Anda di halaman 1dari 2

REDOX REACTION

CH03/P02

MENGKAJI KESAN PENGARATAN KE ATAS PAKU BESI APABILA DILEKATKAN DENGAN


LOGAM LAIN
Tujuan
Penyataan
Masalah
Hipotesis

: Mengkaji kesan pengaratan ke atas paku besi apabila dilekatkan dengan logam lain
: Adakah logam yang lebih reaktif mampu melindungi paku besi dari proses pengaratan?

Analisis

: Paku besi dilindungi dari pengaratan apabila dilingkari dengan logam yang lebih reaktif
tetapi akan berkarat sekiranya dilingkari dengan logam yang kurang reaktif darinya dalam
siri kereaktifan logam.
Pemboleh: Manipulasi
: Jenis logam yang dilekatkan
ubah
Bergerakbalas
: Pengaratan paku besi
Dimalarkan
: Jisim paku yang digunakan
Radas
: Tabung didih, rak tabung didih, kertas pasir
Bahan
: Paku besi, pita magnesium, kepingan kuprum, larutan agar, larutan kalium
heksasianoferrat (III), larutan fenolftalein
Prosedur
:
1. Tiga paku besi dibersihkan menggunakan kertas pasir
2. Pita magnesium dan kepingan kuprum dilingkarkan pada dua paku besi yang berlainan.
Satu paku besi tidak dilingkarkan dengan apa-apa logam. Paku paku besi tersebut
diletakkan kedalam tabung didih berlabel A,B dan C
3. Larutan agar yang mengandungi campuran larutan kalium heksasianoferrat (III) dan
larutan fenolftalein dituangkan ke dalam ketiga-tiga tabung didih.
4. Tabung didih dibiarkan selama tiga hari
5. Pemerhatian eksperimen dicatatkan
Pemerhatian :
Tabung Didih
Keadaan
Pemerhatian
Larutan jernih bertukar ke
A
Paku besi sahaja
warna biru dan merah jambu di
sekitar paku besi
Tiada larutan warna biru
B
Paku besi dan pita magnesium
terbentuk. Hanya larutan merah
jambu yang terbentuk.
Larutan jernih bertukar ke
C
Paku besi dan kepingan kuprum warna biru dan merah jambu di
sekitar paku besi

Fenolftalein digunakan untuk mengesan kehadiran ion hidroksida.


larutan kalium heksasianoferrat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion
ferum, Fe2+ di dalam larutan agar.
Sekiranya pengaratan berlaku, paku besi (ferum) akan teroksida membentuk ion
ferum dan bertindak balas dengan ion hidroksida membentuk ferum (II) hidroksida
Ferum (II) hidroksida akan teroksida lebih lanjut untuk membentuk ferum (III)
oksida (karat).
Dalam tabung didih A, pengaratan berlaku kerana tiada logam yang melindungi
paku besi.

REDOX REACTION
CH03/P02

Kesimpulan

Dalam tabung didih B, tiada pengaratan berlaku kerana pita magnesium


melindungi paku besi. Pengkakisan hanya berlaku pada pita magnesium. Pita
magnesium adalah lebih reaktif berbanding dengan paku besi.
Manakala pada tabung didih C, pengaratan berlaku kerana kepingan kuprum
adalah kurang reaktif berbanding paku besi, oleh itu ia tidak melindungi paku besi.

: Paku besi akan melalui proses pengaratan di dalam kehadiran ion hidroksida dan oksigen.
Pengaratan berlaku apabila paku besi dilingkari dengan logam yang kurang reaktif.
Pengaratan tidak berlaku apabila paku besi dilingkari dengan logam yang lebih reaktif.
Hipotesis diterima

SOALAN

1. Ramalkan pemerhatian yang akan berlaku sekiranya larutan kalium heksasianoferrat (III);
K2(Fe(CN)6) digantikan dengan kalium tiosianat, KSCN
Warna larutan jernih berubah kepada merah
(APLIKASI)

2.

Dalam kehidupan seharian, didapati bahagian bawah kapal kurang berkarat walaupun ia sentiasa
tenggelam dalam air laut yang membolehkan pengaratan berlaku dengan lebih

cepat. Berdasarkan

dapatan eksperimen, terangakan keadaan ini.


Bahagian bawah kapal dihubungkan dengan logam yang lebih reaktif melalui wayar
penghubung. Logam lebih reaktif tersebut adalah aluminium atau zink. Logam ini akan terkakis
dahulu sebelum besi kerana lebih tinggi kedudukan dalam siri kereaktifan kimia (lebih reaktif).
Logam ini perlu diganti dari masa ke masa kerana kakisan yang berlaku.

Maka besi di bawah

kapal terlindung.
(PENILAIAN)