Anda di halaman 1dari 2

Tuhanku Satu.

Tuhan
Kejadianku daripada tanah..
Tanah adalah hina, dipijak-pijak orang, dilempari orang dengan najis-najis, kotoran dan
sampah sarap ke atasnya. Orang pijak dan orang buat berbagai perkara di atasnya.
Tanah sedar bahawa dirinya hina, maka ia dapat menerima kehinaannya itu dalam
bentuk apa sahaja. Lakukanlah ke atasnya dia boleh menerima tanpa bantahan. Tanah
boleh terima apapun yang dibuat kepadanya. Pijaklah tidak mengapa! Lemparlah apa
saja kepadanya,
Buatlah apa saja kepada aku, aku redha. Seolah-olah begitulah tanah berkata kalau dia
boleh bersuara.
Tanah kalau dicurahkan air kepadanya tetap diserapnya ke dalam badannya. Air adalah
simbol Rahmat dan Berkat, ia mudah menerimanya dan tidak menolaknya. Kalau air itu
berlebih dari yang terserap, air itu sangat berguna kepada benda lainnya. Boleh
diminum oleh makhluk Tuhan, boleh pula membersihkan najis dan kekotoran di
belakangnya.
Karena redha, tanah itu subur pula oleh air dan sampah sarap yang dilempar ke
atasnya. Karena suburnya orang bertani di atasnya, ramai makhluk yang mendapat
manfaatnya.
Di atasnya juga orang memelihara ternakan menjadi hasil pula kepada negara. Orang
bangunkan kemajuan, orang bangunkan tempat tinggal dia terima saja.
Tanah (bumi) karena tawadhuknya ramai makhluk dan manusia mendapat manfaatnya.
Sungguh banyak budinya kepada manusia dan makhluk Tuhan.
Tuhan
Begitulah kejadian tanah, begitulah tabiat tanah sentiasa merendah diri setiap masa.
Buat apa saja ke atasnya boleh dia terima. Hasil dari itu banyak khidmatnya kepada
makhluk dan manusia
Tuhan
Aku adalah dijadikan daripada tanah, aku hina. Karena kejadianku dari tanah hina,
Engkau kekalkanlah tabiat dan sifatku seperti tanah.
Jadikanlah aku orang tawadhuk seperti tanah. Kalau orang hendak mengata dan

menghina aku, jadikanlah aku boleh menerimanya. Aku redha dengan kata-kata
penghinaan itu karena aku memanglah hina, sesuai dengan kejadianku.
Tuhan
Engkau jadikanlah aku boleh berkhidmat kepada manusia dengan berbagai cara. Sesuai
dengan tanah kejadianku, yang banyak berkhidmat kepada manusia makhluk-Mu
Jadikanlah aku boleh berkhidmat dengan manusia. Dengan ilmuku, dengan fikiranku,
dengan tenagaku, dengan hartaku, dengan kemaafanku, dengan kasih sayangku,
dengan senyumanku, dengan kemesraanku, dengan kesabaranku. .
Tuhan
Engkau kekalkanlah tabiat dan sifat tanah itu pada diriku hingga tiba kematianku. Yang
mana aku dari tanah dijadikan, bertabiat tanah kekalkan, kepada tanah aku akan
dikembalikan dan terimalah aku bersama redha-Mu

Anda mungkin juga menyukai