Anda di halaman 1dari 12

SJK (C) PEI HWA

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN TIGA


PENILAIAN 1
Nama : _________________ ( )
Kelas : 3 ( )

Markah : __________
Tarikh : ____ / ____ / ____
T / tangan Ibu bapa : ________

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C.


Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan
yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan
menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
Soalan 1 hingga Soalan 20
1. _____________, saya hendak bermain geluncur di sana, kata
Swee Bee.
A. Kucing
B. Abang
C. Air
2. Lim mengajak _____________ dan _____________ bermain bersamasama.
A. kakak,adik
B. arnab,tikus
C. polis,bomba

Mohd Zulhelmi Bin Bahari/Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 1

3. Swee Bee dan _____________nya pergi ke Pulau Pinang.


A. kereta
B. kumpulan
C. keluarga
4. Kucing Siew Chin itu bernama _____________.
A. Sang Gagak
B. Pak Belang
C. Si Comel
5. Mereka singgah berekreasi di _______________.
A. Bukit Merah Laketown Resort
B. hospital
C. balai polis
6. Pak Cik Goh sangat gembira menyambut ____________nya Siew
Chin, Kok Keong, dan Kok Leong.
A. anak saudara
B. anak ikan
C. anak sungai

7. _____________ mengajak sepupunya Siew Chin, Kok Keong, dan


Kok Leong berbual-bual di ruang tamu.
A. Sang Gagak
B. Boon Seng
C. Si Comel

Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 2

8. Saya dan abang berenang sahaja menggunakan _____________.


A. tayar
B. baldi
C. pelampung

9. Suresh gembira _____________ dapat berjumpa dengan bapa


saudaranya.
A. kerana
B. yang
C. atau

10.

____________ Swee Bee membantu Suresh?

A. Bolehkah
B. Berapakah
C. Apakah

11.

______________ tempat yang sesuai untuk meletakkan gambar

pemimpin dan tokoh negara kita?


A. Bilakah
B. Mengapakah
C. Di manakah

Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 3

12.

_____________ bilangan murid-murid yang bertugas?

A. Mengapakah
B. Berapakah
C. Bagaimanakah

13.

Apa khabar __________ dan keluarga di sana?

A. saudara
B. patik
C. kita

14.

__________ berharap saudara sekeluarga sihat sejahtera

hendaknya.
A. Beliau
B. Saya
C. Mereka

15.

__________ terdiri daripada pelbagai kaum.

A. Saya
B. Mereka
C. Kamu

Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 4

16.

__________ gembira kerana pasukan badminton sekolahnya

telah menang.
A. Beliau
B. Saudara
C. Saudari

17.

Cikgu Zuraini menggunakan LCD __________ menerangkan

maksud simpulan bahasa.


A. untuk
B. kerana
C.lalu
18.

Murid-murid geli hati __________ gambar yang terpapar itu

sungguh melucukan.
A. untuk
B. kerana
C.lalu

19.

Warga emas itu jatuh sakit _______________ dihantar ke hospital

dengan segera.
A. dan
B. lalu
C. kerana

Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 5

20.

______________ keadaan cuaca di tempat kamu? tanya

Suraya kepada Ramasamy.


A. Bagaimanakah
B. Bilakah
C. Apakah

Soalan 21 hingga Soalan 23


Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
21. A. Surat khabar itu kamu letak dimana? Tanya ayah.
B. surat khabar itu kamu letak di mana? Tanya ayah.
C. Surat khabar itu kamu letak di mana? tanya ayah.
22. A. dia tinggal di taman Bukit Indah.
B. Dia tinggal di Taman bukit Indah
C. Dia tinggal di Taman Bukit Indah.
23. A. Aduh, sakitnya perutku?
B. Aduh sakitnya, perutku!
C. Aduh, sakitnya perutku!
24. Pak Cik Goh mengajak mereka __________ di Pulau Pinang.
A. makan hati
B. makan angin
C. buah fikiran

Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 6

25. Abang __________ melihat adik-adiknya bermain.


A. senang hati
B. sakit hati
C. bulat hati

26. _____________ harga sekilo ikan ini? tanya emak kepada


peniaga itu.
A. Bagaimanakah
B. Mengapakah
C. Berapakah

27. Hobi Britney adalah_________ badminton.


A. pemain
B. bermain
C. memain

28. Encik Tarmizi mengajak Swee Bee _____________ Boon Seng pergi
bersiar-siar.
A. dan
B. tetapi
C. yang

Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 7

29. Amrita hendak makan limau __________ kacang?


A. tetapi
B. atau
C. yang
30. Suresh berjabat tangan __________ ayah Swee Bee.
A. dan
B. tetapi
C. dengan
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut.
Rakan-rakan Swee Bee berkunjung ke rumah Swee Bee.
Mereka gembira melihat album kenangan Swee Bee.
Mereka juga ingin melihat gambar yang disimpan di dalam
komputer Swee Bee. Swee Bee bangun lalu mengambil
komputer ribanya. Dia menunjukkan beberapa gambar
tersebut sambil menjelaskan tempat-tempat gambar itu
diambil.
Kawan-kawannya tertarik melihat gambar-gambar
itu. Sarah dan Amrita menanyakan cara untuk menyimpan
gambar di dalam komputer. Swee Bee menyatakan
bahawa gambar yang disimpan di dalam komputer perlu
diambil menggunakan kamera digital.
Mengapakah mesti menggunakan kamera digital?
tanya Amrita.
Kamera digital digunakan kerana gambar yang
diambil boleh dipindahkan terus ke dalam komputer.
Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 8

31. Mengapakah rakan-rakan Swee Bee berkunjung ke rumahnya?


A.Untuk melihat album kenangan Swee Bee.
B. Untuk bermain komputer.
C. Untuk menziarahi Swee Bee.

32. Swee Bee menunjukkan gambar kepada rakan-rakannya


menggunakan
____________________.
A. riba.

C. komputer riba.

B. komputer.
33. Kawan-kawan Swee Bee tertarik melihat ____________________ itu.
A. kamera digital.
B. gambar-gambar.
C. komputer riba.

34. Bagaimanakah caranya untuk menyimpan gambar di dalam


komputer?
A. menggunakan komputer.
B. menggunakan kamera digital.
C. menggunakan komputer riba.

Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 9

35. Mengapakah mesti menggunakan kamera digital?


A. Gambar yang diambil boleh dipindahkan terus ke dalam
komputer.
B. Gambar yang diambil boleh dicuci terus ke dalam komputer.
C. Gambar yang diambil boleh dicetak terus ke dalam komputer.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Berdasarkan petikan di bawah, jawab soalan-soalan yang berikut.
Menemui sahabatku Joseph yang berada di Taman Mesra, Kundasang,
Sabah dengan selamatnya.
Saudara,
Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya berharap
saudara sekeluarga sihat sejahtera hendaknya.
Saya menulis surat ini untuk menceritakan perihal sekolah saya,
iaitu SJK (C) Sungai Mas, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Sekolah saya mempunyai tiga buah bangunan empat tingkat.
Jumlah muridnya seramai 1,200 orang. Mereka terdiri daripada
pelbagai kaum. Mereka sungguh berdisiplin dan rajin belajar.
Di sekolah saya terdapat berbagai-bagai kemudahan, seperti
makmal sains, makmal komputer, bilik muzik, bilik pandang dengar dan
pusat sumber yang berhawa dingin. Pada waktu rehat, banyak murid
ke pusat sumber untuk membaca buku.
Selain itu, di sekolah saya juga ada sebuah auditorium dan
dewan badminton. Di dewan badminton itulah Cikgu Rashid melatih
saya dan rakan-rakan bermain badminton. Beliau gembira kerana
pasukan badminton sekolah kami kerap menang dalam pertandingan
di peringkat negeri dan kebangsaan.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan kali ini. Kalau ada
masa lapang, ceritalah kepada saya tentang sekolah saudara dalam
surat yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Andy
Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 10

36. Apakah tujuan Andy menulis surat kepada Joseph?


A. Untuk menceritakan perihal sekolahnya.
B. Untuk berbual-bual dengan Joseph.
C. Untuk mengisi masa lapang.

37. Terdapat __________ buah bangunan empat tingkat di sekolah


Andy.
A. dua
B. tiga
C. empat

38. Murid sekolah Andy berjumlah __________ orang yang terdiri


daripada pelbagai kaum.
A. 1,200
B. 1,300
C. 1,400
39. Di sekolah Andy terdapat makmal sains, __________, bilik muzik,
auditorium dan dewan badminton.
A. bilik komputer
B. bilik rehat
C. taman sains

Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 11

40. Pasukan badminton sekolah Andy selalu menang dalam


pertandingan di peringkat ____________________.
A. daerah dan negeri.
B. negeri dan kebangsaan.
C. daerah dan kebangsaan.

Mohd Zulhelmi Bin Bahari /Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 12

Anda mungkin juga menyukai