Anda di halaman 1dari 6

Peribahasa - Latihan 1

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau
telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara
kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan
yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam
lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....

Peribahasa - Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan
berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup
yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil
keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adikberadiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik
semakin mesra

Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan
setiap
situasi
tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi
orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja
lain
dan
tidak
yakin
boleh
membuat
kerja
lain.
(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan
perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat
tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di
tempatnya.
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis
dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat

Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan
situasi
yang
terdapat
dalam
petikan
ini.
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih
kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari
kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis
penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan
sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam
bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya.
Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta
menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh
kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

Peribahasa - Latihan 5
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di
bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan
raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan
pengguna
jalan
raya.
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara
menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu
tindakan
yang
baik
dan
mengajar
seseorang
berjimat
cermat.
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya
menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini
merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan
hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

Peribahasa - Latihan 6
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
(ii) Banyak udang, banyak garam
(iii) Lain hulu lain parang
(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain

(v) Tak tumbuh tak melata


(vi) Ada ubi ada batas

Peribahasa - Latihan 7
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang
menggambarkan
setiap
situasi
tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari
dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding
dengan
rakan-rakan
di
kelas
cemerlang.
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon.
Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya
kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

Peribahasa - Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia
dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku
kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut
walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh
menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun
begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak
mempercayainya lagi

Peribahasa - Latihan 9
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif

Peribahasa - Latihan 10
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu
menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja

Peribahasa - Latihan 1

i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan

Peribahasa - Latihan 2
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Peribahasa - Latihan 3
(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

Peribahasa - Latihan 4
(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat
sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

Peribahasa - Latihan 5
(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Peribahasa - Latihan 6
(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) -banyak orang, banyak ragam
(iii) -lain dahulu, lain sekarang
(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain

(v) -tak sungguh, orang tak kata


(v) -ada budi boleh dibalas

Peribahasa - Latihan 7
(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) -biduk lalu kiambang bertaut
(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan

Peribahasa - Latihan 8
i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut
tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Peribahasa - Latihan 9
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Peribahasa - Latihan 10
(i) Ukur baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.