Anda di halaman 1dari 1

KAKI TRAINING CONSULTANCY (002271151-A)

NO. 11-3, JALAN 18/34, TAMAN SERI SERDANG,


43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR
OFFICE: 603 89830851 FB : KAKI TRAINING CONSULTANCY EMAIL :
kakitraining@gmail.com

Encik Muhammad Afiq Bin Amin


No. 18, Jalan Melor 2
Taman Sri Ramal
43000 Kajang
Perak.

01 NOVEMBER 2014.

Encik,
Surat Tawaran Jawatan Pengurus Projek (Pelaburan).
Merujuk pekara di atas, dengan sukacita Kaki Training Consultancy ingin menawarkan jawatan sebagai Pengurus
Projek (Pelaburan) kepada anda. Kami percaya bahawa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman anda akan
menjadi antara aset kami yang paling berharga dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan.
Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:
1. Tempoh bekerja
Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama TIGA BULAN (3).
2. Gaji dan Elaun
Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM2000.00 sebulan untuk tempoh percubaan dan RM3000.00 selepas
tempoh percubaan. Anda juga akan diberikan elaun kenderaan sebanyak RM150.00 sebulan. Sebarang kenaikan
atau perubahan gaji, jika perlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan syarikat.
3. Potongan KWSP dan SOCSO
Potongan KWSP dan Socso akan dilakukan selepas tamat tempoh percubaan.
4. Cuti tahunan
Anda diberi cuti tahunan sebanyak 15 hari setahun yang diberi secara pukul rata (pro-rated). Permohonan cuti
hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.
5. Hari dan waktu bekerja
Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat. Sebarang
perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan dimaklumkan kepada anda.
6. Tugas dan tanggungjawab
Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan. Sebarang
perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Kami yakin anda akan mampu
menggalas tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu
alukan untuk merujuk kepada pihak pengurusan.
7. Penamatan kerja
Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan melalui pemberian notis
3 bulan lebih awal.
Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi organisasi ini.
Yang benar,