Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA
TEMA

KEBUDAYAAN KITA

TAHUN

4 MAJU

TAJUK

Makanan Masyarakat Melayu

MASA

9.30 10.30 pagi

STANDARD
PEMBELAJARAN

3.3.3

Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan


soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


OBJEKTIF

i.

Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan


yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

1. Murid membaca petikan teks secara mentalis.


2. Murid membina dan menulis jawapan pemahaman menggunakan
ayat yang gramatis.
AKTIVITI

Pemulihan
Murid melengkapkan jawapan pemahaman teks yang sama tetapi
soalan yang berbeza dan lebih mudah.
Pengayaan
Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan lain.
Ilmu : Kajian Tempatan

PENGISIAN
KURIKULUM

Nilai : Bekerjasama, Bersyukur


EMK : Keusahawanan
KB

: Menjana Idea, Mengecam

BCB : Mencatat maklumat


BAHAN BANTU
BELAJAR
PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
/ PENTAKSIRAN
REFLEKSI

Ketupat, daun kelapa muda, lembaran kerja


Murid membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan
bertumpu dan bercapah.
Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan
bertumpu dan bercapah.

Baca petikan di bawah

Ketupat adalah antara makanan istimewa bagi masyarakat


Melayu. Oleh itu, ketupat dihidangkan pada situasi tertentu
sahaja. Biasanya, makanan ini menjadi salah satu hidangan
utama ketika sambutan hari raya.
Untuk membuat kelongsong ketupat, daun kelapa yang
muda ini diperlukan bagi memudahkan proses anyaman. Mulamula, daun kelapa ini perlu dipisahkan daripada lidinya. Selepas
itu, daun ini dianyam untuk dibuat kelongsong. Terdapat
beberapa jenis ketupat, iaitu ketupat jantung, ketupat bawang
dan ketupat kerbau.
Kemudian, kelongsong ketupat diisi dengan beras yang telah
dibasuh dan dituskan. Beras diisi kira-kira separuh kelongsong
dan direbus. Ketupat ini perlu direbus selama lebih kurang empat
jam. Semasa direbus, airnya akan semakin kurang. Oleh itu, air
hendaklah ditambah dari semasa ke semasa.
Ketupat yang telah masak dikeluarkan dari periuk dan
dituskan. Langkah ini penting bagi mengelakkan ketupat
daripada mudah menjadi basi. Ketupat perlu dipotong sebelum
dihidangkan. Ketupat amat enak jika dimakan dengan rendang,
kuah kacang atau serunding.

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4


NAMA :
.

KELAS

TARIKH

: .

Arahan : Jawab soalan pemahaman di bawah


1.

Nyatakan jenis-jenis ketupat?

..

.
2.
Apakah bahan yang digunakan untuk membuat kelongsong
ketupat?

..

.
3.

Mengapakah ketupat yang telah masak perlu dituskan


terlebih dahulu sebelum dimakan?

..

.
4.
Selain ketupat, senaraikan tiga makanan tradisional bagi
kaum Melayu.

..

5.

Pada pendapat kamu, mengapakah ketupat dihidangkan


pada situasi tertentu sahaja?

..

Anda mungkin juga menyukai