RUMAH TANGGA Jambatan Ke Jannah NP
RUMAH TANGGA Jambatan Ke Jannah NP
RUMAH TANGGA Jambatan Ke Jannah NP
Rumahtangga
Jambatan Ke Jannah
Susunan
Shuib b. Sulaiman (Soid b. Sulaiman)
Shuib Sulaiman
Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang bahagian daripada
artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan
sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada pihak
Penyusun.
Kali pertama diterbitkan Disember 2008
ISBN 983 XXXX XX - X
Teks diset dalam
Tahoma 11.5 poin
Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan peringkat masyarakat. Beberapa judul
lagi bakal menyusul dalam tempoh terdekat. Setiap sumbangan anda merupakan
sumbangan bagi menampung kos rawatan serta perubatan saya. Moga-moga
Tuan/Puan mendapat manfaat besar dari buku kecil ini.
Prakata
alam buku panduan kecil ini saya tidak memperkatakan tentang syarat rukun
rumahtangga, sah batal rumahtangga, meminang, perkahwinan, mas kahwin.
Juga tidak dimasukkan persoalan tentang nusyuz, talak, zihar, rujuk, nafkah,
giliran bagi yang berpoligami. Perbincangan, perbicaraan dan pendedahan seumpama
itu sudah banyak dan sering diperkatakan. Tambahan pula kursus dan pengajian
tentang perkahwinan dan rumahtangga juga sudah amat banyak. Buku-buku dalam
topik yang sama juga turut membanjiri pasaran.
Modul kecil ini lebih menitikberatkan tentang motiv asi rumahtangga. Lebih memberi
penekanan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan
rangsangan dalam membina keluarga. Dan turut juga memberi kefahaman tentang
falsafah dan tujuan rumahtangga. Memahamkan betapa pentingnya rumahtangga
sebagai tapak pembinaan masyarakat dan negara, bahkah umat seluruhnya. Sekaligus
membawa melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh.
Kerana rumahtangga ada hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan
masyarakat. Ada kaitan dengan nasib masa depan umat Islam, sama ada secara sedar
atau tidak, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Penyusun
Shuib b. Sulaiman
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum
itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka. (Ar-Rad: 11)
Manusia terdiri dari empat unsur iaitu roh, nafsu, akal dan jasad. Apa yang Tuhan
maksudkan mengubah apa yang ada dalam diri ialah perubahan roh, nafsu dan akal,
sementara jasad mengikut sahaja.
Roh, nafsu dan akal itu merupakan unsur-unsur yang memang sifatnya boleh bahkan
sentiasa berubah. Namun yang paling utama sebagai paksi atau pusat perubahan itu
adalah roh atau hati. Ini dijelaskan pula oleh Rasulullah SAW dengan Hadisnya:
Maksudnya: Dalam diri manusia itu ada seketul daging yang kalau baik maka baiklah
seluruh diri manusia, kalau rosak maka rosaklah seluruh diri manusia. Ketahuilah seketul
daging itu adalah hati (rumah kepada roh).
Roh atau hati merupakan raja diri. Nafsu, akal dan jasad diperintah oleh roh atau hati.
Sikap, tabiat atau akhlak lahiriah manusia itu terbit dari hati. Hati yang baik, yang berisi
dengan iman dan taqwa, atau memiliki rasa keham baan dan rasa bertuhan atau merasai
takut dan cinta kepada Tuhan akan terzahirlah pada manusia itu sikap, tabiat, tingkah
laku, perangai atau akhlak yang terpuji. Atau terzahirlah berbagai-bagai sifat positif. Apa
sahaja sifat positif yang diidamkankan oleh manusia semuanya terbit dari hati yang
takut dan cintakan Tuhan. Buku ini memandu agar:
Muqaddimah
Apabila kita melihat dua pihak sedang berperang, masing-masing menggunakan
berbagai senjata yang memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya
kita sedang melihat mazmumah yang bersarang di hati kedua -dua pihak itu, yang
dizahirkan melalui senjata.
Apabila kita dipaparkan berita tentang perogolan, kita sebenarnya sedang membaca
berita mengenai manusia yang hatinya sudah dikuasai oleh nafsu dan syaitan.
Apabila kita melihat atau mengetahui mengenai manusia yang rakus dan tamak haloba
hingga sanggup merompak, mencuri, menyamun, menipu, rasuah, menyeleweng, salah
guna kuasa, kita sebenarnya menyaksikan manusia yang hatinya rakus dan tamak
haloba, dikuasai nafsu dan sentiasa terdorong untuk membuat maksiat dan
kemungkaran.
Apabila kita mendengar dua orang atau dua pihak yang sedang berkrisis, bermusuhan,
bertelagah, bertengkar, saling membenci, tuduh menuduh, caci maki, kata nista,
sumpah seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita sebenarnya sedang
melihat kedua-dua orang atau pihak itu saling memuntahkan mazmumah dari hati
masing-masing melalui lidahnya. Bolehlah dikiaskan kepada apa jua bentuk gejala
negatif, sikap buruk dan perbuatan keji dan mungkar lain yang semuanya berpunca dari
hati.
Begitulah sebaliknya, segala sifat positif, mencintai kebaikan, banyak berbuat kebajikan
dan berbakti, inginkan kemajuan dan kemakmuran, idamkan kesejahteraan dan
keharmonian, semuanya datang dari hati yang subur sifat -sifat mahmudah atau sifatsifat terpuji dalam hati.
Tuhan perintahkan manusia supaya takut kepada-Nya. Kerana apabila manusia takut
kepada Tuhan, manusia menjadi baik. Apabila manusia menjadi baik, bukan Tuhan yang
untung. Faedah dan manfaat dari kebaikan manusia itu kembali kepada manusia sendiri.
Kehidupan manusia menjadi aman damai, tenteram dan harmoni.
Tuhan perintahkan manusia supaya cinta kepada -Nya. Kerana apabila manusia
mencintai Tuhan, manusia akan berkasih sayang sesama sendiri. Apabila manusia
berkasih sayang, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari manusia yang
berkasih sayang itu kembali kepada manusia sendiri. Manusia akan bersatu-padu,
bertolong-bantu, bela-membela dan saling mengenang budi dan jasa antara satu sama
lain.
Dunia hari ini bingung dalam menghadapi berbagai masalah dan krisis kemanusiaan.
Golongan yang bermasalah tidak tahu mengatasi dan menyelesaikan masalah dan tidak
tahu di mana tempat me ngadu. Pihak yang berusaha mengatasi dan menyelesaikan
masalah juga bingung kerana setelah dicuba ternyata gaga l. Masalah bukan saja tidak
berkurangan bahkan semakin merebak dan berkembang. Lebih menghairankan berbagai
gejala baru pula timbul.
Bukan sedikit tenaga, masa, biaya dan idea yang dicurahkan. Berbagai kajian turut
dibuat, berbagai cara juga sudah silih berganti dilaksanakan, namun tidak
menampakkan hasil yang diharapkan.
Mari kita mengambil iktibar dan pengajaran mengapa Rasulullah SAW mengambil masa
13 tahun memperjuangkan Tuhan yang satu berbanding hanya 10 tahun
memperjuangkan syariat yang beribu. Sebabnya ialah agar manusia kenal Tuhan,
mengagungkan Tuhan, membesarkan dan mengutamakan Tuhan. Merasai takut dan
cinta kepada Tuhan. Agar menjadikan Tuhan segala-galanya dan sekaligus sebagai
matlamat. Apabila ini dimiliki oleh manusia maka manusia akan menjadi be riman dan
bertaqwa yang natijahnya Tuhan tolong, Tuhan bantu untuk kecemerlangan,
kemenangan dan kejayaan dalam apa jua aspek. Inilah ubat dan jawapan kepada
segala persoalan manusia. Bahkan inilah faktor yang membawa kepada kegemilangan
umat terdahulu yang telah dipaparkan dalam sejarah.
Di sini barulah disedari bahawa amat penting manusia ciptaan Tuhan ini kembali kepada
mengenal Tuhan, memahami kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah dan krisis itu dapat diatas i secara tuntas.
Bukan setakat itu sahaja, bahkan manusia akan lebih berjaya, cemerlang, baha gia,
selamat dan harmoni dalam segala aspek kehidupan. Lebih-lebih lagi sejahtera di akhirat
yang kekal abadi.
side-effect.
Rumahtangga atau keluarga adalah sebuah institusi masyarakat yang kecil. Namun
perlu difahami bahawa masyarakat yang kecil ini memainkan peranan yang amat besar
kepada kesejahteraan umat keseluruhannya. Masyarakat dan negara sangat ditentukan
oleh rumahtangga. Kemusnahan rumahtangga akan turut menjejaskan perestasi
masyarakat dan negara. Cuma adakalanya tidak dapat dirasai secara langsung.
Umpamanya kerosakan rumahtangga boleh melahirkan ramai penagih dadah. Akibatnya
kos yang kerajaan tanggung untuk merawat mereka amat besar dan suasana tidak
tenteram pula berlaku dalam masyarakat.
Kesimpulannya di sini ialah persoalan rumahtangga adalah satu perkara yang besar.
Tidak boleh dipandang remeh. Tidak boleh diabaikan dan tidak boleh ditangani secara
sambil lewa atau ambil mudah. Pendekatan yang perlu dibuat mestilah atas dasar
wahyu dan bukan teori-teori akal atau formula yang dicedok entah dari mana
sumbernya. Kebanyakan formula rumahtangga itu kadang-kadang bersandarkan kepada
pandangan bijak pandai Barat yang tidak pernah terbukti berjaya. Lihat saja kepada
institusi keluarga di Barat yang sudah punah ranah. Terdapat juga teori atau saranan
yang bersifat belum pasti berkesan. Ianya sebagai satu percubaan kalau-kalau berhasil
positif. Pendekatan ini juga bahaya kerana perlaksanaan terhadap manusia tidak boleh
dicuba-cuba. Kalau terhadap haiwan atau tumbuhan, boleh dicuba-cuba kerana kalau
gagal pun boleh dicuba lagi. Kalau gagal lagi tidak rugi apa-apa, hanya musnah be gitu
sahaja. Terhadap manusia kalau gagal amat buruk padahnya kerana akan membawa
kesannya sepanjang hidup di dunia bahkan yang paling dahsyat ialah ke neraka di
Akhirat kelak. Kaedah wahyu bukan pendekatan cuba jaya. Ianya pasti berjaya. Sekali
lagi diulang di sini bahawa inilah kaedah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam
memimpin manusia termasuk pembinaan rumahtangga. Ada jaminan kejayaan dunia
dan Akhirat. Dunia dapat rahmat Tuhan, petunjuk, Syurga yang disegerakan dengan
kasih sayang, kebahagiaan, tenang, harmoni, aman damai, manakala Akhirat nanti
dapat Syurga yang penuh nikmat yang kekal abadi.
Kebahagiaan rumahtangga sangat ditentukan atau diukur atau dinilai dengan sejauh
mana seluruh anggota keluarga itu bahagia dengan Tuhan. Inilah penunjuk aras atau
pengukur yang pertama, paling asas, paling utama dan paling pokok. Sekiranya anggota
keluarga itu masing-masing berbahagia dengan Tuhan maka mereka memiliki sembilan
puluh peratus kebahagiaan sebenar rumahtangga. Unsur-unsur lain hanya pelengkap
sahaja, iaitu sepuluh peratus sahaja lagi untuk sempurna seratus peratus.
Oleh itu setiap rumahtangga yang hendak dibina mestilah atas dasar semua anggota
keluarga itu kenal Tuhan, takut dan cintakan Tuhan, mengutamakan Tuhan,
memperjuangkan Tuhan, hidup bercita-cita untuk mendapatkan Tuhan, hidup bersama
Tuhan dan matlamatnya adalah Tuhan. Setiap anggota keluarga mesti faham peranan
atau kerja Tuhan. Gabungan semua inila h yang menjadikan hidup berumahtangga itu
ibarat Syurga yang disegerakan sebelum Syurga yang hakiki di Akhirat kelak. Kalau ini
menjadi ukuran utama, sekarang mari kita melihat ke dalam diri dan sekaligus melihat
kepada keluarga yang sedang kita bina, dan lihat juga kepada mereka yang bakal
membina rumahtangga. Apakah perkara pokok itu sudah diketahui sebelum ini dan
sedang dihayati? Andainya belum, maka sedarlah selama ini kita lebih banyak
menggunakan akal semata -mata dan munasabahlah rumahtangga kita tidak mendapat
kebahagiaan. Sejauh manalah cerdik dan pintarnya otak kita berbanding Rasulullah yang
Fathanah itu. Namun Rasulullah SAW sangat merujuk kepada wahyu Allah SWT.
Rasulullah SAW ada bersabda dengan maksud; Seseorang akan membenci terhadap
apa-apa yang tidak diketa hui mengenainya. Ini samalah dengan rangkai kata yang
biasa disebut iaitu tak kenal maka tak cinta. Rangkai kata ini lazimnya disebut apabila
dikaitkan dengan sesuatu benda atau perkara yang tidak disukai oleh sesiapa yang tidak
mengenali sesuatu perkara atau benda. Lantaran itulah mereka tidak menyukainya.
Kenal di sini bermaksud mengetahui dan memahami hakikat sesuatu. Misalnya
mengenal sesuatu jenis makanan itu ialah dengan mengetahui sifat dan rupa bentuk,
bahan yang terkandung hinggalah makan atau merasai makanan tersebut.
Demikianlah sebagai misalan untuk menghampirkan kefahaman dalam konteks untuk
mengenal Tuhan. Maha suci Tuhan tidak menyerupai makanan. Mesti bermula dengan
ada ilmu tentang Tuhan, berkait dengan sifat-sifat Tuhan. Mesti ada ilmu mengenai
peranan atau perbuatan Tuhan. Ilmu-ilmu itu hendaklah difahami sesuai dengan Tuhan
yang sebenar yang tidak boleh ada sebarang penyerupaan dengan sesuatu yang lain.
Dan tidak boleh dibanding-bandingkan dengan apa atau sesiapa pun. Dan tidak boleh
Tuhan itu dikhayal-khayalkan. Biar pun terhadap Tuhan juga masih menggunakan istilah
yang sama dengan yang digunakan terhadap makhluk, namun hakikat pengertiannya
tetap tidak sama.
Hendaklah merasa yakin dengan sepenuh keyakinan terhadap Tuhan. Dari keyakina n itu
maka mesti pula dihayati dengan merasai sungguh-sungguh terhadap sifat-sifat dan
peranan Tuhan itu. Terutama asasnya iaitu rasa takut dan cintakan Tuhan. Apabila
semua ini dilakukan, barulah kita dikatakan kenal Tuhan. Kalau sekadar memilik i ilmu
tentang Tuhan, belumlah dikatakan sebagai kenal Tuhan. Itu baru peringkat tahu sahaja.
Mengenal Tuhan mesti dengan rasa. Memiliki berbagai rasa yang selayaknya terhadap
Tuhan, barulah dinamakan kenal Tuhan. Rasa -rasa terhadap Tuhan itu seperti merasai
Tuhan itu Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Adil,
Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan lain-lain. Apabila rasa bertuhan
itu dihayati maka rasa kehambaan pun secara automatik akan dimiliki. Iaitu rasa -rasa
yang selayaknya sebagai hamba seperti rasa takut, rasa bimbang, rasa cemas, rasa hina,
lemah, dikuasai, cinta, rindu, harap dan lain-lain.
pun kuasa pada makhluk, itu hanyalah persamaan pada istilah tetapi tidak sama pada
hakikat. Bahkan kuasa makhluk itu sangat terbatas, sangat lemah dan berlaku hanya
dengan izin Tuhan. Kuasa makhluk hanyalah kuasa pinjaman, Kuasa sebenar atau kuasa
hakiki adalah milik Allah SWT. Sebab itu kuasa makhluk banyak yang tidak berhasil atau
banyak berlaku kegagalan. Kuasa makhluk juga tidak berlaku menurut kehendak
makhluk itu sendiri. Cuba lihat ketika manusia itu masih bay i, terlalu amat tidak
berupaya. Begitu juga ketika berusia terlalu tua, kembali seperti bay i dalam keadaan
nyanyuk dan tidak bermaya. Akhirnya mati. T iada siapa yang berupaya menahan dan
menangguhkan mati kecuali Tuhan sendiri dengan kehendak dan izin -Nya. Setelah
dikebumikan, mayat itu menjadi reput dan hancur menjadi tanah. Manusia juga tidak
mampu menahan datangnya sakit. Dan tidak dapat menyembuhkan diri sendiri atau
orang lain menurut kehendak manusia kecuali dengan kehendak dan izin Tuhan juga.
Ubat-ubatan dan berbagai kaedah rawatan yang diguna kan manusia hanyalah sebab
musabab dan sebagai usaha sahaja. Ubat dan rawatan itu datangnya dari Tuhan juga
dan tidak semestinya sembuh kecuali Tuhan kehendaki. Bahkan terdapat dua orang
dengan penyakit yang sama tapi tidak sembuh dengan ubat atau rawatan yang sama.
Ada juga yang langsung tidak sembuh dengan menggunakan bermacam-macam ubat.
Manakala ada pula yang sembuh tanpa ubat dan rawatan. Begitulah Maha Kuasa Tuhan
terhadap tiap-tiap sesuatu.
Apa-apa yang berlaku sesama makhluk semuanya tidak memberi bekas sama ada yang
bersifat lahiriah mahupun yang bersifat maknawiyah. Ianya sekadar hukum sebab,
akibat atau juga disebut sebagai sunnatullah. Sunnatullah atau sunnah Allah atau
ketetapan Allah itu tidak berubah. Tuhan sudah disiplinkan begitu. Sunnatullah atau
ketetapan atau disiplin yang Tuhan buat, umpamanya kenyang oleh makan, hilangkan
haus dengan air, membakar oleh api, memotong sesuatu dengan parang atau pisau,
menyembuhkan penyakit dengan ubat, mahukan anak melalui perkahwinan, mahukan
ilmu dengan belajar, berguru atau membaca, mahukan wang ringgit dan harta benda
melalui bekerja. Hidupnya tanaman bersebabkan tanah, air, cahaya dan udara. Sebab sebab yang bersifat maknawiy ah pula seperti mengusahakan taqwa untuk mendapat
berbagai bentuk pertolongan Allah SWT tanpa diduga, memperbanyakkan doa untuk
Tuhan tunaikan hajat, memperbanyakkan sedekah kerana sedekah itu lebih tajam
berbanding dengan doa, mendapatkan berkat dari ibu bapa, guru-guru dan orang soleh.
Tuhan sendiri yang sudah menetapkan atau mendisiplinkan bagi tiap sesuatu itu melalui
sebab. Mengusahakan sebab itu adalah sunnah Allah SWT yang juga adalah perintah
Allah SWT. Mengusahakan sebab itu selain akan mendapat hasil, sekaligus itulah juga
sebagai saluran untuk mendapat pahala. Menolak sunnah Allah ini pasti binasa atau
tidak mendapat hasil. Umpamanya tanam pokok atas batu atau pelihara haiwan tanpa
beri makan, atau tanaman dibiarkan tanpa pagar atau mahukan anak tanpa berkahwin.
Namun usaha itu hanya berhasil dengan kehendak dan izin Tuhan. Supaya manusia
tidak rosak aqidah dengan menyangka bahawa Tuhan dalam keadaan terpaksa terikat
dengan sunnah-Nya dan juga sebagai bukti Tuhan saja yang memberi bekas dan
memilik i kuasa mutlak, maka Tuhan jadikan beberapa kejadian di mana sebab tidak
memberi bekas seperti Nabi Adam dicipta tanpa ibu dan ayah. Nabi Isa hanya ada ibu
tanpa bapa. Nabi Ibrahim tidak terbakar selama empat puluh hari berada dalam api.
Nabi Yunus tidak lemas tanpa udara, tanpa makan minum selama empat puluh hari
dalam perut ikan nun. Inilah erti Tuhan Maha berkuasa berbuat menurut kehendak-Nya.
Tiada siapa berhak mempersoal dan memprotesnya.
Tuhan Maha berkuasa. Apabila Tuhan hendak menjadikan sesuatu, Tuhan berkata Jadi
maka akan terjadilah sesuatu itu. Dan tiada sebarang kuasa yang dapat menghalangnya.
Tuhan berkuasa menjadikan atau mengadakan berbilion -bilion benda bahkan tiada
batasan banyak dengan sekelip mata saja tanpa ada halangan. Dan Tuhan boleh
musnahkan seluruh alam semesta ini serentak tanpa halangan. Tuhan boleh gerakkan
sebahagian benda dan dalam waktu yang sama Tuhan boleh diamkan sebahagian yang
lain. Tuhan berkuasa menjadikan semua rambut di satu kepala itu hitam atau semuanya
uban atau sebahagiannya uban dan sebahagiannya hitam. Tuhan berkuasa menjadikan
dagu lelaki tumbuh janggut manakala dagu wanita tiada janggut.
Tuhan berkuasa menjadikan bulu mata dan bulu kening tidak memanjang manakala
janggut pula boleh memanjang. Tuhan jadikan manusia dan haiwan bernyawa tetapi
tidak pula diketahui di mana nyawa itu berada. Tuhan jadikan otak boleh meny impan
ilmu. Tetapi otak orang yang memiliki banyak ilmu tidak merasai berat dan otak orang
jahil tidak pula terasa ringan. Tuhan jadikan hati manusia boleh merasai seperti rasa
takut, ngeri, suka, benci, jemu, bosan, meluat, marah, cinta, sayang, rindu dan lain-lain.
Tidak pula diketahui bagaimana perasaan itu terbentuk dan berada di mana. Ini semua
adalah bukti-bukti Maha Berkuasa Tuhan yang menjadikan berbagai perkara yang tidak
terjangkau oleh akal.
Bermula dengan berfikir dan mengenang betapa hebatnya kuasa Tuhan, natijahnya
akan datang pula rasa Maha Hebatnya Tuhan. Secara automatik datanglah rasa
kehambaan yang mendalam. Datanglah rasa takut, cemas, bimbang dan berbagai rasa
kehambaan. Rasa bimbang dan cemas itu bukan sekadar tinggal dalam bentuk perasaan
semata-mata. Tetapi bimbang itu adalah terhadap nasib diri yang tidak tahu bagaimana
kedudukan disisi Allah SWT. Bimbang dan cemas kerana Tuhan berkuasa berbuat apa
saja terhadap makhluk ciptaan-Nya. Bimbang dan cemas kerana kita tidak tahu apa
sukatan atau ketentuan Tuhan terhadap diri kita. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita di
dunia ini. Kerana kaya, miskin, sihat, sakit, usia panjang atau pendek, kecelakaan atau
musibah, gagal atau jaya, senang atau susah semuanya di tangan Tuhan. Setiap hari
dan di mana saja kita lihat berbagai bencana dan malapetaka yang menimpa manusia,
semuanya dalam keadaan tidak terfikir oleh kita dan berlaku tidak disangka-sangka.
Tsunami, gunung berapi, gempa bumi, ribut taufan, kapal terbang jatuh, bas masuk
gaung, kemalangan jalan raya, rumah runtuh, banjir dan berbagai bentuk lagi.
Semuanya berlaku tanpa dapat dibendung kerana manusia amat lemah dan tidak
berupaya. Sedang nasib kita belum tahu. Hanya Allah saja yang tahu.
Di atas tadi adalah ketentuan Tuhan dalam perkara yang bersifat lahiriah. Itu pun sudah
amat menakutkan kita.
Bagaimana pula sukatan Tuhan terhadap kita dalam perkara yang bersifat maknawiyah.
Kalau kita faham ini lebih-lebih lagi menggerunkan kita kerana padah yang bakal
ditanggung adalah neraka yang azabnya amat dahsyat.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Ada orang yang Tuhan beri petunjuk, keimanan, kebaikan, kebenaran dan dalam
ketaatan dari awal hingga akhir hidupnya.
2. Ada orang yang Tuhan sesatkan, dalam kejahatan dan kedurhakaan dari awal
hingga akhir hayat.
3. Ada orang yang di awalnya Tuhan tidak beri petunjuk, dalam kejahatan dan
dalam kedurhakaan tapi di akhirnya Tuhan beri petunjuk, iman, kebaikan, dalam
kebenaran dan ketaatan.
4. Ada orang yang di awalnya Tuhan beri petunjuk tetapi di akhir hidupnya Tuhan
sesatkan.
Bagi orang yang kenal Tuhan, dengan rasa bertuhan yang tinggi dan rasa kehambaan
yang mendalam, tidak pernah merasa tenteram dalam hidupnya. Sentiasa tertanyatanya apa akan berlaku kepada dirinya. Kerana dirinya dalam genggaman kekuasaan
Tuhan. Tuhan adalah penentu dan pemutus. Tuhan adalah segala -galanya. Tuhan
berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Tuhan saja yang berkuasa ke atas dirinya. Sebab itu
ada orang yang menghadapi berbagai halangan dan rintangan untuk taat dan berbuat
kebaikan. Dengan kehendak dan kuasa Tuhan dia tetap kekal dapat berbuat taat dan
dalam kebaikan. Ada pula orang mempunyai peluang, memiliki kemudahan, ada
kebebasan untuk berbuat baik dan ketaatan tetapi dalam hidupnya penuh dengan
kejahatan, kedurhakaan dan maksiat.
Melihat ke dalam diri, di situ nampak dan dapat merasakan kekuasaan Tuhan. Melihat
keluar diri iaitu kepada alam semesta, di situ dapat melihat dan merasakan ke kuasaan
Tuhan. Bencana alam dan berbagai musibah dan malapetaka yang Tuhan jadikan. Tiada
siapa yang dapat menghalangnya. Itu juga salah satu cara Tuhan hendak mendidik
manusia supaya merasa kerdil dan lemah, betapa tidak berupaya dalam berhadapan
dengan kuasa Tuhan. Supaya manusia insaf dan sedar bahawa diri kita juga Tuhan
berkuasa perlakukan berbagai perkara kerana Tuhan Maha Berkuasa untuk
melakukannya.
itu mendengar semata -mata, bahkan semuanya Tuhan tidak lupa. Mungkin manusia
sudah melupainya. Di sisi Tuhan tidak demikian. Di Akhirat segalanya akan terbongkar.
Tuhan akan dedahkan kembali dalam rekod catatan amal setiap manusia.
keluar dan tidak ada tempat mengadu. Seolah-olah merasakan sesuatu masa lah itu
tidak ada maksud baik dan didikan Tuhan. Dalam konteks rumahtangga, apa yang
sering berlaku ialah semakin kusut dan semakin tertekan kerana tidak memahami
hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kadang-kadang perkara yang kecil dan remeh
menjadi ribut taufan rumahtangga. Perkara yang sepatutnya dapat diatasi dalam sehari
berlarutan hingga bertahun. Hal yang sepatutnya dapat diselesaikan secara bisik-bisik
menjadi riuh, satu negara pun tahu. Aib yang sepatutnya disorok menjadi tersebar
seluruh dunia. Hal yang sewajarnya mengambil sikap berdiam diri bertukar menjadi
drama serang-menyerang dengan maki hamun dan sumpah seranah.
Tidak bergerak dan diam setiap sesuatu itu melainkan dengan izin Allah SWT. Setiap
kejadian, setiap peristiwa dan setiap hal dan keadaan semuanya datang dari Tuhan.
Tuhanlah segala-galanya. Tuhan yang mengadakan ketentuan, keputusan dan sukatan
akan tiap-tiap sesuatu. Memahami dan menghayati peranan Tuhan ke atas makhluk
khususnya kepada manusia, hidup akan menjadi indah, tenang, aman tenteram dan
bahagia. Asas untuk memahami dan menghayati peranan Tuhan ialah setiap sesuatu
peristiwa, kejadian dan keadaan yang berlaku kepada makhluk datangnya dari Tuhan.
Samada peristiwa, kejadian dan keadaan, sama ada yang positif mahu pun negatif,
samada pada diri, ke luarga, masyarakat dan alam semesta, semuanya ada maksud baik
dari Tuhan untuk manusia. Maksud baik itu ialah adanya hikmah, iktibar, didikan,
peringatan dan pengajaran. Biarpun sesuatu peristiwa, kejadian dan keadaan itu dilihat
negatif oleh manusia, namun ianya tetap ada maksud baik dari Tuhan. Hanya manusia
saja yang lemah, tidak berupaya dan amat terbatas untuk memahami dan menyelami
maksud baik Tuhan itu. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi makhluk-Nya. Tuhan
Maha Baik, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Tuhan Maha Adil. Tuhan membela dan
menghiburkan. Amat luas keampunan, rahmat dan kasih sayang -Nya, manakala Tuhan
menghukum dengan penuh hikmah.
Manusia yang tidak mengenal Tuhan saja yang menganggap perkara negatif sebagai
negatif dan rasa menderita menerimanya. Manusia yang begini sikapnya, menerima
musibah atau malapetaka itu sebagai negatif lantas menderita, keluh kesah, gelisah,
mendongkol, bahkan semakin melupai dan durhaka kepada Tuhan. Mereka juga menjadi
putus asa dan kecewa lantas bertambah melupai Tuhan. Sedangkan di sisi Tuhan ada
maksud baik. Contohnya dalam Hadis Qudsi Rasulullah SAW bersabda yang menyebut
firman Allah yang bermaksud:
Tidaklah seseorang itu tertusuk duri melainkan disebabkan oleh dosanya.
Sekecil-kecil musibah adalah kerana dosa dan sekaligus sebagai peringatan Tuhan
supaya insaf dan sedar bahawa itu adalah peringatan Tuhan, kembali ingatkan Tuhan,
bersabar dan bertaubat. Apabila ini dilakukan maka dengan musibah sekecil itu Tuhan
ampunkan dosa, sekaligus itu juga jalan mendekati Tuhan. Betapalah kalau musibah itu
jenis yang besar dan lebih dahsyat lagi.
Andainya tidak memahami peranan Tuhan maka akan terjadi di mana dalam keadaan
musibah dan kesusahan manusia menjadi kecewa, menderita dan putus asa. Kalau
Tuhan beri kesenangan, kemewahan, berbagai kejayaan, kedudukan status sosial yang
tinggi, berpangkat dan popular, tidak juga dekat kepada Tuhan. Tidak juga ingat kepada
Tuhan. Sebaliknya terus lalai dan melupai Tuhan. Bahkan ada yang terus sombong dan
mendurhakai Tuhan. Kedurhakaan yang paling utama dan jahat kepada Tuhan ialah
apabila dia merasakan bahawa semua kejayaan itu adalah milik mutlaknya kerana hasil
usaha gigih, bijak, pandai dan kepintarannya. Dia lupa yang gigih, pandai, bijak dan
pintar itu adalah anugerah Tuhan. Kesimpulannya, manusia yang tidak memahami
peranan Tuhan kalau peristiwa, kejadian dan keadaan yang positif dia melupai Tuhan
dan kalau negatif pun lebih-lebih lagi melupai Tuhan. Manusia yang bersikap begini
dalam keadaan mendapat nikmat atau mendapat musibah sama-sama hilang bahagia.
melepasi segala persoalan rakyat di hadapan Tuhan di Akhirat kelak. Dengan sebab itu
dia sentiasa muhasabah menghitung-hitung dirinya yang bersangkut paut dengan
kepimpinannya. Dan sering bertaubat di atas segala cacat cela, kekurangan dan
kesilapan dalam kepimpinannya. Bukan keseronokan peribadi, bukan habuan dan bukan
keuntungan peribadi yang diperolehi tetapi sebaliknya terpaksa menjadi khadam
berkorban untuk memberi khidmat terbaik kepada tuannya iaitu rakyatnya sendiri.
Inilah maksud Tuhan yang mesti difahami dan dihayati oleh mereka yang Tuhan
rezekikan menjadi pemimpin di semua peringkat kepimpinan.
aspek yang tidak terbatas. Berbagai penemuan baru yang mengkagumkan terhasil dari
penyelidikan dan kajian yang telah dibuat itu.
Oleh kerana manusia tidak mengenal Tuhan dan tidak memahami peranan Tuhan, maka
manusia tidak tahu apa maksud Tuhan memberi ilmu kepada mereka. Terdapat di
kalangan manusia yang sangat arif tentang kayu. Seluruh aspek yang berkaitan dengan
kayu diketahuinya. Namun mereka tidak mengenal Tuhan yang menjadikan kayu
tersebut. Ramai yang mendapat berbagai gelaran dan pujian kerana kajiannya tentang
batu. Mereka juga sangat takjub terhadap batu batan yang dikajinya itu. Namun mereka
tidak pernah merasa takjub terhadap Tuhan yang menjadikan batu batan tersebut.
Ramai yang kagum dengan gunung ganang, sungai, lautan, haiwan, pemandangan dan
seluruh alam semesta ini. Namun mereka tidak pernah kagum dengan Tuhan yang
mencipta seluruh alam semesta.
Tuhan beri ilmu kepada manusia terutamanya kepada para ulama yang pertama dan
utama ialah agar ulama itu mengenal Tuhan yang sangat berilmu dan menghayati
hidup berTuhan. Dengan ilmu itu para ulama semakin memiliki rasa berTuhan dan
merasa kehambaan. Dapat melihat dan merasai betapa tidak terbatasnya ilmu Tuhan.
Tuhan beri kelebihan memiliki ilmu kerana Tuhan bermaksud agar mereka semakin
mengenali Tuhan. Melalui ilmu yang dimiliki itu dapat melihat Tuhan dengan perasaan
penuh kekaguman dan takjub. Hingga semakin tidak berupaya memperkatakan tentang
betapa hebatnya Tuhan Yang Maha Kuasa itu. Hingga dengan itu hati merasakan Tuhan
itu segala-galanya. Hingga hati amat susah untuk melupai Tuhan.
Kehidupan orang yang berilmu ini menjadi contoh atau model kepada manusia lain.
Dengan contoh teladan yang ditunjukkan oleh para ulama, manusia lain akan mudah
jatuh hati dan jinak hati mereka kepada Tuhan. Ulama mesti sangat berakhlak kepada
Tuhan dan kepada manusia. Seluruh watak, ciri-ciri dan sifat-sifat terpuji jelas dimiliki
oleh ulama. Sangat tawadhuk sehingga orang lain malu lantas memulia kannya. Sangat
mendidik, memberi tunjuk ajar, mengajar dan memimpin manusia lain. Tuhan beri
mereka ilmu supaya menjadi obor kepada masyarakat. Manusia yang hidup dalam
kegelapan, terutamanya tidak mengenal Tuhan maka obornya ada pada ulama. Manusia
menjadi kenal Tuhan dan hidup dalam kebenaran hasil dari ulama yang menjadi obor
menerangi kehidupan dan juga menjadi model pada peribadi, keluarga, dan dalam
kehidupan terutamanya dalam ibadah, akhlak pergaulan, sosial, perhubungan dan hidup
bermasyarakat.
Kalau berada bersama masyarakat, akan jelas kelihatan berbeza wibawa orang berilmu.
Kehadiran ulama di tengah-tengah masyarakat sangat diperlukan. Kehadiran mereka
ditunggu-tunggu dan tidak menjemukan, ketiadaan mereka dirindui dan terasa
kehilangan. Melihat wajah ulama, hati manusia teringat Tuhan dan sebahagian masalah
sudah terasa selesai. Mereka disegani dan dihormati. Ilmu itu juga adalah amanah Allah
untuk disampaikan kepada manusia lain. Maka dengan penuh gigih dia berjuang di
tengah masyarakat kerana hendak menyampaikan ilmu Tuhan. Terkorban segala
kepentingan diri. Yang tinggal hanyalah harapan untuk memperolehi keredhaan Tuhan.
Begitulah serba sedikit maksud Tuhan kepada orang -orang yang Tuhan beri ilmu dan
diangkat menjadi ulama.
ialah antara pengguna pakaian dengan tukang jahit, kilang atau gedung pakaian,
perusahaan membuat kain, penanam kapas atau penternak ulat sutera dan termasuk
adanya hubungan dengan sistem pengangkutan seperti kapal.
Setelah memahami serta akur akan hakikat itu, barulah kita faham bahawa tiada apa
yang sia-sia di sisi Tuhan. Masing-masing ada peranan mengikut bidang, kedudukan,
minat dan kemampuan. Yang utama ialah masing -masing dapat menerima ketentuan
dan sukatan Tuhan terhadap diri masing-masing. Hendaklah pula bersangka baik
terhadap Tuhan dalam keadaan apa pun. Bahawa Tuhan ada maksud yang amat baik
dengan kemiskinan itu. Di situ pula dapat dijadikan saluran ibadah kepada Tuhan dan
berbakti kepada manusia. Jangan rasa hina kalau Tuhan miskinkan kita kerana amat
besar jasa dan bakti orang miskin kepada ma nusia. Selama ini amat banyak serta
berbagai khidmat yang dicurahkan oleh orang miskin kepada golongan lain. Hanya
manusia saja yang tidak mahu mengakui dan mengiktiraf jasa orang miskin.
Selain itu, hidup miskin ertinya darjat yang tinggi di sisi Tuhan. Orang miskin masuk
Syurga lima ratus tahun lebih dahulu berbanding orang kaya. Hisab orang miskin amat
mudah kerana kurangnya harta benda. Tingginya Syurga orang miskin umpama
penduduk bumi melihat ketinggian bintang. Rasulullah SAW berdoa untuk hidup miskin,
mati miskin dan masuk Syurga bersama orang-orang miskin. Golongan fakir miskin juga
sangat dikasihi oleh Rasulullah SAW dan Baginda sering kali duduk-duduk bersama
golongan miskin. Orang miskin sepatutnya bimbang kalau Tuhan kayakan mereka,
takut-takut nanti tidak pandai menerima kekayaan serta salah menggunakan nikmat
Tuhan. Tetapi tidak pula salah untuk berusaha mengubah kehidupan menjadi kaya.
Harus saja hukumnya untuk menjadi kaya. Bukan wajib atau sunat dan bukan pula
haram atau makruh untuk menjadi miskin.
Adalah satu kesilapan besar apabila menganggap kemiskinan sebagai masalah.
Sepatutnya golongan lain tumpang seronok dan berterima kasih kepada golongan
miskin kerana selain berbagai sumbangan yang mereka berikan, adanya golongan
miskin merupakan tempat untuk menyalurkan sedekah dan pertolongan atau dengan
lain perkataan sebagai saluran pahala. Yang menjadi masalah ialah apabila kemiskinan
tanpa kenal Tuhan, tidak memahami peranan Tuhan, dan mengapa Tuhan jadikan
kemiskinan. Apabila tiada iman maka jadilah orang miskin yang tidak redha dengan
kemiskinan. Hati subur dengan sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, iri hati,
cemburu melampau, rasa hina diri, kecewa, putus asa, mendongkol, keluh kesah dan
gelisah. Kalau hujah bahawa manusia tanpa iman mendatangkan berbagai masalah,
maka bukanlah kemiskinan boleh dipersalahkan. Kerana tanpa iman dan taqwa, semua
golongan sama sahaja. Bahkan dalam banyak hal, manusia yang tiada iman dan taqwa
lebih banyak dalam mencetuskan masalah.
mahu mensia-siakan nikmat sihat itu. Apabila seseorang itu Tuhan timpakan sakit, mula mula sekali Tuhan maksudkan untuk menjadi suis automatik kepada orang itu. Iaitu suis
automatik untuk ingat kepada Tuhan. Melalui sakit itu Tuhan bermaksud supaya orang
itu ingat bahawa Tuhan memanggil dirinya supaya ingat kepada Tuhan setelah mungkin
terlalu lama melupai atau lalai dari mengingati Tuhan. Bagi orang yang memang
ingatkan Tuhan, melalui sakit itu Tuhan bermaksud agar semakin dekat dengan Tuhan.
Bagi orang yang beriman, dia amat faham bahawa sakit itu sendiri merupakan tanda
atau isyarat bahawa Tuhan ambil perhatian terhadap dirinya. Sebab itu para
salafussoleh risau sekiranya terlalu lama Tuhan tidak sakitkan dirinya. Bimbang kalaukalau Tuhan sudah melupainya atau Tuhan sudah tidak memberi perhatian terhadapnya.
Selain itu hikmah sakit juga adalah tanda rahmat Tuhan. Mengapa dikatakan rahmat
atau kasih sayang Tuhan, iaitu melalui sakit Tuhan bermaksud untuk menghapuskan
dosa-dosa asalkan dia sabar dan redha. Sekiranya seseorang itu tiada dosa seperti para
Nabi dan Rasul serta para wali-wali Allah, kepada mereka pula Tuhan bermaksud untuk
mengangkat darjat atau kedudukan di sisi Tuhan. Penghapusan dosa, darjat dan
kedudukan di sisi Tuhan bukan mudah untuk diperolehi. Inilah yang dima ksudkan
dengan sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
Seseorang hamba itu apabila tercatat namanya satu darjat dalam Syurga dan dia tidak
dapat mencapainya dengan amal ibadah maka Tuhan datangkan ujian. Lantas dia
bersabar di atas ujian itu maka kekallah darjat itu di dalam Syurga.
Sebab itu betapa pentingnya kenal Tuhan dan memahami kerja Tuhan ke atas hamba Nya. Kalau tiada iman dan tidak memahami kerja Tuhan maka manusia menerima
sesuatu yang pada pandangan mereka negatif sebagai negatif. Dia akan bersangka
buruk kepada Tuhan. Sangka buruk kepada Tuhan adalah satu dosa. Dengan sebab
sangka buruk itu sesuatu yang amat positif dari Tuhan natijahnya menjadi suatu yang
amat negatif bahkan berdosa kera na sangka buruk kepada Tuhannya. Umpamanya sakit.
Kita juga kena faham bahawa Tuhan tidak memilik i perasaan seperti ma nusia. Apabila
Tuhan mencintai hamba-hambaNya bererti bahawa Tuhan mencintai bukan dengan
perasaan. Tanda Tuhan mencintai seseorang itu ia lah dengan cara Tuhan
mendatangkan ujian kepada seseorang. Membalas cinta Tuhan itu ialah dengan sabar
dan redha terhadap ujian-ujian tersebut. Apabila ini dapat dilakukan maka terjadilah
antara orang itu dengan Tuhannya cinta mencintai.
dari sebarang kemurkaan yang Dia datangkan melalui berbagai bencana. Mereka bukan
takut kepada guruh petir atau ribut taufan itu tetapi mereka takut kepada Allah SWT.
Mereka takut kalau dosa -dosa atau maksiat yang mereka lakukan menjadikan Tuhan
murka dan didatangkan bencana alam. Manusia hari ini kalau berlaku musibah atau
bencana alam, jarang atau hampir tidak dikaitkan dengan dosa dan maksiat dan
kemurkaan Tuhan. Sering kali hanya dikaitkan dengan fenomena semula jadi seperti
perubahan cuaca, pemanasan global, gempa bumi, dan sebagainya.
Bersangka baiklah terhadap Tuhan. Berlakunya berbagai musibah itu sama ada yang
bersifat langsung dari Tuhan mahupun yang berlaku melalui angkara tangan manusia,
semuanya Tuhan bermaksud untuk peringatan, pengajaran, mendidik, menyedar dan
menginsafkan manusia. Terutamanya agar manusia dapat melihat dan merasakan
betapa Tuhan itu Maha Kuasa. Dengan cara itu bertambah iman dan taqwa manusia.
Apa yang Tuhan kehendaki berlaku pasti berlaku dan tiada siapa atau tiada kuasa lain,
kepintaran dan kepandaian manusia dapat menghalang. Melainkan agar manusia penuh
akur sahaja kepada Tuhan dan bertambah takut kepada Tuhan. Agar manusia sedar dan
insaf serta segera bertaubat samada taubat terhadap dosa, bagi yang berdosa, mahu
pun taubat selaku seorang hamba bagi yang tidak berdosa. Musibah angkara manusia
pula agar manusia sedar dan insaf, bahawa begitulah akibat menolak Tuhan serta
sistem Tuhan.
Begitulah natijah hidup tidak menjadikan Tuhan sebagai modal dan tidak menjadikan
Tuhan sebagai matlamat. Kalau dalam sebuah rumahtangga atau mana-mana institusi
yang anggotanya dalam jumlah yang kecil pun dilanda krisis, berpecah belah,
berserabut dengan masalah kerana meminggirkan Tuhan, betapalah dalam jumlah yang
besar seperti negara dan ummah.
Takutkan Tuhan, manusia akan menjadi baik. Cintakan Tuhan manusia akan berkasih
sayang sesama sendiri. Manusia yang takut dan cintakan Tuhan sudah pasti menjadi
malaikat berwajah manusia, subur benih malaikat dalam diri mereka. Dan mereka hidup
dengan sistem Tuhan. Manusia yang tidak takut dan tidak cintakan Tuhan akan subur
sifat-sifat syaitan dan cinta dunia. Mereka ini adalah syaitan berwajah manusia. Hanya
manusia pada fizikalnya saja tapi hati, sikap, perangai dan tingkah lakunya adalah
syaitan. Cinta dunia adalah ibu segala maksiat. Maka ber leluasalah berbagai gejala
sosial yang akibatnya terpaksa ditanggung oleh manusia itu sendiri.
Apabila Tuhan datangkan musibah atau bencana, Tuhan bermaksud agar manusia
berpaling dari kelalaian dan kembali kepada Tuhan. Cuba kita lihat kepada sejarah
kaum-kaum di zaman para Rasul. Apabila Tuhan murka kepada sesuatu kaum
disebabkan oleh keingkaran mereka maka Tuhan datangkan berbagai bencana alam
sebagai peringatan. Umpamanya kaum Nabi Nuh, Tuhan banjirkan seluruh dunia. Kaum
Nabi Soleh, Tuhan datangkan pet ir serta hujan batu. Kaum Nabi Lut, Tuhan terbalikkan
bumi. Firaun serta pengikutnya Tuhan tenggelamkan di dalam Laut Merah. Terhadap
golongan yang memerangi Rasulullah SAW ketika perang Khandak, Tuhan datangkan
taufan sejuk sehingga bertempiaran lari musuh-musuh itu dan di antara mereka itu ada
yang terbunuh.
Kalau dalam keadaan manusia beriman Tuhan datangkan juga bencana, maka dalam
keadaan itu ada rahmat besar dari Tuhan bertujuan menghapuskan dosa mereka dan
mengangkat darjat bagi mereka yang tidak berdosa. Cuba fikirkan, setelah datang
peringatan Tuhan tetapi masih kufur, ertinya itu satu laknat dari Tuhan. Bagaimana
kalau mati dalam kekufuran?
Begitulah didikan Tuhan melalui musibah dan bencana yang Tuhan timpakan kepada
manusia. Sepatutnya umat Islam sangat serius memikirkan peringatan Tuhan apabila
Tuhan datangkan banjir, ombak T sunami, kemarau, lumpur panas, penyakit berjangkit,
hasil tanaman tidak menjadi, tanah runtuh, gempa bumi, ribut salji, taufan dan lain -lain.
Bukannya melihat kepada fenomena alam. Sedangkan fenomena alam itu juga
datangnya dari Tuhan. Kerana Tuhan datangkan musibah itu melalui sebab. Apabila
Highland Tower tumbang menyembah bumi, kajian yang dibuat hanya terhenti kepada
hujan lebat, struktur tanah yang lemah, pergerakan air bawah tanah. Itu semua adalah
sebab musabab yang Tuhan jadikan supaya Highland Tower itu tumbang. Tetapi sebab
yang tersirat adalah kerana dosa-dosa manusia, samada mereka yang menjadi penghuni
kondominium tersebut atau pihak lain yang berkaitan. Namun kejadian itu adalah
peringatan Tuhan kepada sesiapa sahaja yang mengenal Tuhan dan faham peranan
Tuhan.
hendak selamatkan dari seksaan Akhirat yang sangat tidak dapat dibayangkan
dahsyatnya.
3. Tuhan Maha Adil, setiap perbuatan jahat pasti Tuhan balas. Tetapi Tuhan beri
balasan menurut cara Tuhan, bukan menurut logik akal manusia. Umpamanya
kalau seseorang pernah mencuri ayam, Tuhan bukan balas dengan orang lain
mencuri ayam kepunyaan dia pula. Dia mencuri ayam kerana mungkin dia tidak
punya ayam. Kalau tidak punya ayam bagaimana orang lain hendak mencuri
ayam dia pula. Caranya, Tuhan balasi dengan suatu kesusahan lain yang Tuhan
saja yang tahu menilai tahap kesusahan atau kerugian tuan punya ayam itu.
Mungkin dengan cara Tuhan pancitkan tayar kereta, atau anaknya sakit dan
terlantar di hospital selama tiga bulan, atau telefon bimbitnya hilang, dan
berbagai kemungkinan lagi. Bila bermasalah maka terus muhasabah terhadap
serba kemungkinan apa-apa saja kesalahan yang dilakukan.
4. Manusia serba lemah, liar dan lalai terhadap Tuhannya. Tuhan mendidik secara
langsung dengan didatangkan masalah supaya hati kembali berjinak-jinak
dengan Tuhan.
5. Ramai manusia yang sering dilanda masalah dalam ke luarga seperti isteri atau
suami meragam dan anak-anak degil dan liar. Anggota keluarga sebenarnya
adalah saluran paling dekat dan cepat untuk Tuhan memberi isyarat terhadap
apa saja yang tidak kena, dosa, maksiat, lalai dan sebarang kedurhakaan kepada
Tuhan. Atau dengan istilah yang mudah, Tuhan jadikan anggota keluarga
sebagai cermin terutamanya kepada ibu bapa. Anak-anak mereka itu Tuhan
jadikan cermin terhadap sikap ibu bapa. Oleh itu setiap manusia perlu memahami
peranan Tuhan, apabila datang masalah hendaklah cepat-cepat melihat ke dalam
diri sendiri.
Kemungkinan-kemungkinannya ialah ibu bapa itu suatu ketika dulu pernah
meragam, liar atau degil kepada ibu bapa mereka, guru-guru atau pemimpin.
Atau pernah bermusuh dengan jiran atau kawan, atau adanya dosa -dosa yang
sengaja dilupakan dan tidak mahu bertaubat terutamanya dosa sesama manusia.
Atau pernah menipu, menzalimi dan menindas orang lain. Setidak-tidaknya
mazmumah dalam diri yang sayang hendak diungkai kerana melalui mazmumah
itu dia dapat untung seperti kedekut, ego, suka marah orang. Maka di atas
kemungkinan itulah Tuhan datangkan masalah melalui anak isteri.
Kalau ini berlaku, janganlah marahkan atau salahkan mereka. Tetapi hendaklah
membaiki diri. Hendaklah muhasabah dan mengkoreksi diri. Perbanyakkan
sedekah sebagai penebus atau kembali berkhidmat kepada kedua ibu bapa atau
kepada masyarakat lain seperti anak yatim dan ibu tunggal.
Sebagai peringatan tambahan, cuba kita renungkan tentang kehidupan kita,
betapa Tuhan benar-benar berkuasa serta berperanan mendidik manusia,
mentadbir, mengatur dan mencatur manusia dan sekalian makhluk-Nya.
6. Masalah atau kesusahan yang Tuhan datangkan kepada orang yang beriman,
Tuhan bermaksud agar orang itu bertambah kuat hubungan atau tautan hati
dengan Tuhan. Ini Tuhan lakukan sesuai dengan fitrah yang Tuhan bekalkan
kepada manusia. Sudah menjadi fitrah manusia apabila ditimpa masalah, hati
sentiasa merintih kepada Tuhan untuk bebas dari cengkaman masalah itu. Inilah
didikan Tuhan kepada para hamba-Nya.
Melalui cara itu juga jiwa manusia bertambah kuat untuk menghadapi cabaran
hidup. Akal juga akan bertambah cerdik kerana sering memerah otak untuk
mencari jalan keluar dari masalah yang sedang dialami.
7. Kalau masalah yang Tuhan datangkan itu dalam bentuk yang terpaksa di pikul
bersama atau ditanggung bersama atau sama-sama terpaksa menghadapinya,
sama ada dalam keluarga atau dalam satu kelompok masyarakat, Tuhan
bermaksud untuk mereka sama-sama merasai senasib dan berganding bahu
mengatasinya, maka natijahnya akan bertambah s impati antara satu sama lain.
Akhirnya akan bertambah jalinan kasih sayang dan bertambah akrab. Datanglah
semangat bertolong bantu, saling prihatin, bela membela seta perpaduan yang
lebih utuh.
Kesimpulannya, barulah kita dapat melihat bahawa punca tercetusnya berbagai masalah
dalam kehidupan manusia sama ada yang bersifat indiv idu mahupun yang ditanggung
bersama, samada yang datang terus dari Tuhan atau yang dilakukan oleh manusia,
adalah kerana manusia tidak mengenal Tuhan dan tidak memahami peranan Tuhan.
Akibatnya manusia menganggap masalah itu sebagai masa lah dan berburuk sangka
terhadap Tuhan yang mengizinkan musibah itu berlaku. Memang sewajarnya umat
Islam sendiri memperjuangkan Tuhan sehingga manusia kenal Tuhan dan menghayati
peranan Tuhan. Sehingga manusia merasa bahagia dalam apa keadaan dan situasi.
Dalam senang, manusia memperolehi rahmat Tuhan dan dalam menghadapi masalah
pun tetap baik sangka terhadap Tuhan, sekaligus turut mendapat rahmat Tuhan. Inilah
erti hidup bahagia dengan Tuhan dan sekaligus inilah anak kunci utama kepada
kebahagiaan rumahtangga.
Mana-mana keluarga yang cita -cita hidup mereka adalah Tuhan, semua masalah dalam
rumahtangga dirasakan sebagai kecil saja, kerana bagi mereka yang besar adalah sama
ada mendapat Tuhan atau tidak. Mereka tidak merisaukan masalah la in kerana
tenggelam di bawah kerisauan terhadap Tuhan. Mereka tidak takut kepada yang lain
kerana sudah tenggelam di bawah takutkan Allah SWT. Hilang kebimbangan kepada
yang lain kerana yang mereka bimbangkan ialah terhadap Tuhan. Segala masalah dalam
rumahtangga tidak akan sampai melupai Tuhan lebih-lebih lagi atau jauh sekali dari
mendurhakai atau kufur terhadap Tuhan.
yang memiliki faktor yang serupa. Iaitu rumahtangga yang mana Tuhan tidak
dipedulikan, Tuhan terpinggir, Tuhan tidak dibawa bersama dalam kehidupan.
4. Masjid adalah tem pat ibadah. Tempat beramal mengabdikan diri kepada Allah
SWT. Masjid bukan tempat hingar bingar, bukan tempat kelakar dan lucu dengan
gelak ketawa berdekah-dekah, bukan pasar yang riuh rendah tanpa haluan dan
bukan juga arena konsert atau tempat menonton sebarang permainan.
Ini bukan bererti tiada kegembiraan dan gurau senda dalam rumahtangga.
Namun semuanya berlaku dengan penuh berdisiplin, kaya dengan adab sopan,
tata susila dan ketertiban. Suasana nya aman tenteram seolah-olah suasana
menjaga ibadah. Sepertimana dalam masjid tiada maksiat, kemungkaran
pertengkaran, kata nista, maki hamun, sumpah seranah, bertegang leher, maka
begitulah suasana dalam rumahtangga.
5. Masjid adalah tempat berlakunya pengajian, majlis ilmu, nasihat-menasihati dan
peringatan. Secara khususnya atau rasminya adalah Khutbah Jumaat. Begitulah
keadaan yang seharusnya berlaku dalam rumahtangga. Terutamanya suami,
selaku ketua keluarga mesti mampu menjadi imam sembahyang, mengadakan
majlis pengajian yang ringan-ringan terutama di bidang fardhu ain, adab-adab
dan membaca Al-Quran. Juga mesti mampu memberi tunjuk ajar dan peringatan
kepada anggota keluarga.
6. Masjid adalah tempat manusia merendah diri, berkasih sayang, hormatmenghormati dan saling bermaafan. Demikianlah sewajarnya terjadi dalam
rumahtangga. Hidup dengan ketiadaan ego dan sombong, berkasih sayang,
saling selamat dan menyelamatkan, saling menghiburkan, prihatin, setia dan
bela-membela. Yang tua mengasihi, manakala yang muda menghormati. Yang
tidak tahu diberi tunjuk ajar, yang bersalah meminta maaf dan yang tidak
bersalah memberi maaf.
7. Bangunan masjid itu merupakan gabungan berbagai komponen dan bahan
binaan. Gabungan yang lengkap itulah menjadikan sempurnanya sebuah masjid.
Ditambah lagi dengan berbagai ukiran yang menambahkan lagi cantiknya
sesebuah masjid. Dalam konteks rumahtangga, ianya bukan setakat ikatan
antara dua orang atau sepasang suami isteri itu saja. Lebih dari itu bermula dari
ikatan dua orang suami isteri, terjalin hubungan antara keluarga kedua-dua pihak.
Sanak saudara antara kedua pihak bertukar menjadi ikatan kekeluargaan yang
lebih besar. Termasuk juga selepas perkahwinan itu akan mendapat anak,
seterusnya menantu pula, maka bertam bah lagi anggota keluarga. Selepas anakanak dan menantu-menantu, datang pula cucu-cucu. Cucu-cucu pula berkahwin
maka bertambah lagi jumlah anggota keluarga. Seluruh ikatan kekeluargaan itu
perlu dijaga agar kekal tidak terungkai bahkan kekal utuh. Begitu besarnya fungsi
rumahtangga.
Cuba bayangkan andainya berlaku perce raian antara suami isteri. Maka
perceraian itu diibaratkan meruntuhkan masjid. Selain hilang peranan yang
diibaratkan masjid, putus pula segala ikatan kekeluargaan antara dua pihak.
Seolah-olah seluruh bangunan masjid itu runtuh. Walaupun bercerai itu tida k
berdosa, namun ianya ibarat runtuhnya sebuah masjid. Kesan negatif dari
perceraian itu amat besar. Perceraian akan memberi kesan kepada retaknya
ikatan dalam keluarga keseluruhannya.
Seperti mana masjid perlu ada penjagaan berterusan agar kekal berfungsi maka
begitulah juga rumahtangga perlu sangat dijaga agar kekal hingga akhir hayat.
Kalau runtuh masjid maka tiada lagi tempat tumpuan masyarakat untuk
melaksanakan berbagai aktiv iti kepada Tuhan mahu pun sesama manusia,
demikianlah juga sekiranya runtuh rumahtangga maka akan berlaku berbagai
kepincangan dalam masyarakat.
8. Masjid amat dijaga kebersihan dan kesuciannya. Habuk, debu, sawang semuanya
disingkirkan. Najis memanglah sangat diawasi. Tahi cicak pun tidak boleh ada.
Ini kesucian yang bersifat lahir. Orang-orang yang memasuki masjid turut
menjaga kesucian batin. Masing-masing berusaha mengawasi gerak hati agar
tidak menjalar sifat mazmumah sepanjang berada dalam masjid. Ertinya, sedikit
sebanyak berusaha juga membuat penyucian hati. Kerana hati memang terasa
diawasi oleh Allah SWT. Dengan harapan perasaan atau rasa diawasi oleh Allah
SWT itu dapat dibawa keluar dari masjid.
Sama juga fungsi rumahtangga. Tempat di mana anggota keluaga
menjadikannya gelangang mujahadah untuk membuang dan membakar sifat
mazmumah, sekaligus menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Juga dengan harapan
sifat-sifat mahmudah dapat dibawa bersama ketika berada di luar rumah
bersama masyarakat. Kalau setiap keluarga berbuat perkara yang serupa, maka
kesannya ialah anggota masyarakat terdiri daripada manusia yang baik-baik.
Aman damailah pula masyarakat dan negara.
ialah tidak merasai kejayaan itu adalah hasil usaha dan kepandaian diri. Bahkan
kekal dengan rasa hina, dhaif, tidak upaya dan tidak layak memikul amanah.
2. Setiap perkara yang diingini, yang diidamkan, setiap kemahuan, impian dan citacita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya
memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan
penuh redha dan rela. Kerana Tuhanlah yang lebih mengetahui ke atas tiap
sesuatu. Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu
kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di sebalik itu tersimpan
berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak
hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu.
Bersyukurlah kerana Tuhan meny impan berbagai kebaikan di sisi-Nya. Mudahmudahan dengan kegagalan itu akan keka l rasa dan sifat kehambaan, menjadi
penghapusan dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat.
3. Sering juga terjadi perkara yang kita cita-citakan dan idamkan, kita usahakan
untuk mendapatkannya, namun tersasar dari keinginan asal. Dalam situasi begini,
perasaan yang wajar ialah terimalah hakikat bahawa kita manusia ciptaan Tuhan
ini tidak memiliki kuasa mutlak. Yang memiliki kuasa mutlak ialah Tuhan.
Lantaran itulah tidak semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita. Segala
usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab yang disyariatkan oleh Tuhan. Itu
pun dengan maksud supaya manusia mendapat pahala dari usaha tersebut.
Yakinlah tiada yang sia -sia dari setiap yang Tuhan anugerahkan serta yakinlah
bahawa itulah yang terbaik untuk kita, cuma kita tidak mengetahui dan
memahaminya. Setiap sesuatu adalah di bawah takluk dan pentadbiran Tuhan.
Di situ kita mendapat pengajaran bahawa kalau kita ada kuasa, tentulah kita
akan memperolehi apa yang kita mahukan. Manusia paling berkuasa tetap tidak
terlepas dari mengantuk, sakit, bencana alam, dikutuk dan dihina orang, tua,
uzur dan mati. Apabila mati, manusia lain yang menguruskannya untuk
disemadikan di dalam tanah. Selepas itu tidak upaya pula untuk menempuh
Padang Mahsyar, Hari Hisab dan akhirnya ke Syurga atau ke Neraka.
4. Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kita juga berusaha menghindari
banyak perkara seperti sakit, kemalangan, kegagalan, ada yang berjaya dan ada
yang gagal. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Di sini juga kita
dapat merasakan bahawa Tuhan mengawal dan mentadbir tiap-tiap sesuatu.
Tuhan Maha adil yang me lakukan sesuatu ke atas hamba-hambaNya penuh
berhikmah. Namun sedikit sahaja hikmah yang dapat diselami, se kadar yang
dapat difikirkan oleh akal yang amat terbatas.
Kepelbagaian keadaan yang Tuhan lakukan kepada manusia itu yang paling
utama Tuhan mahu manusia sentiasa merasa bertuhan, tidak putus hubungan
dan pergantungan kepada yang Maha Berkuasa. Ketika susah dapat dirasakan
didikan Tuhan kepadanya, maka bertambah iman. Ketika senang terasa luasnya
rahmat Tuhan, bertambah pula azam untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Ketika susah, gagal, sakit, musibah, bencana, terasa pula cubitan kasih sayang
dari Tuhan dan sekaligus sebagai suis automatik dari Tuhan untuk hamba -Nya
kembali bermanja-manja kepada Tuhan. Andainya memahami hakikat ini,
alangkah beruntungnya kerana setiap situasi tidak putus dari rasa kehambaan
dan rasa bertuhan.
5. Satu aspek yang mungkin amat jarang disedari oleh manusia iaitu terlalu banyak
perkara dan peristiwa yang telah, sedang dan akan berlaku adalah sesuatu yang
tidak pernah terlintas atau terfikir. Sama ada sesuatu perkara, kejadian dan
peristiwa itu berkait secara langsung dengan kita atau tidak ada kena mengena
dengan kita. Keadaan ini yang paling banyak berlaku. Kalau ada yang mahu
memikirkannya sering terhenti setakat kajian sebab dan akibat. Sekadar berfikir
tentang punca sesuatu perkara atau peristiwa itu berlaku. Amat jarang bahkan
hampir tiada yang mahu mengaitkan dengan Tuhan. Jarang atau hampir tiada
yang mahu melihat dan merasakan bahawa Tuhan yang menjadikan tiap-tiap
sesuatu.
Sebab akibat memang merupakan ketentuan atau sunnatullah. Namun apakah
sebab itu bukan dari Tuhan? Sesuatu akibat yang bermula dari sebab, sedangkan
sebab itu Tuhan juga yang datangkan untuk menghasilkan akibat. Tuhan hendak
menghasilkan kesembuhan dari sebab ubat, ubat itu juga datangnya dari Tuhan.
Tuhan hendak kenyangkan manusia dengan sebab makan, ma kanan itu juga dari
Tuhan dan Tuhan yang ciptakan ma kanan. Tuhan yang tadbir dengan
menentukan jenis benda yang hendak dimakan. Ertinya tidak pula boleh makan
sebarang benda seperti batu, kayu, plastik atau besi.
Peristiwa atau kejadian yang tidak pernah diduga, yang berlaku di luar diri atau
tiada kaitan dengan diri bertujuan untuk menjadi iktibar teladan dan pengajaran.
Menjadi peringatan bahawa bila-bila masa sahaja ke jadian yang sama boleh
menimpa diri. Bila-bila masa tanpa disangka, giliran kita akan menerima nasib
yang sama. Oleh itu bersedia dan waspadalah. Hari ini kita mendengar puluhan
orang mati mendadak kerana letupan bom. Esok tanpa diduga mungkin giliran
kita pula tetapi dengan punca yang berbeza. Hari ini kita dikejut kan dengan
peristiwa mati beramai-ramai kerana kapal terbang terhempas, atau banjir
lumpur, atau tsunami atau tanah runtuh. Esok lusa orang lain pula terkejut
mendengar berita kematian kita kerana tercekik ikan puyu, atau jatuh katil, atau
dilanggar lori, atau kita langgar lori dan sebagainya.
Tuhan berbuat tidak mengira siapa. Di sisi Tuhan se luruh makhluk itu sama
sahaja. Hidup di dunia ini sementara sahaja bahkan amat sekejap. Akhirat yang
kekal abadi. Bandingan Akhirat dengan dunia dari segi masa ialah sehari di
Akhirat sama dengan seribu tahun di dunia. Ertinya dinisbahkan Akhirat,
kehidupan kita ini hanyalah sekitar satu jam sahaja.
Apa sahaja yang Tuhan lakukan ke atas makhluk-Nya kita tidak berhak
mempersoalkannya lebih-lebih lagi tiada hak untuk memprotesnya. Tuhan punya kuasa
mutlak, terpulang kepada Tuhan untuk berbuat apa sahaja. Hamba hendaklah merasai
diri itu adalah hamba dengan serba-serbi kekurangan, kedhaifan, lalai, leka dan banyak
menderhakai Tuhan. Sekaligus hendaklah merasai bertuhan, iaitu rasa-rasa yang
selayaknya bagi Tuhan. Jangan sekali-kali menyalahkan Tuhan atau buruk sangka
terhadap Tuhan. Dan jangan mengistimewakan diri sendiri. Ketika gagal dikatakan takdir
Tuhan, ketika berjaya dianggap diri pandai, istimewa, luar biasa. Ini sangat tidak
beradab dengan Tuhan. Hakikatnya kedua-dua keadaan itu dari Tuhan. Namun sebagai
hamba yang wajib beradab dengan Tuhan, maka ketika gagal dirasakan kesalahan dan
dosa diri, ketika berjaya anggaplah sebagai anugerah Tuhan.
Lima situasi kehidupan inilah di antara maksud hidup bersama Tuhan. Penjelasan
ringkas ini sudah memadai untuk memahamkan kita bagaimana untuk meletakkan diri
sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta. Di situlah nanti bakal menemui rahsia
kebahagiaan yang sebenar. Menjadikan hidup penuh ceria, optimis, tenang dan senang.
Tidak ada rasa keluh-kesah, gelisah, putus asa dan kecewa.
rosak, maka fitrah itu turut rosak. Dalam konteks topik yang diperkatakan ini, semua
manusia amat mendambakan kasih sayang. Dan sangat benci kepada krisis dan
permusuhan. Kita akan rasa amat menderita dan terseksa andainya kita dibenci atau
tidak dihormati oleh orang lain. Kita amat kesal andainya kita tahu orang lain iri hati,
dengki atau meluat kepada kita, begitulah sifat fitrah itu. Sama juga dengan orang lain,
akan berperasaan yang sama sekiranya mereka mengalami atau menerima nasib yang
sama.
Begitulah pentingnya kasih sayang sesama manusia. Kasih sayang mesti berlaku dua
hala atau berlaku antara dua pihak. Saling memberi kasih sayang dan saling menerima
dan merasainya. Barulah erti kasih sayang itu benar -benar berkesan dan bermakna.
Sehingga akan terzahirlah natijahnya iaitu perpaduan yang utuh. Tanpa kasih sayang,
laungan perpaduan hanya akan tinggal menjadi slogan kosong yang tidak akan menjadi
realiti.
Mula-mula mari kita lihat dahulu orang yang yang memiliki ciri-ciri kasih sayang:
1. Lemah lembut
Biarpun dalam keadaan yang tercabar atau keadaan yang boleh menimbulkan
kemarahan, dia tetap mampu mengekalkan sikap lemah lembut. Kalau pun
hendak menyampaikan teguran, tetap dengan lemah lembut.
Mengekalkan sifat atau sikap lemah lembut ertinya mengekalkan hubungan baik
dengan orang atau pihak lain. Terutamanya dalam mendidik, memimpin dan
memberi tunjuk ajar akan berakhir dengan kegagalan sekiranya berlaku retak
hubungan. Selain itu bukankah fitrah semulajadi manusia menyukai lemah
lembut. Kalau marah sekali pun orang lain tidak dapat mengesannya kerana
marah dalam kelembutan.
Lawan kepada lemah lembut ialah kasar, keras, beng is, baran, mudah naik
berang, menengking, herdik, marah-marah. Kadang-kadang manusia menolak
nasihat dan tunjuk ajar itu berpunca dari sikap keras dan kasar. Tuhan
memerintahkan kepada Nabi Musa a.s. supaya berlemah lembut terhadap Firaun
dengan harapan hati Firaun menjadi lembut dan dapat menerima kebenaran.
Berdasarkan perintah Tuhan kepada Nabi Musa a.s. itu ada dinyatakan bahawa
kebenaran dihubungkan dengan sikap lemah lembut. Ertinya kebenaran yang
juga diingini oleh fitrah semula jadi manusia itu mest ilah juga melalui jalan yang
disukai oleh fitrah iaitu sifat lemah lembut.
menjawab kembali, namun orang lain akan mendiamkan diri dan memendam
rasa. Mungkin secara lahirnya masih dekat namun sudah jauh dari sudut hati dan
perasaan.
3. Pemaaf
Tuhan amat luas rahmat-Nya berbanding kemurkaan-Nya. Salah satu rahmat
Tuhan ke atas hamba-Nya ialah melalui sifat Pengampun dan Pemaaf-Nya. Kita
sendiri dapat rasakan betapa seksanya perasaan andainya ada orang yang tidak
mahu memaafkan kesalahan kita. Sebab itulah ajaran Islam sangat
menganjurkan saling meminta maaf bagi yang bersalah dan memberi maaf
kepada yang bersalah. Biarpun Tuhan menetapkan sebagai syariat -Nya iaitu
bunuh dibalas bunuh, namun memberi maaf adalah lebih baik. Sekiranya ahli
waris yang dibunuh itu mem beri maaf ke atas pembunuh, maka berhaklah hakim
menggugurkan hukuman bunuh tersebut.
Tuhan sebut dengan istilah lebih baik itu menurut baik di sisi Tuhan, yang tiada
bandingan dan tidak dapat difikirkan oleh akal manusia. Tentulah Tuhan
memberi ganjaran yang amat besar kerana ahli waris terpaksa mengorbankan
perasaan untuk memaafkan si pembunuh. Pembunuh boleh hidup bebas
sedangkan mereka kehilangan ahli keluarga yang disayangi dan mungkin juga
kehilangan tempat bergantung. Kesan positifnya kepada keharmonian
masyarakat juga amat besar, sekurang-kurangnya boleh mengingatkan
pembunuh tersebut. Kalau selama ini kerjanya membunuh orang, mungkin
dengan sebab dimaafkan maka dia insaf, bertaubat dan berhenti membunuh.
Tenteramlah kehidupan masyarakat.
Begitulah indahnya ajaran Tuhan yang menganjurkan sifat pemaaf, hingga
sanggup ke tahap memaafkan orang yang membunuh, iaitu berbuat baik kepada
orang yang berbuat jahat kepada kita. Ganjaran besar dari Tuhan yang menanti
di Akhirat kelak ialah bighairi-hisab, iaitu masuk Syurga tanpa hisab.
juga mengusahakan agar orang lain untuk turut beriman dan bertaqwa. Kalau dia
mahukan keselamatan dunia dan Akhirat maka dia juga turut berjuang untuk
keselamatan orang lain.
5. Bela-membela
Apabila adanya perasaan kasih kepada orang lain itu sama seperti mengasihi diri
sendiri, maka buahnya ialah sangat bela-membela. Bela-membela ini bukan
terhenti kepada aspek-aspek lahir sahaja bahkan menjangkau hal-hal
maknawiyah seperti saling memberi nasihat dan peringatan, saling berkongsi
perasaan dan saling doa mendoa. Salah satu doa yang sangat makbul ialah
apabila doa yang kita pohon untuk diri itu dipanjatkan kepada Tuhan untuk
orang lain. Sehingga ada keterangan dalam Hadis Qudsi yang bermaksud kira kira:
Seseorang yang berdoa untuk orang lain, Tuhan makbulkan untuk dirinya
sebelum dia mengangkat tangan untuk berdoa.
Pembelaan dalam aspek lahiriah, apa yang berlaku da lam sejarah, para sahabat
sanggup bergalang ganti nyawa sesama mereka. Mereka merasakan orang lain
lebih berhak untuk hidup berbanding diri sendiri.
6. Saling prihatin
Dalam masyarakat yang berkasih sayang, mereka sangat peka dengan keadaan
orang lain. Sering bertanya khabar, jenguk menjenguk, saling mengambil tahu
situasi dan nasib kehidupan orang lain. Makanan yang dimakan setiap hari,
pakaian yang membalut tubuh, rumah yang selesa, kereta yang dinaiki,
semuanya menjadikan akalnya berfikir terhadap nasib mereka yang terlibat
menyediakannya. Hati dan perasaa n sering diusik oleh rasa terhutang budi dan
jasa. Kalau pun tidak berpeluang membalasnya, paling kurang didoakan ke atas
mereka semua.
7. Mengenang budi dan jasa
Orang yang memiliki sifat kasih sayang sanggup membalas kejahatan dengan
kebaikan. Orang yang memusuhinya didoakan agar diberi petunjuk dan pimpinan
Tuhan. Betapalah terhadap orang yang berbudi dan berjasa, tentu lebih-lebih lagi
dikenangnya hingga akhir hayat. Siapa sebenarnya yang berbudi dan berjasa
kepada kita? Terdapat dua kelompok iaitu yang secara langsung, diketahui dan
disedari dan dapat dirasai yang mereka itu berbudi dan berjasa kepada diri kita.
Antaranya ialah ibu dan ayah, guru-guru, pemimpin, pemandu, tukang rumah,
pembantu rumah, tukang kebun.
Satu kelompok lagi yang tidak terkira ramainya dan berlaku tanpa disedari, tidak
secara langsung dan kadang-kadang tidak dapat dirasai jasa mereka. Jasa
mereka tidak ketara. Antaranya ialah petani, nelayan, buruh pengangkat sampah,
elektrik dan air yang tersalur ke rumah, pakaian, kenderaan, kemudahan
infrastruktur dan sebagainya. Lantaran itulah maka amat wajar memberi kasih
sayang kepada semua orang kerana mungkin mereka semua terlibat berjasa
kepada kita secara tidak langsung.
Buah daripada sifat kasih sayang ini maka lahirlah masyarakat yang sangat
memilik i rasa bersama dan bekerjasama, bertolong bantu, berlapang dada dan
bertolak ansur antara satu sama lain, tidak meny inggung perasaan orang lain
atau tidak mengguris hati. Tidak mudah merempuh sebarangan terhadap
perbezaan pendapat. Tawadhuk, tidak ego, tidak sombong dan tidak
mementingkan diri, kerana merasakan bahawa tiada siapa dapat hidup sendirian
melainkan sa-dar menyandar, saling memerlukan, saling berbudi dan berjasa.
Untuk dapat memiliki ciri-ciri kasih sayang, setiap anggota masyarakat perlulah
berusaha bersungguh-sungguh melakukan sekurang-kurangnya tiga perkara:
1. Mencintai Tuhan
Apabila mencintai Tuhan, automatik kasih sayang akan terjadi. Orang yang
mencintai Tuhan termasuk mencintai setiap ciptaan Tuhan terutamanya manusia.
Sedangkan haiwan, tumbuhan dan benda -benda lain seperti rumah, kereta, harta
benda pun manusia sayangi, betapalah manusia yang memang memiliki
perasaan. Selain itu, apabila mencintai Tuhan, sebagai respon daripada -Nya atau
sebagai balasan daripada-Nya, maka Tuhan pertautkan hati-hati dengan
perasaan saling berkasih sayang.
2. Korbankan Perasaan
Maksud mengorbankan perasaan ialah apa sahaja sifat-sifat keji atau mazmumah
atau sikap negatif hendaklah ditahan, dipendam atau ditelan. Biarpun sedikit
menderita, sakit dan terseksa perasaan kerana membendung perasaan, namun
terpaksa dipendam untuk mengelak daripada terkena kepada orang lain. Sifatsifat mazmumah itu ibarat racun yang merosakkan masyarakat. Sekiranya semua
anggota masyarakat mampu menelan kepahitan ini, harmonilah kehidupan
keluarga dan masyarakat.
Manakala semua sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat terpuji atau positif hendaklah
dilepaskan. Ertinya yang terzahir atau yang terlihat pada peribadi ialah tabiat,
sikap, akhlak yang baik-baik sahaja. Andainya sanggup korbankan perasaan
sendiri, nescaya akan berlakulah saling berkasih sayang sesama anggota
masyarakat.
mesti menjadi role model dalam kasih sayang. Antara pemimpin dengan pengikut
umpama kayu dengan bayangannya. Apabila bayang kayu itu bengkok, sudah
pasti kayunya bengkok. Oleh itu untuk melahirkan masyarakat berkasih sayang,
mesti ada dalam masyarakat itu pemimpin yang memiliki ciri-ciri kasih sayang
dan sekaligus mendidik, mengajar, membimbing para pengikutnya dengan kasih
sayang. Perbandingannya, kalau pemimpin hendak memberi duit, dia kenalah
ada duit. Mustahil pemimpin yang tiada ciri-ciri kasih sayang hendak memberi
sesuatu yang tiada pada dirinya, sebaliknya mengharapkan wujudnya pengikut
yang berkasih sayang.
Persoalan kasih sayang adalah faktor yang amat penting untuk mewujudkan
masyarakat harmoni, termasuklah dalam kehidupan keluarga dan rumahtangga.
Dalam bab ini persoalan kasih sayang dihurai secara umum, tidak difokuskan
secara khusus kepada keluarga. Sebenarnya rumahtangga atau keluarga itu
merupakan institusi masyarakat yang paling kecil. Mengambil panduan ini dan
dipraktikkan dalam masyarakat yang kecil, maka akan lebih mudah pula apabila
hendak dibawa ke dalam masyarakat yang lebih besar. Kalau ciri-ciri kasih
sayang tidak ada dalam rumahtangga, maka akan lebih sukar untuk dipraktikkan
dalam masyarakat yang lebih besar. Dan panduan yang sama juga boleh dibawa
ke peringkat negara dan seterusnya ke peringkat ummah.
walaupun hatinya tidak katakan iblis itu Tuhannya, hakikatnya dia sudah bertuha nkan
iblis maka dengan sendirinya dia lupakan Tuhan yang sebenar. Dia besarkan iblis, dia
agungkan iblis dan lupa mengagungkan Allah SWT. Begitulah bila pokoknya sudah
wujud, lahirlah macam-macam buah mazmumah.
Kalau tidak ada pokok, mungkin hanya ada satu-satu bentuk mazmumah sahaja, tetapi
kalau pokok yang tumbuh, ia melahirkan buah yang banyak iaitu buah yang merosakkan
kehidupan manusia, merosakkan sesama kawan dan merosakkan negara. Bila ada
pokok ini maka sempurnalah mazmumahnya. Maka iblis jadi Tuhannya. Kalau iblis yang
dia ingat, tentulah dia lupakan Tuhan. Jadi bila iblis sudah ada, dia lupakan Tuhan maka
nafsu pulalah menjadi tuhannya.
Apa kata Allah SWT tentang nafsu di dalam Al-Quran:
Maksudnya: Sesungguhnya nafsu itu sangat menga jak kepada berbuat jahat. (Yusuf:
53)
Nafsu itu bukan sahaja ia jahat bahkan ia sangat mengajak orang buat kejahatan.
Sudahlah nafsu itu sendiri jahat, ia juga sangat mengajak orang buat kejahatan. Jadi
bila orang sudah bertuhankan nafsu, di samping bertuhankan iblis tadi maka lahirlah
fahaman indiv idualisma. Orang yang faham indiv idu ini, dia fikir, Aku nak senang,
orang tidak senang dia punya pasal. Aku fikir aku, jiran mati, itu dia punya pasal.
Dahsyatnya bila ada ego, lupa Tuhan maka nafsu memainkan peranan. Nafsu bukan
sahaja jahat bahkan sangat mengajak orang buat kejahatan. Nafsu itu sifatnya
berkehendak dan merangsang sama ada yang halal atau haram. Apa yang dia hendak
itu dibawa pada diri, hanya untuk dirinya, tidak dibawa pada keluarga, apatah lagi jiran
dan masyarakat. Padahal kalau dia berfikir, bila bangsa rosak, dia salah seorang yang
akan rosak sama. Tetapi kerana penyakit indiv idualisma, dia tidak fikirkan itu semua.
Sebab itu Tuhan berfirman:
Maksudnya: Tidakkah engkau lihat orang yang menjadikan nafsu itu tuhannya.
Tetapi kalau kita cakap, Awak ni bertuhankan nafsu, dia marah, dia tidak terima.
Bala bencana yang berlaku dalam diri hingga orang marah dan benci adalah kerana
nafsu sudah kita jadikan tuhan. Begitulah bala yang berlaku antara suami isteri kerana
sifat indiv idualisma itu. Isteri fikir isteri dan suami fikir suami. Sifat indiv idu ini
menyebabkan dia tidak fikirkan keluarga sekalipun anaknya. Kadang-kadang anak-anak
diperalatkan untuk kepentingan diri. Mak ayah diperalatkan, suami atau isteri
diperalatkan untuk kepentingan diri sendiri. Jemaa h diperalatkan untuk kepentingan diri.
Begitu juga gurunya, etniknya dan bangsanya, diperalatkan untuk kepentingan dirinya.
Kemudian bila dapat susah, dia kata, Macamana ni?
Kalau sudah ada sombong, automatik lupakan Tuhan. Maka nafsu jadi tuhan. Nafsu
lebih dahsyat dari iblis sebab nafsu dari dalam. Iblis ambil peluang bila nafsu tamak,
rakus, maka ia subur-suburkan lagi. Iblis tidak dapat masuk bila nafsu sudah baik. Ia
hanya dapat berbisik dari jauh. Macam orang pakai baju besi. Boleh tembak tetapi tidak
masuk ke dalam. Tidak lut. Tapi bila nafsu sudah diutamakan, iblis hanya meniti saja.
Nafsu itu highway kepada iblis dan syaitan.
Tiga perkara inilah punca hancurnya diri, hancurnya rumahtangga, masyarakat, negara
dan dunia. Disebabkan oleh tiga perkara yang disebutkan tadi, inilah yang memainkan
peranan dalam kehidupan indiv idu. Kalau dia duduk dalam jemaah, dia ambil peluang.
Lebih-lebih lagi kalau suaminya jadi ketua dalam jemaah, maka dia alatkan suami untuk
kepentingan dirinya samada secara langsung atau tidak. Sebab itu bagi orang yang
bermadu, walaupun dia kata poligami itu untuk kepentingan perjuangan, tetapi untuk
praktikkannya payah. Setengah orang kata, Saya tak ada ilmu tentang madu. Betul
kah? Banyak orang yang ada ilmu dan tukang syarah tetapi dia sendiri tidak boleh
amalkan ilmu itu.
Sebab itu kerana sombong, tidak takutkan Tuhan, kerana perturutkan nafsu, bukan
sahaja kalau berpoligami tidak selesai. Bahkan kalau isteri seorang pun tidak selesai.
Contohnya, kalau dia fikir tentang makan. Kalau tidak ada atau kurang makanan, dia
akan kata, Abang ni tak bertanggungjawab. Kalau ada makanan, dia persoalkan,
Asyik ikan kembung je. Kembung perut saya. Belilah tenggiri sekali sekala. Makan pun
jadi masalah. Dia tidak bermadu tetapi dia bermadu dengan kereta, dengan ayam ikan,
dengan kawan suaminya. Kalau hari cuti, suami dia keluar dengan kawan, dia kata,
Abang ni asy ik dengan kawan aje. Tak fikir saya. Madu itu bukan dengan isteri sahaja.
Kadang-kadang dengan masa. Suami balik lambat, Abang ini masa untuk pejabat saja.
Tak ada masa untuk saya. Kalau ada madu, bolehlah tampar untuk lepaskan geram.
Kalau bermadu dengan masa, tanggung sendiri perasaan. Berapa banyak masalah
kerana sifat indiv idualistik. Suami baru beli kereta, patutnya hujung minggu, dudukduduk dengan isteri, tetapi suami asy ik basuh kereta. Dia kata, Abang ni asy ik dengan
kereta aje.
Kalau seorang itu tidak ada sombong, tidak lupakan Tuhan, nafsu tidak jadi tuhannya
maka poligami tidak jadi masalah. Jangan kata masalah itu kerana bermadu. Ada isteri
yang pecahkan cermin kereta suami kerana suami asy ik dengan kereta. Kerana tiga sifat
tadi, kalau ada suami, ia bergaduh dengan suami, dengan anak-anak dan dengan
anggota jemaah. Sebab itu tiga penyakit ini kena dirawat.
Lebih-lebih lagi kalau hendak jadi pejuang kebenaran. Bukan senang. Siapa yang
bertaqwa, besarlah bantuan Tuhan. Bila ada penyakit indiv idualisma, ia akan
menyusahkan keluarga dan maysarakat.
amat berbeza sama sekali andainya manusia ini beriman. Di dunia mereka tidak
melakukan pelanggaran undang-undang kerana mereka hidup berpegang kuat kepada
syariat Tuhan. Kalaupun terlanggar juga yang bukan dari kehendak hatinya maka orang
beriman akan segera bertaubat. Andainya terhukum di dunia, di Akhirat pula mungkin
mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT.
Kita tentu membaca sejarah bagaimana adanya orang yang menyerah diri kepada
Rasulullah SAW, mengaku berzina dan meminta dihukum. Apa yang mendorong orang
itu dengan penuh rela mengaku dan sekaligus minta dihukum? Pendorongnya ialah iman,
tauhid, takut kepada Allah SWT.
Satu perkara lagi ialah bukankah lebih baik manusia itu tidak melakukan pelanggaran
syariat yang mana benteng paling utuh ialah iman. Berbanding dengan membiarkan
masyarakat melanggar syariat yang kemudiannya dihukum. Dengan kata-kata lain orang
yang benar-benar beriman itu tidak berzina, mencuri atau minum arak dan lain-lain
kemungkaran. Inilah pencegahan paling berkesan dan sempurna. Iaitu mencegah
daripada melakukan maksiat dengan kekuatan iman berbanding dengan hukuman yang
berjalan setelah orang melakukan kejahatan. Kesimpulannya, hukuman dalam Islam
hanyalah jalan keluar terakhir setelah dilakukan berbagai cara, kaedah, agenda dan
program pencegahan terutamanya keimanan dan ketaqwaan.
masalah sosial yang bertimpa -timpa dan kian kronik dengan masalah
tentu kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia.
ada indiv idu-indiv idu atau keluarga-keluarga yang merasainya, tetapi
Ini tidak boleh mencorakkan masyarakat.
Secara umum penguasa-penguasa atau orang-orang yang ada kuasa tidak bahagia
disebabkan oleh penyakit gila kuasa. Orang kaya tidak bahagia kerana sering rindu pada
harta. Ulama-ulama tidak bahagia kerana takut periuk nasi terancam. Ibu bapa hilang
bahagia kerana anak-anak derhaka. Guru tidak bahagia de ngan perangai anak muridnya.
Pemudi-pemudi tidak bahagia kerana takut diganggu dan takut jadi andartu. Pemuda
hilang bahagia kerana susah hendak kahwin. Dan macam-macam lagi penyakit yang
sedang meragut kebahagiaan hidup dalam masyarakat kita.
Dalam keadaan ini apakah peranan pembangunan, kemodenan, ekonomi, jawatan dan
ilmu tinggi tadi? Mampukah ia menyelesaikan masalah ini? Lihat di Barat! Kemodenan
hidup menghantar manusia ke kancah kehidupan yang bergelora. Sebagai contoh,
sudah ramai orang Barat yang hidup berdua dengan anjing atau bertemankan kucing
atau itik atau ayam. Kebahagiaan dengan sesama manusia sudah tiada. Apa erti dengan
segala pembangunan tadi?
Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki atau benda-benda
lahiriah. Rasa bahagia itu tempatnya di hati manusia. Kalau hati senang, dalam miskin
pun boleh rasa bahagia. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu setinggi mana
pun, kaya-raya macam mana pun dan sebesar mana pun pangkat tetap tidak akan
bahagia hidupnya. Itu bukti yang cukup jelas yang memang jadi pengalaman semua
orang. Kerana itu untuk mencapai ke bahagiaan hidup, seseorang indiv idu mahupun
seluruh masyarakat amnya, apa yang mesti diutamakan ialah mendidik indiv idu-indiv idu
manusia dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan
dan kemodenan.
Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinan. Iman
dan taqwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya, terhibur kalau
dapat menderma. Iman dan taqwa boleh membuatkan penguasa rendah hati dengan
rakyatnya serta terhibur kalau dapat berkhidmat pada rakyat. Iman dan taqwa bole h
membuatkan anak-anak terhibur untuk mentaati ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk
taat pada suami, pengikut terhibur untuk mentaati pemimpin, anak-anak murid terhibur
dan hormat serta kasih pada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah dan
pemuda jadi sungguh-sungguh bertanggungjawab.
Bila manusia hidup dalam keadaan itu, barulah duit yang banyak membawa bahagia.
Barulah pangkat tinggi berguna dan segala kemodenan dan pembangunan akan menjadi
sumber keselesaan hidup yang bermakna.
Hari ini semua itu belum berlaku. Kerana hanya memikirkan negara maju, maka yang
terus maju ialah negaranya, bukan orangnya. Yang membangun ialah negara bukan
orangnya. Masyarakat manusia dibiarkan bermain dengan nafsu, tidak dihiasi dengan
iman dan taqwa. Nafsulah yang mengatur kehidupan. Sebab itu masyarakat jadi huru hara.
Saya suka menyenaraikan nafsu yang bersarang dan menjadi tuhan dalam diri manusia
itu.
1. Ulama tanpa taqwa
Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai nafsu-nafsu:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
mudah melupakan dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati
dan dipuji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah, serta bersifat zuhud dan
warak.
Bila tidak ada ulama sebegini, maka umat seolah-olah ketiadaan lampu.
Tinggallah umat dalam gelap-gelita, tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran
dan Hadis, tidak kenal Allah dan alam Akhirat, tidak faham apa yang boleh dan
apa yang tidak boleh, juga yang baik dan yang tidak baik. Maka hidup mereka
tidak menentu. Kadang-kadang ke Barat, kadang-kadang ke Timur, terlanggar ke
sana, terlanggar ke sini, terjunam ke lembah-lembah, tersungkur di jalan-jalan
dan macam -macam kacau-bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada langsung
yang selamat.
Maka terjadilah apa yang terjadi hari ini. Umat Islam
ikut Islam sepenuhnya, kadang-kadang jadi macam
macam hippies dan macam-macam lagi. Budaya dan
dan tidak dapat dibangunkan dan diperjuangkan. Yang
aduk dan kacau-bilau.
bergaduh, bersengit hati sesama sendiri. Bahkan di kalangan mereka pun sama,
berdendam dan berdengki.
Apa alasan dan penyelesaian pada semua itu? Sebab ekonomi kurang, sebab
kebodohan rakyat, sebab kemajuan tidak seberapa? Sebab ilmu tidak ada?
Sebenarnya semua itu disebabkan manusia-manusia tidak bertaqwa. Yang mana
kalaulah masyarakat kita bertaqwa, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang
kesulitan dan masalah, dan menjadikan negara kita negara yang aman, makmur
dan mendapat keampunan Allah SWT.
takdir kemiskinan itu. Dia tidak merasa terseksa dengan kemiskinan di dunia
demi mengharapkan kekayaan yang Allah SWT janjikan di Akhirat.
5. Kaum ibu atau wanita kalau tanpa taqwa
Kaum ibu atau wanita kalau tidak bertaqwa maka kerja mereka ialah mengumpat,
bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang lelaki, gila dunia yakni gilakan
perabot, hiasan gelang, pakaian, hingga lupa pada Allah dan lupa Akhirat.
Seorang isteri yang tidak bertaqwa tidak akan dapat melayan dan mentaati suami
dengan baik disebabkan tidak ada pada mereka sifat merendah diri pada suami
dan sifat memandang mulia pada suami. Mereka bebas untuk keluar masuk dan
menyusun program sendiri, tanpa memikirkan sangat apa kata suami.
Bila kaum ibu berada dalam keadaan ini maka rumahtangga bukan lagi
gelanggang cinta dan kasih sayang, di mana suami terasa berada dalam sebuah
mahligai yang penuh kebahagiaan di samping anak-anak yang terdidik dengan
kasih sayang dan akhlak mulia dan ilmu yang berguna.
Oleh kerana semua manusia ini inginkan kasih sayang dan kebahagiaan, maka
jika rumah tidak dapat menyediakan itu, tentu mereka cari di luar. Lalu jadilah
apa yang telah dan sedang terjadi. Iaitu disko atau kelab malam, dan tempat
manusia mencari kasih dan kebahagiaan secara keji itu sering penuh, bahkan
merupakan satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Ada yang menagih
kasih dan bahagia dari dadah, dari arak dan dari segala hiburan-hiburan yang
kotor-kotor. Mereka menyangka itu semua adalah kebahagiaan hidup, tidak ada
yang lain lagi. Walaupun mereka sedar bahawa melakukan semua itu bererti
kehinaan dan kebinasaan hidup.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Dunia ini ialah perhiasan. Dan perhiasan yang paling cantik ialah
wanita solehah. (Riwayat Muslim)
Semua orang tertarik pada perhiasan. Apalagi kalau alat perhiasan itu adalah
sesuatu yang sangat cantik. Jadi, kalau dalam sebuah rumah itu ada wanita
solehah, maka ahli-ahli rumah itu akan tertarik untuk sentiasa berada di rumah.
Rumah adalah hiburan dan ketenangan hati mereka.
mengorat tanpa malu bahkan sudah menjadi permainan yang lumrah. Rasa iri
hati, cemburu dan hasad dengki sesama sendiri bersarang penuh dalam hati
mereka. Dan ini semua dapat kita saksikan dalam lakonan hidup mereka. Mereka
sering berangan-angan, khayal dan lalai dari tugas-tugas yang sepatutnya. Keskes zina di kalangan muda-mudi yang turut melibatkan pelajar-pelajar sekolah
sudah jadi perkara biasa dan seakan-akan mahu dibiarkan berterusan oleh kita.
Mana ada sekolah yang muda-mudinya sedang memperjuangkan agama, bangsa,
negara dan tamadun umat supaya kita jadi gagah dan mulia di mata dunia. Tidak
ada. Sebagai gantinya mereka itu sedang membina budaya lucah, gila harta, gila
wanita, gila pangkat dan saling berebutan hingga membuatkan tamadun dan
nilai kita jadi lemah dan lembab sekali. Mereka tidak kerja kalau tidak makan gaji.
Masa kosong dibuang ke padang bola, bukan memikirkan projek pertanian,
perindustrian dan lain-lain yang sungguh penting untuk kekuatan umat. Berapa
kerat dari muda-mudi Islam yang dapat tunaikan sepenuhnya tuntutan
sembahyang lima kali sehari itu? Maka sebanyak itu sajalah dari mereka yang
boleh diletakkan harapan, selebihnya adalah pengganggu, pengacau dan
penghalang perjuangan kebenaran.
Muda-mudi yang bertaqwa ialah orang-orang yang serius terhadap
tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara. Mereka menyediakan tenaga,
masa, fikiran dan semangat untuk tugas khalifah Allah di dunia. Mereka sanggup
meninggalkan budaya liar, berfoya-foya dan berlagak-lagak serta bergaya tidak
menentu.
Begitulah jauh bezanya antara umat yang bertaqwa dan tidak bertaqwa. Kalaulah
kita dapat capai maqam ini, insya-Allah akan jadilah kita bangsa dan negara yang
aman makmur, seperti yang kita laung-laungkan dan idam-idamkan,
sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:
Maksudnya: Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di
kalangan mereka itu yang baik amalannya. (Mulk: 2)
Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
1. Tuhan jadikan mati dan hidup
2. Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.
selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi
pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun
sahaja masa primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun
ini.
Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat. Walaupun kita
hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam
kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besarbesarkan orang sampai ke mati. Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin
Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup
dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan
walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.
1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau diukur
secara lahir, kadangkala orang berkata, Si Polan itu nampaknya senang matinya,
bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja, itu kata kita yang menilai
lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di
alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain.
Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.
Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu
ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
a. mata terbeliak
b. telinga kembang
c. berbunyi macam kerbau berdengkur
Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal
ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak
pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas
daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap
tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini
kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh,
dunianya syurga, tida k pernah sakit, tidak pernah susah, tidak pernah orang kata,
tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas
itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.
Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang.
Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami,
tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun
nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300
tetakan.
2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu ditanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah
sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama
Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama -lamanya. Untuk masa depan di dunia
orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula
berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?
Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia
dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat
macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu
sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit
sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya
entah berapa ribu kali ganda.
Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah
durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah
makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya,
gigit lagi kali kedua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap
lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu.
Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak
durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan
100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!
Di Sy urga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam
Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau
di dunia, katalah orang hadiah kita 50 banda r macam Kuala Lumpur, itu malah
menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita
tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu,
fade-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak
sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat
bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja,
katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat
sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat
dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan
sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.
Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari
istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama.
Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang
solehah. Di Sy urga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang
sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak
jemu.
Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan
sebut mati dahulu. Sebab ia besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab
itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan
orang jahat tidak akan dapat apa-apa.
Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa
paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam
Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekas ih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini
untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata:
Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga.
Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu
sebelum hidup supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat lebih daripada dunia.
Begitu juga bila ilmu belum dapat, kita berfikir: Kalau dapat ilmu banyak boleh khidmat
pada orang, boleh ajar orang, aku boleh tunjuk jalan. Itu secara logik. Tapi bila sudah
dapat kita jadi megah, sombong, dan menghina orang yang bodoh.
Jadi sebenarnya ujian yang positif lah yang banyak merosakkan daripada ujian yang
negatif. Tapi Tuhan Maha Bijaksana, segala apa yang dilihat di dunia ini Tuhan sudah
siapkan hujah di sini. Katalah ada orang kaya, berkuasa, diazab oleh Tuhan, kerana
derhakanya, dia hendak bahas: Wahai Tuhan, aku kena azab ini sebab Engkau juga.
Engkau bagi aku kaya, bagi aku kuasa, sebab itu aku jadi jahat. Kalau Engkau tidak
jadikan aku raja dan kaya, aku taklah kena azab. Lalu Tuhan memberi hujah dengan
berkata: Bukankah ada di kalangan orang baik yang jadi raja? Nabi Sulaiman jadi raja,
Nabi Daud jadi raja, Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau.
Sebab itu di kalangan Rasul ada tiga orang yang Tuhan jadikan raja supaya jadi hujah di
Akhirat.
Kalau orang kaya pula kata pada Tuhan: Saya ini jahat pasal Engkau jadikan aku kaya.
Cuba Engkau tidak jadikan aku kaya, tentu aku tidak jahat seperti ini. Lalu Tuhan
berkata: Engkau mana lebih kaya dari Nabi Sulaiman? Orang tersebut tidak boleh
menjawab. Kemudian Tuhan berkata: Dia lebih kaya dari engkau tapi dia jauh lebih
baik dari engkau.
Ada juga orang miskin masuk Neraka. Walaupun banyak juga orang miskin masuk
Neraka tapi orang high class lebih banyak. Orang miskin pun berhujah pada Tuhan:
Macam mana aku tidak jahat, Engkau miskinkan aku. Aku nak makan terpaksa mencuri,
terpaksa menipu. Kalau aku kaya tidaklah jadi begitu.
Lalu Tuhan pun bertanya: Engkau lebih miskin atau Nabi Muhammad lebih miskin?
Maka orang tersebut tidak boleh menjawab.
Jadi Tuhan berkata, Aku jadikan mati dan hidup untuk manusia diuji dengan ujian
positif atau negatif, dengan maksud siapa di kalangan kamu yang baik. Rupanya bila
diuji, ramai orang jadi jahat. Jadi nampaknya dengan ujian yang menggembirakan,
orang makin ramai jadi jahat berbanding orang yang diuji dengan kesusahan. Kalaupun
jahat tidak sebesar yang dibuat orang yang senang.
Jadi hidup di dunia ini ujian. Kalau tidak kuat dengan Tuhan tidak takut dan cinta Tuhan,
tidak pandang besar Akhirat, ujian apa pun sama ada positif atau negatif, kita akan
tewas. Senang pun gagal, miskin pun gagal. berkuasa pun gagal, tidak berkuasa pun
gagal.
Sebab itu Tuhan adalah penting dalam hidup kita. Besarkan Akhirat itu penting, supaya
apa pun ujian, kita tidak terjejas. Apapun ujian sama ada positif atau negatif, tidak
mengubah kita, tetap Tuhan tujuan kita, kita tidak akan berubah.
Bahkan orang yang takut dan cinta Tuhan, kalau dia senang, misalnya dia jadi raja,
banyak harta maka banyak kebaikan yang dia boleh buat seperti sedekah, tolong orang,
bantu orang, selamatkan orang.
Tapi kalau orang miskin, susah, sakit, menderita, kalau dia takut dan cinta Tuhan,
pahalanya lain. Kalau nikmat dia tidak dapat, kalau dia redha maka dia dapat pahala
sabar. Kalau sabar apa kata Tuhan:
Maksudnya: Kalau sabar, aku bagi hadiah tidak berkira, bighairi hisab. (Az-Zumar: 10)
Maka sudah kalah orang kaya. Orang miskin bila nampak ada orang jual durian, tetapi
dia tidak boleh beli hingga tercicir air liur, maka Tuhan ampunkan dosanya. Itulah
rahmat Tuhan. Kalau orang miskin teringin beli durian tetapi tidak boleh beli, maka itu
adalah penghapusan dosa. Maha Adilnya Tuhan.
Selama ini kita selalu persoalkan Tuhan. Sebenarnya apa yang Tuhan buatkan sudah
adil. Para Rasul adalah orang yang paling kenal Tuhan dan kenal kerja Tuhan, apa pun
Tuhan buatkan pada dia, dia faham bahawa itu adalah keadilan Tuhan. Rasul-rasul sejak
lahir sudah diuji tetapi tidak pernah susah hati. Contohnya, Nabi Ibrahim lahir di gua,
Nabi Musa waktu bayi lagi dihanyutkan di sungai Nil.
Bahkan ada di antara kita beribadah kerana hendak pahala banyak tetapi mendapat
lebih banyak pahala dengan tidak ibadah. Ada orang hendak pahala banyak lalu
beribadah banyak, yang lain pula hendak pahala banyak tetapi ibadahnya tidak banyak.
Biasanya orang yang hendak banyak pahala, dia akan banyak bersolat dan berpuasa,
tetapi pahalanya tidak banyak. Sebenarnya pahala yang banyak adalah apabila sakit.
Bila sakit selalu, itu dianggap banyak bersembahyang dan berpuasa. Sebab itu para
Rasul sakit pun tidak merasa susah. Bagi mereka perkara itu adalah kerja Tuhan.
Untuk dapat pahala banyak, apakah kita larat sembahyang 1000 rakaat? Jadi kalau sakit
panjang hendaklah redha. Itu kalau orang faham kerja Tuhan. Jadi bagi orang yang
faham kerja Tuhan, bila ditimpa sakit, dia sabar, redha, kerana di situ lebih banyak
pahalanya.
Bila orang miskin nampak makanan yang banyak tetapi tidak boleh beli kerana tidak
mampu, di situlah keampunan Tuhan. Selalunya kita kata, Kenapa Tuhan buat begini?
Isteri menyakitkan kita itu pahala. Tuhan buat itu u ntuk bagi pahala. Lebih baik isteri
meragam dan redha dengannya. Lain kali kalau isteri celupar mulut, kita kata elok-elok,
nanti pahala dicatit. Bila dia berhenti rugilah, Cakap lah lagi, janganlah berhenti. I ni
income abang ni. Lama-lama isteri malu sendiri. Kalau kita faham kerja Tuhan, kita
akan seronok dengan Tuhan.
Mengenal Manusia
Tuhan adalah pencipta seluruh alam semesta. Ianya adalah hak atau milik mutlak Allah
SWT. Di sebalik penciptaan alam semesta itu, terdapat tanda -tanda Keagungan,
Kebesaran, Kekuasaan, Maha Pencipta dan Maha Bijaksananya Allah SWT. Manusia
diutus hanyalah sebagai hamba yang wajib mengabdikan diri atau menyembah Yang
Maha Pencipta. Sekaligus manusia juga selaku khalifah yang mewakili Tuhan, memikul
tanggungjawab dan amanah Tuhan untuk mengatur, meny usun dan mentadbir seluruh
alam ini sesuai dengan kehendak dan kemahuan Tuhan. Sebagai hamba, manusia tidak
dibenarkan menyembah selain Allah SWT. Menjadi hamba dan menjadi khalifah, keduaduanya bakal Tuhan minta pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan di Akhirat nanti
terhadap kedua-dua peranan tersebut.
Dalam menjalankan peranan sebagai khalifah, andainya Tuhan mahu dunia ini
dibangunkan atau dimajukan dalam aspek material semata-mata, maka Tuhan tidak
perlu utus para Rasul. Kerana untuk menjayakan pembangunan dan kemajuan material,
memadai dengan ahli fikir. Para Rasul bersifat Fathanah. Tahap akal fikiran atau cerdik,
pintar dan bijaksana para Rasul itu manusia biasa tidak akan mencapai sifat Fathanah.
Fathanah adalah anugerah khusus dari Tuhan untuk para Rasul. Namun para Rasul tidak
dikatakan ahli fikir. Mereka adalah ahli roh atau pakar tentang rohaniah manusia. RasulRasul sangat mengenal Tuhan dan mampu mengendalikan urusan roh manusia.
Fathanah itu adalah kecerdikan dan kebijaksanaan yang tiada tandingan. Kalau para
Rasul itu hendak menyelesaikan masalah manusia atau hendak mengeluarkan berbagai
teori dan formula untuk kehidupan manusia, nescaya mereka berupaya berbuat
demikian. Namun tidak pula mereka berbuat demikian, sebaliknya para Rasul itu
menggunakan wahyu dari Tuhan. Ini bukan bererti para Rasul itu langsung tidak
menggunakan akal. Mereka menggunakan akal tetapi terlalu minima.
Ahli fakir atau ahli falsafah tidak mampu memimpin manusia kerana kedudukan akal
fikiran tidak berupaya mendidik roh. Berbeza dengan roh kerana roh mampu mendidik
akal. Roh juga sudah pasti berupaya mendidik roh. Oleh kerana yang menjadi raja
dalam diri manusia adalah rohnya maka roh itulah yang paling utama perlu dididik dan
dipimpin. Tuhan sendiri yang menyebut Roh itu adalah urusan-Ku. Ertinya manusia
tidak ada ilmu atau penge tahuan tentang roh termasuk ahli fakir atau ahli falsafah. Oleh
kerana Rasul-Rasul ditugaskan mendidik roh manusia maka Tuhan beri ilmu tentang roh
itu kepada para Rasul melalui wahy u. Manakala ilmu tentang roh itu diberi kepada para
Mujaddid melalui ilham. Sebab itulah hanya para Rasul dan para Mujaddid berjaya
dalam mendidik manusia kerana Rasul-Rasul dan Mujaddid diberi faham tentang roh.
Di sini perlu difaham i bahawa Rasul-Rasul yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan sifat
Fathanah pun dalam berhadapan dengan masalah manusia tidak menggunakan akal,
sebaliknya menggunakan wahyu Tuhan, betapalah manusia biasa yang tahap
kecerdikannya tidak mencapai taraf Fathanah, lebih-lebih lagilah tidak boleh
menggunakan akal fikiran atau teori-teori akal semata-mata.
Rasulullah SAW diutus oleh Allah SWT bukan untuk kayu kayan, bukan untuk bangunan,
bukan untuk haiwan, bukan untuk mencipta keperluan material tetapi untuk insan atau
manusia. Kalau untuk kayu kayan, bangunan, haiwan, tidak perlu diutus Rasul.
Cukuplah ahli fikir dan cerdik pandai. Bahkan orang yang kurang pandai atau yang
kurang ilmu pengetahuan pun boleh mencapai kemajuan kalau dia ada kemahuan dan
berusaha bersungguh-sungguh. Buktinya dunia hari ini pembangunan materialnya
berubah dan berkembang dengan pesat bukan hasil kerja Rasul-Rasul. Itu adalah
urusan ahli fikir. Sebaliknya juga sebagai membuktikan betapa urusan roh manusia
sudah sangat terabai kerana membelakangkan wahy u Tuhan dan meminggirkan ajaran
Rasulullah SAW, lihatlah akhlak manusia hancur ranap menyembah bumi. Materialnya ke
hadapan, akhlak manusia semakin mundur. Materialnya sudah menguasai angkasa lepas
dengan berbagai kecanggihan dengan berbagai penemua n dan penciptaan baru,
kehidupan manusia semakin ranap dan semakin hancur.
Rasulullah SAW diutus kepada manusia yang mana manusia itu adalah satu kejadian
yang pelik dan luar biasa. Dalam dirinya ada unsur atau benih malaikat, ada benih
haiwan dan ada benih syaitan. Rasul itu diutus kepada manusia untuk mendidik manusia,
membawa kepada Tuhan, kepada cinta dan takut pada Tuhan, untuk membesarkan
Tuhan, menyembah Tuhan, mengagungkan Tuhan, mensucikan Tuhan dan hidup secara
yang dikehendaki oleh Tuhan. Dalam aspek apa pun samada di sudut kekeluargaan,
pendidikan, politik, pentadbiran, ekonomi, masyarakat, pergaulan, kejiranan,
kebudayaan, hiburan dan lain-lain, semuanya wajib berlandaskan syariat Tuhan.
Tanggungjawabnya membina rumahtangga sebagai asas kemasyarakatan adalah berat
dan mencabar. Tanggungjawab ini sangat mencabar kerana hendak mendidik keluarga
kepada Tuhan. Kalau hendak menanam pokok dan membesarkan pokok, sekiranya tidak
tahu hendak tanam, hendak jaga, hendak baja, pokok pun tidak mampu kita kendalikan,
pokok pun akan menjadi rosak. Begitu juga kalau hendak meme lihara binatang,
sekiranya tidak faham tabiat, makanan, tempat tinggal, psikologinya, ertinya kita tidak
mampu hendak pelihara binatang. Mungkin binatang itu banyak yang mati atau kurus
atau tidak membiak.
Sedangkan yang kita hendak didik ini manusia yang ada nafsu, akal, roh dan fizikal.
Nafsu, akal dan roh seperti yang sudah disebut sebelum ini iaitu sesuatu yang kita tidak
dapat lihat dengan mata kasar. Kalau buat bangunan tidak sem purna, boleh dibaiki atau
diubah suai kerana kita boleh nampak bentuknya. Kalau bangunan itu tidak cantik
samada dimusnahkan begitu saja atau diperbaiki atau boleh dihias. Kalau menanam
pokok tidak menjadi, pokok itu tidak melawan sebab ia tidak ada nyawa dan akal.
Begitu juga dengan binatang. Kalau pun ia melawan, ia tidak boleh berfikir, tidak boleh
merancang untuk membalas dendam. Otak yang ada pada haiwan itu tidak meny impan
ingatan. Yang berfungsi pada haiwan itu hanyalah naluri kehaiwanan saja.
keluarga kepada sesuatu yang tidak boleh dilihat. Kita sebenarnya mengajak mereka
membesarkan, mensucikan, mengagungkan Tuhan yang tidak dapat dilihat,
membesarkan Akhirat yang juga tidak dapat dilihat. Ini bukan kerja mudah. Bila tidak
mudah, ertinya keluarga terbahagi kepada beberapa kelompok antaranya:
1. Ragu atau tidak mahu menerima dan akan memberi reaksi yang negatif serta
mereka akan berhujah dengan maksud untuk menolak.
2. Mungkin terdapat pula anggota keluarga yang menerima tetapi dipendamkan
begitu saja tanpa kita ketahui.
3. Ada pula yang faham dan menerima tetapi tidak kelihatan dalam pelaksanaannya.
4. Tidak ketinggalan juga ada yang menerima tetapi masih terlalu lemah kerana
tidak mampu melawan kehendak nafsunya sendiri.
5. Ada juga yang sudah sangat mahu hidup bertuhan atau mahu mentaati Tuhan
tetapi dalam pelaksanaannya memilih bidang-bidang yang diminatinya saja.
Yakni tidak menerima secara total.
6. Ada yang menerima secara total tetapi dalam pelaksanaannya masih bertangguh.
Begitu susahnya berhadapan dengan keluarga. T idak seperti berhadapan dengan
haiwan dan tanaman. Tidak semudah mengendalikan urusan material. Di sinilah betapa
perlunya para suami atau bapa menitik beratkan beberapa perkara seperti berikut:
1. Pemilihan jodoh, jangan sekali-kali didorong oleh keinginan nafsu semata-mata.
Ini penentu pertama kepada zuriat yang bakal lahir samada baik atau jahat
2. Menjaga keberkatan majlis perkahwinan dengan menjaga syariat sepanjang
majlis berlangsung.
3. Ketika melakukan hubungan suami isteri sangat dituntut menjaga adab-adab
yang diajarkan oleh agama.
4. Mempastikan anak yang masih dalam kandungan mendapat suntikan rohaniah
dengan cara ibu bapa membanyakkan hubungan dengan Tuhan melalui berbagai
cara seperti wirid zikir, membaca Al-Quran, berdoa dan juga menjaga kesucian
makan minum.
5. Pendidikan anak dari mula dilahirkan terutama menjaga pendengaran,
penglihatan dan makan minum.
6. Amat penting didikan rohaniah seperti perkenalkan Tuhan dari seawal usia dua
tahun dengan kaedah yang sesuai dengan tahap usia itu. Seperti banyak
mengajarkan sebutan kalimah Allah, memperdengarkan bacaan Al-Quran, nasy idnasyid yang menyebut nama Allah.
7. Beri pendedahan kepada amalan sembahyang di usia lima tahun manakala umur
tujuh tahun bermula mendisiplinkan anak tersebut kepada sembahyang.
8. Seluruh suasana dalam rumahtangga itu memperlihatkan suasana yang Islamik,
yang jelas menampakkan anggota keluarga yang semuanya membesarkan Allah
SWT. Terutama sekali ibu bapa mesti menunjukkan contoh atau menjadi role
model kepada anak-anak.
Satu petanda baik dan positif adalah apabila ibu bapa merasa risau terhadap gejala
sosial anak-anak. Merasa risau itu membuktikan jiwa ibu bapa masih hidup, sudah ada
kesedaran, masih sayangkan anak-anak, biarpun mungkin sebahagian ibu bapa itu
hanya memiliki kasih sayang fitrah semata-mata. Kalau sebaliknya, sudah tidak merasa
risau dengan gelagat negatif anak-anak, maka itu tandanya hati sudah keras serta tanda
hampir kepupusan iman. Namun satu persoalan yang perlu dicari jawapan, mengapa
anak-anak remaja terlalu mudah terjebak dengan gejala sosial? Kita kadang-kadang
hanya melepaskan rasa terkejut dan kesal kerana seawal usia baru melangkah ke
sekolah menengah, anak-anak sudah menjadi samseng, membuli kawan, peras ugut,
menggores kereta guru, membakar sekolah dan seumpamanya. Ini belum lagi kegiatan
di luar kawasan sekolah seperti terlibat dengan dadah, merokok, lepak, hiburan
melampau, rempit dan lain-lain. Mengapa ini terjadi? Paling mudah ialah mencari pihak
lain yang dijadikan kambing hitam untuk dilonggokkan kepada mereka sebagai punca
kesalahan. Selepas itu ibu bapa senang hati dan boleh berlepas tangan begitu saja.
Berbalik kepada aspek yang sudah disentuh sebelum ini, iaitu dalam mengatasi masalah
berkaitan manusia, kenalah betul-betul kenal manusia supaya mudah untuk mendidik
anak-anak. Pada manusia Tuhan sudah cipta empat unsur yang merupakan satu pakej
iaitu:
1.
2.
3.
4.
Jasad
Akal
Nafsu
Roh
Kalau tidak ada empat unsur ini, atau salah satu unsur itu tiada, maka ia bukan manusia
namanya. Daripada empat unsur yang ada pada manusia, unsur dalaman yang bersifat
rohaniah itulah yang jauh lebih penting. Roh, nafsu dan akal itulah yang penting kerana
ianya dikekalkan oleh Allah hingga akhirat kelak. Jasad atau fizikal, Tuhan akan
musnahkan dan Tuhan bakal gantikan dengan jasad baru. Tetapi roh dikekalkan. Baik
atau buruk kehidupan manusia sangat ditentukan oleh faktor tiga unsur itu. Bahagia
atau derita, aman atau rosak, sejahtera atau kecewanya manusia sangat ditentukan
oleh tiga unsur tersebut. Lebih-lebih lagilah di Akhirat kelak Tuhan sudah beri
peringatan semasa di dunia ini lagi yang mana Tuhan akan hanya menerima mereka
yang bertaqwa sahaja. Atau dengan istilah lain, Tuhan akan hanya menerima hambahamba-Nya yang Qalbun Salim yakni hati yang selamat sejahtera yang sedikit pun tidak
ada sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji. Tuhan sebut juga dengan istilah
sekurang-kurangnya Nafsun Mutmainnah iaitu hati yang tenang dan tidak goyah sama
sekali atau tidak tergugat sadikit pun dengan duniawi kerana takut dan cintakan Tuhan.
Sasaran mendidik anak-anak boleh juga difahami melalui firman Allah SWT yang
bermaksud:
Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu kecuali kaum itu mengubah apa yang ada
dalam diri mereka.
Tuhan tunjuk jalan atau beri panduan kalau manusia mahukan perubahan maka
mestilah terlebih dulu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Tidak kira
sama ada perubahan itu dalam bentuk positif atau negatif, baik atau buruk, cerdik atau
bodoh, jahil atau berilmu, rajin atau malas, bahagia atau derita, maju atau mundur,
sabar atau gopoh, bertanggungjawab atau cuai, semuanya ditentukan oleh apa yang
ada dalam diri yang sifatnya berubah. Bersandarkan ilmu tentang empat unsur manusia
yang disebutkan di atas, dapatlah difahami bahawa yang Tuhan maksudkan dengan
mengubah apa yang ada dalam diri mereka, iaitulah tiga unsur roh, nafsu dan akal.
Maka inilah yang menjadi sasaran para ibu bapa yakni membawa perubahan kepada roh,
nafsu dan akal. Secara ringkasnya perubahan kepada roh hendaklah diisi dengan iman
dan taqwa. Perubahan kepada nafsu hendaklah mendidik agar kuat mujahadah supaya
nafsu atau keinginan tunduk kepada Tuhan serta keinginan kepada perkara -perkara
yang positif dan kebaikan sahaja. Manaka la perubahan kepada akal bermula dengan
mengisi ilmu mengenai Tuhan, ilmu syariat, ilmu yang tepat dan benar sahaja dan juga
ilmu pengetahuan yang mendatangkan manfaat. Termasuk ilmu alat yang memberi
kebaikan dunia dan Akhirat.
Roh
Roh
Roh
Roh
yang
yang
yang
yang
bercahaya
bersih
kelabu
hitam pekat
Ammarah
Lawwamah
Mulhamah
Mutmainnah
Radhiah
Mardhiah
Kamilah
Fathanah
IQ genius
IQ cerdik biasa
IQ biasa
IQ lemah
IQ bodoh
Fizikal tidak perlu disebut kerana ia boleh dilihat dengan mata lahir. Jasad atau fizikal ini
bersifat maddi atau berketul yang hanya mengikut saja.
segala anggota lahir manusia. Misalnya kalau seseorang itu membunuh, mencuri,
merompak dengan tangannya maka yang jahat itu bukan tangannya, tetapi hati atau
roh yang memerintahkan tangan setelah roh itu dikuasai oleh nafsu. Kalau seseorang
yang bermulut celupar, yang salah bukan halkum, peti suara, lidah, gigi atau gusi tetapi
hati atau roh yang jahat. Untuk mengatasi masalah manusia, jangan diubati lahiriahnya
kerana fizikal manusia hanya mengikut saja. Mesti didik hati atau roh manusia itu. Di
sinilah kita para ibu bapa sudah silap selama ini. Kita tidak pernah melihat kepada
masalah roh anak-anak dalam mengatasai gejala sosial mereka. Kita tidak pernah
mendidik hati mereka. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW dalam satu keterangan hadis
bermaksud:
Dalam diri manusia itu ada seketul daging yang apabila baik daging itu maka baiklah
seluruh badan dan apabila rosak daging itu maka rosaklah seluruh badan. Ketahuilah
sesungguhnya seketul daging itu ialah hati.
Hinggakan di Akhirat kelak pun kebaikan atau kebinasaan jasad adalah Tuhan hitung
penentuannya pada hati. Sama ada bertaqwa atau tidak. Tanpa taqwa manusia menjadi
jahat di dunia, ke nerakalah di Akhirat kelak. Begitulah sebaliknya,
hati yang bertaqwa akan taat kepada Allah SWT, akan menjadi baik di dunia dan
mendapat Syurga di Akhirat dengan rahmat Tuhan.
2. Nafsu
Nafsu berkehendak sama ada yang baik atau tidak, kemahu-an dan keinginan yang
positif atau negatif. Namun pada asasnya sifat nafsu sangat kuat tarikannya kepada
kejahatan. Nafsu ini sifatnya ingkar atau bercanggah dengan kehendak Tuhan. Apa
yang Tuhan mahu nafsu tidak mahu dan apa yang Tuhan tegah itulah yang nafsu mahu.
Terutamanya kalau masih berada pada peringkat nafsu amarah dan lauwamah.
Peringkat mulhimah ialah tahap peralihan yang bila-bila saja boleh jatuh kepada
lauwamah atau sebaliknya naik kepada nafsu mutmainnah. Mutmainnah inilah per mulaan kehendak, kemahuan dan keinginan yang tunduk, patuh, selaras dan mengikut
kehendak Tuhan, kehendak yang baik-baik atau positif. Nafsu mutmainnah, bererti
tenang tidak tergugat oleh sebarang pengaruh lain, hanya tetap mahu kepada Tuhan
dan kehendak Tuhan.
3. Akal
Akal menerima ilmu dan meny impannya mengkaji, memi-kirkan, menganalisa,
meny impan maklumat, memproses dan mengeluarkan semula. Akal juga mampu
mengeluarkan berbagai teori atau kaji selidik hingga menghasilkan pene -muan baru.
Mampu juga untuk membuat pertimbangan sama ada mahu menerima atau menolak
sesuatu perkara. Akal juga berfungsi sebagai guru atau penasihat dalam kerajaan diri.
Akal juga berperanan mengajar atau memberi ilmu bagaimana hati atau roh untuk
berperasaan dengan tepat. Kalau ilmu yang diperolehi oleh akal itu tepat, maka akal
akan memandu hati atau roh untuk merasai dengan
betul. Begitulah sebaliknya kalau tiada ilmu atau ilmu yang salah maka salah pulalah
akal mengajar hati atau roh untuk merasai, atau juga silap dalam berperasaan.
Contohnya, akal yang mengajar bagaimana perasaan yang tepat terhadap Tuhan.
Umpamanya rasa takut, cinta, gerun, bimbang, cemas dan lain-lain. Rasa yang tepat
terhadap Tuhan ialah apabila akal memiliki ilmu yang tepat terhadap Tuhan. Contoh lain
ialah bagaimana sepatutnya perasaan yang tepat terhadap Akhirat. Rasa bimbang
terhadap nasib di Akhirat itu bermula dari ilmu yang tepat tentang Tuhan dan Akhirat itu
sendiri. Contoh lain ialah akal yang mengajar roh atau hati bagaimana perasaan yang
tepat terhadap orang miskin, anak yatim, atau orang susah. Begitu juga akal yang
mengajar berasaskan ilmu yang tepat baga imana sewajarnya perasaan hati terhadap
orang yang ingkar atau durhaka kepada Tuhan. Demikian juga dengan ilmu yang tepat
akal akan memandu nafsu. Fungsi nafsu itu sentiasa berkehendak, maka akal dengan
ilmu yang tepat akan mengajar dan me -mandu nafsu agar keinginannya terkawal
terhadap perkara-perkara yang baik dan positif sahaja. Akal biarpun berfungsi sebagai
penasihat, namun akal juga berfungsi menerima arahan dari hati dalam berbagai
tindakan. Ertinya berlaku hubungan timbal balik antara unsur-unsur yang ada dalam diri
itu.
4. Fizikal
Fizikal hanya ikut arahan seperti robot. Fizikal tidak pandai menentang. Seolah-olah
rakyat yang taat, hanya mengikut saja perintah dan arahan raja dalam kerajaan diri iaitu
hati.
Manusia ada empat unsur yang merupakan sat u pakej, yang sentiasa bekerjasama.
Contohnya bila roh merasa se -suatu, katalah rasa dendam, maka ia hantar mesej itu
kepada nafsu. Perasaan itu akan bertukar jadi kehendak. Nafsu hanya
tahu berkehendak tetapi tidak tahu bagaimana untuk ber -tindak. Maka ia akan hantar
kepada akal, yang akan memberi pandangan bagaimana untuk membalas dendam. Lalu
akal akan arahkan fizikal untuk bertindak. Itulah caranya manusia bertugas. Terjadinya
tindakan manusia adalah dari empat unsur itu. Bila roh bersih maka kehendak nafsu pun
bersih, akal pun berfikir secara bersih dan fizikal akan melaksanakan secara bersih.
Sebab roh itu raja yang mentadbir diri. Baik raja, baiklah semua rakyatnya. Begitulah
sebaliknya.
Seorang suami atau bapa, kerjanya adalah untuk men-didik roh anak isteri sehingga
kalau pun tidak dapat sampai roh orang itu bercahaya, sekurang-kurangnya roh mereka
bersih supaya dari rasa roh yang bersih akan membawa kepada kehendak nafsu yang
bersih. Seterusnya akal akan berfikir secara bersih dan jasad melaksanakan secara
bersih. Maka untuk mendidik anak-anak itu, ibu bapa perlu kenal dan faham empat
unsur pada diri manusia. Hal ini bukan mudah. Hanya para Rasul dan para nabi yang
sangat pakar tentang hal ini. Seorang suami atau bapa yang tidak ada kepakaran
tentang manusia, akan membawa lebih banyak kerosakan dari kebaikan. Jadi bukan
mudah mendidik anak isteri kerana semua unsur itu tidak dapat dilihat kecuali fizikal.
Itulah manusia yang hendak kita didik dan hendak kita bawa kepada Tuhan.
Contoh lain, apa perasaan apabila melihat petani kampong atau nelayan kerdil?
Perasaan yang salah ialah memandang rendah dan hina. Perasaan yang benar
ialah terasa besarnya khidmat, budi dan jasa mereka kepada manusia lain. Hasil
keringat merekalah orang lain mengecapi nikmat hidup. Sedangkan pulangan
yang mereka perolehi amat kecil. Lantas bersimpati dan ingin membalas budi
serta jasa dengan mendoakan mereka agar mendapat rahmat dan keampunan
Tuhan.
Contoh lain, bagaimana perasaan yang tepat sekiranya melihat orang yang lalai
dan jahat dalam hidup. Sewajarnya rasa sedih, kasihan, simpati, ingin hendak
perbetulkan dan hendak diselamatkan. Andainya tidak nampak jalan atau usaha,
paling kurang doakan mereka agar mendapat petunjuk dan pimpinan Tuhan.
Cukup sekadar beberapa contoh. Pokoknya untuk menjadikan hati berperasaan
yang tepat, ianya bertitik tolak dari ilmu yang tepat. Dan ilmu terletak di akal.
Hati hanya berfungsi merasai atau berperasaan saja. Tidak pula salah akal anak
diisi dengan ilmu untuk kehidupan serta untuk berbakti kepada manusia.
Sekiranya ibu bapa subur benih haiwan dan subur benih syaitan, hakikatnya ibu
bapa itu adalah haiwan dan syaitan yang bertopengkan manusia. Wajahnya
manusia, hakikatnya haiwan dan syaitan. Bayangkan kalau dalam satu keluarga
yang ibu bapa adalah singa, harimau, serigala, beruang, buaya, kerbau, lembu,
kambing dan lain-lain haiwan, manakala hati masing-masing adalah hati syaitan,
sudah tentu tidak akan lahir anak-anak Malaikat. Gambarkan pula dalam satu
keluarga yang anggotanya itu semua berperangai haiwan dan berhati syaitan,
mana mungkin rumahtangga atau keluarga itu akan aman damai.
2. Kasih Sayang Fitrah
Tuhan sudah bekalkan secara semulajadi ibu bapa memilik i kasih sayang kepada
anak-anak. Namun perlu diingat bahawa fitrah menyayangi anak-anak juga
Tuhan bekalkan kepada haiwan. Kita boleh melihat bagaimana haiwan sangat
menjaga dan mengawasi anak-anak dari mula bunting hingga melahirkan anak
dan menjaganya semasa anak-anak haiwan itu masih kecil dan lemah. Bezanya
dengan manusia ialah haiwan tidak ada tanggungjawab terhadap anak -anak.
Haiwan tidak ada tanggungjawab memberi makan minum, rumah, tempat tinggal,
didikan, keselamatan, keturunan dan nasab.
Di sini memahamkan kita bahawa kalau ibu bapa hanya memiliki kasih sayang
fitrah semata-mata, maka ibu bapa itu sudah melayani anak-anak hampir setaraf
dengan hai-wan. Kasih sayang fitrah ini adalah bilamana ibu bapa menjaga
segala perkara yang lahiriah saja. Memberi makan minum, pakaian, tempat
tinggal, wang ringgit, kesihatan dan keselamatan yang bersifat lahiriah sematamata. Didikan pula amat mementingkan aspek duniawi dan terpisah dari Tuhan
dan Akhirat. Kejayaan yang menjadi ukuran dan pertimbangan terhadap anakanak hanyalah dalam kehidupan dunia yang sementara ini. Yang diutamakan
ialah berapa skor A dalam pepereksaan, IPT mana yang menjadi pilihan, dan
berapa besar habuan duniawi yang bakal diperolehi. Tuhan dan Akhirat tidak
pernah diperhitungkan. Bahkan kadang-kadang hingga terbabas dan terlajak
mempersoalkan fungsi agama dalam kejayaan hidup. Terpesong hingga
Suami Berwibawa
Menurut kebiasaannya kalau kepala keretapi terbabas atau tergelincir dari landasan,
gerabak di belakangnya akan turut tergelincir. Begitulah dalam sebuah keluarga, suami
atau bapa adalah diibaratkan kepala keretapi. Suamilah yang berperanan menjadi
peneraju utama yang menentukan kesejahteraan keluarga dunia Akhirat. Dalam konteks
keretapi, gerabak hanya mengikut sahaja. Gerabak tidak ada enjin atau kuasa pengerak
sendiri melainkan diheret oleh kepala. Kepala keretapi itu pula mesti punya kekuatan
yang mampu menarik gerabak. Kalau kuasanya lemah, mungkin keseluruhan keretapi
tidak boleh bergerak atau hanya sekadar boleh bergerak perlahan dan tidak berupaya
untuk membuat perjalanan yang jauh.
Suami atau bapa kenalah melayakkan diri memiliki keupayaan seperti kepala keretapi
yang mampu menarik gerabak. Pada diri suami atau bapa mesti ada ciri-ciri wibawa
yang membuatkan dirinya dipandang mulia, dihormati, disegani, dipercayai sepenuhnya.
Anggota keluarga malu kepada suami atau bapa, menjadikan suami tempat rujuk,
memberi kata putus dan tempat bergantung harap, berlindung dan bernaung. Inilah
gambaran umum apa yang disifatkan sebagai seorang suami atau bapa yang berwibawa.
Soal rasa atau perasaan bukan boleh dipaksakan kepada manusia. Rasa atau perasaan
adalah fitrah anugerah Allah SWT. Tiada siapa boleh memaksa untuk seseorang itu
merasa cinta, rasa benci, rasa jemu, rasa bosan, rasa sayang, rasa rindu, rasa meluat,
rasa ngeri, rasa takut, dan lain-lain jenis perasaan. Sedikit sahaja faktor lahiriah sebagai
pencetus sesuatu rasa atau perasaan. Misalnya anak rasa rindu kepada ibunya, faktor
pencetus rasa rindu ialah kerana berjauhan. Tetapi rasa atau perasaan rindu itu bukan
dipaksa-paksa untuk datang ke dalam hati. Contoh yang lebih khusus adalah rasa
kepada suami atau bapa. T idak boleh dipaksa atau diarahkan supaya anak isteri
memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan bapa atau suami. Melainkan ada
kriteria yang mencetuskan kepercayaan terhadap dirinya. Bolehlah dikiaskan kepada
perasaan lain. Oleh itu bagi anggota keluarga yang mahu merasakan suami atau ayah
itu berwibawa bukan boleh dipaksa dan diarahkan, Namun untuk mendatangkan
perasaan hormat, segan, malu, memandang mulia kepada suami atau ayah, perlu suami
atau ayah cetuskan penyebab. Penyebab itu ialah beberapa ciri yang dibahaskan secara
ringkas dalam bab ini.
Wibawa seseorang ada yang memang Tuhan sudah bekalkan secara semulajadi
bersama dengan kelahirannya. Mereka yang punya wibawa semula jadi ini Tuhan
bekalkan kepada para Ras ul, nabi-nabi dan para mujaddid. Selain mereka ada juga yang
Tuhan beri wibawa secara semulajadi kepada indiv idu tertentu sepe rti kepada ulamaulama mujtahid, syeikh-syeikh tariqat, pemimpin jemaah, tetapi tidaklah wibawanya
mencapai taraf yang Tuhan beri kepada para Rasul, nabi-nabi dan para mujaddid. Ada
juga wibawa yang boleh diusahakan asalkan memenuhi ciri-ciri tertentu.
Memiliki beberapa ciri tertentu sedikit sebanyak akan ada tempias-tempias wibawa
hebat seperti yang Tuhan beri secara semulajadi. Wibawa kategori ini boleh diusahakan
oleh siapa saja. Tidak pula terlalu sukar untuk memilikinya. Sekiranya seorang suami
atau bapa berwibawa maka sempitlah ruang untuk anggota keluarga mempertikaikan
kepimpinan suami atau bapa tersebut. Dan akan lebih mudah berjaya dalam
mengendalikan rumahtangga. Isteri akan lebih taat dan anak-anak lebih mudah
menerima didikan dan tunjuk ajar. Tidak akan berlaku terhadap suami itu seperti cakap
tidak serupa bikin. Juga tidak termasuk ke dalam golongan yang ditempelak oleh Allah
SWT seperti yang maksudnya lebih kurang Amat besar kemurkaan Allah bagi orang
yang berkata apa yang dia tidak buat.
Suami yang berwibawa sekurang-kurangnya memiliki lima ciri-ciri berikut:
1. BERILMU.
Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud:
Orang jahil itu adalah musuh Allah walaupun dia ahli ibadah, orang berilmu itu
dikasihi Allah walaupun dirinya fasik.
Dalam ajaran Islam ilmu terbahagi kepada dua jenis iaitu ilmu Fardhu Ain dan
ilmu Fardhu Kifayah.
a. Ilmu Fardhu Ain
Setiap hamba wajib mengabdikan diri atau mentaati Allah SWT. Dalam
mentaati Allah SWT caranya mesti ikut sebagaimana panduan yang Tuhan
ajarkan melalui Rasulullah SAW. Tidak boleh direka atau dicipta sendiri
oleh manusia. Silap cara maka Tuhan akan tolak, atau tidak diiktiraf
sebagai ibadah kepada Tuhan. Fardhu Ain ini terangkum di dalamnya
banyak
aspek-aspek
hablumminallah,
yang
bersifat
khusus
menghubungkan manusia dengan Allah SWT. Ilmu yang wajib dipelajari
oleh setiap mukallaf. Berdosa sekiranya tidak melepasi tahap sukatan ilmu
Fardhu Ain. Merangkumi semua bidang ilmu tauhid, feqah dan tasawuf
atau ilmu akhlak.
Di bidang ilmu tauhid mesti mempelajari ilmu tentang Rukun Iman satu
persatu untuk mengesahkan iman. Contohnya terhadap Tuhan, mesti
kenal Tuhan tepat dengan Tuhan yang sebenar-benar Tuhan, dan yakin
kepada Tuhan itu dengan sebenar-benar yakin. Untuk kenal Tuhan dan
meyakini Tuhan, bermula dengan ilmu mengenai Tuhan. Begitulah juga
wajib mengetahui Rukun Iman yang lain serta meyakininya iaitu tentang
Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat dan Qadha dan Qadar.
Feqah pula bermula dengan bab bersuci yang berkaitan tentang jenis
najis, jenis air, kaedah bersuci hinggalah kepada semua ibadah yang
fardhu. Sukatan ilmunya sekira-kira seluruh ibadah itu tahu syarat rukun
dan sah batalnya. Termasuk Fardhu Ain dalam Feqah ialah serba sadikit
perlu juga ada ilmu mengenai halal dan haram supaya tidak terjatuh
kepada dosa kerana melakukan perkara haram dalam semua aspek
kehidupan. Perkara haram dan dosa samada kecil atau besar bukan dalam
soal makan minum sahaja. Kenalah tahu jenis dosa besar dan dosa kecil.
Tasawuf atau akhlak mesti ada ilmu tentang sifat -sifat mazmumah atau
sifat keji dan tahu pula bagaimana membuangnya. Tahu juga tentang
sifat-sifat mahmudah atau sifat terpuji dan tahu bagaimana untuk
memilik i sifat-sifat tersebut. Mengenal sifat-sifat ini mestilah di tahap
mengetahui apakah ada atau tiada sifat-sifat tersebut pada diri. Bukan
sekadar tahu pada ilmunya sahaja.
Sekali lagi diingatkan bahawa memiliki semua ilmu Fardhu Ain ini adalah
wajib, untuk mengesahkankan iman bagi ilmu tauhid, mengesahkan
ibadah bagi ilmu feqah dan menyelamatkan dan memurnikan ibadah serta
segala perbuatan dari cacat cela dan rosak bagi ilmu tasawuf.
Mengamalkan ketiga-tiga cabang ilmu itu akan membentuk sifat taqwa,
dengan syarat semuanya benar-benar dihayati, ada roh bagi setiap amal.
Menghayati atau ada roh ertinya amalan itu sangat memberi kesan
kepada pembentukan peribadi seseorang. Kalau beramal tetapi tidak
berubah perangai jahat kepada baik atau tabiat negatif tidak dapat
dibuang, itu tandanya beramal tanpa roh. Terutama sekali roh amal itu
diukur pada bertambah dekat hati dengan Tuhan yakni bertambah takut
dan bertambah cinta kepada Tuhan. Hati semakin kuat rasa kehambaan
dan mudah bertaubat terhadap dosa. Nikmat yang sedikit sudah sangat
disyukuri, sabar di atas ujian dan redha apabila ditimpa musibah.
Seorang suami atau bapa akan terserlah wibawanya apabila dia berupaya
menyelesaikan ilmu Fardhu Ain kepada anggota keluarganya. Sekiranya
suami atau bapa tidak mampu, maka dia mesti berusaha mencari jalan
samada membenarkan anggota keluarganya pergi belajar atau membawa
guru ke rumahnya untuk mengajar anggota keluarga nya. Melalui cara ini
selesailah Fardhu Ain anggota keluarga tetapi kuranglah wibawa suami
atau bapa. Demi untuk menjaga wibawa suami atau bapa maka lebih
utama menguasai ilmu Fardhu Ain untuk menyelesaikan Fardhu Ain
keluarga termasuk ilmu membaca Al-Quran. Di awal Islam dahulu tidak
terdapat pengajian Islam di luar rumahtangga. Pengajian ilmu-ilmu Islam
diselesaikan oleh suami atau bapa di rumah sendiri.
untuk mempelajari ilmu Fardhu Kifayah. Atau juga ilmu yang dipelajari itu
tidak dinamakan ilmu Fardhu Kifayah.
Ilmu Fardhu Kifayah ini tidak termasuk sebagai syarat untuk wibawa
suami atau bapa. Kalau kurang menguasainya tidak mengapa. Cuma
kalau memilikinya ada kelebihan. Dan tidak pula dituntut kepada suami
atau
bapa
menyelesaikan
kepada
anggota
keluarga.
Hanya
bertanggungjawab ke atas keperluan belajar anak-anak. Selain
bertanggungjawab ke atas mereka, perlu juga memberi dorongan dan
rangsangan serta bimbingan di rumah sekiranya berkemampuan.
Setelah memaham i dua aspek ilmu dalam Islam, menguasai keduaduanya akan mendatangkan kesempurnaan hidup dunia Akhirat. Di dunia
selamat, tidak dipermainkan oleh musuh-musuh umat Islam. Di Akhirat
selamat dari api neraka. Dua bidang ilmu ini tidak boleh dipisahkan. Ibarat
pokok, Fardhu Ain itu ibarat akar tunjang, batang dan dahan -dahan besar,
manakala Fardhu kifayah itu ibarat dahan ranting, daun, bunga dan buah
yang semuanya mendatangkan kesempurnaan kepada pokok.
2. BERSIFAT ADIL
Sifat adil itu adalah menghampiri taqwa. Begitulah lebih kurang yang Tuhan
nyatakan dalam Al-Quran. Kalau kesempurnaan taqwa itu se ratus peratus maka
separuh daripada sifat taqwa itu terletak pada sifat adil.
Adil di sini yang menghampiri taqwa bukanlah adil seperti yang difahami oleh
kebanyakan orang. Pada umumnya masyarakat memahami adil itu dengan
konsep sama rata atau sama rasa atau sama dapat. Oleh kerana begitu yang
difahami tentang adil, maka sering timbul isu menunding kepada pihak lain
apabila satu pihak tidak dapat apa yang dituntut. Atau juga kerana tidak diberi
layanan yang sama. Adil menurut ajaran Islam, iaitu takrif yang tepat ialah me letakan sesuatu pada tempatnya. Apabila sesuatu benda atau keadaan atau
keputusan tidak kena pada tempatnya yang tepat maka itu dikatakan tidak adil
atau zalim.
Keadilan menurut Islam amat luas skopnya. Yang dikatakan sifat adil menurut
Islam ialah tiap-tiap sesuatu, keadaan, dan keputusan mestilah menepati
kehendak Allah SWT, yakni tidak keluar da ri syariat Allah SWT. Ianya mencakupi
keadilan pada diri sendiri, keadilan kepada keluarga, keadilan kepada harta
benda, kepada masa, kepada kerja, kepada ilmu yang dimilik i dan sebagainya.
Contoh keadilan kepada diri, termasuk dalam aspek penggunaan anggota badan,
akal fikiran, hati atau perasaan, adil pada tenaga, penggunaan masa, ilmu
pengetahuan dan harta benda.
Apabila disebut keadilan kepada keluarga pula yang paling utama berbanding
dengan perkara-perkara lain ialah bagaimana hendak membentuk keadilan diri
bagi setiap anggota keluarga. Apabila aspek keadilan ini dapat difahami serta
dapat dipraktikkan, maka keadilan dalam aspek lain akan menjadi lebih mudah
untuk dilaksanakan. Keadilan kepada anggota keluarga diukur hanya dalam
aspek lahiriah, yakni tidak termasuk dalam soal yang maknawiyah seperti
perasaan yang berbeza kepada anak-anak dan kepada isteri-isteri bagi mereka
yang berpoligami. Secara fitrah semua menyayangi anak-anak. Kalau ada
perasaan yang berbeza kepada anak-anak maka itu tidak termasuk dalam ukuran
adil atau tidak adil. Ini kerana dalam soal perasaan ianya bersifat maknawiyah
yang tidak dapat dibelah, tidak dapat dicaing-caing dan tidak dapat diagih
menurut peratusan. Ertinya tidak berlaku kalau ketika anak masih seorang maka
sayangnya seratus peratus. Apabila anaknya dua maka tidak akan terpecah
kepada lima puluh peratus setiap seorang. Juga tidak akan berlaku kalau anak
berjumlah sepuluh orang maka setiap anak-anak hanya berbaki sepuluh peratus
setiap orang. T idak mungkin. Sekiranya ada perbezaan dalam perasaan terhadap
anak, maka itu di luar kuasa manusia, kerana itu adalah fitrah anugerah Tuhan.
Apa yang dilarang ialah menzahirkan perbezaan kasih sayang itu samada dengan
kata-kata mahu pun perbuatan.
Namun di sini perlu difaham iaitu yang dilarang atau dianggap tidak adil ialah
dalam aspek memberi layanan dan tanggungjawab kepada anak-anak. Dalam
memberi layanan dan tanggungjawab tidak boleh dibeza -bezakan. Masih tidak
menyalahi prinsip keadilan sekiranya berbeza pendekatan dalam memberi didikan.
Bahkan itulah yang dianggap adil. Ini kera na perbezaan watak dan tahap akal
pemikiran di kalangan anak-anak sememangnya memerlukan pendekatan yang
berbeza. Anak yang kuat jiwa berbeza pendekatan dengan anak yang kuat akal
dan berbeza pula pendekatan terhadap anak yang kuat perasaan. Demikian juga
dalam melayani anak-anak yang berbeza usia sudah tentu berlaku perbezaan.
Ketepatan dalam pendekatan kepada anak-anak yang berbeza sikap dan tahap
akal dan berbeza usia itulah sebenarnya keadilan kepada mereka.
Sekiranya hendak pertahankan konsep adil itu sama rata dan sama dapat dalam
perkara lahiriah maka itu juga sesuatu yang mustahil dapat dilakuan. Contohnya
bagaimana hendak menyamakan kuantiti makan anak yang gemuk dengan yang
kurus. Mustahil juga dalam memberi pakaian antara anak yang tinggi dengan
yang pendek. Antara yang sudah remaja dengan yang masih kanak-kanak.
Sebenarnya konsep adil sama rata itu hanyalah satu pembohongan dari mereka
yang tidak memahami konsep keadilan menurut ajaran Islam. Keadilan dalam
Islam yang paling adil secara menyeluruh kepada semua dan bermula keadilan
itu pada diri terlebih dulu hinggalah kepada masyarakat umum dan dalam semua
aspek. Inilah konsep dan prinsip keadilan yang diterima oleh hati kecil manusia.
Apabila seorang suami atau bapa itu sudah melaksanakan tanggungjawab dalam
memenuhi perlayanan dan keperluan hidup anak isteri maka itulah yang
dikatakan keadilan. Berikan hak kepada setiap anggota keluarga menurut
keperluan mereka yang berbeza, itulah yang dinamakan keadilan seorang suami
atau bapa. Terutama sekali dalam memenuhi keperluan yang asasi untuk mereka.
Akan hilanglah wibawa seorang suami atau bapa sekiranya perkara asasi pun
diabaikan dan tidak mahu bertanggungjawab. Untuk mencapai sifat adil, mestilah
kenal Tuhan dalam erti kata takut dan cinta kepada Tuhan. Tanpa kenal Tuhan
maka sifat adil amat sukar untuk menjadi pakaian diri. Sebab itulah sifat adil
menghampiri taqwa atau dekat dalam pandangan Tuhan. Dan Tuhan itu Maha
Adil.
3. SIFAT SABAR.
Amat banyak disebut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam menggambarkan
kelebihan sifat sabar. Kemuncak atau yang tertinggi Tuhan sebut dengan
pengertiannya iaitu tiadalah bagi orang yang sabar itu melainkan masuk syurga
tanpa hisab. Apa erti atau takrif sabar. Sabar ialah menahan diri untuk mendapat
keredhaan Allah SWT. Berdasarkan takrif sabar tersebut memahamkan kita
bahawa untuk memperoleh sifat sabar atau penyabar mesti ada hubungkait
dengan Tuhan. Mesti atas dorongan untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Sedangkan untuk mendapat keredhaan Allah SWT bukan perkara yang mudah.
Dan kalau seorang suami atau bapa itu memiliki sifat sabar, dia akan dipandang
tinggi, dihormati, disegani dan dimuliakan oleh keluarganya. Allah SWT
anugerahkan perasaan tersebut kepada keluarganya kerana dia sendiri diredhai
oleh Allah SWT. Terlalu luas aspek yang boleh dibahaskan tentang aspek sabar
ini. Luasnya boleh dijadikan sebuah buku tersendiri. Memadailah dihuraikan
secara kasar atau secara ringkas di sini untuk serba sedikit dapat memahamkan
dalam konteks untuk membina wibawa seorang suami atau bapa.
Sabar ada tiga kategori seperti berikut:
a. Sabar dalam mentaati Allah SWT.
Ini adalah sabar peringkat paling rendah. Sabar dalam mentaati Allah
SWT ini terdapat dua bentuk iaitu dengan melaksanakan segala perintah
atau suruhan Tuhan secara lahiriah. Satu bentuk lagi ialah taat secara roh
kepada setiap amal lahir yang dilakukan itu. Namun begitu bukan mudah
untuk dapat bersabar dalam mentaati Allah SWT. Bukan mudah dapat
kekal istiqamah atau berkekalan dalam berlaku taat kepada Allah SWT.
Sukar untuk tetap kekal sabar dalam melaksanakan suruhan Allah SWT
dalam semua sudut kehidupan. Ertinya perkara-perkara wajib hendak
ditunaikan, manakala perkara-perkara sunat hendak dipertahankan dan
semua perkara harus atau mubah turut hendak dijadikan ibadah yang
turut mendatangkan pahala. Sabar dalam taat kepada Allah SWT ini kalau
tiada cabaran, tiada gangguan, tiada halangan, tiada rintangan memang
agak mudah dilakukan. Tetapi belum tahu lagi sekiranya bertem bung
dengan cabaran dan gangguan.
Contohnya hendak mempertahankan sembahyang. Kalau berada di rumah
atau sekadar ke tempat kerja mungkin tiada masalah. Keputusan terletak
pada diri sendiri. Bagaimana agaknya kalau kita hadir dalam mana-mana
majlis yang aturcaranya tiada ruang untuk sembahyang? Ketika itu akan
bertarung perasaan kita samada hendak memilih Tuhan atau urusan. Atau
kalau boleh juga menunaikan sembahyang, namun kita akan terjebak
kepada dua kemungkinan ia itu samada sembahyang bergopoh-gapah
hingga hilang roh sembahyang itu, atau bersenbahyang di hujung waktu
yang juga akan hilang roh sembahyang. Hendak pertahankan
sembahyang awal waktu serta tidak meninggalkan berjemaah, satu
cabaran yang amat berat dalam keadaan manusia zaman ini yang amat
sibuk dengan berbagai urusan.
Cukuplah satu contoh di atas, dan bolehlah dikiaskan kepada aspek lain.
Sedangkan sekiranya hendak dihurai secara mendalam tentang sabar
dalam mentaati Allah SWT, bukan terhenti kepada dapat berbuat sahaja
atau dapat selesaikan ketaatan lahiriah semata-mata. Tuhan melihat hati
dalam membuat amal lahir. Tuhan memang wajibkan beramal namun nilai
amal di sisi Tuhan adalah apa yang ada dalam hati ketika beramal itu. Erti
mentaati Allah SWT itu ialah hati yang dapat merasai kehambaan yang
mendalam. Iaitu rasa-rasa yang selayaknya ba gi hamba kepada Tuhan
seperti merasa takut, gerun, bimbang, cemas, harap, rendah diri, hina diri,
rasa malu, rasa lemah dan berbagai rasa lagi kepada Alah SWT. Sekaligus
turut merasai bertuhan yang mendalam seperti rasa Tuhan Maha Besar,
Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Melihat, Maha Mengetahui dan
berbagai rasa lagi. Ini juga yang diistilahkan sebagai taat dalam taat iaitu
taat lahir dan batin. Kalau bukan atas rahmat, pim pinan dan kekuatan dari
Tuhan, terasa amat sukar untuk sabar dalam mentaati Allah SWT. Perlu
berdoa selalu untuk mendapat rahmat dan pimpinan Tuhan.
Itu baru peringkat sabar dalam taat terhadap diri sendiri sebagai suami
atau bapa. Sedangkan suami atau bapa itu Tuhan anugerahkan amanah
yang perlu dipikul. Beban terhadap keluarga bukan boleh diabaikan begitu
saja. Suami mesti turut membawa keluarga agar turut sabar dalam
mentaati Allah SWT. Dalam pada itu kena sabar juga untuk membimbing
keluarga dalam mentaati Alah SWT. Tidak boleh putus asa atau lemah
semangat. Sekali lagi amat perlu meminta pertolongan dan bantuan Allah
SWT moga dengan rahmat, pimpinan dan kekuatan dari Allah SWT akan
terus berusaha hingga berjaya.
b. Sabar dalam meninggalkan maksiat atau dosa.
Terdapat dua bentuk iaitu maksiat atau dosa lahir dan maksiat atau dosa
batin. Sabar peringkat kedua ini lebih berat berbanding dengan sabar
kategori pertama tadi. Ini kerana Tuhan sediakan nafsu yang sangat
menarik manusia kepada kejahatan. Dibantu pula oleh syaitan yang sudah
bersumpah untuk menyesatkan anak Adam.. Dalam zaman yang sudah
jauh dari Rasulullah SAW, jauh dari rahmat Tuhan, jauh dari iman dan
taqwa, jauh dari ajaran Islam maka maksiat amat berleluasa. Ditambah
pula oleh pengaruh media yang mempromosi segala macam maksiat dari
barat. Ditambah pula oleh budaya rosak dan negatif yang sengaja
dicetuskan oleh musuh-musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam.
Kecuali memilik i kesabaran yang kuat demi untuk Tuhan yang mampu
meninggalkan segala larangan Allah SWT.
Amat sukar untuk terselamat dari dosa lahir yang berlaku melalui anggota
tujuh iaitu mata, lidah, perut, telinga, tangan, kaki, dan kemaluan. Lebihlebih amat susah untuk menghindari dosa batin atau dosa hati. Kadangkadang hingga terlajak tidak lagi merasakan dosa hati itu sebagai dosa.
Kalau ini terjadi maka dosanya lebih berat lagi kerana berbuat dosa dalam
keadaan penuh kerelaan dan terus menerus dalam dosa. Kalau dalam
dosa lahir yang nampak dan dapat dikesan secara lahir pun sukar untuk
menghindarinya maka dosa batin lebih sukar lagi kerana tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Sebab itu kita terasa amat sukar untuk bersih
dari riya, ujub, sumah, sombong, ego, pemarah, iri hati, dengki, dendam,
cinta dunia, benci, memandang hina kepada orang lain dan banyak lagi.
Inilah juga merupakan pintu-pintu laluan kemasukan syaitan untuk
menggoda manusia. Untuk lepas dari godaan syaitan maka semua pintupintu ini mesti ditutup melalui mujahadah yang tiada noktah akhir kecuali
mati.
c. Sabar dalam menghadapi ujian.
Inilah peringkat kesabaran yang paling sukar. Ujian terbahagi kepada dua
bentuk iaitu ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ujian kesusahan di
antaranya seperti miskin, sakit, anak isteri meragam atau degil, pekerja
bermasalah, perniagaan mengalami kerugia n, orang fitnah, kecurian,
musibah seperti kemalanga n dan bencana alam dan seumpamanya. Sabar
dalam menghadapi ujian susah ini dalam erti kata tahan hati, tenang
menghadapinya, tidak menderita, tidak putus asa, tidak kecewa, tetapi
tidak emosi, tidak gopoh dalam mengatasinya. Tidak menunding jari
kepada orang lain, tidak hilang pertimbangan. Melainkan menerimanya
dengan senang hati, bersangka baik terhadap Tuhan bahawa semua itu
ada maksud baik dari Tuhan, ada hikmah, ada didikan Tuhan, ada
peringatan dan pengajaran dari Tuhan. Hatinya benar-benar dapat
merasakan Tuhan hendak menguji keimanannya apakah dengan ujian itu
dapat terus bersabar dengan mengharapkan Tuhan redha terhadap
dirinya.
Ujian kesenangan umpamanya kaya, berpangkat, ada kedudukan, popular,
orang sanjung, orang puji, perniagaan bertambah maju dengan mudah
dan lain-lain lagi. Dalam kesenangan ini pun satu ujian kesabaran yang
amat berat. Ramai orang berjaya boleh sabar dalam kesusahan, tetapi
jarang boleh tahan sabar dengan ujian kesenangan. Maksudnya dalam
kesenangan itu seseorang bertahan kerana mengharap keredhaan Allah
SWT. Tidak lupa diri, sangat bersyukur dengan hati benar-benar
merasakan itu semua kurniaan dan anugerah Allah. Lantas semakin subur
sifat pemurah, semakin tawadhuk, semakin kuat hubungan hati dengan
Tuhan dan semakin kuat membela manusia terutama yang sangat
memerlukan pertolongan. Takut hendak berfoya-foya dengan kesenangan
itu, takut hendak berlaku sombong kerana yakin Tuhan boleh tarik bilabila masa saja dengan sekelip mata. Dia dapat merasakan yang hidup ini
hanya sementara dan sekejap saja. Hidup ini kalau senang pun hanya
sekejap dan sedikit saja berbanding Akhirat. Dan kalau susah pun
sementara dan kecil saja berbanding Akhirat. Maka dia tidak akan sampai
durhaka kepada Tuhan kerana takutkan kesusahan dunia yang kecil
hingga menanggung azab yang berat di Akhirat. Dan tidak juga durhaka
kepada Tuhan kerana mendapat kesenangan yang sedikit hingga hilang
kesenangan yang hakiki di Akhirat kelak.
Setelah suami atau bapa berjaya memilik i ketiga -tiga kategori sabar di
atas maka dia dianggap sebagai orang yang sabar. Bertambahlah satu lagi
ciri wibawa sebagai seorang suami. Oleh itu bukti kesabaran yang dimiliki
hendaklah dikongsi dengan anak isteri. Menjadi kewajipan suami atau
bapa mendidik anak isteri mendapat semua kategori sabar seperti dirinya.
Dalam mendidik anak isteri itu kepada kesa baran, kena bersabar juga.
Dalam mendidik manusia termasuk anak isteri, suami akan menempuh
ketiga-tiga kategori sabar tersebut. Ertinya dia perlu sabar untuk mendidik
anak isteri itu supaya taat, meninggalkan maksiat serta menghadapi ujian.
Sifat sabar dengan kejayaan mendidik manusia adalah lazim melazimi.
Yakni orang yang sabar saja Tuhan beri kejayaan mendidik manusia. Dan
kalau hendak mendidik manusia mesti ada sifat sabar.
Empat tanda orang yang tidak sabar.
i. Cepat marah, baran atau meradang.
ii. Mudah merajuk dan mudah putus asa atau kecewa.
iii. Bergopoh gapah, tergesa-gesa, melulu, tidak berhati-hati dan tidak
usul periksa.
iv. Mudah dikuasai emosi, gelisah, tidak tenteram, tidak tenang
mudah hilang pertimbangan.
4. BERTANGGUNGJAWAB
Takrif pemimpin ialah siapa yang di atas di kalangan satu-satu kelompok atau
institusi masyarakat. Dalam keluarga, bapa adalah pemimpin. Dalam kampung
pemimpinnya dipanggil ketua kampung atau Tok Empat. Di sekolah pula Guru
Besar dan guru-guru adalah yang lebih atas maka merekalah pemimpin. Dalam
satu mukim dipanggil Penghulu dan di daerah adalah Pegawai Daerah.
Terdapat pemimpin besar seperti menteri, pengarah, wakil rakyat. Tidak kira
samada pemimpin besar atau kecil, tetap wajib bertanggungjawab terhadap
mereka yang berada di bawah pimpinan. Erti bertanggungjawab ia lah seluruh
kepimpinannya bakal dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat kelak. Manakala
mereka yang berada di bawah kepimpinan bakal menjadi saksi di dunia dan di
Akhirat. Di dunia pengikut atau rakyat atau keluarga akan menilai baik buruk
sesuatu kepimpinan manakala di Akhirat dibenarkan membuat tuntutan di
hadapan Tuhan terhadap kezaliman seseorang pemimpin.
Berbalik kepada suam i atau bapa, setiap kali memperkatakan tentang
rumahtangga, soal tanggungjawab suami kepada anak isteri tidak pernah
ketinggalan diperkatakan. Bahkan sering disenaraikan satu persatu. Tidak lagi
timbul alasan tidak tahu tanggungjawab terhadap anak isteri. Namun apabila
berlaku krisis rumahtangga, samada kesnya dibawa ke pengadilan atau tidak, isu
faktor krisis majoritinya adalah kerana mengabaikan tanggungjawab.
Kesimpulannya di sini ialah bukan lagi soal tidak tahu tentang tanggungjawab
tetapi tidak mahu bertanggungjawab.
Mengapa pula tidak mahu
bertanggungjawab? Sedangkan apabila berlaku ijab dan kabul itu adalah tanda
ikrar, sumpah dan janji untuk mengambil alih tanggungjawab dari kedua ibu
bapa. Suami sudah menjadi pengganti kepada kedua ibu bapa wanita yang
menjadi isteri itu. Di sinilah boleh dianggap anak kunci tanggungjawab itu yang
hilang. Tahu tanggungjawab hanyalah ilmu yang berada dalam kepala atau
dalam akal. Sedangkan bertanggungjawab atau melaksanakan tanggungjawab
itu adalah amal perbuatan. Amal perbuatan mesti didorong oleh iman dan taqwa
kepada Allah SWT. Ringkasnya orang yang takut kepada Tuhan saja yang akan
benar-benar
bertanggungjawab.
Ertinya
anak
kunci
kepada
sikap
bertanggungjawab itu adalah iman atau takutkan Tuhan. Tanpa takutkan Tuhan,
biar saban hari diasak dan disuapkan dengan berbagai fomula atau resipi
rumahtangga, namun krisis tetap saja berlaku.
Sama juga dalam hal isteri yang tidak mahu hormat dan taat kepada suami.
Bukan soal para isteri tidak tahu kedudukan isteri di sisi suami. Untuk hormat
dan taat kepada suami, para isteri kena takutkan Tuhan. Kerana takutkan Tuhan
maka para isteri akan hormat dan taat kepada suami atas dasar mentaati
perintah Allah SWT. Tuhan yang mengke hendaki supaya para isteri hormat,
bersopan dan taat kepada suami. Iman dan taqwa saja yang menjadikan para
isteri dengan penuh rela, senang hati dan terhibur dalam menghormati dan
mentaati suami.
5. KASIH SAYANG
Kriteria yang mesti ketara dan menonjol yang perlu dimiliki oleh suami ialah sifat
kasih sayang. Dalam buku ini sudah banyak disentuh dan dihura ikan tentang
kasih sayang dalam bab lain. Di sini hanya perlu ditambah sedikit saja sebagai
pelengkap. Terdapat sembilan puluh sembilan nama dan sekaligus sifat Tuhan
yang diketahui. Semua sifat -sifat Tuhan itu adalah disukai oleh fitrah manusia.
Dan Tuhan izinkan manusia menghayati atau memakai sifat -sifat Tuhan itu
kecuali yang dilarang ialah sifat sombong. Biar pun manusia memakai sifat Tuhan,
pada sebutan atau istilah atau lafaznya sama namun hakikatnya tidak sama.
Maha Suci Tuhan daripada menyerupai akan sesuatu selain-Nya. Misalnya Tuhan
itu pemurah, tidak sama dengan pemurah manusia. Tuhan melihat dan
mendengar. Penglihatan dan pendengaran Tuhan hakikatnya tidak sama dengan
makhluk. Tuhan pencipta, manusia juga boleh mencipta namun hakikatnya tetap
tidak akan serupa. Sifat Tuhan yang paling popular yang Tuhan sendiri ajarkan
kepada manusia menyebutnya paling banyak iaitu pengasih dan pemurah.
Kalimah yang paling banyak diungkapkan oleh manusia dalam Basmalah. Tuhan
mahu diri-Nya dikenali dengan sifat pengasih dan pemurah.
Sifat pengasih semua orang meny ukainya kerana ia adalah fitrah manusia.
Pengganas yang zalim pun hati kecilnya menyukai kalau orang lain memberi
kasih sayang kepada dirinya. Begitu juga dengan sifat pemurah. Orang yang
kedekut pun suka kalau orang lain pemurah kepadanya. Demikianlah Tuhan
mendidik manusia agar lebih mengenali diri Tuhan itu yang Maha Pengasih dan
Maha Pemurah. Maha kepada sifat-sifat Tuhan itu ertinya tiada batasan, tiada
had, tiada sempadan atau tidak terhingga serta tidak dapat dibanding dan
ditandingkan dengan sesuatu apa pun. Dengan cara Tuhan sendiri menonjolkan
sifat Pengasih dan Pemurah, Tuhan mahu agar manusia takut dan cinta kepada Nya.
Seorang suami atau bapa yang sangat ketara sifat kasih sayang, anak isteri akan
lebih menyenanginya berbanding suami yang garang, keras dan bengis ibarat
pemimpin diktator. Mungkin anak isteri boleh patuh, kelihatan boleh taat tetapi
bukan dari kerelaan hati. Hanya terpaksa akur dalam keadaan hati merungut.
Bahkan di depan suami atau bapa, mereka tunjuk pura -pura hormat tetapi di
belakang sanggup umpat keji kepada bapa. Suasana mesra hilang dalam
rumahtangga, sebaliknya bertukar dengan tegang, rimas, tertekan dan gelisah.
Anak-anak yang dalam usia remaja yang sedang mengalami alam pancaroba
lebih-lebih lagi memberontak. Ada saja alasan untuk berseronok di luar rumah.
Akhirnya mereka menjadi nakal, degil dan liar. Terus terjebak dengan angkara
dan gejala negatif. Anak-anak yang tiada peluang untuk berseronok di luar
rumah, mereka turut memberontak dengan cara bersikap kasar, pemarah dan
sering bergaduh sesama adik beradik. Tidak boleh berlebih kurang dan tiada
tolak ansur antara satu sama lain. Maing-masing tunjuk ego.
Persiapan Taqwa
Taqwa adalah tuntutan dari Tuhan kepada setiap hamba-hamba-Nya. Tidak kira samada
raja atau rakyat jelata, pemimpin atau pengikut, pegawai atau pekerja biasa, bahkan
andainya seseorang itu hanya duduk-duduk di rumah tanpa berbuat apa -apa pun,
Tuhan tetap menuntut agar orang itu memiliki taqwa. Kedudukan taqwa di sisi manusia
ibarat pakaian dan makan minum yang tidak boleh dipisahkan. Sebab itu seruan taqwa
berlaku setiap minggu yang merupakan salah satu rukun khutbah Jumaat. Sayangnya
persoalan taqwa yang amat penting itu sudah tidak difahami oleh manusia termasuk
umat di kalangan ulama. Kalau diibaratkan pakaian dan makan minum kepada manusia,
sekiranya diabaikan maka rosaklah fungsi tubuh badan atau disebut sebagai sakit atau
tidak sihat.
Manusia tanpa taqwa akan hilang kebahagiaan serta bertukar menjadi ganas kerana
dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan tidak pernah tunduk kepada
sebarang undang-undang dan peraturan. Bahkan Tuhan dan undang-undang Tuhan pun
nafsu dan syaitan sanggup ingkar, betapalah undang-undang dan peraturan manusia.
Sebab itu manusia sukar untuk didisiplinkan atau didamaikan dengan undang-undang
dan peraturan. Kalau pun manusia dihukum penjara kerana kejahatan yang dilakukan,
itu bukan bererti nafsu dan syaitan yang menguasai diri telah tewas, tunduk dan
menyerah. Penjara itu hanyalah membatasi, menghalang atau tidak memberi peluang
kepadanya untuk berbuat kejahatan. Umat Islam patut faham terjadinya berbagai
kejahatan dan kemungkaran di kalangan manusia tidak lain dan tidak bukan adalah
lantaran ketiadaan taqwa kepada Tuhan.
Tugas penting suami atau bapa ialah mendidik keluarga agar memiliki taqwa. Sudah
pastilah suami itu sendiri sangat -sangat perlu memiliki sifat-sifat taqwa. Tiada manusia
yang mengetahui tahap taqwa seseorang, kita tidak dapat mengukur peringkat taqwa
seseorang bahkan terhadap taqwa diri sendiri, namun para suami mesti lebih
bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi orang bertaqwa.
Suami atau bapa yang bertaqwa, dirinya seperti magnet yang menarik keluarga kepada
Tuhan. Keluarga akan lebih mudah terbuka hati untuk menerima didikannya. Keluarga
yang mendengar seruannya akan mudah terbuka hati untuk takutkan Tuhan, untuk
menerima kebenaran, mudah faham terhadap ilmu yang disampaikan. Keluarga akan
lebih mudah membuat berbagai peruba han dalam berbagai aspek kehidupan.
Umpamanya dari tidak kenal Tuhan kepada kenal Tuhan. Dari hidup tidak bersyariat
kepada bersyariat. Dari berpecah belah kepada berkasih sayang dan perpaduan.
Daripada jumud kepada progresif. Daripada sifat dan sikap negatif kepada positif dan
sebagainya. Allah SWT buka hati keluarga menjadi lembut, mudah memiliki rasa
kehambaan dan rasa bertuhan dan mudah untuk dibentuk. Terhadap dosa-dosa mereka
bertaubat, terhadap nikmat disyukuri, terhadap ujian Tuhan beri kesabaran da lam
menghadapinya.
Anggota keluarga akan lebih cenderung melihat cacat cela dan kesalahan diri
berbanding melihat kesalahan orang lain. Hati keluarga Tuhan jadikan lebih menyukai
kebaikan dan membenci kejahatan lantas mudah berubah kepada kebaikan. Inilah
antara contoh bentuk-bentuk bantuan, rahmat dan berkat dari Tuhan kepada suami
yang bertaqwa. Ini juga disebut sebagai karamah maknawiyah yang Tuhan kurniakan
kepada para suami atau bapa yang bertaqwa.
Sebaliknya kalau tidak bertaqwa, seruan dan ajakan suami atau bapa itu hanya tinggal
pada cakap-cakap, panduan dan ilmu sahaja. Mungkin kerana pandai dalam
penyampaian, olahan bahasa, kalimah-kalimah dan ayat-ayat yang menarik, disokong
pula oleh berbagai alat bantu serta gaya, didokong pula oleh sistem serta promosi,
diperkuatkan lagi oleh pangkat serta kelulusan, maka penyampaiannya sedap dan
menarik. Anggota keluarga turut kagum. Namun realitinya tidak menghasilkan sebarang
perubahan kepada keluarga. Bila mana tidak bertaqwa maka tiada bantuan Tuhan, tidak
ada rahmat dan keberkatan. Natijahnya Tuhan tidak buka pintu hati keluarga untuk
membuat perubahan. Atau dengan lain kata, suami atau bapa yang tidak bertaqwa,
akan gagal membawa keluarga bertaqwa kepada Allah SWT.
Inilah rahsia kejayaan Salafussoleh. Mereka tidak banyak bercakap. Tiada alat bantu,
tiada gaya. Penyampaian mereka bersahaja. Namun kesan taqwa mereka cepat
membawa perubahan kepada keluarga. Tanpa bersyarah atau berkuliah panjang lebar,
keluarga mudah terbongkar hati mereka kepada rasa bertuhan. Mereka duduk-duduk
sahaja bersama keluarga, luntur hati keluarga dari membuat maksiat. Melihat wajah
suami atau bapa sudah terdetik di hati ingatan kepada Tuhan. Kehadirannya saja,
keluarga sudah merasa bahagia, hati rasa terhibur. Sebab itu di zaman Salafussoleh,
agama Islam berkembang begitu pesat, kerana roh para suami itu lebih cepat dan laju
memproses hati-hati anggota keluarga berbanding cakap-cakap atau syarahan mereka.
Inilah yang dimaksudkan dengan magnet. Bukan magnet yang menarik perhatian
kepada diri, tetapi magnet yang menarik hati keluarga kepada Tuhan, kepada syariat
Tuhan, kepada mahmudah, kepada akhlak dan kepada kebenaran dan ketaatan.
Betapa pentingnya taqwa kepada para suami, maka persoalan taqwa itu perlu difahami
dan dihayati. Selepas itu anggota keluarga akan lebih mudah menjadi orang yang
bertaqwa. Andainya tidak difahami dan dihayati, biar pun disebut atau dilaungkan
berulang kali, suami itu sendiri pun tidak akan bertaqwa. Maka jauh sekali untuk
membawa keluarga kepada taqwa. Contoh yang paling mudah, cuba kita lihat setiap
hari Jumaat diulang-ulangkan dalam rukun khutbah seruan untuk bertaqwa. Rata-rata
umat sudah hafal takrif taqwa yang dibacakan dalam khutbah iaitu Buat se-gala
suruhan Allah SWT, dan meninggalkan larangan-Nya. Namun begitu, umat Islam tidak
juga bertaqwa. Wajar para suami merasa takut dan bimbang selain kerosakan pada diri
seperti mazmumah akan menjadi subur, mungkin akan menambahkan dosa. Termasuk
kesannya turut ditanggung oleh keluarga, umpamanya mereka juga a kan berdosa. Ini
akan menambahkan lagi kemurkaan Allah SWT.
Inilah yang Tuhan tuntut manusia lakukan dalam apa jua aspek kehidupan di mana
manusia yang bertaqwa itu tidak pernah rugi sedikit pun. Ini juga bererti bahawa
bekalan taqwa itu tidak terpisah dari aktiviti harian asalkan atas landasan syariat.
Dalam Islam kita berniaga umpamanya, untuk menam bahkan lagi bekalan taqwa. Kita
berkebudayaan, berhibur, membuat perhubungan, adalah untuk menambah lagi sifat
taqwa. Kita bangunkan ke luarga, kita berjuang, kita berkorban, moga-moga dengan
keluarga itu, berjuang dan berkorban itu dapat membangunkan lagi sifat taqwa. Kita
bekerjasama, mengajar, bangunkan pendidikan, membela dan menyelamatkan orang,
maka di situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita menziarahi, membuat
perhubungan dan bertolong bantu, semoga dapat menambah sifat taqwa. Kita nikah
kahwin, berkeluarga, beranak cucu, moga -moga dari situ dapat menambah lagi sifat
taqwa. Kalau dicampurkan semua apa saja yang kita lakukan setiap detik maka
banyaklah jumlahnya.
Janganlah hendaknya mencari taqwa di atas syariat yang terbatas. Seluruh tindakan
lahir kita walaupun yang harus. Kedudukan hukum harus itu adalah syariat Tuhan
Angkat tangan, pandang sana, pandang sini, kaki yang melangkah, duduk, berdiri,
bergerak atau baring atau diam saja, itu adalah syariat. Maka moga-moga dengan
syariat itulah kita dapat menambah sifat taqwa. Kalau sesuatu perkara atau benda itu di
anggap kecil, kecillah sifat taqwanya. Kalau besar, besarlah sifat taqwanya. Dari situlah
Tuhan tulis pada fail catatan amal kita. Catatan itu yang akan dikembalikan semula
kepada kita di Akhirat kelak, digantung pada leher di Padang Mahsyar. Setiap orang ada
catatan amalnya, masing-masing akan membawanya. Kita sendiri yang akan membaca
catatan amal milik kita sendiri.
Barulah kita faham, menambah sifat taqwa itu di atas usaha, aktiv iti, pandangan,
pendengaran, gerakan tangan, gerakan kaki, pergi sana, pergi sini. Di situ kita akan
dapat taqwa. Tetapi perlu diingat dan difahami perkara -perkara atau benda-benda lahir
itu adalah syariat. Syariat itu hanya baru berada di landasan yang betul untuk
menambah bekalan taqwa tetapi belumlah lagi mendapat bekalan taqwa sebenar.
Ertinya kalau tidak ada kulit awal-awal lagi isi sudah pasti tidak ada. Maksudnya kalau
sudah melanggar syariat Tuhan, sudah pasti tidak akan mendapat bekalan taqwa.
Syariat dalam ajaran Islam ialah kulit. Kalau syariat diibaratkan kulit yang tidak ada isi
maka tidak ada erti. Walau pun kulit itu perlu untuk menjaga isi namun yang perlu
adalah isinya. Umpama kita hendak makan buah, kita mahu isinya. Contoh lain, kita
ambil ubi kayu, ia ada kulitnya. Kalau tidak ada kulit, isi mudah rosak, namun yang
penting isinya. Oleh itu syariat itu kulit atau rangka manakala isi adalah rasanya. Kalau
kulit atau rangka tidak ada isi atau rasa, tidak bernyawa, tidak ada roh, tidak ada erti
apa-apa. Sebab itu dalam ajaran Islam makan bangkai haram. Sebab makan satu benda
yang sudah tidak bernyawa. Yang halal itu waktu ada nyawa dan disembelih. Kalau
makan kambing yang tidak bernyawa walaupun elok lagi dagingnya haram hukumnya.
Itu sindiran Tuhan atau kiasan dari Tuhan.
Dalam Islam ada kulit, ada isi. Kulit dan isi kena dipertahankan, tetapi keutamaan
adalah pada isi. Ambil contoh dalam ibadah asas, seperti sembahyang. Dalam berdiri,
rukuk, sujud dan bacaan itu merupakan rangka. Kalau hanya badan saja yang tunduk,
hati tidak tunduk, ertinya kita hanya bawa kulit. Bawa rangka yang dalamnya bolong.
Kalau badan saja yang sujud, hati tak sujud, ertinya rangka saja yang sujud. Kadang-
kadang meniti di atas syariat pun tidak menambah taqwa. Padahal itu ibadah asas.
Kalau kita bawa rangka saja, tak membawa roh, ibarat membawa kulit sahaja, tidak
menambah taqwa.
Taqwa itu kebanyakannya adalah aspek dalaman. Ia bersifat rohaniah, paling tidak
bersifat maknawiyah. Kalau tak ada rohaniah, walaupun rukuknya cantik, jadi bualan
orang atau dipuji orang, maka sembahyang hanya bangkai, haji bangkai, perjuangan
bangkai, pendidikan bangkai, jemaah bangkai, ekonomi bangkai, kebudayaan bangkai.
Padahal itu sudah berada pada landasan syariat, tetapi tak boleh menambah taqwa. Apa
kata orang? Mungkin orang kagum dan memuji. Hebat orang ini, hebat Islam orang ini.
Macam-macam syariat dibangunkan. Tetapi isi tidak ada. Manusia melihat syariat dibuat,
yang sunat pun dibuat. Satu negara melahirkan kekaguman dan memuji kehebatan
orang yang kuat bersyariat itu. Begitulah yang orang lihat, tetapi dalamannya atau
isinya tidak ada, atau kosong. Tuhan berkata ibadah yang dibawa orang itu ialah ibadah
bangkai. Di sisi Tuhan orang itu membawa bangkai solat, bangkai puasa, bangkai
keluarga, bangkai jihad, bangkai ekonomi, bangkai pendidikan. Orang tidak boleh
persoalkan sebab kelihatan kulitnya cantik. Tetapi Tuhan memandang yang dalaman.
Syariat lahir itu dinilai sepuluh peratus sahaja, sebaliknya yang dalaman Tuhan nila i
sembilan puluh peratus.
Katakan kita hendak membangunkan keluarga. Tuhan mahu kita membangunkan
keluarga itu untuk menambah bekalan taqwa. Tetapi kita berkeluarga lebih melihat atau
mahu keuntungan dan keseronokan semata -mata. Biasanya nikah kahwin belum
bermula lagi, di dalam kepala sudah terlalu memikirkan tentang keseronokan. Seolaholah macam angan-angan. Mengapa kita fikirkan tentang seronok dan bukan taqwa?
Sedangkan berkeluarga menurut Islam bertujuan untuk menambah taqwa, keseronokan
tetap akan turut diperoleh. Sepatutnya berkeluarga diniatkan kerana Allah dan untuk
menambah sifat taqwa. Di setiap apa aspek yang berlaku dalam keluarga setiap hari dan
di mana saja akan bertambah sedikit sifat taqwa. Akan bertambah dari perkara-perkara
lain yang kita lakukan seperti dalam makan minum sedikit, hiburan sedikit, dalam
pendidikan dan sekolah sedikit, ketika bersama anak isteri sedikit, ketika bersama
kawan-kawan sedikit, dari tidur baring sedikit dan lain-lain, maka akan banyaklah
bekalan taqwa yang dikumpulkan. Asalkan apa saja yang kita lakukan itu tidak
bercabang niatnya, hanya semata-mata kerana Allah SWT yang mana Tuhan
perintahkan untuk menambah bekalan taqwa.
Melihat kepada usaha taqwa itu terletak sembilan puluh peratus adalah aspek dalaman
manakala hanya sepuluh peratus saja berkaitan dengan syariat lahir, cuba kita fikirkan,
senangkah kita hendak berkeluarga untuk mendapat sifat taqwa? Ertinya kita hendak
beri nyawa kepada keluarga kita itu. Supaya jangan bangunkan keluarga bangkai.
Bukan senang nak bagi roh. Bila dikatakan hendak memberi roh, maka suami atau bapa,
anak, isteri, semuanya niat mereka mesti sama untuk Tuhan, fikirannya selari tidak ada
sebarang kepentingan kecuali untuk Tuhan. Barulah kita dapat berkasih sayang. Kalau
taqwa yang kita maksudkan dan niatkan, hidup susah sedikit pun terasa seronok dan
bahagia betapalah kalau senang. Walau kita tidak mahu susah dalam be rumahtangga,
namun kalau terjadi juga tidak rasa kesal atau tidak kecewa. Sebab usahanya sampai
matlamat, atau sampai maksud untuk dapat sifat taqwa. Kalau senang, kita rasa syukur
dan berterima kasih kepada Tuhan yang memberi lebihan rezeki, di Akhirat akan dapat
balasan lagi.
Punca yang menjadikan kita kecewa dan putus asa, kadang-kadang terasa letih dan
hilang semangat, tak bermaya apabila mengalami kesusahan, kerana kita berumah tangga terlalu memikirkan untuk mendapat habuan keseronokan. Kita tidak pernah
terfikir atau tidak pernah membayangkan bahawa berumahtangga itu susah lantaran
ianya pengalaman yang belum pernah ditempuhi. Apa yang terlintas sebelumnya ialah
keseronokan. Padahal kalau berkeluarga ada roh, susah pun tidak mengapa sebab dapat
sifat taqwa. Oleh yang demikian walaupun keluarga susah sedikit, yang penting
keluarga itu ada roh, ada nyawa, ada penghayatan. keluarga yang hidup, yang bukan
bangkai, iaitu keluarga yang ada roh.
Bila ada roh atau nyawa kalau pun kita susah, jangan bimbang. Yakinlah Tuhan akan
datangkan pertolongan dari sumber yang tidak diduga. Sumber lain yang kita perolehi
itu mungkin sudah banyak kita terima dari Tuhan tanpa disedari atau kita tidak faham
bentuknya. Tuhan beri rezeki tanpa diduga itu mungkin bukan berbentuk material, duit
atau barang yang kita boleh nampak dengan nyata. Umpamanya diri kita, isteri dan
anak sentiasa sihat tanpa perlu ke hospital bertahun-tahun lamanya. Kesihatan adalah
anugerah tidak ternilai dan tidak dapat dibayar harganya dengan duit. Atau mungkin
kereta kita tidak rosak bertahun-tahun lamanya. Kereta yang rosak bukan saja perlukan
perbelanjaan membaikinya bahkan menjadikan hati kita rusuh serta mengganggu
urusan harian. Kiaskan kepada hal-hal lain dalam kehidupan kita yang berlaku tanpa
disedari.
Dari syariat yang kita bangunkan itu samada yang asas mahu pun yang tambahan
termasuk yang harus, hendak disertakan dengan roh sebenarnya bukan mudah. Kalau
boleh diberikan roh, memang terasa seronok ibarat kereta yang ada enjin yang baik.
Kereta itu akan dapat berfungsi dengan baik dan untuk pelbagai guna. Kalau memiliki
kereta tanpa enjin biar bagaimana cantik sekali pun akan menyusahkan. Dipandang
cantik tetapi tidak dapat berfungsi. Da lam keadaan seluruh keluarga kita itu ada nyawa
atau roh, sudah tentu akan kita rasai kebahagiaannya. Terasa indah dan dapat
ketenangan serta tidak pernah jemu, betapalah kita dapat taqwa. Sebab itu bagi para
Sahabat, berjuang dan berdakwah itu satu hiburan walaupun susah. Berpagi-pagi
mereka keluar rumah meninggalkan anak isteri bagaikan hari raya, terhibur dan penuh
ceria kerana mereka memburu taqwa. Kesusahan dalam kehidupan, mereka rasakan
sambal bagi hidangan. Kesenangan pula bagaikan lauknya
Benarlah seperti apa yang Tuhan isyaratkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud
lebih kurang, Tuhan tidak memandang lahir kamu. Perkara -perkara lahir itu hanya 10%,
itu pun kalau sempurna. Kalau tidak sempurna, mungkin dapat dua tiga peratus sahaja.
Tuhan pandang hati atau roh yakni dalam berbua t itu apa yang hati merasai.
Umpamanya ibadah mesti mengikut syariat, syarat rukun sah batalnya. Mengikut syariat
itu satu perintah Tuhan, tidak boleh diubah atau dipinda. Namun yang Tuhan pandang
ialah bagaimana hati dalam bersyariat itu. Atau dengan istilah lain Tuhan menilai roh
bagi setiap pekerjaan itu. Sebab itu dalam ajaran Islam ini diam pun ibadah, tetapi
mesti ada roh. Diam yang tidak ada roh, tidak ada rasa bertuhan, tidak ada rasa hamba,
diam yang sia-sia. Mungkin diam itu hanya khayalan atau angan-angan. Kalau nampak
diam tetapi ada roh, mungkin seseorang itu sedang memikirkan tentang dosa, atau
sedang muhasabah atau zikrul maut atau juga mungkin berfikir mengenai kuliah dan
ilmu yang diperolehinya. Mungkin diamnya dia fikirkan kebaikan apa lagi yang hendak
dibuat untuk dapat menambah sifat taqwa. Paling tidak dia berniat untuk diam saja bagi
mengelakkan bercakap banyak yang boleh menambah dosa. Sebab ada faktor dalaman,
maka ada roh.
Indahnya hidup dengan Tuhan. Kalau roh ibadah ini dapat diterapkan, susah pun tidak
mengapa, terasa seronok, indah dan bahagia. Akan mendapat satu kekuatan luar biasa
dalam apa saja yang hendak dilakukan. Seseorang itu tetap gigih berusaha biar pun
tidak dapat hasil yang lumayan. Dia tidak putus asa dan akan tetap meneruskan
berusaha. Sebab itu bukan matlamat. Yang dibimbangi ialah apakah Tuhan terima atau
tidak.
Untuk melaksanakan syariat lahir adalah lebih mu dah. Yang sukarnya ialah hendak
memberi roh dalam setiap aktiv iti kita, usaha kita, tindak tanduk kita, dalam aspek apa
sahaja. Kadang-kadang kita ingat tentang pentingnya roh setiap aktiv iti, kadang-kadang
lupa. Sering kali diganggu juga oleh memikirkan tentang keseronokan semata-mata,
terpaksa bertarung antara keuntungan duniawi dengan menambah bekalan taqwa.
Sering kali juga kita tewas yang akhirnya nampak keseronokan material saja, nampak
duit saja. Lebih-lebih lagi dapat untung material yang banyak, mudah lupa hendak bagi
roh. Sekali sekala terfikir juga yang duit itu boleh dapat dengan segera manakala
habuan dari taqwa itu lambat dan tidak nampak. Atau datang pula hujah iaitu dapat duit
nanti boleh juga menjadi alat untuk menambah sifat taqwa.
Untuk lebih selamat, kenalah difikirkan sedalam-dalam nya apakah setiap hari dan dalam
apa-apa aktiv iti yang dibuat itu sejauh mana sudah dapat menambah bekalan taqwa.
Soalan ini mesti diulang-ulangkan kepada diri sendiri. Bagi para suami cuba tanya
kepada anggota keluarga minta mereka turut berfikir apakah dapat bekalan taqwa atau
tidak. Perlu diulang peringatan yang sama, hingga nanti akan membuatkan mereka
berfikir tentang itu sampai sukar untuk padam dari ingatan. Akhirnya akan mendarah
mendaging.
Kalau seorang suami yang hendak membawa keluarga kepada taqwa pun tidak
memperolehi taqwa hasil dari kerjanya itu, maka jauh sekalilah keluarga akan mendapat
taqwa. Ini memang sudah menjadi ketentuan Allah. Sebab itu Rasulullah SAW bergelar
Al-Imamul Muttaqin yakni pemimpin bagi orang-orang bertaqwa. Dan Baginda adalah
hamba Allah yang paling bertaqwa.
Bagi para suami, perlu faham dan hayati misalnya selepas sembahyang, atau selepas
selesai membuat kebaikan, menga pa disuruh istighfar? Kalau selepas membuat
kejahatan melakukan istighfar, itu memang logiklah serta itulah yang difahami oleh
semua orang. Mengapa? Beristighfar itu kerana takut-takut tidak dapat taqwa dalam
solat tadi atau amalan baik tadi. Mengapa lepas dakwah, lepas mengajar, lepas berniaga,
tidak istighfar? Sepatutnya kena beristighfar mengenangkan apakah berdakwah,
berniaga, mengajar, bekerja, membuat urusan keluarga itu dapat taqwa ataukah hanya
menjadi bangkai saja. Atau mungkin kita tersalah cakap atau tersalah dalam memberi
didikan kepada keluarga yang tidak menepati kehendak Allah dan Rasul dan juga
meny inggung hati anak isteri, kita sebut perkataan yang mengelirukan anak isteri atau
juga mungkin perkataan yang menjadikan anak isteri benci. Boleh jadi juga kita terbawa
anak isteri kepada mengumpat orang lain, atau juga akhlak kita tidak selaras dengan
akhlak Rasulullah SAW. Tidak mustahil terselit perkataan lucu yang keterlaluan.
Kalau macam inilah yang kita istiqamah dalam aktiv iti harian, Tuhan akan selamatkan
kita. Tuhan akan datangkan bantuan dan berkat-Nya. Sifat taqwa akan bertambah. Diri
kita itu akan menjadi magnet yang mampu memukau ke luarga untuk dibawa kepada
Tuhan. Tuhan akan pimpin kita dalam semua urusan untuk menarik manusia kepada
Tuhan.
usahanya itu di luar lojik atau di luar jangkaan. Terdapat dua bentuk rezeki: la hir
dan batin.
a. Rezeki yang lahir seperti kekayaan, perniagaan maju dan berjaya,
usaha yang dilakukan membawa hasil yang lumayan. Sihat badan,
tiada penyakit, dapat harta, dapat barang-barang, orang bagi simpati,
orang bagi sokongan.
b. Rezeki yang bersifat rohani dan maknawiyah: dapat ilmu, aman damai,
kasih sayang, perpaduan, kete nangan, anak isteri mudah dididik dan
taat, dapat keampunan dari Tuhan, dapat redha Tuhan, dapat
pengaruh yang besar.
3. Pembelaan dari Tuhan. Ini salah satu janji Tuhan bagi orang yang bertaqwa iaitu
pembelaan dunia Akhirat. Orang yang bertaqwa itu ibarat orang yang memasuki
benteng atau kubu. Bezanya benteng atau kubu Tuhan ini bersifat maknawiyah.
Benteng atau kubu itu bermaksud berada dalam perlindungan Tuhan. Tuhan
yang memelihara siapa saja yang bertqwa. Tuhan yang melindungi dalam segala
hal dan urusan. Orang bertaqwa itu di sisi Tuhan seolah-olah haiwan peliharaan.
Tuhanlah yang memberi makan minum, melindungi dari sebarang perkara yang
boleh memudaratkan. Tuhan yang menye lamatkan dari sebarang bencana.
Bukan sahaja sepanjang hidup di dunia ini bahkan sampai di Akhirat nanti Tuhan
yang menyelamatkan atau melepaskan dari api neraka.
Amat banyak bukti sejarah bagaimana Allah SWT membela Rasulullah dan para Sahabat.
Terhadap Rasulullah sendiri memang sudah maklum yang mana Allah sertakan kepada
Baginda SAW dengan mukjizat. Mukjizat itulah salah satu bentuk pembelaan Allah SWT
kepada Rasulullah SAW. Begitu juga dengan pembelaan Tuhan kepada para Sahabat.
Berlaku berbagai perkara luar biasa atau khawariqul adah dalam kehidupan mereka
seharian. Contohnya belum pernah jumlah anggota tentera dan kelengkapan peralatan
perang tentera Islam mengatasi jumlah dan kelengkapan perang yang dimiliki oleh
musuh. Namun para sahabat dibela oleh Allah dan mereka menang. Kalau tidak menang
pun tidak pula sampai kalah.
Barangsiapa yang bertawakal pada Tuhan, Tuhan yang menjamin orang itu, dalam hal
kehidupannya dunia dan Akhirat. Tuhan memberi jaminan kepada siapa saja yang
bertawakal atas jalan taqwa. T erdapat juga orang yang bertawakal bukan atas taqwa
tapi atas dasar malas berusaha. Tawakal jenis ini segalanya terus diserahkan kepada
Tuhan, kerana tidak sanggup terima risiko dan tidak mahu bersusah payah. Tawakal
begini bukan atas dasar taqwa. Ataupun mungkin menyerahkan nasib pada manusia,
atau bergantung kepada makhluk tetapi bukan berserah kepada Tuhan, ertinya bukan
tawakal kerana taqwa. Tuhan mahu supaya tawakal itu berdasarkan taqwa. Kalau
bertawakal pada Tuhan atas dasar taqwa, maka Tuhan berjanj i akan menjadi penjamin
dunia dan Akhiratnya.
Tuhan berkata, barangsiapa bertaqwa akan Tuhan lepaskan dari kesusahan. Sedangkan,
yang paling bertaqwa adalah rasul-rasul dan nabi-nabi. Tetapi mereka menempuh
berbagai kesusahan, kadang-kadang miskin, adakala nya dimusuhi, adakalanya diburu
bahkan ada yang dibunuh. Keadaan ini seolah double standard atau seolah-olah
bertentangan dengan janji Tuhan kepada orang yang bertaqwa dan bertawakal.
Adakalanya kalah juga dalam peperangan, adakalanya luka-luka juga.
Perlu difahami bahawa Tuhan hendak beri anugerah besar itu ada yang berbentuk lahir,
ada yang berbentuk batin. Ada dunia, ada Akhirat. Apa yang berlaku pada Nabi dan
Rasul sebenarnya ini hadiah Tuhan di Akhirat. Hadiah di Akhirat itulah hadiah yang
hakiki. Dalam maksud hadis dikatakan orang bertaqwa kalau diuji, jika tidak berdosa
seperti nabi-nabi dan rasul-rasul, adalah untuk tingkatkan darjat mereka. Bagi yang
berdosa pula ujian itu adalah untuk penghapusan dosa. Itu yang dikatakan hadiah yang
tidak tahu di mana datang sumbernya. Ertinya diangkat darjat itu termasuk rezeki yang
tidak diduga. Bagi orang yang rendah sedikit taraf taqwanya, atau orang bertaqwa yang
ada melakukan sikit kesilapan, terlajak kepada sedikit dosa, ujian itu untuk
penghapusan dosa. Itu juga hadiah. Termasuk hadiah yang tidak diketahui sumbernya
yang merupakan jaminan dari Tuhan.
Oleh itu bagi orang yang bertaqwa, kalau diuji, disusahkan, dia sebenarnya mendapat
rezeki yang tidak diduga dari Tuhan. Tetapi hari ini, mana ada orang sakit yang berkata
Saya dapat rezeki tidak diduga, saya sakit. Atau ada orang dihina, hari ini tidak ada
yang sebut Aku dapat rezeki yang tak diduga. Padahal itu rezeki kekal di Akhirat. Kalau
diberi rezeki wang, barang di dunia, elok juga. Tapi habis di dunia. Oleh itu, bagi orang
yang tahu tentang hakikat ini, rezeki di Akhirat itu yang besar. Sebab itu orang
bertaqwa disusahkan Tuhan, disakitkan Tuhan iaitu untuk dapat rezeki tidak diduga di
Akhirat. Sebab itu Nabi, Rasul tidak merasa resah atau kecewa dengan kesusahan,
sebab itu merupakan hadiah di Akhirat. Itu hadiah yang kekal.
Berlaku sebaliknya, orang yang tidak bertaqwa dia disenangkan Tuhan, kadang-kadang
disusahkan juga. Disenangkan mengapa, disusahkan mengapa? Adakalanya orang hidup
tidak ikut jalan taqwa termasuk orang Islam, kerana sudah jauh sangat dari Tuhan,
hidup atas dasar quwwah bukan taqwa. Ertinya hidup hanya usaha guna akal, kerja
keras, tenaga, wang ringgit dan segala kemampuan. Dapat senang juga, adakalanya
susah juga. Seolah-olah berlawanan dengan ayat tadi. Seolah-olah tidak ada kena
mengena. Sebenarnya, untuk mereka, waktu senang itu istidraj. Itu bukan rezeki
namanya. Istidraj akan menjadi bala di Akhirat. Itu satu penipuan dari Tuhan bagi dia.
Dia rasa tiada apa-apa Tuhan nak tipu dia, hakikatnya itu bala. Tetapi lambat menerima
akibatnya, bala di Akhirat nanti.
Adakalanya susah, miskin atau sakit. Bagi mereka, itu adalah kutukan, itu merupakan
hukuman. Jadi kalau jalannya bukan taqwa, dapat kesenangan juga bala. Dengan
kekayaan dia sangka senang, sedangkan di Akhirat masuk neraka. Tapi kalau diuji di
dunia lagi, itu kutukan dan hukuman, kehinaan, rugi dunia Akhirat. Di dunia kena
hukum, di Akhirat kena hukuman neraka. Jadi di sini kita faham orang bertaqwa diberi
rezeki dari sumber tidak diduga bukan utamanya di dunia tetapi di Akhirat. Darjat dari
Tuhan. Hari ini kita anggap rezeki tidak diduga itu dapat duit, barang atau apa saja yang
berbentuk material, itu betul juga, tetapi itu kecil nilainya. Bila Tuhan uji kita atas dasar
taqwa, besar ertinya. Kalau bukan untuk menaikkan darjat, itu penghapusan dosa. Itu
termasuk rezeki tidak diduga yang amat besar nilainya.
Kita bahaskan lagi supaya tidak macam double standard, kalau tidak nanti macam pelik.
Dalam hadis ada dikatakan: Siapa bertaqwa lalu dia mencari rezeki tetapi tidak pernah
senang (makin cari rezeki makin susah), sama nilainya dengan Jihad Fisabilillah.
Ini hadiah yang Tuhan bagi pada orang bertaqwa. Susah dapat rezeki, sama nilainya
dengan Jihad Fisabilillah. Kalau Jihad dengan berperang samada kalah atau menang
tetap susah. Ertinya kalau kita kalah, dihina oleh musuh. Kalau tidak tahan, susah juga.
Kalau menang pula susah. Dapat rasa megah, hilanglah pahala. Jadi yang cari rezeki
atas dasar taqwa tetapi tidak dapat-dapat, itu lebih hebat balasannya dari yang
membunuh dan terbunuh (dalam perang).
Kalau seseorang itu susah payah mencari rezeki tetapi tidak direzekikan Tuhan, rupanya
dia akan dihadiahkan Tuhan Jihad Fisabilillah, termasuk orang yang dapat rezeki dari
sumber yang tidak diduga.
Andainya dapat 10 juta hari ini, esok mati apa nilainya. Tapi kalau dapat di Akhirat,
kekal abadi. Ada hadis mengata kan yang maksudnya: Seorang (dalam jalan taqwa), dia
lihat sesuatu yang dia ingini, tetapi tidak mampu membelinya, itu penghapusan dosa.
Umpamanya, lihat orang makan durian di tepi jalan, cicir air liur sahaja, tidak ada duit
untuk membeli durian, itu penghapusan dosa. Itulah yang dikatakan rezeki yang tidak
diduga di Akhirat. Kerana keinginan yang tidak tercapai, Tuhan simpan di Akhirat untuk
kekal abadi. Yarzuku Minhaisulayahtasib!
Tapi kalau orang Islam yang acuh tidak acuh dengan taqwa, kalau dia senang, itu
penipuan, hadiah yang tiada apa-apa nilai di Akhirat. Kalau kesusahan, itu hukuman di
dunia lagi. Kalau orang tahu hakikat ini, orang akan kata tidak mengapa kalau tidak
dapat di dunia, yang penting dapat di Akhirat.
Kes-Kes Contoh
Terbukti dalam banyak kes, apabila manusia berpaling daripada peringatan Tuhan,
melupai Tuhan, mengabaikan dan meminggirkan Tuhan, tidak mempedulikan ajaran
Tuhan, maka Tuhan timpakan berbagai kesulitan, kesusahan dan kesengsaraan. Sama
ada penderitaan yang bersifat lahiriah, mahupun lebih-lebih lagi yang bersifat
maknawiyah atau yang mencengkam perasaan. Bahkan penyeksaan dalaman ini lebih
dahsyat, boleh sampai kepada kemuncak kekecewaan dan putus asa hingga sanggup
membunuh diri.
Dan telah terbukti juga apabila manusia kembali kepada Tuhan, kembali merasai
bertuhan dan memilik i rasa kehambaan, kembali mengambil berat terhadap peringatan
dan ancaman Tuhan, maka respon dari Tuhan amat cepat. Tuhan turunkan rahmat-Nya,
lantas dalam tempoh yang singkat, perasaan menjadi tenang, tenteram, mencintai
kebaikan, berkasih sayang dan berbagai sifat serta sikap positif.
Inilah yang dimaksudkan oleh Tuhan dalam firman-Nya yang bermaksud:
Barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku, nescaya mendapati kehidupannya
sempit.
Sempit dalam berbagai bentuk dan pengertian. Sempit dadanya dengan resah gelisah,
kecewa dan putus asa. Hilang sabar dan mudah marah. Buntu akal, kusut fikiran, tidak
dapat melihat jalan penyelesaian. Tertutup jalan keluar ke pada apa juga masalah yang
timbul, termasuk tidak dapat mengatasi krisis dalam rumahtangga dan masalah gejala
sosial.
Di sinilah betapa penting dan perlunya memahami dengan secara meluas dan menda lam
apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis Qudsi:
Maksudnya: Apabila hamba itu datang kepada -Ku secara merangkak (perlahan), Aku
akan mendekatinya secara berjalan. Apabila hamba itu datang kepada-Ku secara
berjalan, Aku akan mendatanginya secara berlari. Apabila hamba itu mendatangi-Ku
sejengkal (sedikit), Aku akan mendatanginya sehasta. Apabila hamba itu mendatangi-Ku
sehasta, Aku mendatanginya sedepa.
Biarpun amat banyak kes -kes gejala sosial lain yang telah ditemui dan dapat
diselesaikan dalam tempoh yang singkat, di sini hanya disenaraikan beberapa contoh
kes sahaja. Banyak lagi kes-kes gejala sosial lain yang dapat diatasi, namun dalam buku
ini dipaparkan kes-kes contoh yang difokuskan kepada rumahtangga sahaja.
KES 1
Berpisah Tanpa Bercerai
Perkahwinan Amran dan Noriah atas dasar cinta sama cinta. Turut direstui oleh keluarga
kedua-dua pihak. Selepas tujuh bulan, rumahtangga mula retak, bermasam muka,
KES 2
Cuba Membunuh Diri
Norman dan Azlina, pasangan bergaji besar dan serba berada ini bergoncang
rumahtangga mereka selepas memperolehi anak kedua. Kemuncaknya isteri telah
menelan pil tidur dengan niat membunuh diri. Menurut pendapat doktor, jumlah pil tidur
yang diambil memang boleh membawa maut. Kekecewaan isteri itu hingga
mempertikaikan apakah Tuhan ada atau tidak. Kalau Tuhan ada, mengapa Tuhan
biarkan rumahtangganya hancur berkecai. Kalau Tuhan ada, mengapa tidak selamatkan
rumahtangganya yang amat disayanginya.
Kes ini selesai dalam masa tiga jam. Isi penyelesaiannya seperti berikut:
1. Bukti adanya Tuhan ialah si isteri sendiri tidak mati seperti yang diharapkan.
Tuhan menzahirkan kuasa-Nya dengan tidak mematikan diri si isteri itu, dan
secara tidak langsung memahamkannya bahawa Tuhan yang menentukan
segala-galanya.
2. Mengajak berfikir dan merasakan bertuhan:
a. Tuhan menjadikan manusia dengan penuh keajaiban, Maha Baiknya
Tuhan dan terima kasih kepada-Nya.
b. Tuhan jadikan seluruh alam semesta, Maha Suci Tuhan, tiada suatu pun
yang Tuhan ambil manfaat atau Tuhan pakai sendiri, melainkan semuanya
untuk dimanfaatkan dan dinikmati oleh manusia sendiri.
c. Selain kehidupan sementara yang sangat singkat ini, terdapat kehidupan
yang kekal abadi. Di sana hanya ada dua tempat berakhir. Tidak berbaloi
dengan kehidupan yang singkat ini sanggup derhaka dengan Tuhan
hingga terhumban ke Neraka. Tidak berbaloi juga hanya inginkan nikmat
yang singkat hingga terlepas nikmat yang tiada bandingan yang kekal
(Syurga).
d. Sepatutnya sama-sama mencari dan mengumpulkan kebaikan melalui
rumahtangga. Tiada ertinya rumah tangga yang dibina yang sangat
disayangi itu kalau hanya berakhir di dunia ini. Sepatutnya mesti dibina
hingga bersambung di Akhirat kelak. Hingga ke Jannah.
3. Dalam menyelami hidup ini, kita kenalah menerima hakikat bahawa Tuhan itu
Maha Mentadbir, mengatur, menyusun, memimpin, memerintah yang
kesemuanya penuh hikmah, iktibar, pengajaran dan pendidikan.
a. Banyak perkara yang kita mahu, kita usaha lalu memperolehinya, berjaya.
Tuhan yang beri. Bersyukurlah.
b. Banyak perkara yagn kita mahu, kita berusaha mendapatkannya, tapi
gagal. Tuhan yang mentakdirkannya. Bersabarlah, ada hikmahnya.
Sekurang-kurangnya untuk merasakan kehambaan dan ingatkan dosa.
c. Banyak perkara yang kita mahu, kita berusaha memilikinya atau
mencapainya, tapi dapat benda lain. Tuhan yang menentukannya,
redhalah.
d. Banyak perkara yang kita tidak mahu, kita berusaha untuk menolak atau
menghindarinya, dan kita berjaya. Tuhan yang anugerahkannya.
e. Banyak perkara yang kita benci atau tidak mahu, kita berusaha
menolaknya, tapi terjadi juga. Tuhan yang takdirkan. Sekurang-kurangnya
kita dapat melihat betapa Tuhan memiliki kuasa mutlak.
f. Banyak perkara, pe ristiwa dan kejadian yang tidak terfikir atau tidak
terlintas. Itu yang berlaku. Rasakan betapa kerdilnya diri kita di sisi Tuhan.
Setelah dapat menerima semua perkara di atas, kehidupan menjadi amat te nang. Jiwa
menjadi tenteram. Hubungan suami isteri bertambah erat. Cinta antara kedua -duanya
menjadi cinta suci kerana Tuhan. Suami amat bertanggungjawab manakala isteri
memberi ketaatan.
KES 3
Berkrisis 25 Tahun
Suami, En. Alwi, berusia 54 tahun manakala isterinya Puan Zawiyah, 51 tahun. Samasama berjawatan pengarah. Hanya berlaku krisis yang ringan-ringan. Tidak sepakat
dalam keputusan. Tidak pula sampai berbantahan secara kasar, namun amat
meresahkan jiwa, mengkusutkan fikiran dan merusuhkan perasaan. Sesekali
mengganggu tugas atau kerja pejabat. Suasana rumahtangga muram atau tidak ceria.
Keadaan begitu sudah lama berlaku. Semakin berusia bukan semakin surut, tetapi hati
semakin amat sensitif dan mudah tersentuh atau mudah terasa, terutama di pihak isteri.
Kes ini selesai dalam tempoh hanya 20 minit sahaja. Isi penyelesaian adalah seperti
berikut:
1. Manusia dengan masalah sama seperti manusia dengan anggota zahir. Tiada
siapa yang meminta kejadian rupa kita ini seperti yang kita ada. Ertinya bukan
kita yang mahu. Tapi kita boleh terima seadanya.
Tidak ada manusia yang meminta masalah, namun tiada pula manusia yang
dapat lepas dari masalah. Manusia hanya perlu menghindari dan jangan
mencetuskan masalah. Bukan semua masalah perlu diselesaikan, oleh itu
manusia dengan masalah sangat ditentukan oleh saiz jiwanya. Seseorang yang
berjiwa lemah atau berjiwa kerdil, maka satu masalah dirasai seperti seratus
masalah. Maka hidupnya keluh kesah, menderita, kecewa, rusuh, kusut, hilang
bahagia, murung, muram dan tidak ceria.
Orang yang berjiwa besar, kuat jiwanya, seratus masalah dirasakannya
bagaikan tiada apa-apa masalah dalam hidupnya. Bahkan semua cabaran itu
dirasakannya sebagai suatu keuntungan, maka hidupnya tenang, bahagia,
sejahtera, ceria dan sentiasa gembira.
2. Lemah dan kuatnya jiwa seseorang itu sangat bergantu ng kepada faktor lemah
dan kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Bahkan yang paling kuat jiwanya
apabila cita-cita hidupnya ialah untuk memperjuangkan Tuhan. Orang yang
hidupnya untuk Tuhan, setiap masalah itu dilihat kepada keuntungannya,
antaranya:
a. Apabila berdosa, Tuhan datangkan masalah. Masalah itu mungkin sahaja
datang dari berbagai sumber yang tidak disangka, antaranya dari isteri,
dari suami, dari anak, dari kawan dan sebagainya.
b. Sekaligus melalui masalah itu, Tuhan hapuskan dosa.
c. Untuk mendatangkan rasa kehambaan, bahawa diri serba lemah dan dhaif.
KES 4
Anak Lari Kembali ke Rumah
Tuhan kurniakan kepada pasangan Othman dan Hawa 13 orang anak. Kehidupan
keluarga sederhana ini mula dilanda keresahan kerana dua orang anak mereka
melarikan diri dari rumah. Mokhtar, 13 tahun, dan Ali, 11 tahun, tidak pulang ke rumah
sudah lebih setahun.
Harus juga diakui bahawa hidup di bandar besar seperti Seremban memang mencabar.
Serba serbi memerlukan duit, seperti ungkapan yang biasa diluahkan oleh penduduk
bandar, Nak buang air kecil pun kena bayar 30 sen. Kalau silap buang sampah pula
boleh melayang RM500 untuk bayar denda. Cabaran kehidupan di bandar membuatkan
isteri Othman terpaksa turut bekerja. Ini membuatkan seba hagian masa untuk anakanak perlu dikorbankan. Peluang dan ruang untuk bersama anak-anak semakin terbatas.
Apa yang menghairankan, Mokhtar dan Ali meninggalkan rumah tanpa sebarang
pesanan dan tanpa adanya tanda atau isyarat awal, umpamanya krisis atau kurang duit
atau kena marah. Sudah berbagai usaha dilakukan untuk mengesan di mana mereka
berada. Semua keluarga dan kenalan sudah dimaklumkan termasuk menggunakan
khidmat bomoh.
Mengapa tidak menggunakan khidmat akhbar atau la porkan kepada pihak polis?
Bukankah rugi dan mensia -siakan umur kerana dua beradik itu meninggalkan bangku
sekolah?
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pasangan Othman dan Hawa
lebih-lebih lagi menanggung derita di atas kehilangan dua anak mereka. Namun tetap
mempertahankan keputusan tidak mahu melaporkan kepada polis dan tidak mahu
menggunakan khidmat media. Alasannya ialah untuk menjaga maruah Othman selaku
pemimpin masyarakat setempat, imam dan sekali sekala memberi syarahan agama.
Dengan status sosial yang dimilikinya itu walaupun tidak tinggi, sudah cukup merasa a ib
andainya masyarakat tahu bahawa anaknya lari. Masyarakat pula lazimnya akan
menokok tambah dengan cerita rekaan yang dicampur dengan berbagai prasangka
negatif.
Panduan yang disarankan kepada suami isteri itu antara nya dinyatakan di bawah ini.
Panduan-panduan ini adalah memang diperlukan bagi setiap hamba untuk
meningkatkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Panduan-panduan ini perlu
diamalkan bukan kerana hendak mencari anak lari, atau juga bukan kerana lain-lain
habuan duniawi, atau bukan ketika menghadapi musibah dan kesusahan. Ianya untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Menjadi orang bertaqwa itulah yang lebih utama dalam apa keadaan sekalipun. Kalau
pun tiada sebarang masalah, sifat-sifat taqwa itu tetap menjadi tuntutan utama dalam
kehidupan manus ia. Ini juga adalah sebagai iktibar, didikan dan hikmah di sebalik
kehilangan anak Encik Othman dan Puan Hawa ini. Bertitik tolak dari kesedaran agar
Tuhan kembalikan anak-anak, mereka memperoleh sebahagian panduan untuk menjadi
orang bertaqwa.
Panduan-panduan yang diberikan ini melengkapi usaha-usaha lahir yang masih
diteruskan.
1. Hendaklah sentiasa berbaik sangka terhadap Tuhan serta menyakini bahawa di
sebalik peristiwa yang menimpa itu pasti terdapat didikan, pengajaran, iktibar
dan hikmah. Ada maksud baik dari Tuhan biar pun tidak difahami.
2. Perbanyakkan taubat terutamanya menghitung-hitung dosa yang lepas,
terutamanya dosa dan kezaliman terhadap manusia lain. Mana tahu mungkin
ada kezaliman terhadap manusia lain walau pun kecil, Tuhan pandang besar,
maka Tuhan datangkan kifarahnya. Kezaliman terhadap manusia lain itu
terutama terhadap kedua -dua ibu bapa dan guru. Oleh itu perlu sangat kedua
suami isteri ini memohon maaf kepada sesiapa jua yang pernah dizaliminya.
3. Setiap dosa memang dituntut untuk segera bertaubat dan diiringi dengan
perbuatan atau amalan menebus dosa. Amalan menebus dosa ini di antaranya
berkhidmat kepada ibu bapa untuk tempoh tertentu. Zikir, selawat dan
membaca Al-Quran dengan ditentukan jumlahnya serta ditetapkan jangka masa.
Yang paling baik ialah membanyakkan sedekah. Di samping dapat
menghiburkan manusia, sedekah juga lebih tajam (mustajab) berbanding
dengan doa. Maka setiap kali bersedekah, niatkan agar Tuhan kembalikan anak
mereka yang hilang itu ke pangkuan keluarga.
4. Istiqamah bangun malam untuk solat tahajjud, solat hajat, merintih, meray u,
bermunajat kepada Tuhan. Memohon agar Tuhan ampunkan dosa serta
bersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah.
Encik Othman dan Puan Hawa berbuat menurut panduan-panduan yang disarankan.
Usaha menjejaki anak-anak yang lari itu tetap diteruskan. Hanya satu sahaja dari
panduan-panduan tersebut yang mereka belum lakukan iaitu memohon maaf daripada
guru. Mereka merasa sukar untuk
melakukannya atas dua alasan iaitu tidak tahu apa kesalahan dan kalau tahu pun
tentulah sukar pula untuk menyatakan kesalahan.
Dalam soal kesalahan kepada manusia lain, Encik Othman dan Puan Hawa sama saja
dengan kefahaman dan tanggapan umumnya manusia. Kefahaman dan tanggapan yang
salah iaitu apabila hanya melihat kesalahan di sudut lahiriah sahaja. Sedangkan
kesalahan batiniah iaitu sifat-sifat mazmumah jauh lebih banyak dan lebih besar
implikasinya. Dosa-dosa lahir mudah dihitung kerana sifatnya yang nyata dan dapat
dilihat. Manakala dosa-dosa mazmumah sifatnya tersembuny i, tidak dapat dihitung satu
persatu. Kalau dosa mazmumah itu dihimpunkan semenjak baligh, mungkin sudah tidak
terkira lagi banyaknya.
Akhirnya Encik Othman dan Puan Hawa akur tentang dosa mazmumah ini. Mungkin sifat
buruk sangka, mungkin mempertikaikan keputusan guru, mungkin meragui akan
kebenaran dan ilmu yang diberikan, mungkin iri hati terhadap murid yang kelihatan
lebih disayangi oleh gurunya. Mereka akhirnya mengakui memang terdapat dosa
mazmumah terhadap guru mereka.
Atas dorongan takutkan Tuhan kerana memiliki mazmumah sekaligus untuk
membersihkannya, juga dengan harapan agar Tuhan gerakkan hati anak-anak mereka
supaya pulang, mereka tekad untuk menghadap guru mereka untuk memohon maaf.
Di sinilah terbukti betapa perlu kenal Tuhan serta faham kerja Tuhan. Betapa perlunya
dalam setiap aspek kehidupan bersandar kepada Tuhan, tidak meminggir dan
mengabaikan Tuhan. Kerja Tuhan sentiasa aneh, ajaib dan di luar logik, sentiasa berlaku
tidak seperti yang akal manusia fikirkan.
Selang dua hari sahaja selepas suami isteri ini memohon maaf kepada gurunya, mereka
dikejutkan oleh panggilan telefon dari sebuah hospital di Kuala Lumpur. Pihak
berkenaan di hospital tersebut memaklumkan bahawa dua orang anak mereka ingin
menemui mereka. Hari itu juga mereka bergegas ke Kuala Lumpur. Alangkah gembira
bercampur sedih apabila mereka menemui anak-anak mereka di wad hospital. Gembira
kerana Tuhan kembalikan anak-anak ke pangkuan keluarga. Sedih kerana anak -anak
mereka dalam keadaan kurang sihat. Lebih-lebih lagi sedih kerana anak-anak mereka
lari lantaran selama ini mereka terlalu lalai dengan Tuhan, bahkan dalam kebanyakan
masa sudah tidak lagi ada hubung kait dengan Tuhan. Dunia hanya semata-mata
duniawi yang tidak lagi menjadi ibadah, jauh sekali daripada menambah sifat taqwa.
Selama ini larinya hati mereka dari Tuhan dan juga dari guru mereka, Tuhan jadikan
anak mereka benar-benar lari dari rumah. Tuhan kembalikan anak-anak mereka setelah
hati mereka jinak dengan Tuhan dan membaiki hubungan hati dengan guru mereka.
KES 5
Menjinakkan Anak-Anak Remaja
Encik Salam dan Puan Rokiah memiliki empat orang anak berusia antara 9 dan 17 tahun.
Kes ini hampir sama dengan kes ke-4. Bezanya ialah anak-anak pasangan Encik Salam
dan Puan Rokiah ini tidak lari meninggalkan rumah. Anak-anak mereka sebaliknya
semakin liar. Dewasa ini soal anak liar sudah kurang menjadi isu bukan kerana gejala
sosial ini sudah susut. Tetapi tidak menjadi isu itu kerana sudah muak dengan isu yang
sama tanpa penyelesaian yang konkrit.
Encik Salam dan Puan Rokiah tetap memandang serius terhadap masalah anak-anak
mereka. Antara sebabnya ialah mereka sangat prihatin terhadap gejala sosial. Mereka
juga faham tentang tanggungjawab di sisi Tuhan terhadap anak -anak. Selain itu,
mereka adalah keluarga berada, intelek serta sangat menaruh harapan agar anak-anak
mereka berjaya di dunia dan akhirat. Encik Salam yang berjawatan tinggi di sebuah
kementerian sangat merasa malu dengan sikap anak -anak. Sekurang-kurangnya rasa
malu Encik Salam itu membuatkan dia sering bersikap tegas dan keras. Lantaran rasa
malu Encik Salam itu, biarpun hanyalah rasa malu fitrah dan bukan benar-benar rasa
malu dari cabang keimanan, dia sanggup berbuat apa saja demi untuk menjadikan
anak-anaknya kembali jinak.
Antara usaha yang dibuat oleh Encik Salam dan Puan Rokiah ialah menghantar anakanak mengikuti berbagai program motivasi. Cara ini adalah tambahan kepada program
yang sedia ada iaitu menyediakan guru mengajar membaca Al-Quran di rumah. Apa
yang amat menghairankan mereka suami isteri ialah anak-anak mereka semakin degil,
tidak taat, tidak mahu mendengar nasihat, suka menipu, melepak dan berhibur
keterlaluan. Pelajaran mereka semakin merosot terutamanya yang berusia belasan
tahun.
Didikan agama yang diberikan termasuk juga kursus -kursus motivasi yang disertai oleh
anak-anak mereka seolah-olah tidak berkesan membentuk akhlak mulia. Lazimnya anakanak pegawai tinggi tidak bersikap demikian. Keadaan yang sudah di tahap kronik itu
menjadi semakin buntu bila mana hubungan antara mereka dengan anak-anak semakin
merosot.
Encik Salam sendiri mengakui bahawa dia sering marah -marah terhadap sikap anakanak mereka itu. Dia sendiri tahu bahawa kesabaran dan kasih sayang amat penting
dalam rumahtangga terutamanya dalam mendidik anak-anak. Namun Encik Salam
mengakui bahawa memang dia gagal untuk bersabar dan berlemah lembut. Puan
Rokiah sering mengingatkan Encik Salam tentang kesabaran dan berlemah-lembut
namun ingatan Puan Rokiah itu tidak menjadi ubat untuk menyejukkan hati Encik Salam.
Panduan yang Diberikan Kepada Encik Salam dan Puan Rokiah:
1. Mereka berdua selaku ibu bapa mesti benar-benar rasa bertanggungjawab
terhadap amanah yang Tuhan serahkan kepada mereka iaitu diri sendiri dan
anak-anak. Mereka sebagai faktor penentu kepada nasib masa depan anakanak terutamanya di Akhirat kelak, maka merekalah yang terlebih dahulu perlu
yang liar itu. Buatlah sedekah ini secara istiqamah biarpun dalam jumlah
yang sedikit.
c. Memohon maaf dengan sesiapa yang dirasai pernah berbuat dosa atau
kezaliman terutama terhadap guru-guru dan ibu bapa. Sekiranya orangorang tersebut telah meninggal dunia, maka hadiahkan Surah Al-Fatihah
sebanyak mungkin dan mohon keampunan dari Tuhan terhadap dosadosa mereka. Termasuk mohon ampun dari Tuhan terhadap dosa -dosa
kita kepada mereka itu.
d. Kasih sayang adalah fitrah manusia. Pengganas sekalipun tetap menyukai
andainya orang lain menyayangi dirinya. Kasih sayang juga adalah salah
satu faktor kebahagiaan hidup manusia. Siapa sahaja yang kehilangan
kasih sayang pasti menanggung perasaan resah, derita dan tertekan.
Tidak hairanlah mengapa manusia kini mudah bersikap keras, kasar,
pemarah, bengis, kurang sabar, nafsi-nafsi serta mudah bertindak liar.
Tidak lain dan tidak bukan kerana seluruh dunia sudah ketandusan kasih
sayang. Anak-anak liar, selain tiada didikan mencintai Tuhan, tiada didikan
iman dan taqwa, mereka juga sudah tidak mengecapi nikmat kasih sayang
dari keluarga dan masyarakat, terutamanya dari ibu bapa dan guru -guru.
Sedangkan kasih sayang adalah senjata yang amat berkesan untuk
menjinakkan hati manusia.
Sikap ibu bapa yang pa ling ketara yang mesti ditunjukkan ialah kasih
sayang. Untuk tempoh tertentu, buat sementara waktu, lebih baik
kurangkan bercakap yang berbentuk teguran, jauh sekali kata-kata kesat
atau marah. Untuk merapatkan kembali hubungan, adakan program
bersama di rumah atau di luar rumah. P rogram di rumah umpamanya,
pada hujung minggu adakan kenduri dengan menjemput jiran-jiran dan
saudara mara.
Libatkan anak-anak. Di luar rumah umpamanya, menziarahi saudara mara
yang tinggal jauh, melancong atau makan angin. Elakkan sebarang topik
yang berat atau serius, atau dalam suasana yang tegang. Bercakap perkara-perkara yang tiada kaitan dengan hal-hal peribadi anak-anak yang
liar itu.
e. Encik Salam dan Puan Rokiah sudah banyak kali menga lirkan air mata
dalam menzahirkan harapan yang begitu tinggi terhadap anak-anak
mereka agar berubah. Mere ka ingin anak-anak turut dapat merasai betapa
prihatinnya ibu bapa terhadap masa depan anak-anak. Namun dengan
cara yang demikian rupa, disambut amat dingin oleh anak-anak mereka.
Kali ini, Encik Salam dan Puan Rokiah diminta supaya tidak mengulangi
lagi cara yang demikian itu. Yang lebih utama bukan merintih menangis di
hadapan anak-anak. Biar pun anak-anak tidak tahu, adalah lebih baik
mereka merintih banyak-banyak dengan sepenuh hati kepada Tuhan.
Gantungkan sepenuh harapan kepada Tuhan, ke rana Tuhan itu segalagalanya. Tuhan tidak pernah meng-hampakan harapan para hamba.
Andainya harapan tidak juga ditunaikan kerana itu adalah hak mutlak
Tuhan, na-mun hamba-hamba yang bersandar kepada Tuhan tidak-lah
sampai kehilangan Tuhan dalam kegagalan. T idak kecewa dan tidak putus
asa dalam kegagalan. Dengan lain perkataan, inilah ciri-ciri orang yang
bahagia dalam semua situasi.
4. Kebanyakan remaja memang suka berkongsi perasaan, saling meluahkan
perasaan, berkongsi masalah dengan rakan sebaya mereka. Tidak hairanlah
mengapa mereka lebih intim dengan kawan-kawan berbanding ibu bapa sendiri.
Selain berkongsi perasaan dan masalah antara satu sama lain, meraka juga
amat mudah saling mempengaruhi kerana keterikatan sebagai kawan karib.
Sering terjadi remaja yang asalnya berakhlak baik berubah menjadi liar natijah
dari pengaruh kawan yang liar. Yang anehnya, jarang berlaku remaja yang liar
itu dipengaruhi oleh kawannya yang baik.
Sebagai memenuhi kehendak remaja yang suka berkongsi perasaan dan
masalah, maka ibu bapa mesti mengubah sikap dengan meletakkan diri mereka
sendiri sebagai kawan dan rakan kepada anak-anak sendiri. Cara ini juga
berkesan dalam menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak yang berusia
belasan tahun. Memang diakui a gak sukar bagi ibu bapa mengubah sikap untuk
menjadikan anak-anak seperti kawan. Rata-rata ibu bapa tetap dengan
pendirian bahawa anak adalah anak. Tentulah sukar untuk mengikis ego
seorang bapa lalu merasakan bahawa dirinya adalah kawan kepada anak-anak
sendiri. Ditambah pula dengan kebim bangan akan hilangnya wibawa seorang
ayah, ditakuti anak-anak tidak menghormati ibu bapa.
Sebenarnya itu adalah tanggapan yang salah. Fitrah atau rasa hati anak-anak
terhadap ibu bapa tidak akan berubah. Ibu bapa tetap dengan status mereka
manakala anak-anak pun demikian juga. Apa yang perlu ibu bapa ubah
hanyalah sikap, iaitu anak-anak dijadikan sebagai kawan. Iaitu anak-anak
belasan tahun itu dibuat pendekatan sebagaimana seorang kawan setia
terhadap kawannya yang akrab. Caranya ialah:
a. Mendengar pengaduan, rintihan dan masalah yang mereka hadapi.
b. Memahami perasaan remaja dan sedia berkongsi susah dan senang.
c. Mengajak berunding bersama dalam setiap apa persoalan dan masalah
yang timbul.
d. Memberi mereka peluang mengeluarkan pendapat, atau ibu bapa
meminta pandangan, cadangan atau buah fikiran mereka.
e. Meminta mereka sendiri yang membuat keputusan, malah tidak salah
andainya ibu bapa berbuat demikian. Sekiranya keputusan mereka kurang
tepat, jangan dibantah, sebaliknya beri pendapat yang berbeza dengan
hujah yang lebih jitu.
f. Mendorong anak-anak berfikir sendiri terhadap baik buruknya sesuatu
perkara.
g. Menjadikan anak-anak sebagai kawan akan memperce-patkan proses
kematangkan anak-anak itu, dan sekaligus ibu bapa dapat menyuntik ca ra
berfikir yang betul. Selain itu, tanpa adanya sebarang jurang, ibu bapa
dapat memberi bimbingan, pimpinan, asuhan, didikan dan tunjuk ajar
yang berkesan.
5. Sifat sabar dengan kejayaan mendidik adalah lazim melazimi. Memiliki sifat
sabar biasanya membawa kejayaan dalam mendidik manusia. Dan kalau mahu
berjaya mendidik manusia kena memiliki sifat sabar. Rasul-rasul yang dipilih
oleh Tuhan untuk darjat Ulul Azmi adalah kerana kelebihan mereka pada
memiliki sifat sabar.
Sifat sabar hanya akan subur pada seseorang sekiranya dia memiliki rasa kehambaan
dan rasa bertuhan yang tinggi. Dengan menyedari diri adalah hamba yang dhaif serta
serba serbi kekurangan dan dalam waktu yang sama merasakan benar-benar Tuhan
itulah segala-galanya, barulah sifat sabar itu menjadi kuat. Merasakan bahawa diri
hanya ada usaha ikhtiar dan tidak dapat dipaksakan sesuatu itu berlaku menurut
kehendak kita. Hanya Tuhan yang berkuasa, yang setiap sesuatu itu dalam genggaman
Tuhan. Tuhan yang menentukan setiap sesuatu, tidak bergerak dan diamnya sesuatu itu
melainkan dengan kehendak dan keizinan Tuhan jua. Kalau rasa bertuhan begini benarbenar dihayati, nescaya menjadi seorang yang sabar dan akan berjaya dalam mendidik.
Mengapa sifat sabar itu amat perlu dalam pendidikan? Kerana mendidik ibarat
mengasah belakang parang atau ibarat menitiskan air ke atas batu. Tidak sabar dalam
mendidik pula ibarat mencurah air ke atas daun keladi.
Kesabaran itu diperlukan bukan sahaja untuk membentuk peribadi dan akhlak anakanak. Kesabaran itu sama perlunya dalam membaiki diri para pendidik. Ertinya dalam
konteks anak-anak, maka ibu bapa juga sangat-sangat dituntut bermujahadah dalam
membaiki diri. Ibu bapa dituntut agar menjadi role model kepada anak-anak.
Tanpa perlu bersyarah, berleter panjang atau bercakap banyak, anak-anak hanya perlu
melihat contohnya pada diri ibu bapa. Anak-anak akan mudah meniru bagaimana sikap,
tabiat, tingkah laku dan akhlak yang ada pada ibu bapa. Percakapan ibu bapa itu
hanyalah menterjemahkan sahaja sikap dan peribadi ibu bapa. Inilah yang diistilahkah
sebagai lisanul hal. Apabila tiada kesabaran, ibu bapa akan mudah menjadi pemarah,
mudah putus asa dan merajuk, gopoh dan tidak tenang. Apabila situasi ini berlaku
dalam proses mendidik maka pendidikan itu pasti gagal.
KES 6
Setuju Bermadu
Pak Agus, 35 tahun, berasal dari Surabaya, Indonesia. Usia rumahtangganya sudah
menjangkau 10 tahun. Seorang ahli perniagaan lulusan Jerman. Sangat ingin memiliki
seorang lagi isteri. Pertemuan berlangsung di Hotel Equatorial, Bangi, Selangor. Isteri
Pak Agus turut serta dalam pertemuan tersebut. Isteri Pak Agus, Ibu Marlina, tidak
menentang suaminya untuk berpoligami bahkan menerimanya secara positif. Namun Ibu
Marlina inginkan penjelasan dalam beberapa aspek terutamanya tujuan berpoligami,
kasih sayang dan keadilan.
Sebelum Pak Agus dan Ibu Marlina diberikan penjelasan terhadap tiga aspek yang
menjadi kemusykilan selama ini, mereka terlebih dahulu dibawa melihat senario umat
Islam masa kini. Umat Islam sudah jauh terpesong dari kefahaman tentang ajaran Islam
yang sebenar. Bukan sahaja dalam soal poligami yang menjadi momokan masyarakat
Islam, bahkan perkara-perkara asas, pokok dan terpenting dalam ajaran Islam pun
sudah tidak difahami, jauh sekali daripada menghayatinya.
Contohnya dalam soal akida h pokok yang terkandung dalam Rukun Iman pun tidak lebih
dari hanya menghafalnya tanpa difahami. Dalam soal percaya kepada Tuhan, rata-rata
mempelajarinya melalui ilmu Tauhid, hanya setakat mengesahkan akidah sahaja, tidak
lebih dari itu. Termasuk para ulama yang memperkatakan tentang Tuhan hanya di sudut
mengsahkan akidah. Amat jarang bahkan hampir tiada yang memperkatakan tentang
Tuhan di sudut peranan dan kerja-Nya. Jarang bahkan hampir tiada yang bercakap
tentang rasa bertuhan, cinta dan takutkan Tuhan. Jarang bahkan hampir tiada yang
menghuraikan tentang Tuhan Maha Baik, Tuhan Pembela, Tuhan segala -galanya dalam
hidup manusia. Tiada yang memahamkan manusia bahawa mendapat Tuhan ertinya
mendapat segala-galanya, kehilangan Tuhan ertinya kehilangan segala-galanya. Tidak
ada yang menjelaskan tentang janji Tuhan beserta dengan segala yang ada kaitan
dengan janji Tuhan itu. Tidak ada yang mendorong manusia agar menjadikan Tuhan itu
sebagai pemangkin sehingga melahirkan manusia yang berjiwa besar.
Sebenarnya kalau diperhalusi, di sudut akidah itu sendiri pun masih boleh dipertikaikan.
Umpamanya kalau seseorang itu menghayati akidah, tidak adalah orang yang risau
tentang rezeki, tiada yang takut untuk berjuang dan berkorban, tiada yang hatinya
resah, kecewa dan putus asa, tiada yang takut untuk berlaku pemurah, tiada yang
mempertikaikan perkara dan peristiwa yang sudah berlalu iaitu yang sudah menjadi
takdir Tuhan.
Perkara utama lain, ambil satu contoh iaitu solat. Rata-rata orang yang solat tidak
mengetahui mengapa Tuhan perintahkan mengerjakan solat. Yang melakukan solat
hanya menyempurnakan gerakan lahir yang tidak beserta dengan hati atau rasa. Belum
terbukti pula solat itu dapat membina peribadi agung, sehingga Tuhan jadikan manusia
lain tunduk kepada peribadi-peribadi yang sangat dinaungi oleh Tuhan yang Maha
Agung.
Memiliki rasa bertuhan hingga takut dan cinta kepada -Nya, rasa bertuhan itu disuburkan
lagi melalui solat. Natijah yang boleh dilihat ialah umat Islam berkasih sayang, bersatu
padu, memilik i rasa bersama dan bekerjasama, bertolak ansur, bersih dari dosa dan
mazmumah, berakhlak mulia, berdisiplin dan berbagai lagi sifat-sifat positif. Selepas itu,
tanpa diasak-asak, tanpa berhabis masa, tenaga dan wang ringgit, umat Islam otomatik
akan maju, membangun dan bertamadun. Inilah di antara senario umat Islam kini. Nanti
akan lebih mudah memahami aspek-aspek yang berkaitan poligami.
Barat sudah begitu lama memburuk-burukkan poligami, sehingga sudah menjadi mind
set di kalangan umat Islam sendiri bahawa poligami mesti dihapuskan. Alasannya
poligami menzalimi wanita, isteri menjadi hamba seks, tidak ada jaminan suami berlaku
adil, tidak cukup nafkah, ber-krisis, bergaduh, anak madu adalah anak tiri dan berbagaibagai lagi. Akhirnya poligami yang begitu mulia, bermanfaat dan bermaksud baik,
ditolak oleh masyarakat Islam sendiri. Berbagai akta, undang-undang dan peraturan
dikenakan bagi mereka yang ingin berpoligami. Syarat-syarat yang ketat itu sebenarnya
bertujuan untuk menjadi batu penghalang ke -pada poligami. Umat Is lam sendiri sudah
hilang pertim bangan sehingga tidak berupaya menghujah kembali segala momokan
Barat terhadap poligami. Sedangkan kalau berfikir secara sepintas lalu pun sudah boleh
memberi hujah balas. Umpamanya, bukankah aneh dalam masyarakat Barat yang
sangat anti poligami itu penuh dengan keruntuhan rumahtangga, seks bebas,
bersekedudukan tanpa kahwin, pelacuran, perempuan simpanan, homoseks dan lesbian.
Poligami ditentang habis -habisan, sebaliknya suami memiliki berpuluh perempuan
simpanan dipersetujui. Kalaupun bukan atas dasar iman dan taqwa, fitrah semula jadi
pun tidak boleh terima suami makan di luar.
Rumahtangga poligami berkrisis, satu isu yang sengaja dibesar-besarkan, sengaja
diheboh-hebohkan supaya masyarakat memandang negatif dan menolak poligami.
Persoalannya adakah rumahtangga monogami tidak berkrisis? Bolehkah dipakai alasan
berkrisis itu untuk menolak poligami? Kalau begitu monogami juga kena tolak kerana
rumahtangga monogami juga berkrisis.
Pak Agus dan Ibu Marlina sudah dapat menerima senario umat Islam kini. Mereka turut
mengakui bahawa bukan sa haja aspek cabang seperti poligami yang sudah disalah
ertikan oleh umat Islam, bahkan soal Tuhan yang pokok itu pun sudah terpinggir dan
tidak dipedulikan. Ertinya sudah ramai umat Islam sendiri terputus dari Tuhan. Tuhan
sudah tidak lagi ada kaitan dengan kehidupan. Tuhan sudah tidak dibawa ke manamana. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam kehidupan.
Ulasan ringkas dari Pak Agus itu membantu memudahkan lagi mereka memahami
poligami yang menjadi persoalan masyarakat termasuk mereka berdua.
Penjelasan selanjutnya difokuskan kepada poligami.
1. Apabila manusia merasakan Tuhan itu segala-galanya, yang utama dan paling
penting, Tuhan menjadi cita-cita dan matlamat hidup, menjadi pemangkin
dalam segala aspek. Apabila manusia benar-benar ingin menjadikan Tuhan
sebagai darah daging dan hidup mati, maka semua urusan kehidupan termasuk
poligami adalah soal kecil dan remeh sahaja. Pengorbanan, risiko, beban dan
cabaran dalam poligami itu kecil sahaja kalau dinisbahkan kepada pengorbanan
nyawa. Sedangkan siapa sahaja yang cita-cita dan matlamatnya adalah Tuhan,
nyawa pun dengan penuh rela sanggup dikorbankan.
Kesimpulannya ialah bukan sahaja dalam soal poligami, apa jua masalah, risiko,
beban dan cabaran dalam kehidupan masa kini puncanya ialah melupai Tuhan,
tidak dikaitkan dengan Tuhan. Apabila Tuhan bukan cita-cita dan matlamat,
maka jiwa menjadi lemah dan kerdil. Masalah, beban dan risiko yang sedikit
dan kecil pun dirasakan banyak, besar dan berat. Orang yang berjiwa besar dan
kuat, masalah yang banyak dan berat pun dirasai sedikit dan ringan. Bahkan
ada kalanya masalah itu tidak dirasainya sebagai masalah sebaliknya di situ ada
peluang untuk mendapat keuntungan. Keuntungan yang bersifat roha niah dan
maknawiyah iaitu menambah taqwa.
2. Tujuan poligami ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
maknawiyah (abstrak). Pak Agus dan Ibu Marlina lebih berminat mengetahui
tujuan poligami yang berbentuk maknawiyah.
a. Gelangang muhjahadah
Biarpun pasangan Pak Agus dan Ibu Marlina ini belum berpoligami, namun mereka
sudah faham asas poligami. Ibu Marlina pula sudah bersedia untuk bermadu andainya
Pak Agus mahu. Bahkan Ibu Marlina turut berkata, Kalau soal krisis rumahtangga itu
bukankah lumrah hidup. Yang monogami pun tidak terlepas dari sedikit -sedikit krisis.
Pokoknya krisis itu bukan soal mono atau poli. Soalnya kerana tidak takutkan Tuhan.
KES 7
Menyuburkan Suasana Islam
Menurut Encik Hanafi, memang diakui anggota rumahtangga terdiri dari orang Islam.
Atas nama rumahtangga Islam, tentulah ada topik-topik perbincangan, perbualan,
bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman serta idea. Sudah tentulah serba
sedikit ada agenda bagaimana hendak suburnya suasana Islam itu di kalangan anggota
keluarga.
Kepada Encik Hanafi khususnya dan kepada umat Islam seluruhnya, diakui bahawa
ajaran Islam terlalu renggang jauh dari diri mereka. Sebab itulah bagi sebahagian umat
Islam, topik-topik perbualan dan perbincangan dalam ke luarga sudah dirasakan janggal
serta sukar untuk dipraktik-kan. Langkah awal yang perlu ialah setiap anggota keluarga
kena ada cita-cita Tuhan dan Akhirat. Mesti bertitik tolak dari rasa bertuhan, iaitu rasa
takut dan cintakan Tuhan. Barulah akan mendorong untuk menghayati panduanpanduan yang diberikan seperti di bawah ini.
1. Berbincang tentang Tuhan agar bertambah rasa takut dan cinta, sama-sama
mahu meningkatkan iman dan taqwa, dan menjadikan kehidupan Akhirat lebih
utama.
2. Berbincang serta berusaha agar ajaran Islam itu dapat diamalkan dan dihayati.
3. Mencari jalan supaya dapat mendidik anak-anak secara Islam dengan lebih
berkesan. Terutamanya dalam membawa anak-anak turut sama hidup bertuhan.
4. Bertolong bantu dalam memajukan pelajaran anak-anak.
5. Bagi anak-anak, selepas Allah dan Rasul, maka amat perlu mereka menghayati
ketaatan kepada kedua ibu bapa.
6. Akhlak anak-anak perlu lagi dibimbing agar lebih halus. Ini perlukan tunjuk ajar,
bimbingan, asuhan dengan sabar, bersungguh-sungguh dan berterusan.
7. Perpaduan dan kasih sayang sekeluarga amat perlu. Menyuburkan dan
mengukuhkannya perlu dibincangkan selalu, seperti melalui sembahyang
berjemaah, makan bersama, saling faham memahami, bertolak ansur, sekali
sekala bermusafir atau makan angin bersama.
8. Menasihati, menunjuk ajar dan mendisiplinkan anak-anak agar tidak terjebak
dengan gejala sosial. Ia mesti bermula dalam rumahtangga. Iaitu dalam
keluarga itu sendiri mesti bersih dari gejala sosial. Terutama ibu bapa mesti
menjadi contoh. Menurut kajian, anak-anak yang ketagihan rokok kerana
ayahnya dari kalangan orang yang merokok.
9. Perlu diperbincangkan bersama dan mencari jalan bagaimana hendak
menangani anak-anak yang nakal. Umpamanya perlu melihat punca kenakalan
itu, adakah kerana kurang didikan atau terlalu kuat pengaruh persekitara n, atau
juga sudah dipengaruhi oleh kawan sebaya.
10. Pergaulan adalah penting bagi perkembangan peribadi dan minda anak-anak.
Namun mereka perlu diberi pedoman yang lengkap tentang pergaulan berserta
adab-adabnya. Ada perbezaan adab bergaul antara kawan -kawan sebaya, jiran,
orang dewasa dan terhadap yang lebih muda usianya.
11. Amat besar ertinya dalam kehidupan ibu bapa sekiranya anak-anak mereka
dapat memberi khidmat sebaik mungkin. Aspek ini perlu diberi faham kepada
anak-anak. Ini termasuk tunjuk ajar agar mereka suka berkhidmat atau
menghiburkan orang ramai.
12. Salah satu jalan keluar untuk menghilangkan tension ialah melalui hiburan. Ini
tidak bererti bebas memilih apa sahaja jenis hiburan. Ibu bapa perlu mengenal
dan mendisiplinkan mereka dalam memilih hiburan. Bila disebut hiburan, ianya
bukan tertentu kepada nyany ian, konsert atau filem sahaja. Kalau ini yang
menjadi pilihan maka pilihlah yang bermoral, tetapi zaman ini amat sukar, tetapi
bukan tiada. Oleh itu berilah hiburan berbentuk lain seperti makan angin,
rekreasi, ber picnic, ziarah kawan atau keluarga, melawat tempat bersejarah.
Boleh apa sahaja asalkan halal.
13. Akhlak perlu didisiplinkan dan dibiasakan yang akhirnya melekat menjadi
kebiasaan atau budaya hidup. Begitu juga dalam melakukan kerja -kerja rutin.
Oleh itu ibu bapa perlu jadualkan atau disiplinkan asuhan menguruskan
keperluan masing-masing seperti urusan dalam rumah, kerja sekolah, memasak,
menjahit, mengemas rumah, halaman rumah dan seumpamanya.
14. Berbagai cara membuka minda, maka suami isteri perlu juga berbual,
berbincang dan saling berkongsi idea dalam isu-isu semasa. Terutama sekali
yang ada hubung kait dengan umat Islam sendiri dalam segala aspek.
Umpamanya soal gejala sosial, kemungkaran, perpecahan, krisis, perpaduan,
kemajuan dan agama umat Islam.
KES 8
Matlamat Perkahwinan
Encik Kamarul Ariffin menimbulkan persoalan tentang mengapa tidak adanya penjelasan
tentang apa matlamat perkahwinan dalam Islam. Kalau dibandingkan dengan dunia
kehidupan lain, semuanya ada dinyatakan matlamat masing-masing. Umpamanya,
setiap jabatan, badan korporat, pertubuhan, persatuan, industri, kementerian,
semuanya ada menetapkan satu-satu matlamat. Dalam konteks kehidupan pun, setiap
indiv idu ada matlamat tersendiri. Tentulah tidak ketinggalan dalam aspek perkahwinan
dan rumahtangga ada matlamatnya. Biar pun tidak lengkap, sekurang -kurangnya siapa
sahaja yang mahu berkahwin perlu tahu matlamatnya. Mengetahui matlamat
perkahwinan itu tentulah sedikit sebanyak akan membantu membina rumahtangga
bahagia.
Penjelasan kepada Encik Kamarul adalah seperti berikut:
Zaman ini kalau ditanya kepada 100 orang, apakah matlamat perkahwinan, kita akan
memperolehi seratus jawapan yang tentunya tidak seragam. Dalam ajaran Islam, oleh
kerana perkahwinan itu adalah perintah Tuhan, sudah tentulah ada matlamat yang baik.
Tentulah tidak sewenang-wenangnya dan boleh buat apa saja matlamat menurut selera
dan kepentingan masing-masing. Oleh kerana Tuhan mahukan hamba-hambaNya
mendapat bahagia dan sejahtera dunia dan Akhirat, maka Tuhan tetapkan matlamat.
Dengan matla-mat itu diharapkan menjadi modal untuk manusia mengabdikan diri
kepada Tuhan dengan penuh takut dan bimbang. Takut dan bimbang kalau kalau
terseleweng dari matlamat yang diredhai-Nya.
MATLAMAT PERTAMA: Tuhan telah menciptakan manusia lelaki dan wanita yang samasama ada keinginan, iaitu lelaki inginkan perempuan dan perempuan juga ada nafsu
kepada lelaki. Tiada siapa yang boleh menolak fitrah semulajadi ini. Bahkan ketika Nabi
Adam bersendirian di dalam Syurga yang penuh nikmat itu, Nabi Adam sudah
merasakan ada sesuatu kekurangan dalam hidupnya di tengah-tengah nikmat Syurga.
Biarpun begitu, Nabi Adam tidak tahu mentafsirkan rasa itu, sehinggalah apabila Nabi
Adam Tuhan pertemukan dengan Hawa. Ketika itulah Nabi Adam mendapat jawapannya.
Begitulah sifat fitrah semulajadi manusia. Lantaran itulah maka Tuhan syariatkan agar
berkahwin. Melalui perkahwinan itu maka tersalurlah keinginan itu secara halal dan
sekaligus terhindar daripada zina. Tanpa syariat perkahwinan, keinginan semula ja di itu
mustahil dapat dibendung. Maka akan berleluasalah perbuatan zina yang terkutuk itu.
MATLAMAT KEDUA: Perkahwinan akan menjadi se bab untuk mendapat zuriat. Zuriat
yang lahir dari suami isteri beriman dan bertaqwa itu diasuh, dididik, dipimpin dan
dibimbing pula secara Islam. Mereka diberi ilmu, iman dan dididik supaya bertaqwa.
Diasuh supaya menjadi hamba Allah yang cintakan Tuhan dan Islam. Maka melalui
zuriat itulah nanti pejuang Islam akan bersambung dari satu generasi ke satu generasi.
MATLAMAT KETIGA: Apabila matlamat kedua tercapai, sekaligus akan tercapailah
matlamat yang ketiga iaitu tujuan perkahwinan agar lahirlah satu generasi yang benar benar menjadi aset kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Yang
mana mereka itu benar-benar memberikan manfaat kepada keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara. Bukan menjadi beban yang mendatangkan masalah.
MATLAMAT KEEMPAT: Menjadi aset itu ertinya berjasa kepada agama, bangsa dan
negara. Mereka mentaati Tuhan dan berbakti kepada masyarakat. Mereka akan
mewariskan pula kepada anak, cucu, cicit dan seterusnya sambung -ber-sambung.
Ertinya mereka juga menjadi aset simpanan pahala di Akhirat kelak. Iaitu jasa dan
manfaat mereka itu dunia dan Akhirat.
MATLAMAT KELIMA: Melalui perkahwinan yang benar-benar berjalan atas kehendak
Tuhan dan Rasul-Nya, anggota keluarga akan memiliki ciri-ciri hamba Allah yang
beriman dan bertaqwa yang sangat memelihara hubungan dengan Tuhan serta syariat Nya. Di situ nanti akan terbinanya sebuah negara Islam kecil yang menjadi asas kepada
negara Islam sebenar.
MATLAMAT KEENAM: Seorang muslim bukan sahaja diperintahkan untuk mencari
keredhaan Allah SWT sahaja, tetapi juga dianjurkan untuk berbuat apa yang disukai
oleh kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW. Baginda berbangga dan menyukai ramainya
pengikut atau umat Baginda di Akhirat kelak. Apa kesukaan Rasulullah SAW itu juga
yang sewajarnya menjadi kesukaan umat Baginda. Oleh itu melalui perkahwinan, dapat
mencapai tujuan tersebut iaitu meramaikan umat Baginda.
MATLAMAT KETUJUH: Perkahwinan dalam Islam ada maksud besar disebaliknya iaitu
meramaikan umat Islam. Meramaikan umat itu bukan sekadar angka atau kuantitinya
besar, tetapi lebih dari itu iaitu umat yang sangat berkualiti. Dengan umat yang
berkualiti iaitu beriman da n bertaqwa, maka akan lebih mudahlah terbangunnya cita-cita
dan perjuangan Islam di muka bumi ini. Asas pembinaan umat berkualiti itu mesti
berlaku dan dimulakan dari keluarga.
MATLAMAT KELAPAN: Perkahwinan juga dapat menjaga keturunan atau zuriat yang
benar-benar cintakan Tuhan dan agama. Melalui keturunan itulah orang kenal asal usul
kita dan generasi penyambung.
MATLAMAT KESEMBILAN: Dalam ajaran Islam, menghiburkan orang lain itu sangat
disukai oleh Tuhan dan mendapat pahala. Kesan dari sikap atau perbuatan atau
perlakuan yang menghiburkan orang lain itu, kehidupan akan menjadi bahagia dan
harmoni. Akan terjalin hubungan kasih sayang antara satu dengan yang lain. Maka
dalam Islam, pasangan suami isteri yang berniat, berazam dan berusaha saling memberi
hiburan maka pahala yang tidak putus -putus dari Tuhan, sekaligus kehidupan keluarga
turut bahagia dan harmoni. Rumahtangga bahagia dan harmoni melahirkan anak-anak
yang berakhlak dan seterusnya masyarakat yang harmoni.
Demikianlah di antara matlamat perkahwinan dan berumahtangga dalam Islam.
Matlamat yang murni dan mulia. Matlamat yang menjamin kesejahteraan rumahtangga.
Matlamat yang bukan sahaja menjamin rumahtangga bahagia di dunia, bahkan melalui
rumahtangga itu dapat mengumpul bekal untuk Akhirat kelak. Kalau pun mungkin tidak
kaya dari sudut material, namun kehidupan penuh rahmat dan berkat. Tuhan jadikan
kehidupan keluarga itu penuh kasih sayang, aman damai, tenang dan bahagia.
KES 9
Tanggungjawab Suami Isteri
Encik Hanafiah melahirkan kemusykilan terha dap banyaknya berlaku keruntuhan
rumahtangga, khasnya dalam soal tidak bertanggungjawab. Apa yang menghairankan
Encik Hanafiah ialah setiap pasangan yang hendak bernikah terlebih dahulu disyaratkan
mengikuti kursus pra perkahwinan. Sebagai bukti menghadiri kursus, pehak penganjur
mengeluarkan sijil. Sijil itu pula mesti disertakan apabila membuat permohonan untuk
berkahwin. Tanpa sijil sebagai bukti menyertai kursus, permohonan akan ditolak oleh
kadhi atau juru nikah.
Dalam kursus pra perkahwinan tersebut, topik utama yang disampaikan ialah mengenai
tanggungjawab suami isteri. Suami isteri sudah memilik i senarai tanggungjawab masing masing. Namun apa yang berlaku, panduan yang diberikan ketika kursus seolah-olah
tidak dipraktikkan dalam berumah-tangga. Mengabaikan tanggungjawab menjadi punca
kehancuran rumahtangga. Sama ada suami mahu pun isteri sama saja tidak
bertanggungjawab. Sebaliknya saling me nunding antara suami dan isteri. Kadangkadang terjadi tidak bertanggungjawab itu hanya tidak sampai setahun mendirikan
rumahtangga. Atau ketika baru memperolehi seorang anak.
Penjelasan yang diberikan kepada Encik Hanafiah lebih kurang seperti berikut:
Kemusykilan Encik Hanafiah ialah tentang faktor utama yang mencorakkan sebuah
keluarga atau rumahtangga Islam iaitu suami dan isteri. Faktor-foktor lain itu hanya
mengiringi atau mengikut sahaja. Yang utama ialah ciri-ciri suami dan isteri yang ingin
diketahui, atau boleh juga disebut sebagai peranan, sikap dan ciri-ciri suami isteri
menurut ajaran Islam.
Perlu difahami bahawa apa saja hal dan urusan, apa jua aspek dan apa situasi sekalipun,
apabila disebut ajaran Islam, ianya mesti dikaitkan dengan Tuhan. Sesuatu yang tidak
ada hubung kait dengan Tuhan, otomatik menjadi ideologi biar pun dalam melakukan
amalan ibadah khusus seperti sem -bahyang, wirid zikir, doa dan sebagainya.
Umpamanya, seseorang itu bersembahyang dengan tertib, sopan dan kelihatan bagus
kerana hendak mencari pengaruh atau niat -niat lain yang bukan lagi murni kerana
Tuhan, maka automatik sembahyang itu menjadi ideologi. Itu adalah ibadah khusus
seperti sembahyang yang memang pada permulaan niat awal itu disertakan dengan
kerana Allah, masih lagi bercampur dengan kerana-kerana yang lain. Betapalah dalam
pekerjaan umum yang hendak dijadikan ibadah, tentu lebih sukar untuk menjaga
niatnya.
Oleh itu rumahtangga terutamanya suami isteri mesti dibina atas taqwa yang kukuh.
Menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat, rasa bertuhan iaitu rasa takut dan
cinta mesti mendalam dan tidak lekang. Apabila menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan
matlamat, maka jiwa pun menjadi besar dan kuat. Suami isteri yang berjiwa besar,
kalau ada masalah bukan sahaja tidak dirasai masalah itu, bahkan dengan masalah itu
mereka merasa amat beruntung, kerana mereka merasakan dapat perhatian dari Tuhan.
Hidup menjadi tenang dan bahagia, mendapat sakinah serta qalbun salim.
Rumahtangga atas taqwa ini barulah suami isteri akan bersikap, berperanan dan
bertanggungjawab sesuai dengan kehendak Tuhan. Di atas taqwa itulah Tuhan
datangkan rah-mat, berkat, pertolongan, rezeki, jalan keluar dan kemenangan. Inilah
rahsia kebahagiaan perkahwinan dan keluarga.
Ciri-Ciri, Sikap, Peranan dan Tanggungjawab Suami
1. Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak-anak serta orang-orang yang di
bawah jagaannya termasuk ibu bapa yang sudah tua dan orang gaji sekiranya
ada. Tanggungjawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi. Orang
yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab. Orang yang benar-benar
bertanggungjawab adalah kerana takutkan Tuhan.
2. Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak-anak.
3. Menyediakan nafkah lahir seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan
kesihatan kepada isteri dan anak-anak. Pemberian nafkah lahiriah ini tidak
termasuk barang mewah (luxury) yang tidak boleh dituntut atau dipaksakan
kepada suami terutamanya dalam keadaan tidak mampu. Namun dalam nafkah
yang asasi itu sekiranya suami cuai boleh dituntut. Begitupun kalau ada tolak
ansur adalah lebih baik dan lebih utama.
4. Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Selaku ketua keluarga,
suami lebih utama menonjolkan sikap kasih sayang dan prihatin. Kalau dalam
sebuah institusi kecil rumahtangga, ketua keluarga tidak memberi kasih sayang,
di mana pula anggota keluarga itu hendak mengadu dan bersandar. Lebih-lebih
lagi suami selaku pendidik, pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan
sabar.
5. Sekiranya isteri atau anak-anak membuat salah, hendaklah diberi tunjuk ajar.
Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak suka berbuat salah. Kalau terjadi juga
kenalah ayah atau suami memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka
membuat salah itu kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, terlupa,
dorongan perasaan dan nafsu.
6. Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat jarang tetapi bukan tiada
langsung di kalangan wanita yang kuat jiwa dan akal, melainkan mereka lebih
didorong oleh perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah, merungut,
mendongkol, merajuk, membebel. Ini semua adalah bentuk-bentuk luahan
perasaan mereka. Lebih-lebih lagi bagi isteri sepenuh masa yang menjalani
rutin kehidupan yang sama setiap hari. Situasi mereka itulah yang memerlukan
suami bertimbang rasa.
7. Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkannya. Tumpang simpati
memang disuruh, tetapi jangan turut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri.
Akibatnya akan bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kese dihan isteri.
Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh menjejaskan urusan
rumahtangga. Suami perlu menghiburkan isteri dengan berbagai cara,
umpamanya bawa berjalan-jalan, makan angin, ziarah kawan dan lain-lain.
8. Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya dalam urusan
rumahtangga, karier kerja, anak-anak, perlu mendapat kerjasama yang baik
dari suami. Jangan dibebankan sepenuhnya kepada isteri. Secara automatik
berlakulah perkongsian dalam kehidupan berumah tangga.
9. Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua
maksud iaitu memandang dengan mata kasar secara lahiriah dan memandang
dalam erti kata memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap wanita lain.
Di antara hikmah larangan ini ialah supaya hati suami tertumpah kepada
isterinya sahaja. Sekaligus suami tidak membanding-bandingkan wajah isteri
dan perangai isteri sendiri dengan wanita lain. Isteri itu ada lah anugerah Tuhan
yang sudah menjadi ketetapan semenjak azali lagi, terimalah seadanya.
10. Berbincang bersama. Sama ada dalam soal masalah atau perancangan keluarga,
elok dibincangkan bersama supaya terjamin memperolehi penyelesaian yang
tepat dan memuaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-sama
dapat menerimanya.
11. Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak dide dahkan kepada orang lain.
Dalam kes hendak membuat pengaduan sekalipun kena juga dibatasi, sekadar
memahamkan hakim atau orang tengah. Tidak sampai mencemarkan maruah
isteri.
12. Sentiasa merendah diri kepada isteri, atau dengan istilah lain sebagai tawadhuk.
Merendah diri bukan bererti me letakkan diri hingga boleh dihina oleh isteri.
Tawadhuk ertinya tidak ego, sombong dan merasa diri segala-galanya. Perlu
diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna dalam segala hal. Sebab itu
perlu tawadhuk kepada isteri kerana dalam banyak aspek, seorang suami
memer-lukan isteri dan banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan bersabar
seperti yang dilakukan oleh isteri. Tawadhuk juga bermaksud berlapang dada
serta boleh bahkan bersedia menerima teguran, nasihat dan ingatan dari isteri.
13. Suami perlu bertolak ansur dengan isteri. Suatu ketika seorang rakyat Say idina
Umar hendak mengadu sesuatu masalah tentang isterinya kepada Say idina
Umar. Ketika berdiri di halaman rumah, dia terdengar kata-kata rungutan dari
isteri Say idina Umar sedang Say idina Umar sendiri hanya senyap berdiam diri.
Lantas rakyat itu pulang saja dan berkata seorang diri, Sedangkan Say idina
Umar sebagai khalifah pun isterinya merungut. Keesokan hari, dia bertanya
kepada Say idina Umar mengapa mendiamkan diri sahaja. Say idina Umar
menjawab, Aku sangat bertimbang rasa kepada isteriku kerana dia berkhidmat
untuk aku, menjaga rumahtangga aku, menjaga makan minum dan pakaian a ku,
dan dia menjaga anak-anak aku.
14. Suami sentiasa kas ih kepada isteri. Fitrah semulajadi manusia lebih mudah
mengasihi orang yang ada pertalian dan orang yang berjasa. Contohnya ibu
bapa mengasihi anak-anak dan sebaliknya. Antara keduanya ada pertalian.
Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemim-pinnya kerana pemimpin
banyak berjasa, begitulah seba liknya. Suami dituntut supaya sentiasa mengasihi
isteri atas dua sebab tersebut sekaligus. Iaitu ada pertalian yang Tuhan lakukan
melalui pernikahan yang sah, serta atas sebab jasa. Dalam hidup seorang suami,
isteri adalah orang yang amat berjasa. Jasa isteri itu mewajarkan seorang suami
mengasihi isteri. Inilah satu bentuk mengenang jasa seorang isteri.
15. Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam kehidupan wanita moden,
mereka mendakwa ada segala -galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa
sahaja yang mereka mahu, mereka mampu memikirkannya. Namun sebenarnya
mereka tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu mereka perlukan suami
tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tampat merintih dan tempat
memperolehi dan menumpahkan kasih sayang. Ketiadaan suami dalam hidup
seorang wanita, kekosongan tetap dirasainya terutama perasaan. Ini adalah
fitrah semula jadi. Menyedari dan memahami hakikat inilah maka suami perlu
sentiasa belas kasihan kepada isteri. Mereka adalah golongan yang perlukan
perlindungan, maka lindungilah mereka dengan penuh belas kasihan.
16. Sebagai menyempurnakan wibawa sebagai suami maka suami hendaklah
mampu menjadi imam sembahyang jemaah dalam keluarga. Dan perlu
berkumpul bersama dan sembahyang berjemaah bersama.
17. Biarpun peranan ini diletakkan sebagai yang terakhir, namun inilah yang paling
penting. Iaitu suami perlu memperlihatkan dirinya orang yang sangat
membesarkan Tuhan, mengutamakan Tuhan, bercita-cita dan bermatlamatkan
Tuhan. Ini mestilah diperlihatkan di dalam setiap aspek kehidupan. Jelas
memperlihatkan dirinya hidup bersama Tuhan.
Ciri-Ciri, Sikap, Peranan dan Tanggungjawab Isteri
1. Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai seorang isteri
terutamanya terhadap suami.
2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan ikhlas atau murni kerana
Allah semata-mata.
3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan. Hanya boleh ingkar
dalam perkara-perkara maksiat dan dosa.
4. Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami. Melalui bersikap
tawadhuk, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar dapat berjalan lancar. Merendah
diri juga agar tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmo nilah
kehidupan keluarga.
5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam layanan, sikap,
percakapan dan ketaatan.
6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami. Dengan cara ini akan
menyejukkan hati, menyenangkan hati, menenangkan perasaan dan
menambahkan kemesraan.
7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh suami kecuali dalam
hak yang asasi. Tuntutan yang membebankan suami boleh menganggu
perasaan suami, boleh mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak,
suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.
KES 10
Rumahku Syurgaku
Puan Maryati musykil tentang Rumahku Syurgaku. Ianya sering disebut dan
dicanangkan. Namun bukan sahaja belum menemui hasilny a atau hakikat rumahku
syurgaku itu, ciri-ciri dan pemahamannya pun belum ditemui lagi. Puan Maryati amat
risau bahawa satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia iaitu rumahku
syurgaku itu hanya tinggal menjadi slogan kosong semata-mata.
Penjelasan yang diberikan:
Untuk pengetahuan Puan Maryati dan orang lain yang turut serius tentang rumahtangga
syurga, bahawa dalam banyak hal manusia sanggup menggadai nyawa untuk
mencapainya. Contohnya sudah ramai yang mati terjatuh ketika mendaki Gunung
Everest dan gunung-gunung yang lain. Dalam waktu yang sama, masih ramai yang
menunggu giliran untuk mendaki. Mereka yang sudah berjaya ke puncak Everest tidak
membawa pulang apa-apa untuk dikongsi oleh orang lain.
Banyak lagi pemburuan manusia yang berakhir dengan penderitaan. Sebab itu penjara,
pusat serenti dan pusat sakit jiwa sesak dengan penghuni. Cukup sekadar contoh,
ertinya manusia gigih, bersungguh-sungguh, cekal dan tabah dalam memburu cita-cita
yang tidak dipastikan sama ada positif atau negatif. Ertinya dalam konteks membina
rumahtangga syurga perlukan kegigihan, bersungguh-sungguh, cekal dan tabah dalam
mencapainya. Kalau dalam aspek lain yang tidak dipastikan hasilnya positif atau negatif,
itu pun manusia sanggup sampai tergadai nyawa, maka dalam membina rumahtangga
syurga perlukan komitmen sepenuhnya juga. Bukan sambil lewa atau acuh tak acuh.
Segala resipi mesti diikuti sepenuhnya. Kerana antara satu dengan yang lain saling
lengkap melengkapi. Gabungan seluruh resepi itulah akan terjamin hasil yang
memuaskan. Perlu juga difahami bahawa sesuatu yang bernilai tinggi lebih sukar
diperolehi. Syurga tentulah amat bernilai biarpun sekadar syurga dalam kehidupan
berumahtangga. Sudah menjadi pengalaman manusia, untuk memperolehi sesuatu yang
bernilai, umpamanya gaji RM10,000 sebulan, atau untuk menjadi profesor atau doktor,
memerlukan kerja keras dan berhempas pulas. Begitulah juga untuk menjadikan
rumahtangga syurga.
Suasana rumahtangga syurga itu penuh dengan kebahagiaan, rasa tenang dan tenteram,
aman damai dan harmoni. Penuh keceriaan dan kegembiraan. Di dalam rumahtangga
syurga mestilah ada hal-hal seperti berikut:
1. Rumahtangga itu dibina atas nama Tuhan, cita-cita dan matlamat Tuhan, atas
tujuan agama Islam, mengamalkan syariat Tuhan. Atau dengan lain perkataan,
ada iman dan taqwa yang mana kalau susah pun mendapat keuntungan dan
dalam keadaan senang pun mendapat keuntungan.
2. Subur kasih sayang iaitu lemah lembut, lunak, bertolong bantu, pemaaf, rasa
bersama, bekerjasama, berkongsi susah dan senang, sepakat dan muafakat,
seia sekata, berlapang dada, bertoleransi, tidak meny inggung dan tidak pula
tersinggung, tidak mengguris hati dan tidak pula terguris hati.
3. Akhlak mulia sangat ketara dan menonjol di kalangan anggota keluarga.
4. Suami sentiasa tenang bersama isteri yang setia.
kata nista
perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati
berdebat, bertengkar, dan bertegang urat
sindir menyindir dan menghina
tuduh menuduh dan menfitnah
maki hamun dan adu domba
cerca mencerca dan menghasut
perkataan atau cakap kotor dan lucah
pukul memukul, bertumbuk, bersepak terajang, tendang menendang.
sembahyang berjemaah
qiamullail
mengajar, belajar dan membaca Al-Quran
wirid zikir seperti takbir, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar dan doa
kuliah-kuliah pengajian, motivasi dan fardhu ain
nasihat menasihati.
KES 11
Rumahtangga Idaman
Encik Jamaluddin melahirkan rasa terkilan melihat banyaknya berlaku keretakan, pecah
belah, krisis bahkan perceraian. Banyak akibat buruk hasil dari rumahtangga yang haru
biru dan kacau bilau, terutama yang menjadi mangsa ialah anak -anak. Bukan itu sahaja,
kesan buruk jangka panjang ialah banyaknya berlaku gejala sosial, kerana asas
masyarakat ia-lah rumahtangga. Apa yang menghairankan Encik Jama luddin ialah setiap
umat Islam yang hendak mendirikan rumahtangga sentiasa mengidamkan terbinanya
mahligai bahagia hingga ke anak cucu. Idaman hanya tinggal idaman. Harapan hancur
di tengah jalan. Kadang-kadang bercinta macam Remeo dan Juliet, majlis perkahwinan
berbelanja besar, ribuan orang turut meraikannya. Kadang-kadang terpampang di media
massa. Anehnya baru satu atau dua anak dah mula timbul krisis hingga hendak atau
hampir bercerai. Sebelum berkahwin, panduan sudah diberikan, mengapa masih banyak
rumahtangga yang terbarai.
Jawapan kepada persoalan yang diajukan oleh Encik Jamaluddin adalah seperti berikut.
3. Suami kena serba sedikit memahami saikologi isteri dan anak-anak. Sekurangkurangnya mengenali isteri dan anak-anak dalam aspek berikut:
a. Tahap IQ.
b. Peringkat nafsu.
c. Jenis kekuatan mereka sama ada jenis kuat akal, perasaan atau jiwa, atau
sebahagian atau semua sekali.
d. Kesukaan dan kebencian mereka.
e. Bakat, minat, hobi dan bidang kecenderungan mereka.
f. Perubahan pada perasaan mereka yang terzahir pada wajah, perangai
atau tingkah laku.
g. Perkembangan mereka mengikut perubahan usia.
4. Isteri juga perlu serba sedikit memahami psikologi suami dan anak-anak.
Memahami saikologi ini amat diperlukan dalam konteks mendidik serta menjaga
hubungan. Iaitu suami terhadap isteri dan anak-anak, juga isteri terhadap
suami dan anak-anak perlu mengadakan pendekatan yang sesuai dengan
keadaan (psikologi) mereka.
5. Suami isteri perlu bersungguh-sungguh mempraktikkan sikap dan akhlak Islam
serta syariat Islam. Terhadap anak-anak pula kenalah berupaya memberi ilmu
untuk mereka memahami, tidaklah mereka menurut secara membuta tuli tanpa
ilmu dan kefahaman.
6. Kena bersabar dalam menghayati ajaran Islam termasuklah kena bersabar
dalam mendidik dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.
KES 12
Pendidikan Yang Berkesan
Encik Azhar Abu melihat anak-anaknya yang sepuluh orang membesar di depan
matanya sendiri. Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, dia rasa musykil
kerana sepuluh orang anak-anaknya tidak semuanya berperangai baik. Encik Azhar
memang mengharapkan anak-anaknya berjaya dalam kehidupan dunia dan Akhirat. Dia
juga sedar andainya tidak cemerlang dalam duniawi, biarlah ana k-anaknya menjadi
manusia yang baik. Ini kerana dia juga insaf bahawa kehidupan Akhirat yang kekal
abadi itu tiada bandingannya, iaitu jauh lebih utama berbanding kehidupan sementara
ini.
Encik Azhar tahu bahawa untuk mencapai tujuan tersebut mestilah melalui didikan yang
tepat. Diakui oleh Encik Azhar bahawa dia kurang masak dalam mendidik anak-anak.
Lantaran itu anak-anaknya membesar seperti orang lain iaitu mengikut saja arus
perdana yang lebih cenderung kepada kejayaan duniawi dan mengabaikan sama sekali
kehidupan kekal abadi. Kalau ada yang memperkatakan aspek ukhrawi, itu tidak lebih
sekadar pelengkap percakapan dan bahan untuk penghayatan.
Penjelasan dan jawapan kepada kemusykilan Encik Azhar:
Pendidikan adalah aspek yang amat luas. Tentulah tidak dapat diperkatakan melalui
ruang yang terbatas ini. Kalau pun jauh dari sempurna, penjelasan yang lengkap
mungkin memerlukan sebuah buku. Melalui ruangan ini cukup seka dar dinyatakan asasasasnya. Namun pengetahuan asas pendidikan itu seandainya dipraktikkan, boleh juga
dilihat hasilnya yang positif.
Selama ini kita memahami pendidikan itu ialah memasuki alam persekolahan. Ini adalah
tanggapan yang tersasar atau kurang tepat. Apabila kita memperkatakan tentang
pendidikan, ertinya kita mestilah fokuskan kepada manusia itu sendiri. Dalam mendidik
manusia, kita kena mengenali manusia itu. Siapa sahaja yang terlibat dalam mendidik
manusia, sama ada ibu bapa, guru-guru, para ulama, pendakwah atau pemimpin,
mereka mesti memiliki ilmu yang berkaitan dengan manusia. Barulah pendidikan itu
tepat kepada sasaran yang sebenar.
Bersama penciptaan manusia, Tuhan sudah bekalkan dengan tiga benih:
1. Benih malaikat, iaitu benih kepada sifat-sifat baik, positif, terpuji atau juga
disebut dengan istilah mahmudah. Benih malaikat ini hendaklah disuburkan.
Hendaklah dididik, diasuh, dipimpin, dipupuk hingga menjadi tabiat, tingkah
laku atau akhlak.
2. Benih haiwan, iaitu sega la sifat-sifat tamak, rakus, mementingkan diri,
berkrisis, hidup dikuasai nafsu semata-mata, melanggar peraturan, tiada
disiplin, tiada berperasaan. Kehidupan haiwan hanyalah makan, minum dan
hubungan kelamin. Tidak bertamadun dan hanya me-nunggu mati. Benih
haiwan ini perlu dikawal, dikekang dan didisiplinkan dengan syariat, undangundang dan peraturan.
3. Benih syaitan, iaitu segala sifat-sifat jahat, negatif, sifat keji, sifat buruk atau
disebut mazmumah. Benih syaitan ini seperti ego, sombong, menghasut,
hasad dengki, iri hati, mengadu domba, menzalimi, pemarah, buruk sangka,
bakhil, cinta dunia dan lain-lain. Benih syaitan ini hendaklah dibakar dan
dimusnahkan sepenuhnya, dikikis dan disingkirkan hingga tidak berbaki.
Ada lagi unsur-unsur manusia yang dibahaskan dalam konteks yang berbeza iaitu
mengenai akal, nafsu dan roh. Penulis sengaja tidak memasukkannya dalam ruan gan ini
kerana hendak terus menjelaskan tentang pendidikan.
Apa yang perlu dilakukan agar subur benih malaikat, terkawal benih haiwan dan
tuntasnya benih syaitan? Ja wapannya mudah sahaja iaitu kenalkan manusia kepada
Tuhan. Rasulullah SAW mengambil masa 13 tahun memperjuangkan Tuhan yang satu
(Esa) berbanding sepuluh tahun memperjuangkan syariat Tuhan yang beribu-ribu.
Tempoh yang panjang itu agar manusia kenal Tuhan iaitu memiliki rasa berTuhan
terutamanya takut dan cinta kepada Tuhan.
Takut dan cinta kepada Tuhan itu menjadikan manusia kuat dalam menyuburkan benih
malaikat. Hasil dari takut dan cinta kepada Tuhan itu manusia sangat menjunjung
syariat dan perintah Tuhan. Hidup menurut syariat dan peraturan Tuhan itu otomatik
bermaksud terdisiplin segala benih haiwan. Syaitan pula tidak takut kepada manusia
bahkan menentang Tuhan. Namun Tuhan yang memberi jaminan kepada sesiapa yang
bertaqwa, iaitu orang yang takut dan cinta kepada Tuhan, bahawa makar syaitan gagal
menggoda mereka. Sekaligus musnah semua benih syaitan yang ada dalam diri manusia.
Bagi ibu bapa, memperkenalkan Tuhan kepada anak-anak bermula sejak dari pertemuan
benih. Takut dan cintanya ibu bapa kepada Tuhan itu ada kesan atau ada contact
dengan roh benih yang bakal Tuhan pilih untuk dijadikan janin. Begitulah seterusnya
ketika janin dalam kandungan, sangat dipengaruhi oleh ibu bapa yang takut dan cinta
kepada Tuhan. Ianya ada kesan kepada roh janin atau bay i dalam kandungan. Ketika
dalam kandungan itu, ibu bapa perlu tubi bay i itu dengan ketaqwaan mereka. Ditubi
melalui berbagai amalan taqwa kepada Allah SWT. Perlu ditubi dengan segala akhlakakhlak yang mulia.
Selepas lahir, bay i itu perlu ditubi lagi dengan memper-dengarkan kalimah Allah. Dalam
tempoh anak itu membesar, hendaklah dikaitkan dengan Tuhan dalam apa aspek pun.
Melalui cara ini anak-anak tersebut akan dapat melihat dan merasai kebesaran Tuhan.
Jadilah mereka sebagai orang yang hidup bersama Tuhan. Inilah namanya proses
didikan yang berlaku umpama menitiskan air di atas batu.
Kalau sudah dewasa, lebih-lebih lagi sudah tua, baru hen-dak bermula, atau baru
berpeluang mendengar tentang Tuhan, ketika itu baru hendak mengenal Tuhan, maka
me-mang sukar untuk memulihkan rasa takut dan cinta kepada Tuhan itu. Keadaan ini
seperti mencurang air sebaldi ke atas batu. Tidak berkesan apa-apa kepada batu
tersebut.
Setelah usia remaja atau dewasa, ketika itu perlu kepada guru yang boleh mendidik hati
supaya takut dan cintakan Tuhan, maka perlu mendapatkan guru, ulama atau pendidik
yang takut dan cinta kepada Tuhan. Barulah ada keberkatan dan akan berkesan kepada
hati. Kalau pendidik tidak ber-taqwa, bukan sahaja tidak berkesan bahkan boleh
menjadi hijab atau terdinding dari memperoleh rasa takut dan cinta kepada Tuhan.
Inilah anak kunci kejayaan dalam mendidik manusia.
Kejayaan mendidik manusia menjadi bertaqwa, buahnya ialah manusia itu akan menjadi
selamat dan menyelamatkan, banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menjadi
penyelamat, penghibur dan pembela kepada manusia lain. Tidak kira bidang atau
profesion apa, bagi orang bertaqwa, semuanya dibuat atas nama Tuhan,
bermatlamatkan Tuhan. Lenyap segala cinta dunia dan kepentingan diri. Semuanya
terarah kepada mentaati Tuhan dan berbakti kepada manusia. Inilah yang dimaksudkan
dengan manusia yang berjaya di dunia dan di Akhirat.