Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI PRAKTIKUM

BULAN JANUARI

Sepanjang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik bagi bulan januari
terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Sekain daripada perjalanan
bagi sesi praktikum bulan januari hanyalah tiga hari sahaja bermula daripada 29 hingga
31 januari.

Sepanjang 3 hari berada di sekolah, saya bersama rakan praktikum saya Mohd
Hanif bin Hamdan dan Taufiq bi Ibrahim hanya melakukan pemerhatian terhadap
persekitaran sekolah dengan cuba memahami budaya sekolah ini. Melalui pemerhatian
saya terhadap sekolah ini, saya dapati bahawa murid murid sekolah ini sering datang
awal ke sekolah. Sekolah ini juga tidak mempunyai masalah murid lewat hadir ke
sekolah. Hal ini demikian kerana kebayakan murid sekolah ini menetap di Flat Penara
yang terletak bersebelahan sekolah ini. Selain daripada itu juga, saya dapati bahawa
sekolah ini biasa menerima kehadiran guru praktikum. Oleh hal yang demikian pihak
pengurusan sekolah tidak ralat untuk menerima kehadiran dan menguruskan kehadiran
kami. Terdapat sebelas orang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas
termasuk saya, telah ditempatkan di sekolah ini.

Bilangan guru pelatih yang ramai di sekolah ini telah membuatkan pihak
pengurusan sekolah menyediakan satu bilik khas untuk para guru praktikum. Keadaan
ini membuatkan saya menjadi sedikit kekok kerana untuk dua fasa praktikum sebelum
ini, saya telah ditempatkan di dalam bilik guru. Hal ini demikian kerana kepadatan guru
di dalam bilik guru dan tiada tempat tambahan bagi para guru pelatih di dalam bilik
guru. Akan tetapi, saya menerima situasi ini dengan positif kerana apabila diletakkan
berasingan dengan guru di sekolah ini, secara jujurnya saya berasa agak selesa kerana
saya duduk bersama rakan rakan saya di dalam bilik tanpa kehadiran guru. Akan tetapi

situasi ini juga telah memberikan kesukaran kepada saya untuk bercampur dengan
guru di sekolah ini.

Akan tetapi, apabila difikirkan kembali, saya berpendapat kesukaran untuk


bercampur dengan para guru di sekolah ini dapat diatasi sekiranya saya mengambil
insientif tambahan dengan mencari para guru untuk berbual di kantin atau dimana
sahaja. Komunikasi dan hubungan dengan para guru juga penting bagi memudahkan
kerjasama para guru kepada saya sekiranya saya ingin meminta bantuan dan
bimbingan mereka.

Selain daripada itu juga, didapati bahawa budaya guru di sekolah ini
sememangnya ramah dengan para guru pelatih.

Para guru di sekolah ini akan

menegur para guru pelatih sekiranya bertemu. Hal ini demikian kerana para guru di
sekolah ini sudah terbiasa dengan kehadiran para guru pelatih.

Sepanjang 3 hari sesi praktikum bagi bulan januari ini juga dipenuhi dengan
urusan mengatur jadual bagi para guru pelatih. Pihak pengurusan sekolah mengalami
sedikit kesukaran untuk mengatur jadual bagi kami keran bilangan guru pelatih yang
terlalu ramai. Urusan untuk mengatur jadual ini mengambil masa lebih daripada 4 hari
dengan pihak pengurusan sekolah sering menukar jadual kami apabila berlaku
kesalahan.

Pada keseluruhanya, fasa praktikum bagi bulan januari ini dipenuhi dengan
pengurusan jadual dan pemerhatian saya terhadap sekolah ini. Saya berasa selesa
berada di sekolah ini kerana persekitaran yang tidak janggal kepda kehadiran guru
pelatih. Selain daripada itu juga, saya berasakan bahawa saya akan mendapat banyak

kerja kerja sampingan sepanjang berada di sekolah ini kerana keadaan sekolah yang
telah sudah terbiasa dengan kehadiran guru pelatih.

Anda mungkin juga menyukai