Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN

PELAKSANAAN PROJEK
PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6
Anjuran Guru Pelatih Intership bersama Guru-Guru Tahun
6
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pasir Puteh, Keningau

Tarikh : 06 Ogos 2014


Hari : Rabu

Kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Laporan Pelaksanaan Projek
3.0 Perbelanjaan
4.0 Penyertaan
5.0 Rumusan
Lampiran 1 :

Gambar-gambar Sepanjang Program

1.0

Pengenalan
Program Motivasi Tahun 6 ini merupakan pogram yang dirangka untuk
murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR agar dapat membantu
mereka membuat persediaan menjelang UPSR yang bakal tiba. Program ini
dianjurkan oleh guru pelatih internship bersama dengan guru-guru Tahun 6 dan
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pasir Puteh, Keningau.
Program ini diharapkan agar dapat dapat mewujudkan

semangat

menghadapi peperiksaan dalam kalangan murid tahun 6 dan memberi


kesedaran kepada murid untuk terus berusaha membuat persediaan untuk
menghadapi UPSR. Objektif program ini dibuat adalah : Meningkatkan semangat murid menghadapi peperiksaan
Menyedarkan kelemahan dan kelalaian murid menjawab soalan
peperiksaan
Memberikan tips untuk persediaan menghadapi UPSR
2.0

Laporan Pelaksanaan Projek


Proram ini berlangsung pada 06 Ogos 2014 bersamaan dengan hari
Rabu. Program dijalankan di Kelas Tahun 6 bermula pada jam 7.00 pagi.
Program telah berjalan mengikut tentatif berikut :Masa
7.00 pagi
7.30 pagi
8.00 pagi
10.00 pagi
10.30 pagi
11.30 pagi

Perkara
Ketibaan peserta program dan susun atur tempat
Taklimat ringkas daripada penyelaras program
Ceramah 1
Persediaan Mengadapi UPSR
Oleh En Bujang bin Hj. Sabli
Rehat/ Minum Pagi
Penghayatan
Majlis Perasmian dan Penangguhan Program
3

12.00 t/hari

Bacaan Doa
Ucapan Tuan Guru Besar
Penyampaian Cenderahati
Sesi fotografi
Majlis dijangka selesai.

Semasa program berlangsung, bekalan elektrik telah terputus. Namun,


program masih dapat diteruskan oleh Tuan Penceramah tanpa gangguan.
Disiplin murid terkawal dan murid dapat melibatkan diri secara aktif sepanjang
program.
3.0

Perbelanjaan
Bagi melaksanakan projek ini, pihak Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh
telah menanggusng semua kos perbelanjaan program ini. Perbelanjaan yang
digunakan untuk program ini adalah seperti berikut :Perkara
Harga/Unit
Makan dan minum peserta RM 3.00

Jumlah
RM 300.00

program (100 orang murid)

4.0

Penyertaan
Seramai 100 orang murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR menjadi
sasaran kepada program ini. 96 orang murid hadir dan mengikuti program ini
sehingga akhir manakala 4 orang murid tidak hadir ke sekolah. (Rujuk senarai
kehadiran murid)

5.0

Rumusan
Penganjuran program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Projek ini amat baik dan wajar diteruskan lagi di masa-masa hadapan. Ianya
bukan sahaja dapat memberikan motivasi kepada murid malah ia juga
memberikan kesedaran kepada murid untuk terus berjaya.
Diharapkan dengan wujudnya
pemangkin

kepada

semangat

dan

program seperti ini, Ia dapat menjadi


kecemerlangan

murid

seterusnya

kecemerlangan sekolah ini. Di samping itu, diharapkan agar program yang


dilaksanakan ini dapat membantu pihak sekolah dan memberikan impak yang jitu
4

teradap semangat dan motivasi pelajar untuk mendapatkan keputusan yang


cemerlang

Laporan disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(NORASHIKIN MOHD JOHAN)


Setiausaha II,
Program Motivasi Tahun 6
SK Pasir Puteh, Keningau.

(WAHANIN BIN ISMAIL)


Guru Besar
SK Pasir Puteh, Keningau.

Gambar-Gambar sepanjang program berlangsung


5

Gambar 1 Ketibaan En Bujang Hj Sabli, Pensyarah IPG Kampus Keningau selaku Penceramah Motivasi

Gambar 2 Tuan Guru Besar memantau program yang


berlangsung

Gambar 3 Sesi motivasi bermula

Gambar 4 Murid yang terpilih untuk menyatakan impian kecemerlangan

Gambar 5 Sesi penghayatan

Gambar 6 Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada Tuan Penceramah

Gambar 7 Gambar kenangan pelajar tahun 6 bersama Guru Besar dan En. Bujang

Anda mungkin juga menyukai