Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan portfolio Bina Insan Guru (BIG) kali ini .
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah tutor saya iaitu Pn. Zaiton binti
Jaafar diatas segala nasihat dan bimbingan dari beliau. Dengan tunjuk ajar daripada
beliau, saya telah mendapat gambaran yang jelas untuk menghasilkan portfolio ini.
Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat dan ahli-ahli
kumpulan BIG yang memberi bantuan dan dorongan dalam menjayakan program ini
mahupun rakan-rakan sekelas yang membantu ketika proses penyiapan portfolio ini
berlangsung. Segala komitmen mereka amat dihargai.
Di samping itu, jutaan terima kasih juga kepada para guru yang telah
banyak berkongsi pendapat dan ilmu yang berguna kepada saya terutamanya pihak
pengurusan sekolah. Kerjasama dari semua pihak menjadikan program BIG siri
3/2014 ini dapat berjalan dengan lancar.
Terima kasih juga buat keluarga saya kerana pengorbanan masa saya untuk
menyertai program ini dan telah banyak memberi semangat dan dorongan yang amat
bermakna untuk saya terus berusaha.
Akhir sekali, tidak dilupakan juga pihak-pihak yang terlibat secara tidak
langsung bagi menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa kalian amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai