Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 PENDAHULUAN
Dewasa ini, isu-isu keruntuhan akhlak sering dipaparkan di dada-dada akhbar, di
corong-corong radio, di kaca televisyen-televisyen, malah di media elektronik juga turut
membincangkan tentang isu yang sama. Keruntuhan akhlak yang berlaku telah
mengundang pelbagai salah laku jenayah seperti zina, rogol, minum arak, mencuri dan
sebagainya. Sangat menyedihkan apabila kita dimaklumkan bahawa jenayah juvana
semakin meningkat, ada di antara pelajar yang masih belum menamatkan pengajian
telah pun menggugurkan anak luar nikah, gejala dadah yang semakin menjadi-jadi dan
lain-lain berita yang amat mendukacitakan dan menghiris jiwa. Masalah sosial ini
nampaknya semakin serius dari semasa ke semasa. Justeru, ia memerlukan perhatian
dan tindakan segera daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada individu,
keluarga, masyarakat dan negara bagi menangani masalah ini daripada terus merebak.
Sekiranya dibiarkan, ia akan memusnahkan seterusnya menghancurkan bangsa dan
negara. Sebenarnya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya semua
masalah ada jalan penyelesaiannya bergantung kepada cara kita menangani masalah
tersebut dengan serius.
Menangani masalah keruntuhan akhlak merupakan perkara yang seharusnya diberi
perhatian secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Usaha perlu dilakukan agar
masyarakat kita kembali menghayati dan mempraktikkan akhlak yang mulia dalam
kehidupan seharian mereka. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing
supaya gejala ini tidak berterusan berleluasa seterusnya merosakkan bangsa dan
negara.
2.0 DEFINISI
2.1 Keruntuhan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawa maksud
perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan.
Kamus Za'ba (2000: 982) mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakan dan
kejatuhan. Definisi ini hampir sama dengan definisi Kamus Dewan di atas.
Keruntuhan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah keruntuhan akhlak masa kini.
Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga meliputi rosaknya akhlak seseorang apabila
mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang daripada ajaran agama
Islam dan budaya masyarakat Timur seperti terlibat dengan seks bebas,
berkhalwat,bersekududukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan minum minuman
keras, melepak, lumba haram dan penglibatan individu dalam jenayah seperti mencuri,
merompak, merogol, meliwat dan membunuh.
2.2 Akhlak
Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat
semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.
Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu 'khuluqun' yang bererti budi pekerti, perangai,
tingkah laku atau tabiat.
Definisi ilmu akhlak menurut Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani, ilmu yang mengkaji
tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan,
kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori
gagasan akhlak.
Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya Al- Akhlaq merumuskan pengertian akhlak
sebagai suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan
tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan
untuk melakukan apa yang harus diperbuat.
Manakala menurut Dr. Miqdad Yalchin pula akhlak ialah Prinsip-prinsip dan dasar atau
kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah laku manusia dalam
kehidupannya. Ia membentuk dan menentukan hubungan dengan orang lain agar misi
kehidupan manusia terlaksana dengan sempurna.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai
keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran
penilitian.
Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam
di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan
terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia.
Sebaliknya, apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
2.3 Akhlak Menurut Islam
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan
dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itu jugalah
yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam
semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca
timbangannya.
Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan
kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisi akhlak seperti
berikut: Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip
tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan
mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa
berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).
Secara keseluruhannya dapatlah kita rumuskan bahawa akhlak sebagai satu sifat atau
sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan oleh Allah.
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin
manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara
manusia dengan Allah manusia sesame manusia, manusia dengan haiwan, malaikat, jin
dan juga dengan alam semesta.
3.0 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
Isu keruntuhan akhlak bukan lagi suatu yang asing untuk diperkatakan. Ia menular di
segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda, beragama Islam atau bukan
Islam, lelaki atau perempuan, yang pasti ianya akan menjadi satu bencana yang amat
dahsyat jika tidak dibendung dengan segera.
Di antara gejala keruntuhan akhlak tersebut ialah perbuatan maksiat seperti khalwat,
zina dan sumbang mahram, minum arak, penggunaan pil khayal, judi, pembuangan
bayi, mat rempit dan penagihan dadah yang seperti tiada kesudahannya. Gejala
keruntuhan akhlak ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam ulasan yang
seterusnya.
3.1 Seks Bebas
Hubungan seks yang melibatkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina
tergolong di dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama. Malah, islam
memandang berat terhadap kesalahan zina kerana ianya bukan sahaja boleh
mendatangkan mudarat kepada pelakunya malah kepada masyarakat. Selain
perkataan seks bebas, sumbang mahram, zina dan liwat, semuanya membawa maksud
hubungan seksual yg ditegah oleh hukum syarak.
Pakar psikologi dan sosiologi berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia
berpunca daripada perlakuan seks bebas tanpa ikatan yang sah. Islam sendiri
melarang keras zina mahupun seks bebas berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Islam, takutilah zina, maka padanya ada 6 perkara buruk, 3 di
dunia dan 3 di akhirat. Adapun yang di dunia adalah: Hilang seri pada wajah, pendek
umur dan sentiasa miskin... Adapun di akhirat, mendapat kemurkaan Allah SWT, buruk
perkiraan di padang Mahsyar dan mendapat azab neraka"
Kita tidak boleh membenarkan masalah ini terus berleluasa. Semakin ramai pasangan
berani melakukn aksi yang terlampau malah menjijikkan di kawasan umum. Mereka
sudah berani bercumbu di taman-taman, di dalam kenderaan awam, di pawagam malah
di mana-mana sahaja yang mereka kehendaki tanpa perasaan segan dan silu. Muda
mudi kini juga semakin bebas bergaul tanpa menghiraukan teguran dan nasihat
daripada pelbagai pihak termasuk ibu dan bapa mereka sendiri.
3.2 Pembuangan Bayi
Fenomena pembuangan bayi yang melanda menjadi semakin membimbangkan. Isu ini
seolah-olah sudah menjadi trend atau ikutan di kalangan masyarakat, khususnya
golongan remaja. Acap kali isu ini kita lihat dan terpampang di dada-dada akhbar,
dihebahkan di corong-corong radio dan disiarkan di kaca televisyen.
Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di
negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah
dilakukan khususnya terhadap bayi serta kanak-kanak perempuan atas faktor
keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah
melakukannya semasa beliau masih belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala
pembuangan bayi pada masa kini begitu berbeza senarionya memandangkan
pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang
terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari
ini. Perasaan malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah,
maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi jalan pintas untuk menutup segala
keaiban yang telah dilakukan. Kini, gejala pembuangan bayi diperkatakan semula
berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di
merata-rata tempat.
3.3 Rasuah
Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat pada masa kini. Ia dilihat
sebagai masalah keruntuhan akhlak yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada
sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu I-risywah. Di dalam Al-Quran,
rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain
seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam Al-Quran sendiri telah
mendefinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik
dan dilaknat.
Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh
seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi
kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia
tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang diberikan
kepadanya akan disalahgunakan untuk kebaikan dirinya sendiri. Mereka juga akan lebih
cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi
mengelak daripada perbuatannya diketahui umum.
Dari segi undang-undang di Malaysia, segala perkataan yang membawa maksud
kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan
kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak-pihak yang
mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara. Masalah
rasuah pada masa kini sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak kes-kes yang
dilaporkan membabitkan rasuah. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera boleh
mendatangkan mudarat kepada bangsa dan negara.
3.4 Penagihan Dadah
Ancaman penagihan dadah masih kekal sebagai musuh utama pada masa kini. Gejala
penagihan dadah ini adalah antara gejala sosial yang semakin berleluasa dan
melibatkan ramai pihak terutamanya golongan remaja.
Dadah dapat diistilahkan sebagai sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan seseorang dari segi rohani (mental), jasmani (fizikal) dan emosi serta
tingkah laku pengguna apabila menggunakannya. Antara jenis dadah yang dikenalpasti
ialah heroin, morfin, ganja, kokain, kanabis dan sebagainya.
3.5 Bunuh Diri
Bunuh diri secara umumnya merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang
untuk melakukan sesuatu yang boleh menamatkan riwayat hidupnya. Antaranya
termasuklah perbuatan menikam diri sendiri dengan senjata tajam, menembak diri
sendiri menggunakan senjata api, menggantung diri, meminum racun, terjun dari
tempat yang tinggi dan sebagainya. Mereka yang bertindak membunuh diri lazimnya
berasa hidup mereka tidak berguna lagi sebaliknya lebih mendatangkan penderitaan.
Terdapat juga orang yang bertindak sedemikian merasa disisihkan, sunyi dan tidak
dipedulikan, serta berasa kecewa dan dirundung masalah kemurungan.
sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam
masyarakat.
Antara kesan yang akan berlaku ialah:
Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga
sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang
tinggi di kalangan masyarakat.
Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala
sosial dan keruntuhan akhlak.
Perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat berlakunya peningkatan
kadar jenayah.
Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk ke dalam negara seandainya generasi
pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
Sekiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan
rosak, maka bangsa lain akan memandang serong terhadap agama yang kita anuti.
Individu perlu menetapkan target atau membina azam untuk mencapai kehidupan yang
lebih berkualiti. Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu untuk terus
melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Individu juga perlu sentiasa yakin
bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan
diri yang lebih berdisiplin.
Amalan cara hidup yang sihat juga dapat menghindari diri daripada terjebak kepada
gejala keruntuhan akhlak. Lakukan aktiviti sihat seperti beriadah bersama keluarga dan
rakan-rakan. Lakukan senaman secara sistematik. Amalan pemakanan yang sihat
boleh menjamin fizikal dan mental yang berkualiti, seterusnya dapat menghindari diri
daripada gejala negative seperti penagihan dadah, minum arak, seks bebas dan
sebagainya.
6.2 Peranan Keluarga
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik akhlak anak-anak. Anakanak perlu dididik sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu, melentur rebung
biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anakanak mereka. Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak mereka didikan agama yang
sempurna bagi mengelakkan mereka terjebak kepada gejala-gejala negatif seperti
pengaruh black metal, punk, penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi dan lain-lain
lagi.
Ibu bapa berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang supaya mereka tidak
terjebak kepada gejala negatif yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius
kepada mereka dan institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai-nilai
murni dan etika untuk menguruskan masa dengan baik. Mereka harus memberikan
perangsang dan galakan yang berterusan kepada anak-anak untuk berjaya.
Ibu bapa yang prihatin akan menyekat kebebasan anak-anak mereka dalam pergaulan,
dalam erti kata lain menetapkan batas-batas pergaulan untuk anak-anak mereka.
Namun demikian, perlu diselitkan toleransi supaya anak-anak tidak merasa tertekan
atau dikongkong. Ibu bapa perlu meluangkan banyak masa untuk anak-anak supaya
mereka rasa diambil berat dan disayangi di samping dapat merasai indahnya nikmat
berkeluarga. Ibu bapa harus sentiasa berada di sisi anak-anak apabila mereka berada
dalam kesusahan dan menjadi rakan pendengar yang setia dan sentiasa bersedia
untuk berkongsi masalah yang anak-anak hadapi.
6.3 Peranan Masyarakat
7.0 KESIMPULAN
Keruntuhan akhlak masa kini semakin membimbangkan, terutamanya apabila ianya banyak
melanda muda-mudi yang bakal menjadi pewaris dan harapan bangsa pada masa hadapan yang
boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan, jika masalah ini tidak ditangani dengan segera
dan bijaksana beserta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara
kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah
kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar-gemburkan ketika ini tidak memberi
apa-apa makna sekiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan
bangsa dan negara. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran pemimpin dan semua pihak yang
terbesar dalam menentukan negara dan rakyat benar-benar mencapai kecemerlangan.