Anda di halaman 1dari 18

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan
Laporan Bina Insan Guru(BIG) ini dengan jayanya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah di IPG Kampus
P.Pinang yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya
dan rakan-rakan bagi melaksanakan program ini.
Terima kasih juga kepada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda
kerana memberi sokongan dan kebenaran untuk saya dan rakan menjayakan projek ini . Tak
dilupakan juga kepada semua guru dan murid-murid yang terlibat untuk menjayakan Program
BIG Fasa 4 ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami laksanakan
program ini dengan sempurna.
Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus-lumus memastikan segala perancangan yang telah dibuat berjalan lancar dan juga
bertukar-tukar idea dalam membantu menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada
diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang
berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran
malah kepada masyarakat setempat khususnya.

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,
berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG
yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai
kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari
melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang
dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji
serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
YAB Dato Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan
Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidikan kepada
pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan
pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif
serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang
secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini
mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan
sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara
menyeluruh dari semua aspek. Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang
berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk
berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.
Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada pembinaan
guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan
mental, serta bermanafaat kepada keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai
keguruan.
Melalui program Bina Insan Guru (BIG) ini, peserta-peserta dapat mencapai matlamat berikut:
1

menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran
agama.

meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat bersama


serta bertanggungjawab kepada pasukan.

meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.

meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta


perpaduan masyarakat.

meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.

meningkat pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui


amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

Pada BIG kali ini ianya merupakan BIG fasa 4 bagi PPG Ambilan Jun 2011 Semester 7 yang
mana fasa 1,2 dan 3 telah dilaksanakan pada semester 3,4 dan 5. Kami telah diberikan tugasan
untuk melaksanakan satu projek di kawasan sekolah sendiri. Saya dan rakan-rakan telah memilih
untuk mengadakan projek meja kantin berinfo di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Projek
ini melibatkan murid Tahun 5 dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda,Kedah.

PROSES SEBELUM
Sebelum projek ini dijalankan saya dan rakan-rakan telah mengadakan perbincangan bagi
menentukan perjalanan dan perancangan aktiviti. Kami telah mengadakan satu perbincangan
dan mesyuarat bersama bagi memastikan program BIG Fasa 4 ini berjalan lancar. Hasil
perbincangan ini satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menentukan murid yang akan terlibat,
tempat perlaksanaan ,peralatan dan anggaran kos bagi melaksanakan projek ini. Kami telah
memilih untuk melibatkan murid Tahun 5 SK Kota Kuala Muda kerana mereka akan menduduki
peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.
Sebelum projek dimulakan, murid-murid telah dimaklumkan tentang penglibatan mereka dalam
projek ini. Murid-murid diberi taklimat semasa perhimpunan pagi hari biasa persekolahan.
Murid-murid Tahun 5 yang telibat membantu guru menyediakan bahan bacaan untuk
dilaminating dan menyediakan alas meja kantin yang baru. Bagi kerja-kerja membaikpulih meja
kantin dan membuang alas meja yang lama dilakukan oleh saya dan rakan-rakan guru sendiri.

PROSES SEMASA
Setelah selesai alas meja lama dibuang, meja-meja kantin ini dibaikpulih kerana terdapat pakupaku yang lama masih berada di bawah meja. Meja ini dibersihkan dan paku yang lama dibuang
untuk mengelak daripada plastik alas meja yang baru akan terkoyak. Alas meja kantin yang lama
juga dibubuh secara menyambungkan setiap meja menjadi sebaris yang panjang. Keadaan ini
menyebabkan alas meja yang lama menjadi mudah rosak kerana apabila terdapat program
sekolah yang diadakan dikantin terpaksa mengubah meja-meja ini. Dengan kesempatan ini, saya
dan rakan-rakan membuat keputusan untuk membalut meja-meja ini secara satu satu.

Terdapat juga guru-guru lain turut membantu menjayakan projek ini. Mereka banyak membantu
menyediakan bahan-bahan bacaan yang ada pada simpanan mereka yang agak menarik untuk
diletakkan di atas meja kantin sekolah. Bagi kerja laminating bahan bacaan, murid-murid
perempuan diminta membantu guru kerana mereka lebih berhati-hati daripada murid-murid
lelaki. Murid lelaki membantu guru membalut meja, mengangkat meja dan sebagainya.

Peringkat terakhir bagi menyiapkan meja kantin berinfo ini ialah meletakkan bahan-bahan
bacaan di atas meja dan membalut meja ini dengan plastik alas meja. Sebuah meja kantin
memerlukan 12 keping bahan bacaan bersaiz A4 bagi memenuhi meja jenis ini. Bagi sesebuah
meja, satu subjek bahan bacaan sahaja atau formula Matematik sahaja diletakkan.

PROSES SELEPAS
Program BIG kali ini hampir siap sepenuhnya.

Meja kantin berinfo ini juga disaksikan semua


pentadbir sekolah termasuk Guru Besar dan

Penolong

Kanan

Kurikulum

Sekolah

Kebangsaan Kota Kuala Muda. Pentadbir turut


menyokong dengan memberi semangat kepada
saya dan rakan-rakan bagi menyiapkan projek
ini.

ANALISIS SWOT

KEKUATAN (S)

KELEMAHAN (W)

1. Kerjasama yang sangat menggalakkan dari pihak sekolah, 1.


guru-guru serta murid-murid SK Kota Kuala Muda, Kedah.

Masa yang suntuk untuk menyiapka

melaksanakan program BIG.

2. Alatan yang digunakan ringan dan mudah disimpan setelah 2. Program sekolah yang banyak menyeba
selesai kerja.

tarikh atau masa yang sesuai.

3. Keadaan kantin yang terbuka memberi keselesaan kepada guru 3. Murid yang ramai menyebabkan bising ke
dan murid menjalankan projek
4. Taukeh kantin selalu memberi minuman free kepada guru-guru
yang menjalankan kerja projek.
PELUANG (O)

ANCAMAN (T)

1. Sokongan daripada guru besar, pentadbir sekolah dan semua 1. Murid-murid bising ketika menjalankan ke
AJK yang terlibat.

2. Sikap murid yang kurang serius dan suka


2. Ibu bapa turut memberikan kebenaran kepada murid setiap kali sibuk membalut meja.
anak mereka terlibat dengan aktiviti sekolah.

LAPORAN REFLEKTIF
Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, saya bersama
rakan-rakan PPG Ambilan Jun 2011 telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG)
Fasa 4 dalam tempoh 3 bulan bermula pada Julai dan berakhir pada hujung September bertempat
di Kantin Sekolah Kebangsaan Kuala Muda, Kedah. Projek yang dilaksanakan merupakan
menghias meja kantin berinfo.
Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan pembelajaran
pada semester 7 di samping memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

Sepanjang projek ini dijalankan, saya telah banyak mendapat pengalaman dan
pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan projek ini. Pengalaman dan
pengetahuan yang telah saya dapati adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal
lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami
memilih kantin sekolah kerana kami berpendapat bahawa ianya tidak melibatkan kos yang tinggi
di samping murid-murid sedikit sebanyak dapat menimba ilmu ketika rehat di kantin sekolah.
Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan
bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru dan murid.
Murid

dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang tugas yang sesuai untuk

mereka.
Pada keseluruhan projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap murid telah berjaya
menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Tidak dinafikan
setiap program yang dijalankan terdapat rintangan yang terpaksa dihadapi tetapi saya bersyukur
kerana kami dapat hadapi semuanya dengan baik tanpa sebarang masalah. Sepanjang projek ini
dijalankan, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang saya dapat
kenalpasti sepanjang program BIG ini.

Kekuatan:
Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program BIG ini
kerana diadakan di dalam kawasan sekolah. Kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan
dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam jadual pelaksanaan kerja projek BIG
ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti juga lebih selesa iaitu di Kantin Sekolah SK Kota Kuala
Muda berdekatan dengan tapak perhimpunan sekolah.
Kemudahan peralatan untuk menjalankan projek ini mudah didapati dan menggunakan
kos yang rendah. Peralatan seperti Stapler besar, tikar getah alas meja dan plastik meja mudah
disimpan dan berpatutan.

Di samping itu projek ini mendapat sokongan penuh dari pihak pentadbiran sekolah.
Pihak ibu bapa juga membenarkan anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti di sekolah
walaupun dijalankan pada waktu balik sekolah. Murid-murid juga menunjukkan sikap yang baik
serta memberi komitmen sepenuhnya semasa program ini dijalankan.
Kelemahan:
Sepanjang projek ini berjalan disiplin murid agak terkawal. Terdapat juga dua orang
murid bergaduh semasa menjalankan projek ini. Selain itu, murid juga lebih suka bersembang
dan membuat bising ketika menjalankan projek ini.
Program ini dijalankan ketika murid-murid Tahun 6 sedang membuat pecutan akhir untuk
menghadapi peperiksaan. Ramai guru terlibat dengan kelas tambahan sekolah dan segelintir guru
berkursus. Warga sekolah juga sibuk menyiapkan fail panitia dan sebagainya kerana lawatan
daripada pihak nazir dan JPN Kedah. Ujian Lisan Linus Numerasi dan Literasi juga berlansung
pada awal September dimana saya sendiri juga terlibat.
Peluang:
Kerjasama dan sokongan pihak sekolah kepada aktiviti ini menjadikan ianya satu peluang untuk
menjayakan projek ini. Kesanggupan pihak sekolah mengeluarkan sedikit bajet untuk
menanggung kos perbelanjaan menambahkan peluang untuk saya dan rakan-rakan menjalankan
aktiviti ini dengan baik dan lancar.
Selain itu sokongan dari pihak ibubapa dan waris yang memberikan kebenaran kepada
anak-anak mereka untuk menyertai projek ini turut menjadi faktor kepada kejayaan aktiviti ini.
Ancaman:
Semasa projek ini dijalankan, saya mendapati beberapa ancaman yang mungkin mencacatkan
perjalanan projek ini. Murid-murid bising ketika menjalankan projek ini. Terdapat murid yang
lebih suka tengok saja rakan-rakan lain membantu guru. Kebanyakkan mereka di kalangan murid
lelaki.

Cadangan penambahbaikan:

Pada masa akan datang diharap program seperti ini dapat diperuntukkan masa yang lebih

panjang supaya projek dapat dilaksanakan dengan lebih baik.


Melibatkan guru-guru yang lebih ramai bagi memudahkan perjalanan projek
Penglibatan menyeluruh dari pihak ibubapa dan PIBG.
Melantik ketua kumpulan bagi setiap bidang tugas murid yang telah diagihkan supaya
mereka lebih bertanggungjawab.

PENILAIAN KENDIRI
Perlaksanaaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion
pergurunan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role
model kepada masyarakat. Justeru itu guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.
Melalui aktiviti yang telah dirancang, saya dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai
insan guru. Melalui projek BIG pada kali ini saya telah beroleh beberapa manfaat untuk
digunakan sepanjang mengharungi profesion sebagai seorang guru.

Antaranya ialah semangat bekerja berpasukan. Sebelum menjalankan projek ini, saya dan
rakan-rakan telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat. Masing-masing telah diagihkan
tugas sepanjang melaksanakan projek ini. Saya mendapati semangat kerja berpasukan yang
ditunjukkan menjadi tonggak utama kepada kejayaan perlaksanaan projek ini.
Selain itu saya dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid melalui projek
ini terutamanya ketika membalut meja dengan plastik. Murid perlu berhati-hati kerana takut
plastik akan koyak. Nilai-nilai seperti menjaga kebersihan, sabar, tolong menolong, dan
bekerjasama diterapkan semasa projek ini. Secara tidak langsung murid akan dapat
mengamalkan nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian mereka.
Di samping itu saya juga belajar untuk mengurus masa dengan baik. Ini kerana perjalanan
projek menepati dengan apa yang telah dirancangkan. Aktiviti ini menuntut ketahanan mental
dan fizikal saya. Ini jelas dapat dilihat bermula dari perancangan projek sehinggglah selesai
semua dengan baik.
Projek ini juga memberikan kesedaran kepada saya bahawa proses pembelajaran masih
berlaku walaupun dijalankan di luar kelas. Secara tak langsung murid-murid dapat menimba
ilmu walaupun berada di kantin dan ketika makan. Murid-murid juga akan lebih bermotivasi dan
bersemangat untuk melangkah ke tahun 6 pada tahun depan.

Demografi Peserta
Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa 4 ini memerlukan peserta memilih satu projek
yang perlu diadakan dikawasan sekolah dan dikendalikan sepenuhnya oleh peserta PPG.
Sehubungan itu, saya bersama-sama rakan-rakan PPG yang lain telah merancang untuk
menjalankan projek meja kantin berinfo.
Projek ini melibatkan murid-murid dari Tahun 5. Seramai 45 orang murid yang terlibat
dalam melaksanakan projek menghias meja kantin ini. Mereka terdiri daripada 22 orang murid
lelaki dan 23 orang murid perempuan.

Semua peserta program ini juga merupakan murid berketurunan Melayu seramai 45
orang. Oleh itu, tidak timbul masalah komunikasi antara satu sama lain. Guru mudah berinteraksi
dengan murid-murid sewaktu projek berjalan. Semua guru yang terlibat juga berbangsa Melayu.
Tahap kecerdasan murid yang terlibat bagi projek ini adalah pelbagai, kerana terdapat
murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Namun begitu murid-murid ini telah biasa bekerjasama
antara satu sama lain kerana mereka merupakan sekelas. Semangat kerja berpasukan juga turut
diaplikasikan sewaktu projek dijalankan.
Latar belakang murid adalah hampir sama. Kebanyakan ibu bapa bekerja dalam bidang
pertanian, perindustrian, nelayan dan bekerja sendiri. Murid telah dilatih dengan adab sopan di
rumah. Oleh yang demikian, murid dapat menyempurnakan program ini tanpa sebarang masalah.
Kesimpulannya, peserta yang terlibat dalam projek ini datang dari latar belakang keluarga
yang hampir sama maka adat dan cara hidup juga hampir sama.

SENARAI NAMA MURID TERLIBAT


BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

NAMA
AHMAD ZUHAIRI B ZAMRI
BISHRUL AFWI B BASHARUDDIN
MUHAMAD EMRAN GHAZALY B MOHAMAD TAUBI
MUHAMMAD ALIFF DANIAL B BASIR
MUHAMMAD ANAS B MD ARIFF
MUHAMMAD ARIF B IBRAHIM
MUHAMMAD FAIZ B ABD. LATIFF
MUHAMMAD HAIKAL DANIEL B AHMAD SUKRI
MUHAMMAD HIJAZI B MUHAMAD JEFRI
MUHAMMAD IRFAN B ISMADI

JANTINA
L
L
L
L
L
L
L
L
L
L

KELAS
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T

11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
37
38
39
40
41
42
43
44
45

MUHAMMAD SYAFIQ B AZENAN


MUHAMMAD SYAFIQ B SALMAN
MUHAMMAD ZUL QARREM B NORIZAN
AIN SHAHADAH BT DZULKIFLY
ANIS SOFEA BT SHAHABUDIN
DURAISYAH NUR BT ABDUL KHODIR
INTAN RABIATUL ADIBA BT MUHD ROSLI
MAISARAH BT AB. MOKHTI
NOOR ABIDAH BT ABDUL MAJID
NUR AIN SYAHIRAH BT ABD. MANAN
NUR ALIYA SAFIYA BT ZAKARIA
NUR FATIHAH BT ZAIDI
NURHAFIFA ELYANA BT MOHD HISAMUDDIN
NUR JANNAH BT MD DAUD
NUR LIYANA ASYIQIN BT KAMAL
NUR NABIHAH BT REDZUAN
NURSYAFINAZ BT MOHD DAUD
NUR SYAFIQAH BT MUHAMAD SHUKRI
NURUL TASHA ALIAH BT MOHD ROSLI
SITI NUR ALISA BT ZULKIPLI
SITI NUR MAISARAH BT FAISAL
UMMI SABIRIN BT AZAHAR
NUR SHARIFAH SYAHIRAH BT SHAIFUL ZAHARI
AIMAN B AMIR
MUHAMMAD IKMAL B ISMAWADI
MUHAMMAD AKMAL RIZAL B MOHD PUAD
MUHAMMAD ALIF B YASIR
MUHAMMAD AMIRUDIN NAIM B JUMADI
MUHAMMAD AMMAR B MOHD NOOR
MUHAMMAD AMMAR DANIAL B MOHD AMIN
MUHAMMAD ARIFF B MOHD FAUZI
MUHAMMAD ERMAN B ROSLAN
MUHAMMAD HAIKAL B ROSLIN
MUHAMMAD HAIZAL IZHAM B MD AZHAR
NOOR AZREEN BT MOHD IDHAM
NOOR INTAN SOLAHAH BT FADZELI

L
L
L
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
L
L
L
L
L
L
L
L
L
L
L
P
P

5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5T
5B
5B
5B
5B
5B
5B
5T
5B
5B
5B
5B
5B
5B

KEADAAN KANTIN SEBELUM PROJEK

ALATAN YANG DIGUNAKAN

PK 1 MEMANTAU PERJALANAN PROJEK

Anda mungkin juga menyukai