Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM


BANGI, SELANGOR
KERTAS CADANGAN

PERMAINAN RAKYAT 1 MALAYSIA DAN SUKANEKA

TARIKH :
27 September 2013 (Sabtu)
TEMPAT :
IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
ANJURAN :
Persatuan Batch PISMP Semester 4
Persatuan Batch PPISMP Semester 2
Persatuan Batch PPISMP Semester 1

KERTAS CADANGAN
PERMAINAN RAKYAT 1 MALAYSIA DAN SUKANEKA

1.0

PENDAHULUAN
Permainan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu program yang telah dirancang
oleh Persatuan Batch PISMP Semester 4, Persatuan Batch PPISMP
Semester 2 dan Persatuan Batch PPISMP Semester 1. Program ini diadakan
sebagai salah satu pengisian sempena Karnival Hari Terbuka IPG KPI yang
bakal berlangsung.
Hal ini sejajar dengan hasrat dan usaha Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bagi memperkenal permainan rakyat
dan

mempertingkatkan

semangat perpaduan

dalam

kalangan

rakyat

berbilang kaum menerusi permainan rakyat 1 Malaysia dan mengekalkan


warisan yang sedia ada.
2.0

MATLAMAT
Kertas cadangan ini bertujuan bagi memaklum dan memohon peruntukan
kewangan daripada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
(IPG KPI) bagi mengadakan Permainan Rakyat 1 Malaysia dan Sukaneka.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Menimbulkan kesedaran yang meluas dalam kalangan pelatih guru


dan orang awam akan kewujudan pelbagai permainan rakyat yang
semakin dilupai;

3.2

Menanam semangat cintakan warisan dalam diri sebagai warga pelatih


guru dan masyarakat setempat;

3.3

Meningkatkan semangat kesukanan dalam diri guru pelatih dan


masyarakat setempat;

3.4

Memupuk semangat kekitaan antara pelaksana program dan para


peserta;

3.5
4.0

Melahirkan guru yang mantap kemahiran sosialnya.

TEMPAT
Tempat letak kereta berhampiran pondok jaga.

5.0

TARIKH
27 September 2013 (Sabtu)

6.0

SASARAN DAN BILANGAN PESERTA


Permainan ini terbuka kepada semua pelatih guru IPG dan orang awam yang
hadir ke Karnival Hari Terbuka IPI KPI.

7.0

JAWATANKUASA INDUK
Rujuk Lampiran 1

8.0

JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran 2

9.0

PERMAINAN RAKYAT 1 MALAYSIA DAN SUKANEKA


Rujuk Lampiran 3

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 4

11.0

PENUTUP
Adalah diharapkan usaha murni yang dipelopori oleh Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Islam ini mampu meningkatkan kefahaman dan
kepekaan para pelajar dan masyarakat umum terhadap kepentingan
mengetahui permainan rakyat dan mengekalkannya sebagai warisan bangsa.
Selain itu, program ini diharapkan akan dapat membentuk semangat cintakan
negara menerusi kesedaran akan warisan yang ditinggalkan nenek moyang.
Hal ini akan membentuk jati diri sebagai rakyat Malaysia sekaligus
mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang
berbilang kaum.
Semoga program yang dirancang ini akan memperoleh manfaat, faedah dan
kebaikan yang tidak terhingga banyaknya buat golongan sasaran iaitu para

pelatih guru IPG Kampus Pendidikan Islam khususnya dan kepada


masyarakat umum amnya.
Disediakan oleh

Disemak oleh

HAZIRA BINTI MOHMED RAZALI@


CHE HUSIN

USTAZ ABDULLAH BIN HAMZAH

Setiausaha
Permainan Rakyat 1 Malaysia
dan Sukaneka
IPG Kampus Pendidikan Islam

Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal


Pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam

Diselia oleh

Disahkan oleh

DR JEFRIDEN BIN PILUS


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pendidikan Islam

PUAN NOR ANNISA BINTI KADRI


Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pendidikan Islam

Disokong oleh,

Diluluskan oleh,

MOHD SHAHRIZAL BIN SALAMAT

HAJI OSMAN BIN HUSSAIN

Penolong Akauntan
IPG Kampus Pendidikan Islam

Pengarah
IPG kampus Pendidikan Islam

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA INDUK

Penaung

: Tn. Haji Osman Bin Hussain


(Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam)

Pensyarah Penasihat

Pengarah Program

: Muhammad Ruzaini Bin Ramli

Timbalan Pengarah Program

: Ildah Nahur Binti Padli

Setiausaha

: Hazira Binti Mohmed Razali@Che Husin

Naib Setiausaha

: Aisyah

Bendahari

: Khairul Zaman

Naib Bendahari

LAMPIRAN 2
JAWATANKUASA PELAKSANA

Logistik & Teknikal

Penajaan & Perhubungan Awam

Tasliman (PP Sem 3)

Hazira Binti Razali


Aisyah
Ildah Nahur

Dokumentasi, Promosi & Publisiti


Muhammad Afiq Hamizan
Rabiahtul Adawiyah

LAMPIRAN 3
PERMAINAN RAKYAT 1 MALAYSIA DAN SUKANEKA

Bil
1.

2.

Permainan
Permainan Rakyat 1 Malaysia
Tarik Tali
Lari dalam guni
Boling padang
Sukaneka
Cari gula-gula dalam tepung
Bola ping pong dalam sudu

AJK Terlibat
Ketua: Rahman
Ketua: Izad
Ketua: Shafik
Ketua: Najwatunnur
Ketua: Nur Izzati Binti

Span dan air


Straw dan getah

Ajmain
Ketua: Nor Fazliana Azwa
Ketua: Rabiatul

Kon dan Gelung

Adawiyah
Ketua: Izuwan

LAMPIRAN 4

KEWANGAN

BIL
PERKARA
1.
Peralatan :

PERINCIAN

JUMLAH

CATATAN

5 kg

RM 15.00

Peruntukan IPG

3 bungkus

RM 30.00

Peruntukan IPG

10 biji

RM 10.00

Peruntukan IPG

RM 10.00

Peruntukan IPG

RM 6.00

Peruntukan IPG

RM 3.00

Peruntukan IPG

RM 3.00

Peruntukan IPG

RM 30

Peruntukan IPG

a) Sukaneka

Tepung
Gula-gula
Bola Ping Pong
Span
Sudu
Getah
Straw
Pinggan polistrin
Kon
Gelung
Tali

Stor PJ
Stor PJ
Stor Gerko

AJK Pelaksana :

Air Mineral

1 kotak

RM 24.00

Peruntukan IPG

Publisiti

Banner

1 unit
RM 30.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 310.00

Peruntukan IPG