Anda di halaman 1dari 1

Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan


suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti
yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan
memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan
menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak
memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan
sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun
sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang
murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan
cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam
proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna
untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem
pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi
pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan
sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan


sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk
berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang
mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu
organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara
lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji
kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah
organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu
menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan
tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya.

Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar
tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi,
perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan
dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual,
konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu
diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan
dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu
menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh
Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat
menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat
dilaksankan dengan baik

Anda mungkin juga menyukai