Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1

Apakah tujuan doktor perubatan atau doktor pergigian melakukan pemeriksaan fizikal
terhadap pesakit?
[2 markah]
Pemeriksaan fizikal boleh dilakukan serta merta seperti semasa kecemasan ataupun secara
berkala dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang masalah kesihatan. Pemeriksaan fizikal
dilakukan untuk menentukan keadaan kesihatan keseluruhannya, mengenalpasti dan mengesan
sesuatu masalah yang telah pun disedari ataupun bagi mengenalpasti dan mengesan masalah
pada peringkat awal atau sesuatu keadaan yang berpotensi untuk menjadi masalah. Pemeriksaan
fizikal melibatkan usaha-usaha mengumpul kajian sejarah, pemeriksaan klinikal dan ujian-ujian.
Pemeriksaan fizikal berupaya untuk memperoleh maklumat tambahan bagi membuat diagnosis
ke atas masalah perubatan dan pergigian.
SOALAN 2
Apakah yang menyebabkan malnutrisi?
[ 2 markah]
adalah keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.
Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang tidak
mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau masalah penyerapan zat
makanan.
Kekurangan satu jenis vitamin adalah sejenis malnutrisi, begitu juga dengan kekurangan
makanan atau kebuluran.
Bagi kanak-kanak malnutrisi protein menyebabkan keadaan yang dinamakan Kwashiorkor .
Kanak-kanak ini mengalami pertumbuhan yang terbantut, anemia, metalbolisme terjejas dan
perut menjadi buncit.
Fungsi zat makanan tertentu, kesan kekurangan dan kesan pengambilan berlebihan zat makanan
tersebut.
SOALAN 3
Jelaskan secara ringkas maksud kesenggangan.
[2 markah]
ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari.
(Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan) Biasanya waktu terluang ini diisi
dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak. Akan tetapi, sesetengah orang lebih
gemar mengisi waktu senggangnya dengan aktiviti yang proaktif seperti melukis, mengubah
lagu, menanam dan menyiram pokok bunga dan sebagainya. Waktu senggang ini boleh juga
digunakan untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang telah penat berkerja. Iaitu dengan
cara berehat atau tidur. Setiap hari kita perlu mempunyai waktu kesenggangan yang berkualiti
pada masa tertentu.
Aktiviti kesenggangan
Memancing ikan aktiviti yang boleh menenangkan pemikiran seseorang dan membentuk
sikap tidak terburu- buru.
Bermain bola sepak sukan yang boleh mengeratkan hubungan pemain.
Berenang sukan yang boleh melegakan badan seseorang.
Mendengar muzik yang merdu boleh menenangkan pemikiran seseorang.
Bermain alat muzik ini dapat menyenangkan seseorang.

Menyanyi ini dapat meyebabkan seseorang meluahkan perasaannya.


Bermain catur ini dapat melatih kecergasan pemikiran seseorang.
Menonton televisyen ini dapat menyeronokkan seseorang.
SOALAN 4
Nyatakan faedah atau kebaikan media massa sebagai saluran komunikasi dalam
kesihatan.
[2 markah]
Komunikasi merupakan alat dan media bagi mempromosi atau meningkatkan tahap kesihatan
individu dan masyarakat. Ia boleh membantu mencegah penyakit serta mempromosikan
kesihatan kepada individu dan masyarakat melalui pelbagai aspek dan cara. Antara kepentingan
komunikasi terhadap kesihatan individu adalah:
(a) mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para pesakit.
(b) mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan informasi kesihatan.
(c) memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal yang berkaitan
dengan kesihatan.
(d) membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.
(e) menyebarkan informasi-informasi risiko kesihatan individu dan masyarakat.
(f) menonjolkan imej-imej tentang kesihatan melalui media massa.
(g) mendidik individu dan masyarakat tentang bagaimana memperoleh kemudahankemudahan
kesihatan.
(h) membentuk aplikasi telekesihatan.
SOALAN 5
Nyatakan salah SATU (1) misi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
[2 markah]
[Jumlah:-10 markah]
Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk mempromosikan kesihatan rakyat Malaysia
melalui:
Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksama dan
tepat pada waktu
Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor- faktor
yang mempengaruhi kesihatan mereka
Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dan dengan
sektor swasta
BAHAGIAN B
SOALAN 1
Penyediaan dan penyajian makanan yang bersih dan selamat adalah penting bagi
mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Terangkan langkah-langkah yang perlu
diambil oleh penyedia dan penyaji makanan kantin sekolah bagi menjamin makanan yang
disediakan dan disajikan kepada murid-murid sekolah tidak tercemar.

[10 markah]
Pada amnya semua pengendali makanan(sesiapa saja yang menyentuh makanan untuk dimasak
termasuk juga suri-suri rumah) mesti mematuhi keselamatan pengendalian makanan ini dari
mengelakan bahan makanan dikontiminasi oleh bakteria-bakteria yang membahaya yang akan
membawa pada gejala keracunan makanan.Keracunan makanan ini adalah mimpi buruk yang
akan melanda pengusaha kafeteria atau kantin.Setiap pengusaha atau pengurus pengendalian
makanan perlu mengetahui langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya diambil.Berikut
adalah langkah-langkah keselamatan yang peerlu diambil untuk menyediakan makanan itu bersih
dan
terhindar
dari
keracunan
makanan.
1. Kaedah Pembelian Bahan Mentah atau cara penerimaan pesanan pembeliaan.
2.
Kaedah
Simpanan
catuan
Kering.
Setor
Kering
atau
Dry
Store.
3.
Kaedah
Simpanan
Catuan
Makanan
Basah.
4.
Kaedah
Mencegah
Keracunan
Makanan.
5. Memanaskan kembali Makanan yang telah sedia masak (Reheating cooked Food).
6.
Penetapan
Kepanasan
Makanan
(Hot
Holding
Foods).
7.
Pencemaran
Bersilang
(Cross
Contimination).
8.
Cara
Pengawalan.

Sejukan
(Refrigerate)
Bahan
untuk
masak
sebelum
penyediaan
masak.

Di
larang
mempersiapkan
Hidangan
masakan
terlalu
awal.

Sediakan
Hidangan
yang
sedikit
demi
sedikit.
9.
Amalan
yang
Betul
Menghidang
/
layani
Pelangan.
10.
Kebersihan
Diri
(
Personel
Hygiene
).
11.
Pakaian.
SOALAN
2
Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Manusia dapat berfungsi dan menjalankan
aktiviti hariannya dengan cergas dan berkesan jika mempunyai rehat yang cukup.
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rehat. Jelaskan juga apakah yang
dimaksudkan dengan rehat aktif dan rehat pasif. Berikan juga contoh-contoh aktivitiaktiviti bagi kedua-dua jenis rehat tersebut.
[10 markah]
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau
mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa
lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan
aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk
merehatkan
otak
yang
telah
penat
berfikir
kita
boleh
mendengar
muzik,
membaca
majalah,
bermain
dan
bersiar-siar.
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan otot.
Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat
fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag
selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan otot
badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di
taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.

SOALAN
3
Fizikal, sosial dan gender merupakan aspek-aspek yang saling berkait rapat bagi
menentukan taraf kesihatan keluarga. Jelaskan bagaimana aspek-aspek ini saling berkait
bagi menentukan taraf kesihatan keluarga.
[10 markah]
Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang bermakna, penuh
dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal
adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung
rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang
lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat. Kita bersama-sama menjaga
kesihatan keluarga dengan sentiasa bersenam, mengamalkan pemakanan yang seimbang, bijak
menangani
stres
dan
yang
penting
sekali
menyayangi
diri
sendiri.
Aspek
Fizikal
Aspek Fizikal adalah berkenaan dengan sistem pembiakan lelaki dan perempuan; perubahan
fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku semasa akil baligh, serta proses fisiologi persenyawaan
manusia.
Aspek
Sosial
Aspek sosial meliputi tajuk tentang tingkah laku seksual, seksualiti alam kanak-kanak dan alam
remaja, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan, kehamilan remaja, kesusilaan dan kesopanan.
Kesihatan keluarga di aspek sosial pula merujuk kepada keberkesanan seseorang itu dalam
konteks hidup bermasyarakat dan keupayaannya memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang
anggota
keluarga.
Aspek
Gender
Aspek gender adalah berkenaan dengan ekspekstasi peranan, peranan lelaki, peranan perempuan
dan stereotaip jantina. Keharmonian akan tercapai jika nilai kesihatan keluarga dan budaya hidup
yang positif dapat diterapkan dalam diri setiap ahli keluarga.