Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan:

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan


ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti
tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat,
alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Dari segi
konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi
pekerjaan seseorang.
Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu
mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak
mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan. Profesionalisme seseorang
guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan
nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan
nilai pelajar. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan
menentukan iklim pembelajaran pelajar.
Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan
usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar,
sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini
ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran,
penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat
dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan
menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran dalam kalangan pelajar.
Profesion perguruan merupakan satu bentuk perhidmatan sosial yang amat
mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka
terhadap perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan,
pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan. (Ibrahim Ahmad
Bajunid, 1995). Justeru, dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam
pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi
lebih mencabar.

Ulasan jurnal- Teaching for better learning

Beberapa faktor yang menggalakkan pembelajaran asas dan scenario ini


seharusnya dikurangkan. Motivasi ekstrinsik, terutamanya menggunakan
pengukuhan negative; suasana bilik darjah yang sejuk; beban kerja berlebihan,
terutamanya 'busywork' dan rutin yang tidak diperlukan; dan penilaian yang
berlebihan dan tidak sesuai.Kebanyakkan faktor-faktor ini terutamanya
personality seseorang itu tidak mudah dikenali oleh orang
lain.Walaubagaimanapun, senario ini boleh berlaku. Dengan sesuainya,
mesyuarat kakitangan perlu diadakan untuk merasionalkan beban kerja, rutin,
sistem ganjaran atau sistem hukuman, dan sebagainya.

Sistem interaksi komplex, seperti bilik darjah, sekolah, atau State Department,
yang bekerja atas prinsip sistemik, dari penambahan bahagian komponen dalam
system akan mempengaruhi yang lain, dan mencapai fungsi serta equilib
berterusan. Guru pakar telah dijumpai dan beliau telah belajar di Hong Kong, dan
tidak dinafikan bahawa beberapa projek yang Berjaya telahdijalankan oleh
beliau.

Reflektif- Perkembangan kerjaya guru


Pembangunan sumber rnanusia rnelibatkan sekurang-kurangnya empat
aspek: orientasi, sosialisasi, latihan, dan pembangunan (Dessler,1997).
Orientasi ialah satu prosedur bagi menyediakan maklumat latar belakang
asas organisasi kepada staf barn. Sosialisasi adalah proses berterusan
menerapkan dalam diri setiap staf akan sikap, piawai, nilai dan bentuk tingkah
laku yang diharapkan daripada staf oleh organisasi. Latihan merupakan satu
proses mengajar dan mendidik staf kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan
dalam melaksanakan tugas semasa mereka. Pembangunan pula merujuk
kepada sebarang usaha untuk membaiki prestasi semasa atau masa
hadapan secara menyeluruh melalui penyampaian ilmu, perubahan sikap
serta mernpertingkatkan kemahiran (Dessler, 1997).
Orientasi
Hari pertama guru mendaftar diri di sekolah! Apakah tanggungjawab pengurus
dan apa pula tanggungjawab guru?
Pengurus seharusnya sudah bersedia dan merancang bagi menyambut
kedatangan guru baru. Pengurus perlu sedar bahawa hari pertama guru
merupakan hari mereka menentukan first impression terhadap sekolah.
Manakala pihak guru pula seharusnya datang ke sekolah dengan sikap
terbuka dan bersikap positif supaya langkah pertama ke dalam profesion
barunya itu memberangsangkan. Orientasi bagi guru-guru barn amat berharga
dan ia memberi peluang kepada mereka mengenali sekolah secara lebih dekat
serta memahami tanggungjawab yang bakal mereka Iaksanakan. Walaupun
pendidikan keguruan di Malaysia adalah baik dan guru-guru pelatih telah melalui
latihan yang komprehensif tetapi guru-guru barn masih perlu diberi peluang
berterusan mempertingkatkan profesionalisme serta menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah baru mereka.

Pengurus yang cekap dan berwawasan berusaha bersungguhsungguh untuk memimpin guru bermula dari hari pertama menjejak kaki ke
sekolah. Usaha ini akan lebih berkesan jika hubungan dengan staf baru dapat
dilakukan lebih awal iaitu sebaik menerima nama mereka daripada Jabatan
Pelajaran. Pengurus boleh menawarkan bantuan dan sokongan yang diperlukan
mereka dalam proses mempersiapkan diri untuk mendaftar sebagai anggota
keluarga barn sekolah berkenaan.
D a l a m k e a d a a n i n i o r a n g p e r t a m a ya n g ditemui staf barn
berkenaan adalah orang yang sangat penting di organisasi tersebut dan
ini sudah pasti merupakan first impression yang positif. First impression
yang positif sangat penting bagi setiap staf barn bagi meneruskan
hayat mereka dalam organisasi berkenaan secara positif.
Bagi pihak guru pula, sikap proaktif untuk mencari sebanyak mungkin
maklumat tentang sekolah serta berkenalan dengan seramai mungkin staf di
sekolah amat penting. Bimbingan dan bantuan perlu dieari dan perlu disedari
bahawa bukan semuanya akan diperoleh dengan mudah, ibarat kata pepatah:
"yang bulat datang menggolek dan yang leper dating melayang.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak guru sebenarnyaakan menjadi
perangsang kepada pihak pengurus serta komuniti sekolah untuk memberikan
sokongan dan bantuan yang terbaik.
Program orientasi yang biasa dilakukan di sekolah adalah dalam bentuk
taklimat tentang latar belakang sekolah, staf, persekitarandan seumpamanya.
Guru barn harus menggunakan peluang ini, bukan sahaja untuk bertanya dan
berbincang tetapi juga perIu mencuba mendekati seniors yang boleh dijadikan
sebagai mentor. Ramai guru senior yang bersedia untuk membantu sekiranya
guru barn dapat memenangi hati mereka. Sikap merendah diri serta
menghormati orang yang lebih tua dan lebih lama di sekolah tidak akan
menjejaskan ego tetapi sebaliknya akan memberikan hasil yang positif.

Sosialisasi
Program orientasi yang efektif seharusnya diikuti dengan penyediaan
suasana serta pesekitaran sosial yang kondusif. Proses sosiolisasi yang dilalui
staf baru Iebih berpengaruh ke atas dirinya berbanding dengan apa yang
disampaikan semasa orientasi (Dessler, 1997). Sekiranya persekitaran serta
budaya yang wujud di sekolah berkenaan selaras dengan apa yang didedahkan
kepada mereka semasa orientasi, ia akan menjadi komplementari dan
memperkukuh nilai yang telah mereka peroleh. Sebaliknya, jika persekitaran dan
budaya sekolah agak negatif, melalui proses sosialisasi, staf baru akan turut
terpengaruh dengan budaya yang negatif.
Proses sosialisasi merupakan proses yang panjang dan
mempunyanyi impak mendalam kepada staf. Staf di sekolah mengambil
masa yang lama untuk melalui proses akulturasi diri kepada persekitaran
organisasi. Nilai yang diperoleh melalui proses sosiolisasi ialah nilai yang diambil
(captured values) berbeza dengan nihil yang diajarkan (taught values)
semasa orientasi.
Nilai yang diambil biasanya lebih berkesan dan mendalam berbanding
dengan nilai yang diajarkan. Dari perspektif pengurusan, pihak sekolah perlu
membina dan mempertahan budaya d a n p e r s e k i t a r a n ya n g p o s i t i f . Guruguru dan staf termasuk guru baru di sekolah amat memerlukan persekitaran
yang kondusif bagi memperoleh mereka membangunkan profesionalisme di
samping dapat berhubung sesama sendiri dalam suasana yang harmoni.
Kajian- kajian tentang kepuasan kerja banyak menunjukkan hubungan
interpersonal dan persekitaran, suasana kerja yang harmoni, harga diri serta
peluang pembangunan profesional merupakan faktor penting kepuasan kerja
guru- guru (Abd, GhaniIshak, 1993; Mazlan Abdullah, 1992; Nawi Jusoh,
1991; Salmah Othman& MairnoonJantan, 1996).
Di samping itu, kajian Muhamad SaniIbrahim dan Zuraidah A. Majid
(2002) menunjukkan 13.4 peratus guru permulaan di Wilayah Persekutuan

meninggalkan profesion perguruan dalam tempoh lima tahun pertama berpunca


daripada pelbagai masalah berkaitan dengan kepuasan kerja. Daripada kajiankajian di atas, tiada satu pun yang menyenaraikan gaji sebagai faktor utama
kepuasan kerja. Berdasarkan pengamatan penulis, dapatan ini bukan
menunjukkan gaji tidak penting tetapi guru-guru sebagaimana kakitangan
kerajaan yang lain sedar tentang kedudukan skim gaji agensi kerajaan yang
berbeza dengan skim gaji swasta. Oleh itu, mereka berharap sekurangkurangnya dapat bekerja dalam suasana dan persekitaran yang menarik
dan menggembirakan di samping dapat mengecap kepuasan dan
keseronokan profesionalisme. Guru-guru boleh menentukan suasana kerja yang
mereka mahukan dan seterusnya mewujudkan kolaborasi dan saling
membangun profesionalisme masing-masing.
Kerjasama dan sikap saling membantu dalam kalangan guru tidak
seharusnya berkisar sekad a r isu-isu personal sahaja. Ia seharusnya
menjangkau aspek professional dan kerjaya.
Pemupukan kolaborasi dalam kalangan guru memberi peluang
kepada setiap individu guru membantu meringankan masalah peribadi
dan profesion sekaligus. Pemupukan kolaborasi menuntut perkongsian nilai
dan koperatif dalam bekerja disamping saling menyayangi antara satu sama lain.
Di sekolah yang terbina budaya permuafakatan, guru-gurunya akan menjadi
resource person antara satu sarna lain. Kemuncak kepada usaha ini
pembinaan sebuah komuniti pembelajaran secara kolaboratif.
Latihan
Dari masa ke semasa guru-guru di sekolah memerlukan latihan kursus
untuk meningkatkan kemahiran dan ketrampilan dalam bidang-bidang tertentu.
Kemahiran dan ketrampilan guru-guru perlu terus diperbaharui seiring dengan
perubahan yang berlaku sama ada kepada kandungan (content) atau
pendekatan pengajaran dan pembalajaran. Bagaimana pun, perlu disedari

bahawa latihan bukan penyelesaian kepada semua masalah yang wujud di


sekolah.
Oleh yang demikian, latihan yang dirancang seharusnya benar-benar
memenuhi keperluan. Pengurusan latihan dalaman yang sistematik bermula
dengan mengenal pasti keperluan diikuti dengan mereka bentuk, pelaksanaan
serta penilaian secara berkesan dapat membendung pendekatan simplistik ini.
Mengendalikan latihan biasanya menelan kos yang agak tinggi.
Perkongsian sumber antara sekolah atau di peringkat daerah dapat menjimatkan
kos serta dapat memaksimumkan penggunaan sumber-sumber tersebut. Di
samping latihan dalaman, guru-guru juga berpeluang menghadiri pelbagai latihan
yang dianjurkan oleh pihak luar. Sebahagian besar program latihan diadakan
semasa penggal persekolahan. Keadaan ini boleh menjejaskan tugas guru di
bilik darjah. Oleh itu, pertimbangan yang wajar disertai tindakan proaktif harus
dilakukan supaya guru-guru tidak terlepas peluang kursus dan dalam masa yang
proses pengajaran dan pembalajaran tidak terabai.
Adalah sesuatu yang agak aneh sekiranya masih ada sekolah
yang cuba menutup peluang latihan semata-mata kerana tidak mahu guru
meninggalkan sekolah. Latihan merupakan pelaburan jangka masa
panjang yang memerlukan pengorbanan daripada pelbagai pihak. Di negaranegara maju keperluan menghadiri latihan adalah menjadi syarat untuk
memperbaharui lesen mengajar. Dalam konteks ini, perkembangan terbaru
dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang mewajibkan kakitangan menghadiri
latihan pada peringkat tertentu adalah satu perkembangan yang menggalakkan
(Kerajaan Malaysia, 2002).

Pembangunan
Aspek pembangunan diri guru merupakan program berterusan dan
bersifat jangka panjang. Ia juga merupakan program terancang dan dilaksanakan

secara sistematik. Pelbagai pendekatan dan kaedah boleh digunakan, antaranya


kursus, bimbingan, mentoring, pembelajaran cyber dan seumpamanya. Program
ini boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan di samping itu guru dengan
inisiatif sendiri boleh meneroka pelbagai pendekatan yang sesuai dengan diri
masing-masing.
Dalam konteks ini konsep pembelajaran sepanjang hayat amat relevan
sekali. Sebagaimana proses pendidikan, proses pembangunan diri guru juga
melihatkan tiga domain utama iaitu: kognitif, afektif, dan psikomotor. Domain
kognitif merujuk kepada ilmu; afektif merujuk kepada aspek nilai; dan psikomotor
merujuk kepada aspek kemahiran. Pembangunan bersepadu dan seimbang
meliputi rohani, jasmani dan akal harus dititikberatkan seperti mana yang tersurat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras dan tunjang kepada
kesepaduan sistem pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan
perkembangan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam program pembangunan
diri guru secara berterusan sebenarnya merupakan kesinambungan program
pendidikan guru di maktab perguruan dan universiti.
Kadang-kadang aspek nilai kurang diberi penekanan dalam kerjaya guru
sedangkan aspek ini merupakan aspek penting yang membina keluhuran
peribadi guru di samping membolehkan mereka memiliki sikap terpuji serta
komitmen yang tinggi terhadap tugas. Pembangunan rohani yang menekankan
kekuatan dalaman sebenarnya menjadi penggerak intrinsik yang
tidak terbatas kepada ruang, masa dan waktu. lnternally induced disiplin lebih
berkesan daripada externally imposed disiplin.
Guru-guru yang memiliki kekuatan dalaman lebih bertanggungjawab
terhadap tugas kerana tugas guru dilihat sebagai amanah yang perlu
disempumakan sepenuhnya. Tanpa memperkecil motivasi ekstrinsik dalam
bentuk ganjaran dan faedah luaran, motivasi instrinsik yang berdasarkan nilai
dalaman merupakan prasyarat utama kejayaan seseorang guru melaksanakan
amanahnya (Saedah Siraj, Zainun Ishak & Tunku Mohani Tunku Mohtar, 1996).

Dalam hal ini, guru-guru seharusnya peka dan sentiasa mencari peluang untuk
membangun dan mempertingkatkan kekuatan dalaman masing-masing. Guru
yang berjaya menggarap dan menghayati konsep pembangunan
bersepadu akan menjadi role model kepada pelajar dan rakan sekerjanya.
Satu perkara yang berkait rapat dengan aspek nilai ialah sikap guru
terhadap profesion yang diceburi. Guru yang berkesan adalah guru yang
berminat dan cinta kepada profesionnya. Minat guru kepada profesion dapat
dilihat daripada pelbagai sudut. Highet(1950) dalam buku klasiknya,
The Art a/Teaching, menjelaskan tiga ciri guru yang berkualiti dan cintakan
profesion iaitu:
1) Mengetahui bidang pengajarannya;
2) Sukadengan bidang yang diajar; dan
3) Sayang pelajarnya.
Mohamad Sani Ibrahim (2001) pula mengemukakan tiga cirri guru yang
professional iaitu:
1) Berilmu (content knowledge);
2 ) Mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaranpembelajaran (pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge);
3 ) Mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada
golongan yang dipimpin.
Dalam soal ini adalah sukar untuk menganggap seseorang guru itu
berminat dan profesional jika guru itu tidak komited kepada profesion serta
sayang kepada klien utamanya iaitu pelajar. Di sesetengah sekolah mungkin
masih wujud segolongan kecil guru dengan pelbagai tingkah laku yang tidak
menampakkan keperihatinan terhadap pelajar sama ada dari segi kesungguhan
mendidik dan membelai serta kesungguhan meningkatkan ilmudan ketrampilan.
Sebelas peratus tidak berpuas hati dan lapan belas peratus merasa ragu untuk

menggalakkan rakan lain menjadi guru. Sekitar sebelas peratus menyatakan


mereka tidak akan memilih profesion keguruan jika diberi peluang memilih
semula. Walaupun jumlah guru yang tidak berminat dengan profesion keguruan
ini tidak besar tetapi kewujudan fenomena ini tidah harus dipandang ringan.
Oleh itu, seboleh-bolehnya semua guru seharusnya berminat terhadap
profesion yang dipilih secara sukarela. Mungkin ada calon-calon guru yang
terpaksa menjadi guru kerana tiada pilihan pekerjaan yang lain. Dalam soal ini,
selepas diterima masuk ke dalam profesion keguruan, guru tersebut harus
mengubah sikap dan cuba mencintai profesion yang diceburi. Dari perspektif
pengurusan sekolah, pihak pengetua sekolah melalui pembangunan sumber
manusia harus melaksanakan sesuatu untuk mengubah minda dan sikap guru
berkenaan. Pembangunan kognitif melalui penekanan penguasaan ilmu
merupakan domain yang tidak kurang penting. Melalui program pembangunan
diri staf, organisasi sekolah serta setiap guru harus mempelbagaikan usaha
dalam meningkatkan ilmu pengetahuan serta menanam perasaan cinta kepada
ilmu pengetahuan.
Program pemupukan budaya ilmu amat krusial dihayati oleh guru.
Sekiranya guru-guru leka dengan perkembangan ini maka dikhuatiri pelajarpelajarnya akan jauh ke depan khasnya pelajar bandar yang berupaya
mengakses maklumat dan ilmu dengan perantaraan ICT yang canggih. Tanpa
perkembangan ilmu, pengalamannya tidak akan bertambah dan
kecenderungannya ialah mengulangi pengalaman tahun pertama pada setiap
tahun. Apa yang diajar tahun sebelunmya diulangi pada tahun berikut tanpa
sebarang inovasi walaupun masa dan pelajarnya telah berubah. Jika ini berlaku
guru berkenaan akan terperangkap dalam fenomena banduan kepada
pengalaman sendiri (prisoners of their own experience).

Rumusan:
Guru merupakan suatu kerjaya yang amat profesion. Guru telah
memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik generasi muda
negara. Generasi muda yang berkualiti baru dapat menyumbangkan bakti
kepada negara supaya ekonomi dan sosial negara dapat berkembang maju.
Oleh itu, kualiti guru yang baik amat diperlukan untuk melahirkan generasi
muda yang berkualiti. Latihan dan kursus yang berkualiti, kelihatan
berkompetensi dan berkeyakinan perlu diberikan kepada para pendidik supaya
mereka dapat bersedia dengan secukupnya untuk menghadapi apa-apa
rintangan dalam pelajaran dan pembelajaran.
Namun demikian, masih ada ramai guru kurang bersedia dalam
menghadapi cabaran-cabaran di bilik darjah. Antara cabaran yang akan dihadapi
oleh guru, terutama guru baharu ialah disiplin kelas, hubungan dengan ibu bapa,
pengurusan bilik darjah, hubungan dengan rakan sekerja, perancangan dan
persediaan mengajar dan lain-lain lagi.
Bagi mengatasi masalah yang akan dihadapi, guru-guru harus
mempertingkatkan profesionalisme serta menyesuaikan diri dengan persekitaran
sekolah baru mereka. Selepas telah menyesuaikan diri dengan persekitaran
yang baharu, guru-guru harus menjalinkan hubungan yang erat dengan rakan
sekerja dan pengurus supaya dapat melahirkan suasana kerja yang harmoni.
Guru-guru juga perlu belajar untuk menghormati guru-guru yang lebih tua atau
lama di sekolah itu.
Selepas itu, guru-guru memerlukan latihan praktikal yang secukupnya
supaya kemahiran dan ketrampilan dapat ditingkatkan dan dapat menghadapi
pelbagai rintangan dengan matang dan sabar. Pengalaman harus ditimbul dalam
jangka masa yang panjang.
Di samping itu, pembangunan guru perlu dijalankan sepanjang masa.
Pelbagai pendekatan dan kaedah boleh digunakan, antaranya kursus,

bimbingan, mentoring, pembelajaran siber dan seumpamanya. Seorang guru


perlu sentiasa membaharukan informasi terbaru supaya tidak dipinggir oleh
masyarakat.
Kesimpulannya, guru yang cemerlang merupakan guru yang proaktif,
inovasi dan kreatif. Para pendidik perlu sedar akan peranan diri dalam mendidik
anak-anak bangsa yang sebagai tonggak negara, pujangga melayu pernah
mengatakan bahawa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Harap
para pendidik dapat melaksanakan tanggungjawab diri sendiri agar dapat
menyumbangkan bakti kepada pembangunan insan.

Bibliografi
Internet:
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan.
http://www.slideshare.net/MunirahMuni/laluan-kerjaya-dalam-profesion-keguruan
Perkembangan professional guru secara berterusan perspektif pembangunan
sunber manusia.
http://www.scribd.com/doc/13575948/PERKEMBANGAN-PROFESIONALGURU-SECARA-BERTERUSANPERSPEKTIF-PEMBANGUNAN-SUMBERMANUSIA
Profesionalisme perguruan.
http://webmastering1.tripod.com/nantha/rank2.html
Jurnal: