Anda di halaman 1dari 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NKRA - PENDIDIKAN

LINUS 2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS)


MANUAL AM
PENTADBIRAN INSTRUMEN
LITERASI
2014
(SARINGAN 1)

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1, Tahun 1 (2014)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

1.0

PENGENALAN
Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi
Bahasa Inggeris kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah.
Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk
menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat
dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi
Literasi Bahasa Inggeris, supaya diagnosis dapat dijalankan tentang konstruk yang
tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan
supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi dan
Numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.
Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk
menghasilkan Instrumen Saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk
mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi Bahasa
Inggeris sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.
Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris direka bentuk berdasarkan 12
konstruk asas Literasi Bahasa Inggeris sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur
konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman
kandungan.

2.0 DEFINISI LITERASI (LITERASI BAHASA INGGERIS)


a) Able to communicate with peers and adults appropriately
b) Able to read and comprehend simple texts and stories
c) Able to write a range of texts through a variety of media
2.1 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI BAHASA
INGGERIS
Construct 1 : Able to identify and distinguish the letters of the alphabet.
Construct 2 : Able to associate sounds with the letters of the alphabet.
Construct 3 : Able to blend phonemes into recognizable words and segment words
into phonemes.
Construct 4 : Able to understand and use the language at word level.
Manual Am Pentadbiran Instrumen
Saringan 1, Tahun 1 (2014)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

Construct 5 : Able to participate in daily conversations using appropriate phrases.


Construct 6 : Able to understand and use the language at phrase level in linear
texts.
Construct 7 : Able to understand and use the language at phrase level in nonlinear texts.
Construct 8 : Able to understand and use the language at sentence level in linear
texts.
Construct 9 : Able to understand and use the language at sentence level in nonlinear texts.
Construct 10 : Able to understand and give simple instructions and directions with
guidance.
Construct 11 : Able to read and understand sentences with guidance.
Construct 12 : Able to construct sentences with guidance.

3.0

FASA PELAKSANAAN
Enam saringan LINUS2.0, iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 akan dilaksanakan untuk
murid-murid Tahun 1, tahun 2014.
Saringan 3 dan Saringan 4 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 2, 2015.
Saringan 5 dan Saringan 6 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 3, 2016.
JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN LITERASI DAN NUMERASI BAGI TAHUN 2014
AKTIVITI

SARINGAN 1
(TAHUN 1,2 DAN 3)

SARINGAN 2
(TAHUN 1, 2 DAN 3)

Saringan
Membaca

09 Mac 18 April 2014

01 September 03 Oktober
2014

Saringan Menulis

20 April 30 April 2014

07 Oktober 17 Oktober 2014

Memasukkan
Data Saringan

05 Mei 16 Mei 2014

20 Oktober 31 Oktober 2014

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1, Tahun 1 (2014)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

4.0

PENTADBIRAN
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5

4.6

Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris mengandungi 12 konstruk.


Instrumen ini ditadbir oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan.
Saringan Literasi Membaca ditadbir secara individu atau kumpulan kecil
(tidak melebihi 3 orang murid).
Instrumen Saringan Literasi Menulis pula ditadbir secara kelas.
Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir
mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid dalam Saringan
Literasi Membaca sahaja.
Dicadangkan guru duduk bersebelahan dengan murid ketika pentaksiran
Saringan Literasi Membaca dilaksanakan.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN


Kedua-dua Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris, iaitu Instrumen
Saringan Literasi Membaca dan Instrumen Saringan Literasi Menulis dibina oleh
Lembaga Peperiksaan. Instrumen saringan beserta manual pengendaliannya
disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah dalam bentuk CD.
Proses saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

6.0 TINDAKAN SUSULAN SELEPAS SARINGAN


Selepas Saringan, murid yang menguasai kesemua 12 konstruk dianggap telah
menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris. Murid ini akan meneruskan pembelajaran di
kelas arus perdana. Murid-murid yang tidak menguasai mana-mana 12 konstruk akan
meneruskan pembelajaran menggunakan modul Literasi Bahasa Inggeris.
Saringan 1
Menguasai kesemua 12 konstruk
Tidak
menguasai
konstruk

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1, Tahun 1 (2014)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

mana-mana

Arus Perdana
12

Program LINUS2.0 (LBI)

7.0 PROSES PEMANTAUAN


Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, yang diketuai oleh
Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, akan menjalankan pemantauan
pelaksanaan proses saringan dan Program LINUS2.0 (LBI) di sekolah dari semasa ke
semasa.
8.0

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN INSTRUMEN SARINGAN


Antara aspek penting yang diketengahkan dalam proses perekaan bentuk saringan
ialah:
8.1

Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara, iaitu releven dan cakupan.
Pereka bentuk instrumen saringan ini telah memastikan semua konstruk
(perkara yang ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah
ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item
yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum, spesifikasi dan
mempunyai kesesuaian ujian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran,
konteks dan situasi.

8.2

Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan
ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrument
saringan untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen.
Hal ini untuk memastikan ketetapan instrumen saringan.

8.3

Kebolehlaksanaan
Instrumen Saringan Literasi lisan, membaca dan menulis ini telah mengambil
kira semua aspek bagi memastikan pentadbiran pentaksiran boleh
dilaksanakan.

8.4

Penjamin Kualiti
Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang
berperanan sebagai mekanisme bukan sahaja semua 12 konstruk dapat
direalisasikan tetapi juga menepati kualiti yang dihasratkan.

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1, Tahun 1 (2014)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

9.0 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU

Konstruk
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

9.1

Pentaksir hendaklah melengkapkan Borang Pelaporan Penguasaan Individu


(BPPI) dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran dijalankan.

9.2

Borang pelaporan penguasaan individu mengandungi 12 konstruk.

9.3

Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab


jumlah item minimum yang ditetapkan dalam Saringan Literasi Membaca
dan Saringan Literasi Menulis.

9.4

Pentaksir perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang


disediakan mengikut respons murid. Tahap penguasaan minimum membaca
dan menulis yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah seperti yang berikut:

Membaca
3

3
4
2

2
3
2

2
3
3
4
2
3
2
3
3

2
3
2

Kuasai

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1, Tahun 1 (2014)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

Saringan 1
Belum
Menulis
Kuasai
3
4
3
4
2
3
2
3
2
3
2
3
3
4
2
3
2
3
3
4
2
3
2
3

Kuasai

Belum
Kuasai

Penguasaan Saringan 1
Belum
Kuasai
Kuasai

Anda mungkin juga menyukai