Anda di halaman 1dari 2

10 Tips Murah Rezeki

September 08, 2008 By: PakarHowTo Category: Tips


Disenaraikan 10 tips murah rezeki ini untuk diambil perhatian dan pengajaran. Semoga dapat
kita amalkan bersama.

1. Sentiasa bersyukur di atas apa yang diberikan Allah Taala


2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhoi Allah Taala
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun terpaksa bersusah payah
4. Bersedekah kepada anak yatim/fakir miskinkalau boleh, setiap hari. (Carilah anak-anak
yatim untuk diberikan bantuan). InsyaAllah, jangan risau, akan digantikan oleh Allah
Taala tanpa kita sedari.
5. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah Taala bukannya mengharapkan pujian
dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah
hendaklah dimulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran
tetangga dan orang2 yang lebih jauh). Jangan anggap pemberian itu hak kita, kerana
sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka
6. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi
secara terang-terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
7. Konsep sedekah : Berikan sesuatu yang kita sayangi!! Ini jelas dalam Quran ayat alImran ayat 92

8. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia
untuk dunia)
9. Amalan yang diberkati ialah hasil titik peluh sendiri dan juga melalui jual beli
(perniagaan). Menurut Nabi Muhammad SAW 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah
berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 (10%) sahaja. Nabi Muhammad
SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur,
cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul
diakhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardhu kifayah. Barang makanan orang
Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam itu sendiri. Kalau tidak ada yang
menjalankan aktiviti ini, seluruh ummat Islam adalah berdosa.
10. Hulurkan bantuan kepada janda-janda yang kehilangan suami.

Anda mungkin juga menyukai