Anda di halaman 1dari 4

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal

insan cemerlang
Bismillahirrahmanirrahim
( Selawat )
Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis.
Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran,
Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Assalamualaikum wrb
Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang, wahana
hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata
disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya
melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya
ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap
atau stabil. Manakala akidahbeerti kepercayaan dan keyakinan yang
betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul.
Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan
atau mewujudkan. Frasa modal insanmembawa erti modal yang ada
pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental,
fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan
membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya,
kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang membawa
maksud kepercayaan kepada Allah dan Rasul yang utuh akan
melahirkan individu yang menyerlah dan berjaya.
Ikhwan ya muslimin,
Menyelusuri gagasan ideologi saya yang pertama, akidah
membentuk keperibadian unggul dan kemantapan ilmu. Kita lihat
sahaja keperibadian para sahabat Rasulullah seperti Saidina Umar ra,
Saidina Abu Bakar as-siddiq dan lain-lain lagi. Keperibadian yang
luhur dan unggul ini lahir daripada pegangan akidah yang mantap.
Justeru itu, modal insan cemerlang akan tercipta natijah daripada
pegangan akidah yang utuh lagi jitu. Inilah yang hendak dibentuk oleh
Islam sebagaimana dinyatakan dalam surah al kahfi ayat 13,

Hadirin,

gagasan ideologi saya yang kedua, akidah mantap teras kemajuan


individu secara menyeluruh. Kemajuan ini boleh ditafsirkan sebagai
kemajuan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagaimana
firman Allah swt

menurut kajian yang dilakukan oleh American National Institute of


Health Research, 79% daripada hasil kajian yang dijalankan
membuktikan agama dan ibadat mendatangkan kesan positif kepada
pembentukan insan sempurna. Oleh itu, ini jelaslah menunjukkan
bahawa akidah teras kemajuan modal insan cemerlang.
Warga inteluktual sekalian,
Seterusnya, gagasan ideologi saya yang ketiga, akidah wahana
pemikiran kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Kita lihat kejayaan
ibn sina, bapa perubatan dunia, yang mahsyur dalam ilmu perubatan
yang sehingga kini menjadi rujukan cendikiawan dunia. Justeru itu,
akan lahir muslim hebat yang mempunyai pemikiran kreatif serta
inovatif bersandarkan akidah yang mantap serta bimbingan al-quran
agar tindakan mereka mendapat keredhaan Allah. firmanNya,

Gagasan ideologi saya yang keempat adalah akidah sebagai


pencetus jati diri, melahirkan budaya positif.Hadirin, buka minda,
buka hati. Dewasa ini kita saksikan, gejala negatif semakin menjadijadi. Lihatlah muda mudi tanpa segan silu melakukan perkara
sumbang, seks bebas, maksiat dan sebagainya. Inikah modal insan
cemerlang? Justeru itu, akidahlah sebagai benteng atau perisai bagi
individu tersebut kerana modal insan yang cemerlang mempunyai jati
diri yang teguh. Sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-baqarah
ayat 256.

Hadirin sekalian,
Meniti gagasan ideologi saya yang ke lima, akidah agen integrasi
kaum, pengerat silaturrahim, penyambung tali
persaudaraan. Kita lihat pergolakan yang berlaku di negara-negara
jiran yang tiada penghujungnya hanya berpunca daripada tiadanya
persaudaraan antara mereka. Melalui pegangan akidah yang utuh,
jalinan tali persaudaraan dapat dieratkan. renungkan sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud,
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Ketika Rasulullah s.a.w sedang hampir
nazak, baginda keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu
baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan manyanjung Allah
SWT, baginda bersabda:Tidak ada orang yang paling dekat kepadaku

tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau
boleh aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu
Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah
semua pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.
riwayat al-Bukhari
Premis ideologi saya yang keenam, akidah membentuk nilai
murni, perisai budaya negatif. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As r.a, katanya, Bukanlah
rasulullah s.a.w seorang yang bersifat keji dan baginda tidak pernah
melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda,
Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orangorang yang mulia akhlaknya.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Lihat sahaja masyarakat pada hari ini, terutamanya para belia harapan
bangsa. Remuk hati ini. Maksiat menjadi hidangan, jenayah kolar
putih menjadi budaya, rasuah sebagai kerja sampingan dan
sebagainya. Inikah modal insan yang kita cari? Justeru itu, akidah
sebagai pembentuk nilai murni dan perisai daripada budaya negatif
agar akan lahir modal insan yang suci.
Rakan-rakan sekalian,
Natijahnya, bagi menjulang aspirasi dan inspirasi negara,
pembangunan modal insan menjadi keutamaan, berlandaskan
pegangan akidah yang teguh. Ayuh saudaraku, mantapkan akidah,
perkasakan minda, majukan ummah, lahirkan modal insan yang
cemerlang. Oleh itu, kemantapan akidah melahirkan modal insane
cemerlang.
Sekian.
wabillahitaufiq wal hidaya
wassalamualaikum wrt

Anda mungkin juga menyukai