Anda di halaman 1dari 9

OPIAT

Juga dikenali Sebagai Narkotik.


Jenis - jenis dadah seperti di bawah adalah dikategorikan sebagai Narkotik.

CANDU

MORFIN

HEROIN

KODEIN

C AN D U
Candu ialah cairan berupa susu yang kering yang diperolehi daripada torehan buah popi yang
belum masak.
Ia berupa tar yang mempunyai bau dan rasa yang pahit.
Ia dimasak dengan air hingga berubah warnanya dan menjadi coklat kehitaman dan dikenali
sebagai candu masak.
Bahan kimia Narkotik yang terdapat di dalam candu Heroin, Morfin dan Kodein
Pokok popi ditanam di kawasan Golden Triangle (Myanmar, Thailand, Laos, Cina) Golden
Crescent (Afghanistan, Pakistan, Iran) dan Emerald Triangle (Maxico, Colombia, Peru). Selain
dari kawasan ini, popi juga ditanam di India, Turki, Guatemala dan Australia. Methadon dan
Pathidine juga tergolong dalam jenis Narkotik dan ia adalah sintetik buatan manusia.

Menuai Candu

Pokok Popi

CANDU MASAK
Ia didapati melalui proses ringkas yang melibatkan percampuran candu mentah dengan air yang
kemudiannya ditapis untuk di asingkan kotoran seperti habuk daun popi. Bahan ini dipanaskan
sehingga menjadi pekat. Candu masak boleh dimakan dan dihisap dengan menggunakan paip
atau dengan cara chasing the dragon (Chase).

MORFIN
MORFIN MENTAH (Bentuk Blok)
Morfin jenis ini didapati dalam bentuk blok atau serbuk. Bentuk blok selalunya berukuran 5cm x
10cm x 15 cm dan beratnya 1,200 gram hingga 1,500 gram. Warna blok berbeza-beza dari putih
ke coklat gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda 999. Blok ini pada umumnya
mengandungi 70% hingga 90% Morfin Hidroklorik.

MORFIN MENTAH (Bentuk Serbuk) (Heroin No. 1)


Dalam bentuk serbuk, Morfin Mentah berwarna putih atau coklat dan berbiji halus. Ia didapati
setelah blok Morfin Mentah dibahagikan dengan menggunakan gergaji atau setelah blok tersebut
dihancurkan sebelum Morfin Mentah diproses menjadi Heroin. Kadangkala ia disebut juga
sebagai Heroin No. 1.

HEROIN
Heroin ialah dadah yang paling popular digunakan oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin
merupakan serbuk habluran putih yang diperolehi daripada Morfin melalui proses kimia. 10
kilogram Candu akan menghasilkan 1 kilogram Heroin.

HEROIN BASE (Heroin No. 2)


Heroin bes merupakan heroin yang siap dikeluarkan. Ia adalah pepejal yang boleh dihancurkan
dengan tangan untuk dijadikan serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu pucat ke coklat gelap
atau kelabu gelap. Kadangkala ia dikenali sebagai
Heroin No. 2.

HEROIN NO. 3
Heroin No. 3 berwarna dari coklat muda ke kelabu gelap. Bahan campuran utamanya ialah
Kafein. Kadangkala Barbiturat juga icampurkan ketika proses pengeluaran. Ketulenan Heroin
No. 3 berbeza-beza iaitu ia mengandungi di antara 25% hingga 45% Diasetil Morfin.

HEROIN NO. 4
Heroin No. 4 ialah serbuk halus berwarna putih dan putih kuning dengan kandungannya
sehingga 98% Diasetil Morfin Hidroklorik. Heroin jenis ini selalunya disuntik

HEROIN (Tiub Straw)


Dari bulan Januari hingga Jun 1989 antara penagih baru yang dikesan, penagih heroinlah yang
paling ramai iaitu seramai 2,025 orang berbanding dengan dadah jenis lain

KODIEN
KODEIN Diperolehi dari Candu dan Morfin, tetapi dosnya terlalu lemah.Kegunaannya untuk
meringankan rasa sakit yang ringan. Bahan gantian Heroin atau Morfin.Kodein boleh didapati
Dalam ubat batuk. Beberapa Pil (Tablet) - Asprin dan Acetaminophen.

TANDA-TANDA PENAGIHAN OPIAT


Mata dan hidung berair
Menguap
Hilang selera
Ketar
Cepat meradang
Panik
Sejuk, berpeluh
Kejang
Mual

A.kesan-kesan MORFIN
Mata hitam mengecil
Pertuturan tidak nyata
Tekanan darah turun
Mengantuk
Peredaran darah menjadi lambat
Kurang selera makan
Khayal
Tidur dalam keadaan tidak sedar jaga semula

Turun berat badan


Pergantungan fizikal & Psikologikal

B.kesan-kesan CANDU & HEROIN


Risiko dos berlebihan
Boleh mengakibatkan kematian mengejut
Risiko kemalangan
Dalam keadaan mabuk/khayal, penagih
tidak dapat mengawal pergerakan badan
Risiko jangkitan penyakit
Jangkitan penyakit seperti AIDs, hepatitis,
kancing gigi
Keracunan darah boleh berlaku apabila penagih menggunakan alat-alat suntikan
yang kotor