Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Dalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai sedar
bahawa kemajuan Negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama
amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Negara.
Perkembangan pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin
dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi
Negara.
Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan
dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses
mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah
pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling
berkaitan dengan pemimpin. Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap
guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang
yang

dipertanggungjawabkan.

Dengan

itu,

perlaksanaan

tugasan

melalui

kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu


disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan,
kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan
amanah.
Justeru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada konsep
kepemimpinan ini kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat rumit.
Mengikut Kamus Dewan (1995), etika bermaksud sastu sistem dasar akhlak, adat
atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula membawa
maksud etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan, merujuk kepada
tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak
(Syed Ismail bin Syed Mustapa, 2010).
Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,
senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud
tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam
pendidikan ini adalah sangat penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru

yang tidak bersahsiah mencerminkan diri seorang guru yang tidak beretika. Guru
yang baik dan beretika akan melahirkan generasi yang baik dan berjaya.
Profesion perguruan dianggap mulia oleh masyarakat kerana guru adalah
agen perubahan yang membantu mencorak anak bangsa. Namun begitu, mutakhir
ini, isu etika guru semakin menjadi topik hangat yang kian menghiasi dada-dada
akhbar dan juga media massa lain. Profesion perguruan hari ini dilihat semakin
goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang
telah sedia termaktub.

Kemahiran-kemahiran professional guru


Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan
pakar dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran
profesional mampu melaksanakan tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul.
Bagi seseorang yang profesional, dia bukan hanya mahir dalam bidang yang
diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain.
Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diikhtiraf,
guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam
banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya.
Guru bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.
Ini disebabkan mereka semuanya yang terlatih dan mahir dalam tugas-tugas
mengajar dan membimbing murid-murid.
Tiga bidang ilmu yang diperolehi dari kemahiran belajar melibatkan
penggunaan mental ialah bidang kognitif, afektif, dan psikomotor
Ciri guru yang menguasai kemahiran profesional berfikir ialah mereka dapat
menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah, mahir dalam penyusunan
maklumat, konsep atau idea.Dan sat lagi, iaitu berfikir untuk menghasilkan sesuatu
yang baru terutamanya dalam pengajaran.
Dua kemahiran profesional yang perlu dikuasai oleh guru untuk meningkatkan
mutu perkhidmatan, iaitu:
i)

Kemahiran Belajar
Guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini

ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.


Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat
menerima ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah
memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya,
maka dia akan dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya
murid-murid.

ii)

Kemahiran Merancang
Guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan

pengajaran akan berupaya memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih


strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang
sistematik.
Sekiranya guru dapat merancang pengajarannya dengan baik, ini akan
menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu
perkhidmatannya.

Peranan dan tugas guru


Di sekolah, guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum,
kokurikulum dan juga pentadbiran selain daripada melaksanakan P&P. Mereka
hendaklah

melaksanakan

tugas-tugas

tersebut

dengan

dedikasi,

cekap,

bertanggungjawab dan menunjukkan semangat serta minat yang mendalam


terhadap tugas-tugas tersebut.
Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Kelas. Mereka
dikehendaki

menjalankan

tugas-tugas

seperti

yang

telah

ditetapkan

dan

menjalankannya dengan baik dan cekap.


Tiap-tiap Guru Kelas/Tingkatan akan diberikan sebuah Buku Rekod
Kedatangan

untuk

kegunaan

tingkatannya.

Guru

bertanggungjawab

untuk

memenuhi maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan


mematuhi kehendak-kehendak peraturan mengenainya yang ada dicetak di
bahagian dalam kulit hadapan buku tersebut.
Semua Guru Kelas/Tingkatan juga dikehendaki mengemas kini kad-kad ini
pada tiap-tiap awal tahun.
Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut
harian. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua atau tiga orang guru akan
diminta bertugas.
Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru Bertugas
untuk makluman dan perhatian Pengetua/Penolong Kanan dan guru-guru. Buku ini
hendaklah diserahkan kepada Pengetua keesokan harinya. (Sila rujuk lampiran
mengenai senarai tugas guru-guru bertugas).
Selain daipada itu, semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk
mengerakkan kegiatan kokurikulum. Setiap tugas hendaklah difahami benar-benar
dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan kokurikulum di bawah pimpinannya
benar-benar mendatangkan faedah kepada pelajar-pelajar yang menjadi ahliahlinya.Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum, tidak kira
sama ada mereka terlatih atau tidak dalam bidang tersebut. Kemahiran

boleh

didapati melalui bacaan, menghadiri kursus, lawatan, perbincangan mahupun

dengan cara on the job training. Jika ada sikap yang positif, setiap guru boleh
menjadi serba boleh dalam bidang kokurikulum.
Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/penyertaan yang
bersungguh-sungguh, sebahagian besarnya bergantung kepada sikap guru itu
sendiri. Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di kalangan
guru mahupun murid.
Penilaian

terhadap

kegiatan

kokurikulum

dan

rekod-rekod

penting

mengenainya hendaklah disimpan dalam Buku Rekod berkenaan. Kad Kegiatan


kokurikulum pelajar juga harus diselenggarakan oleh guru-guru yang menjadi
penasihat setiap kegiatan itu.
Tidak lupa lagi,setiap guru perlu terlibat dalam serba sedikit pentadbiran
ikhtisas seperti Penyelaras Tingkatan, Guru Perpustakaan, Guru Pusat Sumber,
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, AJK PIBG, Bilik Guru, AJK
Kebersihan/Keceriaan, AJK Kantin Sekolah, Inventori, AJK SPBT dan sebagainya.
Kesimpulannya, saya menyenaraikan peranan guru di sekolah seperti yang
berikut:
Pengamal Ilmu dan Kemahiran
Pembimbing
Pengamal Reflektif
Penyelidik
Agen Sosial
Agen Perubahan
Pengganti Ibu Bapa
Pembentuk Tingkah Laku
Pengurus Pembelajaran

Pengamal Ilmu dan Kemahiran


- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
- Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan
nilai.
- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.
- Mempraktikkan budaya ilmu membaca, berfikir, membuat penyelidikan &
mencari idea baru.

Pembimbing
- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan
seharian.
- Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran,
sosioemosi & kesihatan.

Pengamal Reflektif
- Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek
kandungan pengetahuan.
- Meningkatkan tahap profesional guru.
- Menambahbaik aktiviti P&P.
- Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh
kemahiran berfikir kritis & kreatif.

Penyelidik
- Dapat meningkatkan kualiti P&P.
- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.
- Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian
penyelidikan tindakan.
- Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes,
soal selidik, pemerhatian & temubual.

Agen Sosial
- Guru agen sosialisasi.
- Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk
sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.
- Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

Agen Perubahan
- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab
guru.
- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada
murid.
- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi
- Menggunakan strategi pemusatan murid

- Mengawal sikap penyayang


- Bersikap proaktif
- Bersedia menghadapi perubahan

Pengganti Ibu Bapa


- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.
- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah
laku murid.
- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih,
prejudis atau diskriminasi.

Pembentuk Tingkah Laku


- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai
instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.
- Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku
(kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan
kesabaran).

Pengurus Pembelajaran
- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik
dan sosial.
- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.
- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada

pelajar.
- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.
- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.
- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.
- Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM
dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.
- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

ISU-ISU

KERJAYA

KEGURUAN

YANG

BOLEH

MENGHALANG

PERKEMBANGAN PROFESION GURU


1) Isu Tekanan
Tekanan boleh berlaku kepada sesiapapun tanpa mengira masa dan di manamana sahaja hatta di bandar mahupun di desa. Namun jika dilihat, tekanan
sebenarnya lebih banyak berlaku di kawasan perbandaran terutamanya bandarbandar besar

yang secara kebiasaannya melibatkan penduduk-penduduk yang

bekerja, belajar mahupun yang menetap di kawasan tersebut. Walaupun penduduk


yang mendiami kawasan perkampungan ataupun desa sekalipun tidak dapat lari
daripada tekanan, tetapi punca dan kesan tekanan di kampung tidaklah sehebat
seperti mana mereka yang menetap di kawasan bandar.

Perkara ini dapat

dibuktikan oleh laporan akhbar (Utusan Malaysia, 2007), di mana tekanan hidup di
bandar merupakan punca utama yang menyumbang kepada penyakit mental.
Perkara ini boleh difahami kerana persekitaran kehidupan di bandar yang serbaserbinya sukar seperti kos hidup yang terlampau tinggi, kesukaran mendapat
pekerjaan, kesesakan jalanraya, kadar jenayah yang tinggi, kepadatan penduduk
yang tinggi, kawasan penempatan yang terhad, pencemaran alam, tahap hubungan
ataupun komunikasi di dalam masyarakat yang rendah, masalah sosial yang kronik
dan sebagainya.
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang amat penting dalam
masyarakat. Profesion ini juga merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang
sangat mencabar. Ini kerana guru dianggap pemberi kesan yang besar terhadap
perkembangan kognitif (mental), afektif (sikap), kebolehan serta kemahiran fizikal
dan sosial para pelajarnya. Oleh yang demikian, seseorang individu yang berhasrat
untuk menjadi guru hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal serta terdiri dari
mereka yang terbaik dalam masyarakat. Selain itu, individu tersebut juga hendaklah
berusaha menjadi seorang pendidik dan pembimbing kepada para pelajarnya
supaya mereka berupaya menghasilkan masyarakat yang seimbang seperti mana
yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Bertitik tolak

daripada FPN ini juga, adalah menjadi harapan bahawa individu yang terhasil dari
sistem pendidikan negara ini nanti berupaya meneruskan warisan dan usaha
masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang

tahun 2020 nanti. Mereka juga diharap agar mampu bersaing mengikut peredaran
zaman seperti bak kata pepatah 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' jika
dibandingkari dengan masyarakat luar.
Memandangkan isu-isu keguruan ataupun isu guru yang sering dipapar
melalui surat akhbar, memang tidak dapat dinafikan ramai guru pada masa kini
mengalami tekanan yang lebih serius jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka
yang terdahulu. Malahan mengajar itu sendiri disifatkan sebagai pekerjaan yang
sering terdedah kepada tahap tekanan yang tinggi dan tekanan berhubung dengan
kerja dilaporkan sebagai merangkumi lebih dari separuh daripada pelbagai tekanan
yang dihadapi oleh guru. Tambahan pula, guru sering melaporkan tahap tekanan
yang mereka alami lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka di
dalam profesion yang lain.

Oleh kerana beban kerja yang banyak, telah

menyebabkan sesetengah guru adakalanya kecewa dan bertindak di luar kawal


secara spontan.

2) Isu Kesantunan Guru


Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak

Tatacara berkomunikasi

- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

3) ISU KEPEDULIAN GURU

Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan

kepada sesuatu isu/tugas

Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau

tugasnya.

Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru

terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.

Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses

perubahan (Havelock 1995)

Usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan


Salah satu ciri sebuah negara maju dan moden ialah mempunyai ramai
tenaga kerja profesional yang mampu menampung keperluan sumber manusia
dunia. Dalam konteks pendidikan, guru yang profesional merupakan aset utama
yang bertindak sebagai kilang yang menghasilkan produk sumber manusia yang
profesional. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Malaysia terutamanya
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersungguh sungguh merangka dan
melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan guru yang profesional serta
menaikkan tahap profesionalisme keguruan di negara ini. Hal ini adalah selari
dengan Wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi.
Peranan yang diambil oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion
keguruan adalah amat berat. Hal ini kerana bilangan guru di Malaysia adalah ramai
dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menjayakan projek ini. Oleh hal yang
demikian, kerajaan telah memasukkan rancangan untuk memartabatkan profesion
keguruan sebagai salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Negara (PIPPN) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.
Teras ke lima PIPPN iaitu memartabatkan profesion keguruan telah
dibahagikan kepada lima fokus utama. Lima fokus utama tersebut ialah yang
pertama, menambah baik sistem pemilihan calon guru. Kedua, memantapkan latihan
perguruan. Ketiga, memantapkan kerjaya guru. Keempat, menambah baik
persekitaran kerja dan kebajikan guru. Kelima, memantapkan perancangan dan
pengurusan sumber manusia.
Fokus pertama dalam teras ke lima PIPPN ialah menambah baik sistem
pemilihan calon guru. Secara kasarnya, hal ini boleh diterjemahkan sebagai
memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Program program
pengambilan calon guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan
Kursus

Perguruan

Lepasan

SPM

(KPLSPM)

akan

diperketatkan

syarat

kelayakannya. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa hanya calon calon yang
layak sahaja yang akan mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sebagai
contoh, Calon yang ingin menduduki tempat dalam Kursus Perguruan Lepasan

Ijazah (KPLI) perlu meduduki Ujian PemilihanCalon Guru Malaysia (MteST) serta
perlu melepasi temu duga secara individu dan berkumpulan. Ini adalah bagi
memastikan bakal bakal guru yang lahir dari IPG adalah guru guru yang
berkualiti dan mempunyai tahap profesionalime yang tinggi
Fokus kedua dalam teras ke lima PIPPN ialah memantapkan latihan
perguruan. Antara strategi pelaksanaan fokus kedua ini adalah menaik taraf maktab
perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka bentuk dan menggubal
kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum
Pendidikan Guru, peningkatan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan dan
yang terakhir, peluasan dan peningkatan bidang penyelidikan dan pembangunan
(R&D). Hal ini amat penting kerana suasana pembelajaran yang baik dan kondusif
akan dapat melahirkan guru yang cemerlang dari semua aspek serta mempunyai
tahap profesionalisme yang tinggi.
Memantapkan kerjaya guru merupakan fokus ketiga dalam teras ke lima
PIPPN. Penambahbaikan perjawatan guru dan penambahan perjawatan serta
peluasan naik pangkat untuk PPS di KPM/JPN/PPD/G merupakan antara strategi
pelaksanaan dalam fokus ketiga ini. Melalui startegi ini kerajaan akan meningkatkan
kadar kenaikkan pangkat mengikut kuota baharu. Kerajaan juga akan menambah
baik norma perjawatan guru. Selain hal itu, elaun elaun untuk tugas tugas khas
akan diberikan. Cuti rehat dan waktu bekerja guru juga akan disemak semula.
Melalui startegi pelaksanaan ini, berkemungkinan besar hasrat kerajaan untuk
meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan guru akan berjaya.
Fokus ke empat pula ialah menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan
guru. Melalui strategi menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan
penempatan guru mengikut opsyen dan keperluan, mutu kerja guru guru akan
meningkat. Keperluan tempat tinggal di kawasan luar bandar, pedalaman dan
bandar besar akan disediakan melalui pembinaan kuarters baharu. Bilik bilik
darjah juga akan dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) lebih berkesan. Penempatan guru mengikut opsyen merupakan langkah yang
amat bijak. Hal ini kerana, guru guru akan lebih mudah berkomunikasi antara satu
sama lain dengan lebih berkesan tentang masalah masalah P&P dan sebagainya.

Ini akan dapat meningkatkan tahap pencapaian murid sekaligus memartabatkan


profesion keguruan.
Faktor yang terakhir dalam teras ke lima PIPPN ialah memantapkan
perancangan dan pengurusan sumber manusia. Hal ini bermaksud, sumber
sumber manusia seperti guru guru baharu dan guru guru pelatih akan disediakan
dengan perancangan dan pengurusan yang mantap. Untuk itu pihak IPG akan
mewujudkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA
mahupun IPTS tentang latihan guru Selain hal itu, sistem maklumat guru akan
ditambah baik dan dikemas kini secara total dari semasa ke semasa secara
komprehensif.
Selain peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, pihak pihak lain juga
perlulah bekerjasama dan janganlah hanya memeluk tubuh dan asyik mengkritik
langkah langkah yang telah diambil kerajaan. Pihak guru itu sendiri perlulah
melakukan anjakan paradigma dan memberikan sokongan yang padu atas apa
sahaja usaha dalam memartabatkan profesion keguruan. Para guru perlulah
berusaha untuk menyemai sifat sifat seorang guru yang profesional serta
menigkatkan tahap profesionalisme mereka. Antara sifat dan kualiti profesional
seorang guru seperi yang telah digariskan oleh KPM ialah suka membaca, ingin
tahu, kemahiran bertutur, daya ingatan, daya usaha dan pengetahuan ikhtisas.
Selain hal itu, guru juga perlulah mengelakkan diri daripada melakukan perkara
perkara yang boleh mendatangkan imej buruk kepada profesionalisme keguruan.
Mereka hendaklah menjaga tingkah laku mereka di mana sahaja mereka berada.
Oleh hal yang demikian, usaha kerajaan untuk memartabatkan profesion keguruan
tidak akan sia sia kerana mendapat sokongan daripada para guru sendiri.

Penutup
Kesimpulannya, segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak
untuk memartabatkan profesion keguruan haruslah dipuji kerana pelaksanaannya
bukanlah enteng. Oleh hal yang demikian semua pihak terutamanya pihak guru di
Malaysia itu sendiri haruslah menyokong segala rancangan dan projek dalam usaha
memartabatkan profesion keguruan kerana dalam zaman baharu ini profesion
keguruan merupakan suatu profesion yang semakin mencabar. Ditambah lagi
dengan para pelajar dan murid yang semakin matang dan maju dalam menongkah
arus kehidupan yang serba maju dan moden sekarang. Justeru itu semua pihak
haruslah memainkan peranan mereka agar usaha untuk memartabatkan profesion
keguruan akan mencapai matlamatnya.