Anda di halaman 1dari 5

SELOKA MAT REMPIT

pantun mat rempit


Assalamualaikum pembaca blogku sekalian..harap anda semua enjoy
dengan pantun ini..

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Beli motor bapak bayar,
Minyak motor emak isi,

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh hamba menumpang mandi,
Jangan diharap kami akan pulang,
Selagi ada minyak di tangki,

Kajang pak malau kajang berlipat,


Kajang hamba mengkuang layu,
Rempit kami tak kira tempat,
Rempit kami tak kira had laju,

Dua tiga kucing berlari,


Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana sama minah rempitku seorang,

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung daik bercabang tiga,
Kerana derita pernah berbicara dengan kita,
Bukankah sejarah mengajar kita erti derita,

Patah tulang cedera parah,


Sudah sembuh merempit juga,

Apa diharap padi seberang,


Entahkan masak entahkan tidak,
Menjelang pagi tak juga pulang,
Entahkan hidup entahkan mati,

Rama-rama sangat cantik,


Ikan keli sangat panjang,
Depan ada polis trafik,
Divider jalan kami seberang,

Gendang gendut,
Tali kecapi,
Eksiden pecah perut,
Tak sempat taubat sudah pun mati..

Innalillahiwainnailaihirajiun..
Hasil nukilan sebenar:Nusrah
Berbalas Pantun Dengan Mat Rempit
Nov 12th, 2010
by TehR.

Hari ini ada acara pertandingan berbalas pantun yang dianjurkan oleh AJK
kampung. Dewan Orang Ramai penuh dengan kumpulan anak muda Melayu
bermotosikal yang datang dari beberapa buah kampung di sekitar dengan
berbagai lagak dan gaya. Sebahagiannya terdiri dari gadis belasan tahun.
Kumpulan mat rempit ini diwakili oleh ketuanya yang bernama Mat sementara
pihak lawan diwakili oleh seorang kontraktor muda yang sebangsa dengan Mat.
Selepas dijemput oleh pengacara majlis, Mat menjual pantunnya dengan penuh
sopan santun. Jom tengok

[Mat]
siang dan malam kami dihina
langsung tiada kata memuji
kalaulah tuan bijak laksana
jelaskan di mana salah kami
Tepukan yang sangat gemuruh diberikan oleh sekalian mat rempit yang berada
di dalam dan di luar dewan. Terdengar juga bunyi hon motosikal beberapa kali.
Senyap.
[Kontraktor]
di jalan raya bukan sedikit
motosikal honda atau yamaha
di mana sahaja kamu merempit
sangat bahaya kepada pengguna
Senyap. Tiada tepukan diberikan kepada pemantun. Hanya kelihatan beberapa
orang mat rempit mengangkat penumbuk. Rupanya kontraktor berkenaan hanya
datang bersama teman wanitanya sahaja. Tak berani dia nak menepuk tangan.
[Mat]
bertahun tamak menarah bukit
bukit gondol hutan pun terang
runtuh tanah bukannya sedikit
musnah harta nyawa melayang
Tepukan lebih gemuruh diberikan. Kali ini disertai dengan bunyi enjin motosikal
di samping bunyi hon. Beberapa orang gadis terkinja-kinja melompat memberi
sokongan. Senyap lagi.
[Kontraktor]
kita bukan membuat bangsal
kerja kita baik-baik sahaja
kalau ada projek yang gagal
bukan saya yang buat kerja
Ada yang mati di jalan! Tapi bukan saya yang langgar!. Kedengaran satu suara
yang kuat dari pintu dewan. Kemudian bunyi deruan enjin motosikal serta hon
hingar bingar tanpa dapat dikawal lagi. Acara meriah ini terpaksa berhenti di situ
sahaja kerana pembesar suara tidak dapat mengalahkan bunyi bising di luar
dewan.
Sekian.

PUISI : INSAFLAH MAT REMPIT


10 Julai 2010 at 1:12 AM (PUISI)
Tags: Isu Semasa, Mat Rempit, Remaja, Tarbiyah

jiwa remaja membara diri


rakus dijalanan
mengejar sang mangsa berlari takut
sehingga menjadi igauan mimpi malam
wahai mat rempit
jangan jadi manusia rakus
samseng jalanan tiada gunanya
semuanya akan mengadap kematian
ku tahu jiwamu gagah
menunjukkan kehebatan bukan tempatnya
menjadi cacian masyarakat kini
hina dirimu sendiri
insaflah wahai anak bangsa
jangan lakukan pada yang sia-sia
usiamu masih muda
tenaga remajamu amat perlu
untuk membangun sebuah tamadun
berpaksikan pada tiang agama
agar kita tidak sesat selamanya
sementara waktu masih ada
menunggu dirimu kembali
kembali pada jalan benar
jadilah remaja berguna
ingatlahmerempit hanya keseronokan
bayangkan dirimu akan mati esok
apa bekalan yang dirimu bawa
untuk bertemu Sang Pengcipta mu
tidakkah kau berasa malu
dengan membawa segalas dosa???

nukilan :
Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Sabtu 01.06 am
10 Julai 2010 / 27 Rajab 1431

BALADA MAT REMPIT


OLEH: MAN_ATEK | 6 TAHUN LEPAS |
PENILAI

3 KOMEN | 798 BACAAN | RATING: 4.5 DENGAN 2

pagi subuh lepas sudah


mengimbas meraung kencang
melengking menembus hening
sang raja jalanan berlaga ria
sumpah serapah bedebah
umpatan haram jadah
terhukum lekat di dada
perusak adab jalanan
ayah bunda termangu lesu
punya putra takbermutu
tatkala sendiri berkenderaan
ego lenyap menghunjam rasa
lirih kolbu sang raja berkata
bunda ampuni ananda
pacuan resmi takmampu kubeli
-----