Anda di halaman 1dari 3

Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.

t kerana dengan
berkat dan rahmatNya, saya dan rakan-rakan dari kelas PPG Sains Kumpulan 1
selamat menjalani program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 yang melibatkan aktiviti
perbengkelan dan lawatan penanda aras bagi berkaitan guru inovatif. Kedua-dua
aktiviti ini telah selamat dijalankan di SK Permatang Janggus, Penaga, Seberang
Prai Utara, Pulau Pinang pada hari Selasa bersamaan dengan 10 Februari 2015
yang lalu. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Encik Mohd Akhir Bin
Awang di atas komen dan bimbingan beliau terhadap pelaksanaan program ini dan
juga memberikan panduan bagaimana menyediakan laporan refleksi, folio laporan
program serta persediaan bahan-bahan lain yang dan maklumat yang perlu ada di
dalam folio yang akan disemak oleh beliau nanti. Jutaan terima kasih juga ditujukan
kepada pihak sekolah berkenaan terutamanya Guru Besar sekolah, Puan Hajjah
Halimatun Saadiah Bt Said yang begitu berbesar hati membenarkan kami
menjalankan program ini di sekolah beliau. Walau pun diperingkat awal cadangan
tarikh kami telah ditolak kerana ada pertindihan dengan program lain di sekolah
tersebut, namun melalui rundingan dan sifat ingin membantu guru pelajar seperti
kami, maka akhirnya cadangan tarikh baru diterima oleh pihak sekolah.
Memandangkan lokasi sekolah tersebut terletak agak terpencil walau pun
tidak begitu jauh dari rumah saya, maka saya mengambil keputusan untuk bertolak
lebih awal ke rumah salah seorang rakan saya yang juga merupakan peserta
program. Jarak rumah rakan saya itu ke sekolah tersebut hanya 500 meter sahaja,
maka saya tiba lebih awal ke sekolah tersebut dan saya mengambil peluang ini untuk
meninjau kawasan sekolah. Pada program BIG fasa akhir ini, saya telah dilantik
menjadi pengerusi program. Agak berat rasanya untuk saya menerima kerana saya
turut menjadi penolong ketua kelas PPG Sains 1. Banyak kerja yang perlu dibuat
terutamanya pada semester akhir pengajian ini. Namun atas dasar ingin lihat
program BIG kumpulan kami ini berjalan lancar dan juga atas cadangan rakan-rakan
yang menyarankan nama saya, maka saya terpaksa menerima dengan hati yang
rela.

Oleh kerana saya tiba agak awal di sekolah tersebut, maka selain dari

meninjau kawasan sekolah, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan
pihak pentadbir sekolah tersebut iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran.
Walau pun terdapat sekumpulan rakan yang menaiki kereta yang sama tersesat jauh
dari sekolah, namun program tetap bermula seperti yang dijadualkan.
1

Melalui bengkel dan soal jawab dalam lawatan penanda aras, pelbagai
informasi yang diterima oleh saya berkaitan guru inovatif. Mengikut penilaian dan
kefahaman saya, bukanlah mudah sebenarnya untuk menjadi guru cemerlang.
Walau pun peluang sentiasa ada untuk semua guru serta laluannya besar dan
tersusun rapi, namun cabaran perlu dihadapi oleh guru tersebut. Pokok pangkal
untuk menjadi seorang guru yang berinvasi pada hakikatnya bukanlah disebabkan
oleh paksaan dan tekanan sesiapa. Ianya perlu datang dari jiwa pendidik itu sendiri.
Kadang kala guru itu sendiri tidak sedar yang dia telah melakukan inovasi dalam
pengajaran dan pembelajarannya serta cemerlang dalam profesionnya. Disebabkan
dirinya terlalu minat dan tulus ikhlas secara natural semasa bekerja, maka soal
mendapat status cemerlang itu tidak pernah terlintas. Hanya orang lain yang dapat
menyuluh peribadi guru tersebut dan mencadangkan agar guru tersebut perlu diberi
sesuatu bukan kerana status yang dibanggakan, akan tetapi ianya sebagai penanda
aras serta role model kepada guru-guru lain yang boleh dan mampu menjadikan
guru tersebut sebagai rujukan. Atas sebab itulah, saya sangat bersetuju bahawa
kecemerlangan peribadi serta kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran adalah
menjadi dasar kerana di dalamnya mengandungi ciri-ciri secara terperinci untuk
menjadi seorang guru yang berinovasi. Guru berinovasi juga seharusnya dapat
memberi sesuatu kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bantuan moral dan
motivasi mahu pun inovasi yang maujud yang boleh dimanfaatkan bersama. Dalam
erti kata lain yang luas, guru berinovasi adalah hak masyarakat terutamanya dalam
bidang pendidikan yang sentiasa bersedia untuk menerima pelbagai perubahan yang
berlaku sama ada di dalam sistem pendidikan atau nilai-nilai diri yang terdapat pada
generasi yang sentiasa mengalami kejutan dan perubahan.
Dari sudut perjalanan program itu sendiri, saya amat bersyukur kepada Allah
s.w.t kerana mempunyai rakan-rakan jawatan kuasa yang sangat berdedikasi,
mampu bekerjasama dengan baik walau pun berada di dalam tekanan bekerja dan
belajar dalam masa yang sama.

Sungguh pun terdapat beberapa orang dalam

kalangan rakan saya dalam kumpulan yang berusia lebih tua daripada saya, namun
mereka tetap memberi kerjasama dan kepercayaan kepada saya untuk memimpin
dan mengurus program ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran kami semua program ini
juga turut mendapat pujian dari Guru Besar sekolah berkenaan dan guru di sana.
Baharulah saya sedar, usia bukanlah menjadi faktor seseorang itu tidak boleh
2

memimpin, akan tetapi cara serta bagaimana pendekatan yang kita lakukan kepada
orang lain itu adalah perkara yang paling utama untuk memimpin sesebuah program.
Berfikirlah secara positif, maka sudah pasti hasilnya turut positif.

Anda mungkin juga menyukai