Anda di halaman 1dari 2

KENAKAN HUKUMAN BERAT KESALAHAN JUALAN LANGSUNG & GORES DAN MENANG

Written by Administrator
Monday, 05 April 2010 13:26

Cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan


mengenakan denda yang berat bagi kesalahan jualan langsung dan gores dan menang amat
dialu-alukan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato'
Sri Ismail Sabri Yaakob, cadangan itu akan dimasukkan dalam pindaan Akta Jualan langsung
1993 dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
Dalam pindaan tersebut, pihak yang disabitkan kesalahan melakukan aktiviti jualan langsung
secara haram, akan dikenakan hukuman denda sehingga RM5 juta.

Selain itu, pihak yang terlibat dengan kegiatan gores dan menang pula boleh dikenakan denda
sehingga RM1 juta apabila disabitkan kesalahan.
Kedua-dua kegiatan ini memang berleluasa dan didapati menipu pengguna sehingga
melibatkan kerugian yang berjumlah beribu-ribu ringgit.
Banyak perniagaan yang bertopengkan perniagaan jualan langsung atau perniagaan pelbagai
tingkat (MLM) untuk mengelirukan pengguna agar masuk ke dalam perangkap penipuan
mereka.
Syarikat MLM lebih berminat untuk mendapatkan ahli melalui penajaan bukannya untuk
menjual produk. Ahli baru yang diminta menghadiri sesi penerangan lebih banyak diterangkan
tentang kaedah mendapatkan penajaan, berbanding dengan pengetahuan mengenai produk
yang dijual oleh syarikat tersebut. Ahli baru dikehendaki membeli sejumlah tertentu produk bagi
membolehkan mereka mendapatkan mata yang melayakkan untuk mendapatkan bonus
bulanan.
Begitu juga mereka akan menikmati mata sekiranya dapat menarik lebih ramai menjadi ahli
baru. Jelas bahawa peniagaan ini menjadi ahli sebagai pembeli produk mereka secara tetap
tanpa perlu memikirkan untuk mencari pembeli akhir untuk membeli produk tersebut.
Begitu juga dengan kegiatan gores dan menang yang telah diharamkan oleh kerajaan pada
akhir tahun 2007. Namun sehingga kini kegiatan tersebut masih berleluasa.
Tindakan mengenakan denda yang lebih berat ini diharap dapat membendung gejala
perniagaan yang tidak sihat ini. Dalam pada itu penguatkuasaan juga perlu diterus agar
kegiatan pihak-pihak ini dalam dikekang.
Pengguna perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka tidak sewajarnya
terlibat dalam kedua-dua kegiatan ini dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya
dihubungi atau didekati oleh pihak-pihak yang menjalankan kegiatan ini. Mereka boleh
menghubungi hotline 1-300-888-25 atau Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di 03-7877
9000.

1/2

KENAKAN HUKUMAN BERAT KESALAHAN JUALAN LANGSUNG & GORES DAN MENANG
Written by Administrator
Monday, 05 April 2010 13:26

Mohd Yusof Abdul Rahman


5 April 2010

2/2

Anda mungkin juga menyukai