Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MINGGU KE 3

Nama Guru Pelatih

Sim Zhi Jun

Jenis Persatuan / Sukan / Unit Beruniform

Bola Tampar (Lelaki)

Tarikh

15 Februari 2015

Masa

3.00 4.00 petang

Bil. Murid

24

Tempat

Bilik Darjah 4 Setia dan Gelanggang

Nama Guru Penasihat

Encik Ng

Aktiviti / aspek kemahiran yang dijalankan merangkumi kepimpinan, kepengurusan,


kejurulatihan dan kepegawaian:
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini dibahagikan kepada dua slot. Slot yang pertama adalah
mengenai sejarah permainan bola tampar yang merangkumi perkembangan permainan,
undang-undang dan peraturannya. Bagi slot yang kedua adalah melakukan penambahbaikan
kemahiran murid dalam menyambut bola tampar dari pelbagai jarak.

Aspek yang dibimbing oleh Guru Penasihat / Pensyarah Pembimbing / Guru


Pembimbing:
Guru pembimbing member cadangan supaya boleh membuat permainan kecil. Permainan kecil
ini boleh dijalankan sebelum tamat sesi kokurikulum. Tujuannya adalah untuk menghilangkan
kebosanan murid dalam menjalankan aktiviti yang sama dan member pendedahan ataupun
situasi sebenar bagi mereka untuk menyesuaikan diri dalam permainan bola tampar.

Refleksi:
Sepanjang sesi pengendalian sesi kokurikulum bagi permainan bola tampar pada hari ini
dijalankan tidak begitu lancar. Hal ini berlaku kerana tempat yang dipilih (gelanggang bola
keranjang) juga digunakan oleh pasukan olahraga. Ini menyebabkan terdapat banyak halangan
dan gangguan yang tidak dapat dielakkan berlaku dalam lokasi tersebut. Untuk menyelesaikan
masalah ini, saya boleh mengubah aktiviti itu dijadikan permainan kecil yang dapat melatih
ataupun menggunakan kemahiran yang terdapat dalam permainan bola tampar secara tidak
langsungnya.

_____________________________
Tandantangan Guru Pelatih

_____________________________
Tandatangan Guru Pembimbing /
Pensyarah Pembimbing

Anda mungkin juga menyukai