Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Literasi bahasa bermaksud proses untuk melihat kemampuan minimum murid


membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Mahzan Arshad (2008) mentakrifkan
kemahiran literasi sebagai keupayaan seseorang itu membaca dan menulis. Perkataan
literasi diambil daripada perkataan inggeris literacy yang bermaksud kenal huruf.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO)
mendefinisikanseseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang
dapat membaca dan menulis suatu penyataan yang pendek dan mudah dalam
kehidupan seharian.
Konsep literasi bahasa akan menjadi lebih meluas daripada istilah kenal huruf
yang kita ketahui selama ini apabila perbincangan menyentuh tentang aspek
pemahaman bacaan dan penulisan yang berkesan serta menggunakan daya pemikiran
sepenuhnya dalam pembacaan.
Kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh
seseorang individu. Kita mungkin tidak dapat bersama-sama dengan orang lain
sepanjang masa, oleh itu melalui bacaan kita dapat memahami mesej yang
disampaikan oleh orang lain melalui tulisan. Pengertian bacaan adalah luas iaitu tidak
hanya terhad kepada maksud membunyikan tulisan atau barking at words sematamata. Membaca secara senyap dengan memberi penekanan kepada memahami apa
yang dibaca adalah sangat penting.
Bagi seseorang pelajar, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya,
sumber kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaan
menikmati hasil penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiran
membaca kepada kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya mereka
dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca secara
nyaring atau membaca secara senyap. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran pula,
mereka memerlukan kaedah dan teknik mengajar yang lebih khusus sesuai keupayaan
dan kebolehan mereka.

Anda mungkin juga menyukai