Anda di halaman 1dari 7

MASALAH PERTAMA - PERGAULAN BEBAS

Sejak akhir-akhir ini masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja semakin
merunsingkan.Hal ini demikian kerana kebanyakkan remaja masa kini dipengaruhi
oleh budaya barat yang semakin menular di Negara kita .Situasi seperti ini terjadi
disebabkan beberapa faktor serta mengakibatkan pelbagai impak negatif kepada
generasi muda.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab masalah pergaulan bebas dalam
kalangan anak muda di Negara kita.Salah satunya ialah terpengaruh daripada cerita
Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18
tahun.Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang
sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa
ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat.Keadaan
seperti inilah yang menyebabkan remaja yang menonton tayangan ini akan
terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina.
Selain itu,masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana adanya pengaruh
daripada anak-anak muda yang pernah menuntut di perantauan,mereka membawa
pulang budaya barat dan mempraktikkannya apabila pulang ke tanah air.Mereka
bergaul bebas tanpa mengira jantina,menyebabkan generasi muda yang
melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif seperti menjerumuskan anak
muda ini ke arah penzinaan dan seks bebas.Keadaan seperti inilah yang boleh
menyebabkan berlaku kes pembuangan bayi serta masalah keruntuhan akhlak
generasi muda hari ini.
Oleh itu ,pihak berkenaan haruslah memainkan peranan masing-masing,sebagai
contoh ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi anak-anak serta tidak mengongkong
mereka agar anak-anak tidak mmberontak.Ibu bapaharuslah bersahabat dengan
anak-anak serta menjadi pendengar yang setia kepada anak agar mereka tidak
terasa disisihkan.Melalui kaedah ini juga ibu bapa akan dapat mendalami hati anakanak dan mengetahui setiap masalah mereka seterusnya mampu mengelakkan
anak-anak terjebak dengan masalah pergaulan bebas.
Pihak kerajaan dan media massa juga harus sedar akan peranan mereka dalam
mengatasi masalah ini.Pihak berkenaan haruslah peka dengan penayangan setiap
drama atau filem dengan cara menapis terlebih dahulu cerita yang hendak
ditayangkan agar tidak akan member impak kepada penonton terutama golongan
muda supaya masalah pergaulan bebas ini akan dapat diatasi sedikit demi sedikit.
Konklusinya dapatlah dirumuskan bahawa masalah pergaulan bebas dalam
kalangan remaja ini masih boleh diatasi.Walaupun masalah pergaulan bebas ini
berpunca daripada pengaruh budaya barat,namun ianya masih boleh diatasi
dengan syarat semua pihak bekerjasama bagi mencari langkah terbaik
megatasinya.Golongan remaja ini sendiri juga harus seder akan keburukan gejala ini
dan harus megelakkan diri dari terjerumus dengan budaya tidak sihat ini.Oleh itu
semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan bukannya menunding
jari kepada orang lain.

Tema/isu masalah sosial dalam kalangan remaja


Tugasan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja
pada masa ini
Idea
i.

Perhatian dan kasih sayang daripada keluarga

ii.

Didikan agama dan nilai moral kepada anak-anak

iii.

Mengawal pergerakan anak-anak

iv.

Hubungan suami isteri yang harmoni

Masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini telah membimbangkan
banyak pihak. Hampir setiap hari berita-berita mengenai masalah sosial yang
melibatkan golongan remaja terpampang dalam media massa sama ada media
cetak ataupun media elektronik. Berita-berita seperti pergaulan bebas, lari dari
rumah, ponteng sekolah, melepak di pusat membeli-belah, merempit, bohsia,
meminum minuman keras, pembuangan bayi dan pelbagai lagi telah menghiasi
dada-dada akhbar tempatan negara kita. Apakah punca berlakunya demoralisasi
dalam kalangan remaja pada masa ini? Apakah tiada jalan penyelesaian untuk
menanganinya? Bagaimanakah peranan keluarga bagi membendung gejala ini?
Persoalan-persoalan ini sukar untuk dijawab jika tiada usaha yang konkrit daripada
pelbagai pihak untuk menanganinya. Banyak pendapat mengatakan bahawa
masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan keruntuhan institusi
keluarga. Saya bersetuju dengan pendapat tersebut kerana keluargalah yang boleh
memainkan peranan bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada
masa ini.
Perhatian dan kasih sayang keluarga memainkan peranan dominan bagi menangani
masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini. Keluarga khususnya ibu bapa
perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak seperti
menatang minyak yang penuh supaya mereka tidak terjebak dalam gejala sosial
sehingga boleh menconteng arang ke muka ibu bapa. Remaja akan keluar rumah
dan mencari rakan-rakan untuk meluahkan masalah yang dihadapi jika tidak
mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Tuntutan kerja
dan sikap materialistik masyarakat pada hari ini telah menyebabkan tanggungjawab
ibu bapa untuk mendidik anak-anak telah diserahkan kepada pembantu rumah.
Mereka tiada masa untuk mendampingi anak-anak kerana tugas-tugas luar yang
kadang-kadang memakan masa berhari-hari. Hal ini demikian telah menyebabkan
anak-anak tiada tempat untuk mengadu dan menceritakan masalah yang dihadapi
oleh mereka seperti tekanan menghadapi peperiksaan, konflik dengan rakan, tiada

buku rujukan dan sebagainya. Akibatnya, mereka akan keluar rumah untuk
melepaskan tekanan yang dihadapi. Menurut pengakuan salah seorang remaja yang
ditangkap dalam serbuan di salah sebuah kelab malam di ibu kota minggu lalu, dia
tidak rasa bersalah keluar pada waktu malam dan berseronok di kelab-kelab malam
kerana ibu bapanya sering keluar daerah sehingga berminggu-minggu lamanya. Dia
tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya daripada kedua-dua
ibu bapa di rumah. Pakar motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah sering
mengingatkan ibu bapa supaya memberikan perhatian yang lebih kepada anakanak terutama anak-anak remaja kerana pada peringkat ini mereka perlu sokongan
dan dorongan bagi membuat pilihan dalam hidupnya. Oleh itu, jelas menunjukkan
bahawa perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa amat penting
bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.
Selain itu, mendidik anak-anak dengan asas agama dan nilai moral juga merupakan
peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga dalam menangani masalah sosial
dalam kalangan remaja. Didikan agama dan nilai moral merupakan indikator yang
sangat penting bagi mencegah seseorang individu daripada melakukan perkara
yang mungkar. Didikan agama akan menjadi abar kepada remaja daripada terjebak
dalam masalah sosial seperti pergaulan bebas, minum minuman keras dan
melakukan seks bebas. Hal ini demikian kerana ketaqwaan yang telah kejap dalam
sanubari remaja dapat menjadi benteng kepada mereka daripada melakukan
maksiat. Mereka dapat membuat pertimbangan yang wajar sebelum melakukan
sesuatu perbuatan. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan asas-asas ketaqwaan
dalam diri anak-anak sejak kecil kerana pada peringkat ini mereka mudah untuk
dibentuk kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa yang
bertaqwa akan memastikan anak-anak mereka mendapat didikan agama yang
mencukupi. Masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah berpunca
daripada sikap ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka memberikan
didikan agama yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Mereka sanggup
menghabiskan wang semata-mata untuk melihat anak mereka berjaya dalam
pelajaran tetapi tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab mereka
memberikan didikan agama dan nilai moral kepada anak-anak. Apabila asas agama
tidak kukuh, maka mereka mudah terperangkap dalam masalah-masalah seperti
seks bebas dan pembuangan bayi. Mufti Kelantan, Datuk Hj. Shukri Muhammad
mengingatkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak dengan asas-asas agama yang
kukuh bagi mengelakkan anak-anak remaja terjerumus dalam kemaksiatan. Beliau
melahirkan kebimbangannya kerana kes-kes yang melibatkan golongan remaja
seolah-olah sudah mencapai tahap yang kronik. Oleh itu, sudah terang lagi
bersuluh, didikan agama yang teguh mampu mengelakkan remaja terlibat dalam
masalah sosial.
Di samping itu, keluarga juga perlu mengawal pergerakan anak-anak mereka bagi
menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini. Tugas mendidik
anak-anak pada zaman ini sudah jauh berbeza jika dibandingkan dengan ibu bapa
pada zaman dahulu. Dalam hadis ada menyebut supaya mendidik anak-anak
mengikut zaman. Pada zaman dahulu, anak-anak tidak keluar rumah kerana tiada
tempat untuk berhibur. Hal ini berbeza jika dibandingkan pada masa sekarang. Pada

masa ini ibu bapa perlu mengetahui pergerakan anak-anak mereka kerana cabaran
dunia globalisasi kini menuntut ibu bapa supaya sentiasa memastikan anak-anak
mereka terhindar daripada pengaruh budaya kuning yang boleh merosakkan
minda mereka. Ibu bapa perlu merancang pergerakan anak-anak, mengetahui
kawan anak-anak mereka, bertanyakan tempat anak-anak ingin pergi dan
menetapkan masa pulang supaya mereka sentiasa dalam kawalan keluarga. Hal ini
penting kerana masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah
berpunca daripada kurangnya kawalan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Kawalan yang kurang menyebabkan anak-anak menjadi bebas kerana mereka
menganggap keluarga mereka tidak mempedulikan mereka. Oleh itu, anak-anak
akan melakukan perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merempit dan
tidak pulang ke rumah. Jika keluarga mengawal pergerakan anak-anak, masalah
sosial tidak akan berlaku kerana anak-anak berasakan keluarga mereka sentiasa
memerhati dan mengikuti setiap pergerakan mereka. Anak-anak akan lebih berhatihati jika ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Sebagai contoh, anakanak akan pulang ke rumah seperti yang diperintahkan oleh keluarga kerana tidak
mahu ibu bapa mereka risau jika tidak pulang mengikut masa yang ditetapkan. Oleh
itu, ibu bapa perlu mengawal anak-anak mereka supaya masalah sosial dalam
kalangan anak-anak remaja dapat ditangani dengan berkesan.

Akhir sekali, ibu bapa perlu memastikan hubungan antara mereka sentiasa harmoni
bagi mengelakkan anak-anak remaja terlibat dalam masalah sosial. Hubungan
suami isteri yang harmoni amat penting bagi membina keluarga yang bahagia.
Anak-anak akan berasa seronok apabila berada di rumah apabila hubungan antara
ahli keluarga menjadi rapat. Ibu bapa yang berjaya mewujudkan hubungan yang
mesra antara ahli keluarga mampu mewujudkan keluarga mawaddah. Perkara yang
menjadi masalah sekarang adalah ada ibu bapa yang terang-terangan bergaduh di
hadapan anak-anak terutama anak-anak yang sudah remaja. Pergaduhan ini akan
menyebabkan anak-anak berasa tertekan. Mereka akan bertindak keluar rumah
untuk menenangkan fikiran. Anak-anak ini akan mencari rakan yang boleh
memberikan ketenangan kepada dirinya. Jiwa yang renyah ini sangat mudah untuk
diperdaya oleh rakan-rakan yang sudah rosak akhlaknya menyebabkan mereka
akan terjerumus dalam masalah sosial. Menurut salah seorang remaja yang
ditangkap dalam serbuan kerana terlibat dalam pesta seks di Kedah tahun lalu
mengaku terpedaya dengan ajakan rakan-rakan kerana kecewa dengan sikap ibu
bapanya yang sering bergaduh walaupun melibatkan isu yang remeh-temeh. Kes ini
amat relevan dengan saranan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abdul Rahman
semasa berucap sempena majlis polis bersama komuniti di Kota Bharu baru-baru ini
yang mengingatkan para ibu bapa supaya mengambil tahu akan masalah anakanak dan mengawal pergerakan mereka kerana statistik remaja yang terlibat dalam
perlakuan jenayah di Kelantan semakin meningkat. Jadi, jelas menunjukkan bahawa
hubungan yang harmoni antara ibu bapa dan ahli keluarga dapat mewujudkan
suasana yang kondusif di rumah. Jika hal ini berlaku, saya pasti anak-anak remaja
tidak akan terlibat dalam masalah sosial sekali gus institusi keluarga dapat
dikukuhkan.

Kesimpulannya, keruntuhan institusi keluarga mempunyai kaitan dengan masalah


sosial dalam kalangan remaja pada masa ini. Ibu bapa perlu memastikan supaya
institusi keluarga yang dibina sentiasa kukuh dengan asas-asas agama yang
mantap. Didikan agama yang sempurna dapat membentuk anak-anak yang tinggi
nilai budi dan jati diri. Anak-anak yang membesar dalam situasi yang sedemikian
mampu mengawal diri mereka daripada terlibat dalam masalah sosial. Jika keadaan
ini dapat diwujudkan oleh ibu bapa sebagai pemimpin dalam keluarga, maka
keluarga mawaddah dapat dilahirkan. Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa
berucap sempena majlis penutup Hari Keluarga Mawaddah di Taman Tengku Anis
dua hari lepas mengingatkan ibu bapa supaya mengukuhkan ilmu keibubapaan
dalam diri masing-masing bagi memudahkan mereka menguruskan rumahtangga
dengan cemerlang. Jadi ibu bapa hendaklah berusaha memastikan institusi keluarga
sentiasa kukuh agar masyarakat madani mengikut acuan negara kita dapat
dilahirkan suatu hari nanti.

GEJALA GANGSTERISME
Dalam era globalisasi ini, masalah gangsterisme seolah-olah semakin menular
dikalangan masyarakat terutamanya bagi golangan remaja.Kemajuan yang dicapai
negara pada hari ini menjadi tidak begitu mantap dengan wujudnya penularan
gejala gangsterisme dikalangan masyarakat.Penglibatan gejala gangsterisme
terbahagi kepada dua golangan iaitu delinkuen dan devian.Delinkuen bermaksud
remaja yang bersekolah manakala devian pula merupakan golangan yang
melanggar norma masyarakat setempat.Menurut Haslina Hassan(2000),beliau
mengatakan delinkuen dan tindakan ganas remaja merupakan perlakuan yang
diwariskan oleh golangan terdahulu dan aktivitinya diluar kawasan sekolah.
Penularan gejala gangsterime mempunyai pelbagai faktor antaranya terdapat
pengaruh rakan sebaya.Menurut Artwater(1998) rakan sebaya merupakan rakan
seumur dan boleh dikategorikan sebagai rakan sepermainan atau rakan
seperjuangan.Hal yang sedemikian, membolehkan golangan ini menerima pelbagai
pengaruh melalui rakan sebaya sama ada negatif ataupun positif sesuatu perkara
tersebut.Selain itu keakraban yang terjalin melalui rakan sebaya dapat membentuk
norma seseorang dan seterusnya kelembah kehancuran ataupun kebaikkan.Jesteru

itu, pemilihan rakan sebaya amat penting kepada segenap lapisan masyarakat
kearah pembetukan masyarakat yang bertamadun pada masa akan datang.
Media massa juga tidak terlepas daripada faktor yang menyumbang penglibatan
masyarakat kekancah gejala gangsterisme.Media massa bermaksud proses
komunikasi yang mengasaskan usaha bagi mengatur sefahaman antara manusia
menerusi bahasa yang diucapkan.Penglibatan media massa kearah penambahan
golangan remaja terhadap gejala gangsterisme adalah melalui filem aksi yang
ditayangkan,majalah-majalah serta pendedahan terhadap gejala gangsterisme
melalui televisyen.Pengaruh media massa sangat mempengaruhi pemikiran dan
perlakuan masyarakat pada masa ini.Hal ini, menunjukkan peranan yang dimainkan
media massa perlu diambil kira supaya pembentukan norma masyarakat dapat
diperhalusi dan dipenuhi dengan pelbagai nilai estetika yang baik.
Gejala gansterisme juga berpunca daripada pergolakan kelurga.Menurut takrif
antropologi kelurga merupakan satu unit kumpulan keluarga,manakala Frend(1953)
mengatakan keluarga dirujuk sebagai kombinasi ibu,bapa,dan anak yang tinggal
serumah.Keluarga juga merupakan model penting kearah pembentukan norma
remaja.Kemusnahan institusi keluarga dapat memberi sumbangan besar kearah
peningkatan gejala gangsterisme,contohnya di sekolah terdapat pelbagai masalah
sosial dikalangan remaja termasuklah menjadi ahli gangster dengan melakukan
pelbagai perlakuan jahat untuk kepentingan kumpulan gangster tersebut tanpa
menghiraukan kesengsaraan orang lain.Pergolakan keluarga membolehkan anakanak mereka terlibat dengan gejala gangsterisme sebagai jalan kepada mereka
melepaskan stress dan akhirnya menyebabkan mereka menjadi seronok seterusnya
wujudlah penambahan ahli baru dalam gang gangsterisme.Hal
sedemikian,menunjukkan gejala gangsterisme kian menjadi kebimbangan peneraju
Negara untuk mencari penganti pada masa hadapan supaya dapat meneruskan
perjuangan mereka memartabatkan negara seiring dengan hasrat kerajaan
mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Selain itu,terdapat pelbagai langkah yang efisyen dapat dilaksanakan bagi


menangani masalah penularan gejala gangsterisme ,antaranya pengwujudan rakan
cop.Rakan cop merupakan antara langkah yang dibuat melibatkan kerjasama
daripada masyarakat bagi mengurangkan gejala gangsterime dikalangan
masyarakat.Melalui langkah tersebut keberkasan mengesan aktiviti gangsterisme
akan menjadi mudah seterusnya pengurangan statistik gejala ini semakin
rendah.Menurut berita harian pada 12 julai 2001 melaporkan dalam tempoh 10
tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan
pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi pelajar dan remaja
perempuan.Peratusannya semakin meningkat sehingga kehari ini.Tamsilnya,
penyekatan terhadap gejala ini perlu dipandang serius supaya kepincangan negara
dimasa hadapan tidak akan berlaku.

Gejala gangsterisme juga dapat dikurangkan melalui pemilihan rakan.Individu


haruslah pandai memilih rakan yang sesuai untuk dijadikan teman kerana hampir
lebih 50 peratus sikap seseorang dipengaruhi oleh rakan sebaya.Banyak
pembaziran masa akan berlaku hanya kerana mengiginkan kebebasan.Implikasinya
mengakibatkan pelbagai aktiviti yang tidak sihat berlaku akhirnya penglibatan
mereka terikut-ikut kearah perkara negatif seperti kumpulan gangster dan
sebagainya,jika masih berleluasa maka masalah ini tidak akan berkurang.

Langkah seterusnya adalah meminda Mahkamah Juana 1947 dengan mengetatkan


lagi hukuman kepada pesalah dibawah umur.Penglibatan remaja pada hari ini
adalah pada tahap membimbangkan kerana gejala samseng atau gangsterisme
disekolah menengah diseluruh negara juga meningkat.Mereka ternyata semakin
berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah
termasuk menggunakan senjata berbahaya,contohnya Tee Kui Kat dibelasah ketika
berada dikawasan sekolah ketika beliau berada ditingkatan 4 pada tahun 2008.Hal
ini, secara tidak langsung mengakibatkan ketakutan kepada pelajar-pelajar kerana
ketidakselamatan berada disekolah.

Tuntasnya disini,gejala gangsterisme perlu ditangani dengan drastik terutamanya


disekolah bagi golangan remaja.Pantauan daripada ibu dan bapa serta penjaga
amatlah perlu kerana mereka lebih rapat dan memahami kehendak dan tingkahlaku
anak-anak mereka.Jesteru itu,semua pihak haruslah berganding bahu menangani
masalah gangsterisme dikalangan generasi kini supaya kestabilan serta
ketamadunan Malaysia dapat dibentuk berdasarkan sahsiah dan kecemerlangan
yang terpuji masyarakat seiring mengapai hasrat kerajaan mencapai negara maju
menjelang tahun 2020.