Anda di halaman 1dari 33

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2014 (SMP KHAS)

HBPE 3303

KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA)

NAMA
NO. MATRIK
NO. KAD PENGENALAN
NO. TELEFON
E-MEL
TUTOR
PUSAT PEMBELAJARAN

:
:
:
:
:
:
:

IZMIR AZRAF BIN ZAKARIA


841110045311001
841110045311
012 645 4404
izmirazraf@yahoo.com
Encik Noraihan Bin Abdul Wahab
Universiti Terbuka Malaysia
Cawangan Melaka

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 2


841110045311001

PENGENALAN
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia
yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang
mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga
menjadi acara sukan yang kemudiannya dipertandingkan.
Dari masa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang
menarik, sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi.
Dari situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari , melompat
dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olahragawan
(lelaki) dan olahragawati (perempuan).

SEJARAH AWAL
Berdasarkan catatan sejarah 'olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun
sebelum masihi di Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun
lampau. Berdasarkan sejarah ini, olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 3


841110045311001

Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan
tempat bermulanya tamadun manusia.
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olahraga,
walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih kepada salah
satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan
sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan
olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.
PERKEMBANGAN AWAL
Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan
Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus
berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi. Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja
Rom, Theodosius.
Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia tetap
meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang
pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan
pertandingan. Ini berlarustan sehingga abad ke 17.
Di England, Sukan Olahraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian
,kelab olahraga pertama dunia ditubuhkan. Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu
semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun
1850, sebuah kelab olahraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University,
iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang. Tahun-tahun
1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England. Kejohanan olahraga
berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga diperkenalkan di Kanada
dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun
1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 4


841110045311001

Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan


dari negara itu. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang
menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak
pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan
Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang
pada awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat. Dari
tahun ke tahun, sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah negara dan
bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana
pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat.
Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan
kejayaan atlit-atlit Amerika Syarikat ini.
Atlit-atlit dari negara-negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan
Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada atlitatlit Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlit-atlit Amerika Syarikat dari
Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada atlit-atlit Amerika
Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, atlit-atlit dari Afrika dan Asia gagal memberikan
saingan kepada atlit-atlit Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.
Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul atlit-atlit dari Afrika dan Asia yang
mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum
memberansangkan. Tetapi kini atlit-atlit Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah
mengatasi penguasan atlit-atlit Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan
Olimpik. Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai
kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan, kebangsaan ataupun
di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan
kebangsaan telah diadakan.
Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian
dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun
kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat
yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai
kejayaan. Penubuhan persatuan-persatuan olahraga di sesebuah negara telah memberi

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 5


841110045311001

kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau
perjumpaan sukan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau persatuan yang
bergabung di dalam Sukan Olimpik.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (tempat
kelahiran Sukan Olimpik Kuno), olahraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang
menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga, tidak mungkin sukan Olimpik
menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Olimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan
Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa.
Orang yang bertanggungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de
Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil
bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah
peserta luar. Olahraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan.
Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik yang
diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk
Malaysia.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune,
iaitu di dalam empat acara sukan iaitu hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari
tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana
membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana
menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk
Amerika Syarikat yang tidak turut serta. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil,
belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun
semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan
kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.
Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu
dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit telah
memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam
sukan ini, walaupun mendapat tentangan namun ianya telah meningkatkan kemeriahan dan
prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat. Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 6


841110045311001

keatas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada
tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi
persatuan negara masing-masing ini termasuklah negara kita.
Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun
mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlit terkenal di dunia telah
digolongkan sebagai olahragawan profesional, maka skop, peranan dan fungsi badan dunia
ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang
mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh seseorang atlit.
Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik ,
Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya, terdapat pula badan lain yang
bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya untuk Sukan Olimpik terdapat
Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri.
Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua
perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF
bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan
bidang sukan ini.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 7


841110045311001

OLAHRAGA

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1. Acara balapan
2. Acara-acara padang
Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah
lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan
berjalan kaki. Acara balapan ialah :1.

2.

Lari Pecut
a)

100 meter

b)

200 meter

c)

400 meter

Lari berganti-ganti
a)

4 x 100 meter

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 8


841110045311001

3.

4.

b)

4 x 200

c)

4 x 400

Lari berpagar
a)

100 meter wanita

b)

110 meter lelaki

c)

400 meter

Steeplechase
a)

5.

6.

3,000 meter

Lari jarak sedarhana dan jauh


a)

800 meter

b)

1,500 meter

c)

3000 meter

d)

5000 meter

e)

10,000 meter

Berjalan kaki
a)

20 km

b)

50 km

Acara-acara Padang
1. Acara lompatan
2. Acara balingan
Terdapat dua jenis acara lompatan:
a)

untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah

b)

untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat kijang.

1. Acara Balingan :
a)

lempar cakera

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 9


841110045311001

b)

rejam lembing

c)

lempar tukul

d)

lontar peluru.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 10


841110045311001

LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlit cuba
mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding akan berlari di
laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan
melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang
diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir
diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di
depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan
untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak
akan direkodkan.
Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat
beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan
dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir
pertandingan akan dikira sebagai juara. Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan
merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut
bertanding dan memenangi acara ini.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini
juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara
balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak
dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara
Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 11


841110045311001

yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlit
melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara
untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki
dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.
Peraturan lompat jauh
Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan dibenarkan
dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk membuat 3 lagi lompatan. Sebaliknya jika
bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan diberi. Pembatalan berlaku dalam
keadaan berikut:
i.
ii.
iii.

kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak.


melonjak di luar kawasan papan lonjak semasa mendarat
berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.

Cara mengukur jarak


Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat
dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak tersebut direkodkan kepada meter terdekat iaitu
0.01 m di bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1 cm
diabaikan.
Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu :
i.
ii.
iii.

Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam
acara ini.
Gaya gantung digunakan oleh novis dan juga pakar.
Gaya tendang kayuh gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

TEKNIK LOMPATAN

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 12


841110045311001

Teknik-teknik dalam lompat jauh adalah,


i.

Fasa larian
Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan pelepasan).

ii.

Fasa lonjakan
Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak.
Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu
lonjakan.

iii.

Fasa layangan
Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki
dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat.

iv.

Fasa mendarat
Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu
dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan
semasa tumit mula mencecah pasir.

Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu kelajuan larian,
pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.

i.

Kelajuan larian

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 13


841110045311001

Kelajuan lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan
jauh. Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang
kuat semasa lompatan dilakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak,
konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya, pelompat melakukan larian yang
mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak di antara 25 hingga 40 meter. Bagi mendapatkan
ketepatan, check mark dilakukan sebelum membuat lompatan bagi memudahkan pelompat
untuk membuat larian mula dengan papan pelepas. Terdapat dua kaedah untuk melakukan
check mark iaitu kaedah pertama pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian yang
berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai. Manakala kaedah kedua ialah
mencari konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan
angin yang terlalu kuat.

Rajah 1: Teknik membuat check mark

ii.

Pelepasan lompatan

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 14


841110045311001

Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum dan dalam


melakukan lompatan yang berkesan. Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat
membantu menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan pelompat hanya
berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia penting dalam
menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal. Melalui pemerhatian corak
dan teknik yang dilakukan oleh jaguh-jaguh peringkat antarabangsa, teknik pelepasan
lompatan berikut adalah disarankan iaitu:
a) Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan lompatan.
b) Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah
dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.
c) Bahu dan dada di angkat keatas untuk membantu dalam membuat pelepasan.

Rajah 2: Teknik Pelepasan Lompatan


iii.

Lompatan di udara

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 15


841110045311001

Semasa pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mula mengambil tempat


pada pelompat. Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut hentian
yang berlaku di awal pelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya graviti
iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat. Terdapat tiga jenis
pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di udara, iaitu:

iv.

Pendaratan

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 16


841110045311001

Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan memainkan


peranan penting. Pergerakan yang sesuai mampu menghasilkan jarak yang maksimum dan
dapat mengelakkan gangguan pada momentum menegak. Teknik pendaratan yang sesuai
digunakan adalah jack-knifing. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan
dengan pendaratan yang dilakukan. Ia dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan
ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan
dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan. caranya adalah seperti berikut :
a) Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan;
b) Tangan dan kaki digerakkan ke hadapan.
c) Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke
hadapan.

Rajah 4 : Teknik Mendarat

LATIHAN ANSUR MAJU


1. Menentukan kaki lonjakan

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 17


841110045311001

pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan
menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

2. Latihan lonjakan
Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi

yang boleh.
Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

3. Latihan mendarat
Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau

papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.


Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

4. Mengukur penujuan
Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di
atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama
dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut.
Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan
di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan. Ulang dengan
9, 11 dan 13 langkah.
5. Latihan gaya lompatan berbeza
Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung,

tendang kayuh).
Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan
gaya tendang kayuh.

LARIAN PECUT 100 METER

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 18


841110045311001

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian
anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat
(100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk
membuat larian sepantas mungkin. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah
menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas
acara lari pecut adalah seperti berikut :
a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
c) Tangan digerakkkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa
kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan
acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,
kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil
bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat
dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak
mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan
pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya
adalah kebolehan semulajadi.
Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang
baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh
dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk
menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 19


841110045311001

keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya
bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya
mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan
latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang
SEJARAH LARI PECUT
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah
dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja
serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara
stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.
Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik
yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.
Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu
marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet
menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang
dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada
abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan
dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi
masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat
untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan
diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu
larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama
dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.
Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai
kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 20


841110045311001

dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah
pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928.
TEKNIK
Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya
dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.

Gaya berdiri
i. Persediaan
Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan
'ke garisan' diberi.
ii. Ke garisan
Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kirakira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
condongkan badan ke hadapan.
kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki
hadapan.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 21


841110045311001

Rajah 1: Bersedia dan ke Garisan Gaya Berdiri


iii.

Sedia
condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang kehadapan.
bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.
badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun

tiupan wisel

Rajah 2: Bersedia Gaya Berdiri


iv. Mula
Pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat
kaki hadapan.

Rajah 3: Mula Gaya Berdiri

Gaya Dekam
Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada
prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat
menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya
ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh dibahagikan
kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 22


841110045311001

Gaya peluru
Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak.
Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

Gaya sederhana
Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.
Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya panjang
Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l tapak.
Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARI PECUT


Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:
1) Fasa permulaan

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 23


841110045311001

2) Fasa larian
i.

Fasa pecutan

ii.

Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

3) Fasa penamat
FASA PERMULAAN DENGAN BLOK
Bukan semua atlit adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat banyak variasi,
pada amnya terdapat tiga cara iaitu:
i.

Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)

ii.

Gaya sederhana (Medium Start)

iii.

Gaya Panjang (Elongated Start)

Gaya peluru
Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok
hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.

Rajah 4: Gaya Peluru

Gaya sederhana
Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 24


841110045311001

Rajah 5: Gaya Sederhana

Gaya panjang
Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Rajah 6: Gaya Panjang

2. FASA PECUTAN
Selepas arahan pelepas ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.
Kedudukan Tangan:

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 25


841110045311001

Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di
beIakang garis mula.
Kedudukan Kepala Dan Leher:
KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan
dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan
condong ke hadapan.
Pergerakan Tangan Dan Kaki:
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas)
dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan
lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
Lutut
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30
hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak
langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUAN


Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan
berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 26


841110045311001

kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan
ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin
boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang
diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan
maksimum.

Rajah 7: Fasa Pecutan

Rajah 8: KelajuanMaksimum
3. FASA PENAMAT
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10
meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m. adi dengan itu adalah
mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 27


841110045311001

paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan,
mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

Rajah 9: Penamat

Latihan Ansur Maju

Latihan mendorong
Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 28


841110045311001

Berlari mengutip pundit saga/ kacang secara berganti- ganti dalam kumpulan.
Larian baying- baying : secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang
lagi berlari untuk mengelakkan dirinya disentuh.
Lari berganti- ganti ulang alik : larian 200 meter berkumpulan.

Larian teknik pecut


Berlari dengan melangkah panjang.
Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.
Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
Berlari skip dengan bahagian bawah kaki di luruskan.
Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
Berlari menyepak ke belakang.
Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90
darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung

Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan


Melonjak untuk jarak
Melangkah panjang ( bounding )
Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
Melompat, memusing, mendekam dan memecut.
Berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 29


841110045311001

Setelah melakukan pelepasan dengan baik danpada garisan permulaan, pelumba akan
melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk acara 100 meter,
200 meter atau pun 400 meter. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas
terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar
masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari pecut.
Ada berapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa
melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki,
kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya
dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan
larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah
saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan
dan pakaian yang kurang selesa , pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta
masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.
Pergerakan Tangan
Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari
hendaklah menghayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan ayunan tangan ke
hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa
menghayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan
pecutan dan larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya
menggerak kakin.ya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah
gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.
Tangan pelari terayun kebelakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari
memecut. liii kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan berkurangan
sehingga mencapai 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang
tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas danpada paha
menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau
dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 30


841110045311001

Bahagian Ieher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut.
Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari
merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan yang
menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih
sama ada jan-jan tangan terbuka atau digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari.
Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannya semesa
untuk berlan dan memecut.
Pergerakan Kaki
Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam
pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam lariari pecul.
Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau
penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah
berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah
direnggang penuh ke belakang badan.
Selain itu pclari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi
membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki
daripada tanah apabila pmggang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan
hendaldah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelan seharusnya menggunakan
bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.
Menamatkan Larian Pecut.
Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang sesingkat
yang boleh dan lebih dahullu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa
menuju ke garisan penamat pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau
membuat lompatan untuk nlencapai pita penamat.Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih
pantas dan tidak perlu sama sekali memperlahankan larianya. Dengan membuat diving juga
tidak akan membantu pelari sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya malah
mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 31


841110045311001

Apabila tiba ke garisan penamat , biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke


belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara ini adalah
digalakkan untuk larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan
menundukkan kepalanya untuk memcecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan
menghalang penglihatan pelari atau memudahkan pclari terjatuh. Satu cara lagi pelari
menamatkan lariannya ialah dengan mmemusingkan salah satu bahunya untuk mencecah
garisart penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkann larian kerana mungkin pelari
akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya.
Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah garisan penamat akan dikira
pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa
atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya dipenngkat
antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat
masa atau pcgawai penamat disebabkan beberapa pekari niencecah garisan penamat pada
masa yang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian pemenang acara tersebut terpaksa
ditentukan dengan menggunakan kaedah photofinish. Menerusi kaedah ml pemenang acara
iru akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas Iarian
itu. Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang
mungkin kurang tepat. hal mi perlu khususnya untuk acara seperti 100 meter dan 200 meter.
Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak
seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya mereka
hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk berapa meter diikuti dengan
berjalan. Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai cam untuk
mengatasai sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain.
Seperti dalam permulaan pecutan dan larian hendaklah mematuhi aturan dan undangundang larian semasa menamatkan larian. Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai
mengganggu atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi perlumbaan yang
diadakan, dia hendaklah mengganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendahrendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan
semangat kesukanan.

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 32


841110045311001

BIBLIOGRAFI

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) 33


841110045311001

Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children
(4th ed.). Champaign: Human Kinetics. London
Hall, J. (2004). The primary physical education handbook (2thed.). A & C Black Pub. Ltd:
London
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco,
Benjamin Cummings: UnitedState
Teng Boon Tong (1989) Siri Pendidikan Logman, Panduan Pengajaran Olahraga
(Kepegawaian & Kejurulatihan) Karisma Publications Sdn.Bhd. Shah Alam
Thomas, K.T., Lee, A.M. & Thomas, J.R. (2003). Physical educationmethod for elementary
teachers (2nd edition). Champaign: Human Kinetics. London
Wee Eng Hoe (2002). Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian dan kejurulatihan:
Karisma Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai