Anda di halaman 1dari 4

KERJA KURSUS PROJEK MTE3106

Tugasan 2: Kit matematik (30 %)


Secara individu:

Hasilkan satu Kit manipulatif yang kreatif dan sesuai digunakan untuk mengajar satu tajuk

matematik sekolah rendah.


Rancang dan laksanakan satu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah untuk

mencuba penggunaan kit manipulatif yang telah anda hasilkan


Hasilkan laporan bergambar meliputi perkara-perkara berikut:
kit manipulatif yang anda hasilkan
- keberkesanan penggunaannya.

__________________________________________________________________________________
Bahan manipulatif merupakan bahan yang boleh di aplikasikan kepada deria
manusia. Terutama kanak-kanak sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai bahan
rangsangan dalam pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding)
yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing pelajar supaya
dapat mencapai sesuatu tahap. Bahan manipulatif membantu guru menggalakkan
perkembangan kognitif pelajar kerana pelajar dapat merasai sendiri pengalaman terhadap
apa yang dipelajari.
Bahan manipulatif juga merupakan satu contoh yang tepat sepertimana teori yang
dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu dalam proses pemeringkatan pembelajaran.
Pembelajaran dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar.
Seterusnya mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut dan mudah memahami perkara
yang abstrak. Tumpuan ini amat jelas bagi pelajar yang berada dalam lingkungan 5 hingga
11 tahun. Hal ini kerana mereka berada dalam lingkungan operasi konkrit dan memerlukan
contoh yang jelas bagi mengukuhkan kefahaman mereka.
Di bawah adalah gambar kit manipulative yang dihasilkan. Saya berikan nama Math
Manipulative Super Set di mana ia adalah set kit untuk topik pecahan di sekolah rendah dan
ia sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun.
Bagi aktiviti kit ini, saya sertakan di akhir gambar-gambar set kit pecahan yang
dihasilkan dalam bentuk power point.

Farida binti Mohamed Shahudin

2012011360048

KERJA KURSUS PROJEK MTE3106

Math Manipulative Super Set


Pecahan

MATH MANIPULATIVE SUPER SET ( FRACTION )

Rekabentuk kit ini adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Matematik dari
tahun 1 hingga 6. Kit yang dibina mengandungi peralatan yang sesuai dengan topik
Pecahan. Kit ini direka daripada polisterin, multiboard, gam/pelekat, kertas. Bahan lain yang
diperlukan adalah jangka lukis, protaktor, papan putih kecil, paku tekan, pembaris dan
magnet untuk menampalkan kad-kad pecahan di atas papan putih nanti. Polisterin dipotong
dengan membuat bentuk 2 bulatan dengan menggunakan jangka lukis. Multiboard juga
dipotong dengan membuat banyak bulatan untuk membentuk kad-kad pecahan menjadi 2
set. Protaktor digunakan ketika ini untuk menentukan sudut sebelum kad tersebut dipotong
membentuk kad pecahan. Polisterin bewarna biru pula dipotong untuk membentuk 6 set
pecahan yang berbentuk segiempat.
Farida binti Mohamed Shahudin

2012011360048

KERJA KURSUS PROJEK MTE3106


Dari segi keselamatan, kit ini selamat digunakan kerana ianya tiada menggunakan
peralatan yang berbahaya, ringan, murah dan selamat serta mudah direka. Aspek
penjimatan dalam kit pecahan ini terbahagi kepada dua iaitu menjimatkan masa guru dan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kosnya jimat. Ini adalah kerana
guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah. Dari segi kos kit pecahan ini pula,
kebanyakan bahan yang digunakan boleh diperoleh daripada bahan terbuang seperti
polisterin, kertas dan multiboard serta Kit Pecahan ini boleh digunakan dalam jangka hayat
yang agak lama. Sekiranya berlaku kerosakan, Kit dapat diselenggara dengan mudah dan
cepat. Kit ini sesuai dengan sukatan pelajaran kerana ia tahan lasak dan mudah digunakan
oleh guru mahupun pelajar. Kit ini bukan sahaja sesuai dengan sukatan pelajaran tetapi juga
meningkatkan murid untuk mempelajari topik Pecahan. Oleh itu Kit ini dibina dengan ciri-ciri
tersebut supaya mudah digunakan oleh murid tahun 1 hingga tahun 6 dalam kumpulan kecil.
Kit ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam mendalami mata pelajaran
Matematik (Pecahan). Pengajaran ini juga diharapkan dapat membantu pelajar memberikan
kerjasama di dalam kumpulan dalam memberikan idea-idea serta sumbangan lain yang
dapat membantu melancarkan proses pembelajaran di dalam kelas. Sudut ini juga dapat
memberi maklumat kepada guru-guru matematik untuk memperbanyakkan bahan bantuan
mengajar. Kehadiran Kit Pecahan ini juga mampu memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Kit ini juga dapat membantu pelajar menjalankan proses
pembelajaran walaupun guru tidak dapat hadir ke sekolah.
Oleh itu hasil daripada penggunaannya, Kit Pecahan ini sesuai digunakan di dalam
mata pelajaran matematik di dalam tajuk Pecahan kerana ianya dapat memupuk nilai-nilai
murni dan selain itu penggunaan Kit Pecahan ini dapat memberi keyakinan, menimbulkan
minat, memudahkan pemahaman dan berbagai lagi. Merujuk kepada semua murid tahun 5
Perdana di Sk Pekan Nabawan, secara keseluruhan Kit yang dibina amat bersesuaian dan
bertepatan dalam matapelajaran yang diajar. Menurut Rizan Ba dalam Pentas Dunia yang
bertajuk Pengajaran Guru Harus Kreatif, 1994 catatan K.J Yeo (1996), menyatakan bahawa
penggunaan alat bantu mengajar bukan sahaja boleh merangsang minda pelajar untuk
mengetahui secara mendalam tentang sesuatu isi pelajaran, tetapi juga memberikan
peluang untuk murid mencuba menggunakan alat-alat itu sendiri sebagai salah satu
kemahiran dan pengalaman baru dalam hidup mereka. Selain daripada itu, guru yang hanya
menggunakan penyampaian secara lisan selalu mendapati murid-muridnya tidak dapat
mengaitkannya dengan pembelajaran baru dengan pembelajaran sedia ada.
Di sebelah disertakan item-item yang ada dalam set kit ini. Sila lihat.......

Farida binti Mohamed Shahudin

2012011360048

KERJA KURSUS PROJEK MTE3106

2 Set Kad Pecahan, 1 Set Kad Soalan


Untuk kanak-kanak 7 -12 Tahun

Set-set yang terdapat dalam


Math Manipulative Super Set (Pecahan)

Farida binti Mohamed Shahudin

2012011360048