Anda di halaman 1dari 25

TOPIK 2

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

ASAS
GUNAAN
TINDAKAN

PENILAIAN

Penyelidikan Asas

Penyelidikan asa merupakan penyelidikan


yang menekankan tentang penemuan
pengetahuan semata-mata untuk
pengetahuan.
Penyelidikan ini lebih menumpukan kajian
teori-teori yang wujud di dalam bidang
pendidikan dengan lebih
mendalam,contohnya,teori ketegangan
saraf oleh ahli psikologi.
Ia kurang berorientasikan cara-cara ke arah
penyelesaian masalah praktis.

Semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan


manusia.
Penyelidikan yang mempunyai tujuan intelek untuk
memperkembangkan ilmu pengetahuan.
Penyelidikan ini berdasarkan keinginan untuk
mengetahui sesuatu.
Penyelidikan tentang alam sekelilingnya tanpa tujuan
khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Meliputi penyelidikan tentang muka bumi,dasar
lautan,angkasa lepas dan cakerawala.
Bersifat statik sekiranya teori yang ditemui tidak dapat
diuji oleh ahli penyelidik penyelidikan gunaan.
Jika diuji dan tidak tepat/bennar,para penyelidik
penyelidikan asas akan melakukan semula penyelidikan
asas untuk memperbaiki model atau teori mereka.

Penyelidikan Gunaan

Penyelidikan Gunaan ialah kajian asli


yang dijalankan untuk memperoleh
pengetahuan baru berdasarkan kepada
teori asas bagi mencapai sesuatu tujuan
praktis atau objektif yang spesifik.
Ia bertujuan untuk menyelesaikan
masalah praktis yang dihadapi ataupun
menguji sesuatu teori untuk menilai
kegunaannya dalam arena pendidikan.

Juga bertujuan untuk menemui sesuatu


yang terbaik untuk dijalankan.
Dpat memberikan data samada
menyokong sesuatu
teori,mengubahsuaikan sesuatu teori
ataupun perkembangan sesuatu teori.

Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan merupakan satu


bentuk inkuiri refleksi kendiri yang
dilakukan secara kolektif.
Ia dilakukan oleh peserta yang berada
dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan
meningkatkan kerasionalan dan keadilan
amalan-amalan kemasyarakatan dan
pendidikan mereka sendiri.
Juga meningkatkan kefahaman mereka
tentang amalan-amalan serta situasi di
mana amalan itu dilakukan.

Dalam bidang pendidikan,penyelidikan


tindakan melibatkan penyelidikpenyelidik seperti pensyarah,guruguru,pengetua atau penuntut untuk
memperbaiki:

Amalan sosial dan pendidikan kendiri


Kefahaman terhadap amalan kendiri
Situasi di mana amalan tersebut
dijalankan.

Penyelidikan tindakan menitikberatkan empat


perkara berikut:
Penyelidikan secara sistematik dan melibatkan
pengumpulan bukti yang boleh digunakan
sebagai asas untuk renungan yang
menyeluruh.
Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi
ia juga memperlihatkan masalah.
Ia bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi
penyelidikan yang dijalankan oleh individu
atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri
untuk penambahbaikan.
Ia bukannya satu satu kaedah saintifik yang
digunakan untuk kerja-kerja kurikulum.

Penyelidikan Penilaian

Suatu kajian penyelidikan untuk menilai


keberkesanan suatu projek untuk
mengetahui samada objektif asalnya
telah tercapai atau tidak.
Kebanyakan penyelidikan penilaian
adalah diuruskan dengan bantuan
kewangan kerajaan yang diperuntukkan
dengan bajet untuk penilaian.

Menurut Morrison(1993),penilaian sebagai


penyampaian maklumat mengenai isu-isu
spesifik yang mana pendapatnya adalah
berdasarkan keputusan daripada tindakan
yang telah diambil.Maka ciri-ciri uatama yang
terkandung dalam definisi penyelidikan ialah:

Menjawab soalan spesifik yang


diperuntukkan .
Mengumpul maklumat
Membuat keputusan pendapat
Menimbangkan dengan teliti akibat daripada
tugasan yang dispesifikasikan.

Desmond Nuttall(1990) telah mengemukakan tujuh tujuan


penilaian yang digunakan sebagai kajian.Antara tujuan-tujuan
tersebut ialah:

Akauntabiliti dua hala-guru dan murid-demi mengenal pasti


manfaat yang optimum,termasuk peruntukan sumber dan
kemudahan.
Untuk penambahbaikan kursus dalaman dan kursus
peningkatan ilmu profesionalismekeguruan.
Untuk mengenal pasti,membentuk,mempersembah dan
memperkenalkan hasil penilaian kepada orang-orang yang
berkaitan.
Untuk menyediakan maklumat dasar,perancangan,keputusan
dan cadangan.
Digunakan sebagai cara untuk keperluan diagnosis.
Untuk penerokaan ke arah pertambahan kefahaman.
Digunakan sebagai keberkesanan proses pembelajaran.

JENIS-JENIS
BENTUK
PENYELIDIKAN

REKA BENTUK
PENYELIDIKAN
Penyelidikan kuantitatif
Kajian eksperimental
Kuasai-eksperimental
Kajian tinjauan
Kajian korelasi
Penyelidikan kualitatif
Kajian etnografi
Kajian kes
Kajian sejarah

Penyelidikan kuantitatif

Melibatkan pengumpulan dan analisi data numerikal


untuk mendapat celik akal bagaimana satu
pembolehubah mempengaruhi pembolehubah yang lain.
Penggunan penyelidikan kuantitatif yang berbeza
bergantung kepada:
a)Jenis soalan yang ditanya
b)Tujuan penyelidikan
c)Bilangan subjek yang boleh diperoleh oleh penyelidik.
Kajian secara:
a) Numerical (nombor)
b)Emperical (statistik)

KAJIAN EKSPERIMENTAL

Dalam kajian eksperimental independent


variable dikawal dan yang lain-lain
dibiarkan seperti adanya.

Contoh:
Adakah penggunaan penganjur grafik
membantu pelajar gred ketiga
mengelaskan maklumat yang lebih teliti
daripada senarai topik?

KUASAI-EKSPERIMENTAL

Biasanya digunakan untuk menilai


keberkesanan suatu program apabila
responden kajian tidak dapat diagihkan
secara rawak.
Dalam reka bentuk ini,dua kumpulan
responden adalah tidak seimbang dan
tidak mempunyai ciri-ciri yang sama.

KAJIAN TINJAUAN

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian


survey merupakan salah satu kaedah
penyelidikan bukan berbentuk eksperimen
yang paling popular digunakan dalam
pelbagai bidang.
Kajian tinjauan juga banyan digunakan
dalam bidang pendidikan.Kajian tinjauan
digunakan untuk mendapatkan maklumat
daripad aresponden yang ramai iaitu
ratusan ataupun ribuan responden
khususnya dalam bidang sains sosial.

Ciri-ciri kajian tinjauan

Kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu


atau masalah.
Kutipan data yang cepat
Penggunaan saiz sampel yang besar
Maklumat dipungut secara terus daripada
responden dalam masa yang singkat dan
dapat membuat kenyataan umum untuk
sesuatu populasi kajian.

KAJIAN KORELASI

Menyelidik hubungan antara


pembolehubah.Keputusan bukan
,enunjukkan sebab dan kesan,tetapi
membenarkan ramalan bagaimana satu
pembolehubah boleh berubah
berdasarkan keputusan daripada
pembolehubah lain.

PENYELIDIKAN KUALITATIF

Kajian etnografi
Kajian kes
Kajian sejarah

Penyelidikan Kualitatif

Melibatkan pengumpulan data neratif untuk memperoleh


celik akal ke dalam fenomena yang diminati.Data
dikumpul:
a)Secara intensif dalam tempoh masa
tertentu
b) Dalam naturalistic setting (semulajadi)
c)Tanpa cuba mengawal peristiwa.

Kajian secara naratif:


a)Perkataan
b)gambar

KAJIAN ETNOGRAFI

Adalah prosedur kajian kualitatif untuk


menghurai,menganalisis dan menterjemah
pola perlakuan,kepercayaan,sikap dan
bahasa bagi sekumpulan masyarakat yang
berkongsi kebudayaan.
Cuba mendapatkan perundangan bagi
setiap perlakuan seperti perhubungan tidak
formall dalam kalangan guru yang gemar
berkumpul di satu tempat yang khusu untuk
bersosial.
Contoh lain:sekolah dan kejayaannya.

KAJIAN KES

Kajian kes pula memberikan penekanan


kepada analisis konteks yang sepenuhnya
terhadap beberapa kejadian atau keadaaan
dan perhubungan antara mereka.
Melibatkan pengumpulan maklumt secara
sistematik dan mendalam mengenai
tingkah laku individu tertentu,keadaaan
sosial,atau peristiwa khusus untuk
mengetahui bagaimana tingkah laku
individu,atau perunahan sosial berlaku.

KAJIAN SEJARAH

Kaedah kajian yang dilakukan melalui


pengumpulan data secara sistematik dan
penilaian data-data objektif terhadap
peristiwa yang telah berlaku pada masa
lepas.
Tujuannya adalah untuk menghuraikan
peristiwa lampau dan meramalkan
peristiwa yang akan berlaku pada masa
depan.

Anda mungkin juga menyukai