Anda di halaman 1dari 3

Amalan Menyimpan Wang.

Amalan menyimpan wang adalah amalan yang baik dan berfaedah. Amalan ini patut
kita amalkan semenjak kita kanak-kanak lagi. Amalan ini akan dapat membantu kita pada
masa yang akan datang.
Saya menyimpan wang sejak saya masih kecil lagi. Wang saya itu saya simpan di dalam
tabung. Apabila tabung saya sudah penuh, saya akan meminta ibu atau ayah saya membawa
saya ke bank pula. Saya ke sana kerana ingin menyimpan wang saya itu ke dalam akaun saya.
Saya selalunya tidak menghabiskan wang belanja saya. Saya akan menyimpan baki
wang belanja saya. Kadang-kadang pakcik dan makcik saya juga ada memberi wang jika
mereka melawat kami. Duit itu juga saya simpan. Wang simpanan saya akan bertambah
setiap kali hari raya. Duit raya yang saya kumpul akan saya simpan di dalam bank.
Saya akan menggunakan wang simpan saya itu sehingga masa saya atau keluarga saya
memerlukannya. Saya sedia menggunakan wang tersebut di waktu kami bebar-benar
memerlukannya. Jika tidak digunakan, saya akan menyimpan wang tersebut untuk mencapai
cita-cita saya menjadi seorang doktor.

Kebaikan Aktiviti Sukan.


Aktiviti sukan memberikan kebaikan kepada kita. Bersukan dapat menanamkan nilainilai positif dalam diri kita. Selain itu, kita dapat menjaga kesihatan tubuh badan dengan
menyertai kegiatan sukan.
Murid-murid sekolah hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Tujuan kita
bersukan bukan sahaja untuk menang di dalam sesuatu pertandingan. Kita bersukan supaya
kita dapat mendisplinkan diri kita.
Kita juga dapat mengeratkan persahabatan dengan bersukan. Semangat kesukanan
jika benar-benar difahami akan menjadikan diri kita lebih bertolak-ansur dan tidak cepat
marah. Hal ini tentu akan dapat mengeratkan persahabatan dengan ahli pasukan yang lain.
Acara sukan memerlukan disiplin yang ketat. Jika kita mengikuti disiplin atau
peraturan, kita akan dapat meningkatkan kebolehan kita. Lebih penting lagi, kita dapat
menjadikan diri kita lebih berdisiplin dalam mematuhi arahan dan peraturan.
Akhir sekali, kita patutlah melakukan aktiviti sukan pada setiap hari. Apabila badan
kita berpeluh, kita akan menjadi lebih cergas dan otak kita pun akan menjadi lebih cerdas.
Rajin-rajinlah bersukan supaya kita sihat dan lebih berjaya.

Pengalaman Semasa Hari Raya.


Hari itu saya bangun awal daripada kebiasaannya. Saya lihat ayah dan ibu saya sudah bangun
dan bersiap lebih awal. Selepas mandi, saya memakai pakaian baru. Baju Melayu berwarna
merah. Semua ahli keluarga saya juga memakai baju baru berwarna merah. Ayah meminta
saya bersiap segera kerana kami akan bersembahyang sunat hari raya. Kami bersembahyang
di masjid yang berdekatan dengan rumah kami. Kami pergi ke sana beramai-ramai.
Setelah pulang dari sembahyang di masjid. Kami sekeluarga kemudiannya menziarahi
pusara datuk dan nenek. Kami juga tidak lupa menziarahi pusara saudara-mara yang telah
meninggal dunia. Setalah kembali dari menziarahi pusara. Saya bersama-sama ahli keluarga
yang lain telah kembali ke rumah. Di rumah, kami saling bermaaf-maafan. Ayah dan ibu
memberi kami duit raya. Saya rasa sangat gembira.
Kami menjamu selera dan menikmati juadah tradisional yang telah ibu sediakan. Makanan
tersebut enak dan sedap-sedap semuanya. Terdapat pelbagai kuih dan biskut kegemaran
saya terhidang pada hari itu. Saya berasa sungguh kenyang dan puas hati.
Sebenarnya, sehari sebelum hari raya tiba saya telah membantu ibu menyediakan
hidangan tersebut. Makanan seperti rendang, ketupat, lemang, nasi himpit telah kami
sediakan. Hidang tersebut kami hidangkan kepada para tetamu yang datang. Mereka memuji
keenakkan masakkan ibu. Ibu tersenyum.
Hari kedua, hari raya kami telah pulang ke kampung. Di kampung, saya telah mengunjungi
saudara-mara saya. Ayah dan ibu gembira. Kami saling kunjung-mengunjungi. Hal ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim.
Saya rasa sayalah yang paling gembira. Ini kerana selain mengunjungi saudara-mara, saya
juga dapat mengumpul banyak duit raya. Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan
semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Aku Sebatang Pensel.


Aku sebatang pensel 2B berjenama steadler.Aku dibuat di sebuah kilang di SRI
GADING.Tubuh aku terdiri daripada kayu dan karbon yang berwarna hitam.
Apabila aku sudah sempurna sebagai pensel,aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak
bersama 11 rakan yang lain.Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak yang
lebih besar.Aku tidak sabar untuk dihantar ke kedai.

Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke dalam van.Van terus bergerak membawa


saya dan rakan-rakan.Apabila terbuka sahaja,saya mendapati diri saya sudah berada
di kedai buku.
"Belilah dua batang,waktu periksa nanti senang,"kata seorang lelaki kepada
anaknya.Alangkah gembiranya saya apabila ada seorang yang ingin membeli aku.Dengan
bayaran RM0.40,kini aku sudah mempunyai tuan.
Muncung tubuh aku ditajamkan.Tuan aku membawa aku untuk menghadapi
peperiksaan UPSR.Aku berbakti kepada tuan aku dengan bersungguh-sungguh.
Namun begitu,apabila aku menjadi semakin pendek.Tuan aku akhirnya membuang
aku dan menggunakan rakan aku yang lain.

Saya Sebuah Buku Cerita.


Saya ialah sebuah buku cerita. Nama saya "Si Tanggang" . Saya ditulis oleh seorang
pengarang muda yang bernama Siti Salmah.
Saya diperbuat daripada kertas putih. Kulit saya berwarna-warni. Ukuran badan saya
ialah 16 cm lebar dan 22.5 cm panjang. Sebelum dilahirkan, saya dihantar ke sebuah
syarikat percetakan. Di sana saya dicetak untuk dijadikan buku. Selepas dicetak, saya dan
rakan-rakan disusun dan disimpan di dalam kotak yang besar. Tidak lama kemudian, kami
dihantar oleh sebuah van ke kedai-kedai buku.
Di kedai buku, kami dipamerkan dalam almari kaca. Kami berasa takut dan bimbang
kerana tidak lama lagi kami akan berpisah. Pada suatu hari, datang seorang murid sekolah ke
kedai itu. Dia membelek-belek muka surat saya. Akhirnya, dia pun berkenan dan membeli
saya dengan harga lapan ringgit lima puluh sen. Ketika itu, saya sungguh sedih kerana
terpaksa berpisah dengan rakan-rakan saya.
Setibanya di rumah, murid itu pun duduk di kerusi lalu membaca sehingga tamat. Pada
keesokkan harinya, murid itu menceritakan mengenai diri saya kepada rakan-rakannya di
sekolah. Setelah mendengar cerita itu, mereka berebut-berebut hendak membaca saya.
Saya berasa sungguh takut. Mujurlah ketika itu guru besar sekolah itu lalu di hadapan bilik
darjah.
Saya
disimpan
oleh
tuan
saya
di
dalam
begnya.
Sekarang saya telah berusia enam tahun. Badan saya sudah mulai koyak-rabak. Tuan
saya sudah tidak pedulikan saya lagi. Saya disimpannya di dalam sebuah almari buruk. Saya
berasa sungguh sedih kerana jasa baik saya selama ini sudah tidak dikenang lagi.