sesat?
Bahkan terbalik, semua orang yang sesat lagi menyimpang mengatakan bahawa apa yang mereka
buat adalah betul. Bahkan mereka mengatakan apa yang mereka buat itu baik. Ini biasa kita dengar.
Sedangkan realitinya ia tidak baik kerana ia menyalahi Syariat Allah Subhanahu wa Taala. Ini adalah
sifat orang yang tidak sedar diri, tidak sedar akan kesalahan dan dosa yang mereka lakukan. Kalau
tidak sedar, adakah harapan untuk dia bertaubat? Jauh sekali kerana dia merasakan apa yang dia
buat itu betul. Inilah yang dapat kita lihat pada pelaku bidaah secara khasnya. Mereka menyangka
apa yang mereka lakukan adalah baik-baik belaka.
5. Orang yang beriman antara sifatnya apabila melakukan salah silap, dia akan cepat ingat kepada
Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana orang yang beriman mengetahui bahawa salah silap
yang dilakukan itu perlu kepada taubat dan taubat yang dilakukan itu tidak lain dan tidak bukan hanya
kepada AllahSubhanahu wa Taala. Dia hanya bertaubat kepada Allah dan sama sekali dia tidak akan
kembali kepada selain Allah.
Dia tidak akan meminta keampunan daripada mana-mana Syaikh atau wali, dia tidak akan meminta
keampunan daripada mana-mana orang yang telah mati, nenek moyang atau sesiapa. Dia tidak akan
mendatangi mana-mana perkuburan untuk meminta keampunan.

Jika orang Kristian Katolik ada confession, di mana seseorang itu masuk ke dalam sebuah bilik,
paderi di sebelah, dia menceritakan dosanya dan paderi itu pun mendengar, kemudian dosanya pun
diampunkan, tetapi tidak ada praktik sebegitu dalam Islam. Tidak ada mana-mana Ustaz, ulama dan
sebagainya yang dapat mengampunkan dosa sesiapa kerana itu hanya milik Allah Subhanahu wa
Taala. Bahkan Nabi atau Rasul sekalipun tidak akan mempunyai kuasa untuk mengampunkan dosa
sesiapa pun. Kita sedia maklum bahawa Nabi sendiri tidak dapat menyelamatkan bapa saudaranya.
6. Orang yang beriman tidak akan terus menerus dalam melakukan dosa dan salah silap. Sebaliknya
dia akan cepat-cepat kembali ke pangkal jalan apabila menyedari kesalahannya. Dia tidak akan terus
melakukan kesalahan itu; baik maksiat, bidah, khurafat, apatah lagi kufur dan syirik. Sebaliknya dia
cepat-cepat meninggalkannya, berhenti daripadanya dan berlepas diri daripadanya. Maka perlu kita
ingat, kalau kita sudah sedar sesuatu kesalahan di mana sebelum itu mungkin kita sangka betul, kita
kena cepat berlepas diri daripadanya. Contohnya muzik, bahkan ada satu istilah iaitu muzik Islam.
Kita telah tekankan banyak kali bahawa tidak ada istilah muzik Islam seperti mana tidak ada istilah
syaitan Islam. Muzik adalah alunan Syaitan, seperti mana Al-Quran adalah Kalamullah. Tidak boleh
disamakan antara Al-Quran dengan muzik. Al-Quran itu daripada Allah, muzik itu daripada Syaitan. AlQuran itu pahala, muzik itu dosa. Tidak ada istilah dosa Islam, tidak ada istilah Syaitan Islam, maka
tidak ada istilah muzik Islam.
Perkara-perkara bidaah; kalau sebelum ini kita jahil, tidak tahu, tetapi pada hari ini kita sudah tahu,
contohnya yasinan, tahlilan, talqin, marhaban, barzanji, dan macam-macam lagi perkara bidaah,
kalau kita sudah sedar bahawa ini semua tidak boleh dan bukan datangnya dari ajaran Islam,
tanggungjawab kita adalah jangan kita main-main lagi. Jangan kita kata aku duduk je dalam majlis
bidaah dan seumpamanya.
Siapa yang memberi keamanan kepada engkau bahawa rumah itu tidak akan runtuh ke atas engkau,
sedang engkau berada di majlis yang dimurkai oleh Allah. Majlis-majlis seperti ini sudah tentu tidak
diredhai oleh Allah. Maka kalau dia sudah tahu, dia kena cepat-cepat berhenti dan berlepas diri
daripadanya.

CARA BERTAUBAT DAN BERLINDUNG DARI


DOSA

1. Jika dosa yang dilakukan itu adalah akibat dari kejahilan dan kealpaan, kerana tidak tahu
bahawa ianya dosa, atau sebelum itu dia menyangka ianya baik, maka cara bertaubat
daripadanya adalah dengan menuntut ilmu. Adapun sekiranya dosa yang dilakukan itu adalah
kerana tertewas dengan nafsu syahwat atau kerana terikut dengan hawa nafsu, cara
bertaubatnya adalah dengan bersabar dan mengharapkan pahala dari kesabaran itu.
Lihat bagaimana Syarak memelihara seseorang itu dari terjebak dalam kancah dosa atau maksiat.
Syarak antara lain menuntut supaya seorang itu berwuduk, ataupun solat, ataupun berpuasa. Seperti
mana dalam hadis di mana seorang itu kalau hendak menghindari dirinya dari bertindak atas
kemarahan yang tentunya akan membawa kepada dosa, Syarak menuntut supaya dia berwuduk.
Solat juga mampu mengekang seseorang itu dari terjebak kepada dosa. Firman Allah Subhanahu wa
Taala,



Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat. (Surah Al-Baqarah, 2: 45)
Begitu juga dalam ayat yang lain, firman Allah Subhanahu wa Taala,


Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar. (Surah Al-Ankabut: 45)
Ini semua untuk mengelakkan kita dari terjebak ke dalam kancah dosa dan juga maksiat.
2. Berlindung dengan Allah. Ini kerana barangsiapa yang mencari perlindungan dengan Allah di mana
dia kembali kepada Allah, tentu sahaja Allah akan membantu dan menolongnya untuk menewaskan
dua musuh ketatnya yang sentiasa berdamping dengannya untuk memusnahkan dirinya; iaitu nafsu
dan juga Syaitan. Seperti mana firman Allah,


Kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong kepada kejahatan. (Surah Yusuf, 12: 53)
Seperti kita sedia maklum, syaitan juga adalah musuh ketat manusia. Jadi bagaimana kita hendak
berlindung daripada dua musuh ini adalah dengan kembali kepada Allah seperti mana firman Allah
dalam Surah Ali Imran ayat ke-101,


Dan barangsiapa yang berlindung dengan Allah, sungguh dia diberi petunjuk ke jalan yang
benar. (Surah Ali Imran, 3: 101)
3. Perlu ada perasaan takut bahawa akan dipercepatkan kepadanya balasan perbuatan dosanya itu
di dunia; iaitu dia mungkin diharamkan dari memperoleh rezeki kerana dosa yang dilakukan, atau
ditimpa kemiskinan dan penyakit sekiranya dia terus menerus melakukan perbuatan dosanya itu.

4. Memperelokkan makan minumnya, iaitu hanya menjamah makan dan minuman yang halal. Ini
sangat penting dan Alhamdulillah masyarakat kita memberi kepentingan pada perkara ini, mereka
sentiasa memastikan adanya tanda halal pada makanan. Namun ini tidak menghalang kita untuk
terus memperkemaskan dan menjaga perkara ini. Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyebut,

Seorang lelaki yang dalam perjalanan jauh (bermusafir) sehingga rambutnya menjadi kusut dan
badannya berdebu (tertekan dan kesusahan), dia mengangkat kedua tangannya ke langit lalu berdoa:
Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya
haram dan rezekinya dari sumber yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan
doanya? (Riwayat Muslim)
Ini doa secara umumnya, maka begitu jugalah dalam kita hendak bertaubat. Bagaimana kita hendak
meminta supaya Allah menerima taubat kita dan mengampuni dosa kita kalau kita terus menerus
bergelumang dalam dosa, menjamah makanan dan minuman yang haram, pakaian haram, dan
sumber rezeki juga haram.
5. Menjaga dengan siapa kita berkawan dan bersahabat. Kita perlu beri perhatian pada perkara ini
kerana saya melihat adanya kelalaian dalam perkara ini secara khasnya. Perlunya kita menjauhkan
diri kita dari teman-teman yang buruk. Ini kerana banyak keadaan di mana teman-teman kita inilah
yang membawa kita kepada dosa atau membuat kita terus di dalam dosa.
Akibat tersalah memilih kawan, akibat duduk dengan kumpulan yang tidak baik membuatkan kita
terjebak dengan dosa dan sehingga kita terus menerus di dalam dosa kerana kita mengekalkan
kawan-kawan yang tidak baik ini. Ini seperti mana yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim,



Permisalan teman yang baik dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi.
Adapun penjual minyak wangi, sama ada dia akan menghadiahkan kamu wangiannya, atau kamu
akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang besi, sama ada
dia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang busuk. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Maka perhatikan teman kita, adakah dia seperti penjual minyak wangi atau adakah dia seperti tukang
besi. Penting bagi kita menjaga dengan siapa kita bergaul. Adakah kita bergaul dengan orang-orang
yang baik, orang saleh, orang sunnah, atau adakah kita bergaul dengan orang-orang yang tidak baik,
orang-orang yang buruk, orang-orang yang melakukan maksiat, atau orang-orang yang melakukan
bidah, atau Khawarij.
Dari hadis yang disebutkan, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa seseorang itu mudah terpengaruh
dengan persekitarannya. Sekiranya persekitarannya baik, dia akan mendapat faedahnya.
Sepertimana kalau persekitarannya buruk, kawan-kawannya buruk, kampung halamannya buruk,

kawasan tempat tinggalnya buruk, tidak ada masjid contohnya dukacitanya ini banyak berlaku di
kawasan orang kaya-kaya. Rumah besar-besar, kawasannya luas, tetapi masjidnya tidak ada.

Dan mereka menyangka bahawa mereka sedang hidup dengan sebaik-baiknya. (Surah Al-Kahfi, 18:
104)
Syarak menitik beratkan persekitaran. Oleh kerana itu, Syarak turut menegah kita meniru orang kafir,
seperti mana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, sabda Nabi sallallahu alaihi
wasallam,

Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia tergolong daripada mereka. (Sahih. Riwayat
Ahmad)
Maka kalau seseorang itu menyerupai orang kafir, Rasulullah berkata dia tergolong daripada kaum
itu.Nauzubillah.
Di situ terdapat tegahan dan larangan dari kita menyerupai orang kafir sama ada dari segi tingkah
laku, tatacara, bahkan pakaian sekalipun kita perlu berhati-hati. Barangkali ada yang bertanya apa
masalahnya? Kita katakan, ia bermula secara zahir, tetapi akan memberi kesan kepada hati.
Barangkali pada mulanya kita menyerupai mereka dari segi tingkah laku, contohnya orang kafir
apabila bertemu sesama mereka mengucapkan Hi! Hello! kita pun meniru mereka, melupakan
memberi salam dan mengucapkan Hi, Hello, Good Morning, Selamat Pagi dan sebagainya
menyerupai amalan orang kafir. Ia bermula dengan perkara sekecil itu tetapi akhirnya akan terkesan
dalam jiwa. Pada mulanya dia menyerupai orang kafir secara zahir, tetapi percayalah, kalau dia tidak
bertaubat daripadanya, lambat laun dia akan menyerupai orang kafir secara batin. Dia menyerupai
orang kafir seperti mana orang kafir.
Begitu juga Syarak melarang orang Islam untuk tinggal di negara Kafir. Hal ini seperti mana hadis
sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Nabi sallallahu alaihi wasallam mengatakan,

Aku berlepas diri daripada semua orang Islam yang tinggal bersama-sama dengan orang-orang
musyrikin.(Sahih. Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis ini sangat jelas, tidak ada ruang untuk takwil. Ini sangat penting dan sangat bahaya kerana
dukacitanya kita melihat ramai yang mengambil mudah hal ini. Berapa ramai orang Islam tinggal di
negara orang kafir, dengan gembiranya lagi. Kenapa dilarang umat Islam tinggal di negara kafir?
Sebabnya sama; kerana persekitaran akan memberi kesan kepada seseorang itu.
Maka akhirnya kita melihat rata-rata orang Islam yang tinggal di negara orang kafir adakah
masyaAllah mereka menjadi orang-orang saleh belaka? Jangan kita lihat pada minoriti. Dari
persoalan kita, apa jadi kepada majoriti orang Islam yang tinggal di negara orang kafir? Adakah

janggutnya panjang, memakai jubah, kopiah, wanitanya pula memakai purdah, jubah, anak-anaknya
pula menghafal Al-Quran, adakah begitu?
Jangan kita tipu diri kita. Majoriti mereka terbalik. Sekali pandang nampak sama, si Ali sama dengan
si John. Kita tidak tahu hendak bezakan. Kita hendak beri salam pun kita tidak tahu orang itu Islam
atau bukan Islam. Ini realitinya.
Begitu juga Syarak menegah daripada duduk bersama dengan orang-orang yang sesat lagi
menyimpang. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-Anaam ayat ke-68. Allah
berfirman,


Dan janganlah kamu terus duduk bersama kaum yang zalim setelah datang kepadamu
peringatan. (Surah Al-Anaam, 6: 68)
Ini juga perlu menjadi peringatan kepada kita khususnya kepada kita yang cinta kepada Sunnah
Nabisallallahu alaihi wasallam, yang ingin mendokong sunnah Nabi dan menjauhi perkara-perkara
khurafat, bidaah dan sebagainya.
Maka kalau kita sudah tahu bahawa perkara ini dilarang dalam Syarak, perkara ini maksiat, perkara
ini bidah, bercanggah dengan Sunnah Nabi, maka jangan sama sekali kita ambil mudah lagi. Jangan
kita duduk juga dalam majlis tahlilan. Jangan kita masih lagi memberi alasan aku tak tahlil, aku
duduk je. Untuk apa kamu duduk, adakah untuk mendapat berkat? Hendak ambil hati? Ambil hati
siapa? Adakah kita ingin mengambil hati orang-orang bidah dan menarik kemurkaan Allah? Adakah
kita sanggup buat begitu? Kerana apa yang pasti, Allah memurkai majlis-majlis yang seperti ini,
halaqah-halaqah yang seperti ini. Sekarang ada halaqah-halaqah baru; halaqah Ya Hanana, Ya
Banana. Ini apa? Mana ada majlis-majlis seperti ini (dalam Islam). Apa yang pasti majlis-majlis seperti
ini bukan majlis zikir, tetapi lebih kepada majlis-majlis nyanyian dan joget yang dimurkai oleh
Allah Subhanahu wa Taala.
Apakah kita masih lagi mampu merasa aman untuk duduk di dalam majlis-majlis seperti ini? Dikhuatiri
tidak semena-mena kita terikut-ikut dengan apa yang dinyanyikan kerana betapa mudahnya kita
terkesan dengan persekitaran.
Dukacitanya, manusia tidak mengambil perhatian tentang hal ini. Dia menjaga persekitaran, tetapi
persekitaran zahir semata. Kita semua setuju bahawa tidak ada siapa yang hendak duduk dengan
penagih dadah kerana khuatir nanti kita pun jadi penagih dadah. Anak-anak kita, adik-adik kita, kalau
ada orang hisap rokok kita kata jangan duduk dengan dia kerana kita khuatir anak-anak dan adik-adik
kita akan hisap rokok. Ini kita faham. Sedangkan mudaratnya tidak lebih daripada mudarat fizikal.
Adapun mudarat kepada spiritual, akidah, agama, dan akhlak, kita tidak memberi kepentingan.
Sedangkan tentu sahaja mudarat agama jauh lebih bahaya daripada mudarat fizikal seperti bergaul
dengan penagih dadah dan penghisap rokok.
6. Berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam seperti mana dalam surah Al-Fussilat ayat ke36,

Dan jika engkau dihasut dengan hasutan syaitan maka hendaklah engkau meminta perlindungan
Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Fussilat, 41: 36)
TIDAK ADA SOLAT SUNAT TAUBAT
Tidak ada istilah solat sunat taubat, seperti mana tidak ada istilah solat hajat. Kerana apa yang pasti,
para sahabat seperti mana dalam kisah Kaab bin Malik dan dua rakannya yang tidak menyertai
Rasulullah dalam peperangan Tabuk, mereka bertaubat dan apa yang pasti Rasulullah tidak
menyuruh mereka melakukan solat sunat taubat.
Taubat itu adalah dengan kita meminta keampunan daripada Allah secara umum. Tidak ada kaedahkaedah tertentu atau waktu-waktu tertentu yang dikhaskan. Walau bagaimanapun ada waktu-waktu
yang mustajab di mana dia boleh mengambil kesempatan dari waktu-waktu mustajab itu untuk
bertaubat; seperti ketika sujud, sepertiga malam yang terakhir, hari Jumaat, dan seumpamanya.

TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA


Perlu kita ketahui bahawa taubat tidak cukup hanya dengan melafazkan dan meminta taubat daripada
Allah. Sebaliknya, taubat itu dianggap sebagai taubat yang benar apabila disusuli dengan tindakantindakan yang perlu diambil bagi menunjukkan seseorang itu benar-benar telah bertaubat.
Maka kita lihat, apakah tandanya bahawa taubat seseorang itu diterima;
1. Setelah bertaubat, seseorang hamba itu menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ini tanda
yang paling kuat dan jelas. Sesudah bertaubat, keadaan orang itu berubah. Kalau
sebelumnya dia melakukan maksiat, setelah taubat dia menjadi orang yang saleh. Kalau
sebelumnya dia melakukan bidaah, sekarang dia melakukan perkara sunnah. Kalau
sebelumnya dia melakukan perkara khurafat atau kufur dan syirik, sekarang dia
mempraktikkan Tauhid dalam ertikata yang sebenarnya.
2. Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari
siksa Allah walau sekelip mata. Jangan timbul perasaan merasa cukup dengan taubat yang
dilakukan, atau jangan terlintas dalam fikiran bahawa aku sudah bertaubat maka habis cerita. Seolaholah taubat itu pasti sudah diterima oleh Allah Subhanahu wa Taala. Kita bertanya, dari mana datang
keamanan itu? Apakah kita pasti bahawa taubat kita telah diterima?

Tidak ada sesiapa yang boleh menjamin dan berkata kepada kita Ya, taubat engkau telah diterima.
Maka kerana itu, merasa aman dengan taubat yang dilakukan perlu kepada taubat. Ini kerana
perasaan seperti itu sendiri merupakan satu dosa.
3. Berhenti dan berlepas diri dari dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takut. Dia tidak
mengulanginya lagi dan menyesal dengan dosa yang dilakukan itu. Dia merasa sedih dengan apa
yang telah dilakukan dan berharap dia tidak pernah melakukan dosa itu.
4. Lembut hatinya setelah bertaubat. Hatinya merasa lunak dan merasa hampir kepada
Allah Subhanahu wa Taala.
DEFINISI TAUBAT NASUHA
Taubat Nasuha adalah satu istilah bahasa Arab bahkan disebut dalam Al-Quran. Nasuha berasal dari
kalimah yang sama dengan Nasihat yang maknanya bersih, jujur lagi benar. Taubat Nasuha bererti
taubat yang benar lagi jujur, bukan kerana sebab yang lain tetapi semata-mata kerana hendak
bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Taala. Hal ini disebut dalam Surah Al-Tahrim ayat ke-8,


Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha (taubat
yang benar). Moga-moga dihapuskan dari kamu dosa-dosa kamu dan kamu dimasukkan ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. (Surah Al-Tahrim, 66: 8)
InsyaAllah, moga-moga kita tergolong di dalam golongan yang apabila melakukan dosa mereka
bertaubat dan moga-moga taubat kita adalah taubat Nasuha, dan kita meminta daripada Allah
semoga Allah menerima taubat kita dan insyaAllah kita tergolong di dalam golongan yang terselamat
dari api Neraka di Hari Akhirat kelak dan terus masuk ke dalam Syurga.

(Teks disalin dari rakaman Forum Bertaubatlah Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah, 26.05.2013)

Anda mungkin juga menyukai